Kursus Hipnopsis

Posted in PK Kewangan, PK Niaga, PK Semasa on November 15th, 2009 by yiemega

PERNAHKAH anda mendengar perkataan ‘hipnopsis’? mungkin jarang tapi mungkin anda pernah mendengar perkataan ‘pukau’. Di dalam bidang psikologi hipnopsis digunakan untuk mencari punca masalah seseorang klien sesi kaunseling, ada juga ‘hipnopsis’ digunakan untuk tujuan perubatan.

Teknik Hipnopsis akan membuka panca indera ke enam (sixth sense) seseorang itu boleh masuk ke alam separa sedar diri sendiri dan sekiranya mempelajari teknik-teknik hipnopsis seseorang itu boleh masuk ke alam separa sedar seseorang individu yang lain.

Alam Alpha juga merujuk kepada Alam Separa Sedar. Kini anda boleh mengikuti kursus teknik-teknik hipnopsis untuk membolehkan anda menguasai alam separa sedar anda sendiri dan malah ia berupaya untuk anda menguasai alam separa sedar individu lain.

Kursus Alam Alpha ini dianjurkan oleh Alam Alif Sdn. Bhd. (50564-A) di mana jadual kursus tersebut boleh di dapati di laman web Alam Alif .

Siapa yang patut menghadiri kursus anjuran Alam Alif ini? Amat sesuai sekali kepada semua yang berada di bidang psikologi mahupun kaunseling. Malah pegawai penyiasat polis pun boleh mengikuti kursus kerana ia akan membantu mempermudahkan proses penyiasatan terhadap tertuduh.

Kursus ini dikendalikan oleh Trainer bernama Rachmat Setiawan yang turut dikenali dengan nama Pak Rahmat.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah menghubungi Alam Alif Sdn. Bhd. di talian 03-2169 6221 atau Faks: 03-2169168 ataupun melalui email: info@alamalpha.com.my ataupun terus melayari laman web http://www.alamalpha.com.my

Tags: , , , , , , ,

Koleksi Gambar Kereta Peronda Polis

Posted in PK Automobil on October 19th, 2009 by yiemega

KERETA Peronda Polis kini banyak Pasukan Polis di seluruh dunia menggunakan kereta mewah dan berkelajuan tinggi, Malaysia juga tidak ketinggalan, apabila Mitshubishi Evo digunakan sebagai Kereta Peronda Polis, artikel blog kali ini ingin berkongsi koleksi gambar-gambar Kereta-Kereta Polis dari seluruh dunia (yang dijumpai gambarnya sahaja)

Mungkin satu hari nanti tak mustahil Polis akan menggunakan Lotus sebagai Kereta Peronda Polis. Memang hebat…dan mengancam, oklah saya tak nak berlengah lagi. Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar Kereta-Kereta Polis Dari Seluruh Dunia:

Itali (Italy / Italia)

Italia - Lamborghini Gallardo, Max Speed 320 km/hour

Jepun ( Japan )

Japan lancer Evo IX max speed 280km/hr

Perancis ( France )

Perancis - Peugeot Sports GT

Bloomfield Hills Police

Porcshe

Malaysia

Malaysia Mitsubishi EVO

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Inilah ‘Hot Dog’ Sebenar….

Posted in PK GAMBAR LUCU on October 9th, 2009 by yiemega

Hot Dog Atau Ajing Panas

PERHATIAN penggemar hot dog, gambar di atas menunjukkan hot dog yang sebenar-benarnya atau kalau di alih bahasa menjadi Anjing Panas, hehe orang Islam Tak Leh makan ni haram. Sekiranya hot dog berbentuk sepertimana gambar di atas adakah tergamak anda nak makanya?

Kalau saya memang tak tergamak untuk memakan sekiranya hot dog sepertimana digambarkan di dalam gambar di atas. Tapi kalau anda semua saya tak tahulah macamana. Perhatian hot dog sepertimana gambar di atas sahaja yang haram dimakan oleh umat Islam.

Saya pun tak tahu siapa punya idea buat hot dog sepertimana gambar di atas. Saya rasa boleh bankrap tauke hot dog sekiranya hot dog sepertimana di atas dijual, siap berbulu lagi, dah le mata masih terbuka. Orang yang buat gambar ni, mesti makan roti tu selepas pengambaran ini. Menjijikkan betulah.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Mencari Cinta Sempurna…

Posted in PK Mimbar on September 13th, 2009 by yiemega

CINTA ungkapan yang menarik minat semua orang. Bercakap pasal cinta ramai yang berminat, malah ada yang pernah bercinta dari darjah satu lagi. Itulah penangan-penangan cinta, malah demi cinta ada yang sanggup membunuh diri, demi cinta ada yang sanggu berenang di laut api, demi cinta adak yang sanggup dibelah dadanya dengan kapak.

Ramai orang berebut mencari cinta, namun tidak kurang yang tidak mengerti apakah ertinya sebuah cinta. Sebenarnya ada banyak yang boleh diperkatakan tentang cinta sehinggakan ada yang mendakwa tanpa cinta kita derita dan bermacam-macam lagi mitos mengenai cinta.

Cinta sebenarnya boleh dikategorikan sebagai beberapa kategori. Kategori pertama ialah Cinta Main-Main yang lazimnya pemainya adalah seseorang berumur 7-12 Tahun, mereka bercinta sekadar untuk suka-suka ataupun sekadar untuk main-main dan bukanya mengharapkan lebih daripada itu. Cinta main-main bukanlah cinta yang kekal abadi ia lebih kepada sekadar memenuhkan masa lapang, apabila jemu pelaku akan berhenti.

Cinta Monyet merupakan salah satu kategori cinta, di mana lazimnya pelakunya berumur 13-17 tahun. Cinta kategori ini kadang dua-dua subjek(pelaku cinta) tidak serius, malah kadang-kadang ada salah seorang daripada pelaku yang serius. Cinta ini juga tidak kekal, cinta ini sekadar untuk memenuhi fitrah manusia yang dahagakan cinta dan tidak boleh mengharapkan apa yang lebih daripada itu.

Satu lagi kategori cinta adalah Cinta Separa Serius, lazimnya pelakunya berumur 17-20 tahun. Cinta kategori ini biasanya pelakunya sentiasa tenggelam di dalam kekeliruan memilih cinta yang asli. Kadang-kadang mereka memilih yang buruk, membuang yang baik kerana sebenarnya mereka masih keliru dengan keaslian cinta. Cinta ini pun tidak akan kekal buat selamanya, malah akan putus sekerat jalan.

Cinta Serius satu lagi kategori cinta yang ada di dunia ini. Lazimnya pelakunya berumur 20 tahun - infiniti. Cinta Serius merupakan cinta kedua-dua belah pihak mengharapkan harapan yang tinggi setinggi gunung. Pelakunya lazimnya mengidamkan cinta mereka hingga ke jinjang pelamin. Cinta ini juga bukan cinta sempurna tidak kekal kerana apa jua boleh terjadi dalam perjalanan cinta mereka walaupun mereka berjaya ke jinjang pelamin.

Cinta Sempurna merupakan cinta yang perlu dicari oleh kita kerana cinta ini akan berkekalan tak akan dimakan waktu, tak ada penghujung dan tidak berhayat. Sepertimana ungkapan “Kalau cintakan bunga, bunga kan layu, Kalau cintakan manusia, manusia kan mati, cinta yang paling agung dan sempurna adalah cinta kepada Allah tuhan seru sekian alam, dan Allah sentiasa ada memberikan cinta kepada kita. Berusahalah untuk mendapatkan cinta sempurna.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , ,

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan…

Posted in PK Mimbar, PK Semasa, Salam Penulis on August 24th, 2009 by yiemega

SELAMAT Berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pandangan Kita, terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini, bukan kerana tidak mahu mengemaskini blog ini tetapi talian internet di rumah saya sudah tiga hari mengalami kerosakkan setakat ini pun kerja-kerja pemulihan belum lagi selesai.

Bercakap mengenai puasa di Bulan Ramadhan kali ini berlainan daripada tahun lalu apabila saya memilih untuk berbuka puasa di Pasar Wakaf Che Yeh dan bersahur di Padang BAS (Medan Selera Buluh Kubu) Kota Bharu, Kelantan dan selepas Solat Terawikh makan Colek Kerang di Pasar Wakaf Che Yeh.

Alhamdulillah bulan puasa kali ini aku tak kemaruk tengok makanan di Bazaar Ramadhan, seperti tahun lalu, asal tengok je beli, asal beli je tengok mungkin entah kuih-kuih Bazaar Ramadhan kali ini belum dapat menawan selera saya kot. Takpe janji duit saya jimat.

Ok lah saya berharap para pembaca blog ini yang beragama Islam juga berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat anda dan juga saya, Sekian.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Peraduan Belanja Dan Menang Visa Debit…

Posted in PK Peraduan on August 1st, 2009 by yiemega

Kad Debit merupakan salah satu kaedah bayaran yang semakin diterima ramai selepas Kad Kredit. Kad Debit juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Kad Kredit cuma bezanya Kad Debit hanya dapat diguna sekiranya ada sejumlah wang di dalam kad tersebut tetapi kad kredit tidak kerana ia bersifat berhutang dulu bayar kemudian.

Sebagai salah satu Kaedah Pembayaran Semakin Popular, kini Kad Debit sudah popular di kalangan rakyat Malaysia di dalam era e-tunai sekarang ini. Kad Debit merupakan satu cara yang selamat sekiranya beg anda diragut tiada tunai di dalamnya itulah kelebihanya.

Baru-baru ini Salah sebuah syarikat pengendali Visa Debit telah mengadakan satu Peraduan Belanja Dan Menang. Tarikh tutup peraduan ini ialah pada 13 September 2009. Peraduan ini terbuka untuk pemegang kad Debit Yang Dikeluarkan oleh:

Al-Rajhi Bank Debit Card-i

BSN Matrix Visa Electron

BSN Matrix-i Visa Electron

Citibank Visa Debit & ATM Card

Citigold Visa Debit & ATM Card

Maybank

TESCO-RHB

PB Day2Day

PB Visa Electron

Syarat asas peraduan ialah pembelian minima RM 20.00 dan ke atas dalam satu resit. Semakin banyak dibelanja semakin tinggi peluang untuk anda memenanginya. Hadiah utama Peraduan ini ialah Perodua MyVi 1.3 SE.

Untuk keterangan lanjut sila lawati http://www.visagreatbreaks.com/travel/PromoListing?catID=0&promoID=1116&ctryID=MY#1116

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

2009 Toyota Corolla S

Posted in PK Automobil on July 13th, 2009 by yiemega

2009 Toyota Corolla S

2009 Toyota Corolla S

Pandangan Ruang Pemanduan Toyota Corolla S

Peminat-peminat Kereta Keluaran Toyota Bolehlah memandu uji Toyota Corolla S 2009 baru ini. Kereta ini akan berada di pasaran pada tahun ini. Bagi mereka yang mempunyai kereta Impian dan impian mereka itu ialah Toyota maka mungkin Toyota Corolla S mungkin sesuai bagi mereka.

Sesiapa yang mahukan review berkenaan Kereta Keluaran Toyota ini, bolehlah membaca review tentang Toyota Corolla S ini DI SINI

Ada yang berminat menonton Video Review Toyota Corolla S ini boleh menontonya DI SINI, bagi mereka yang berminat untuk mengetahui berapa harganya boleh dapatkan DI SINI.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Michael Jackson Akan Dikebumikan Secara Islam…

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on July 4th, 2009 by yiemega

Michael Jakcson Akan Dikebumikan Secara Islam

Michael JacksonSebelum ini banyak pihak yang mengatakan Michael Jackson telah memeluk Islam ia juga turut menjadi persoalan adakah benar Michael Jakcson telah memeluk Islam ataupun tidak. Namun semalam persoalan ini terjawab apabila Michael Jackson atau nama Islamnya Mikael dikatakan meninggalkan wasiat mahu dikebumikan secara Islam.

Raja Pop yang mempunyai peminat di seluruh dunia ini bakal dikebumikan secara Islam dan pengkebumian Allahyarham akan dibimbing oleh abangnya untuk memastikan pengkebumian Allahyarham benar-benar mengikut Islam. Ini bermakna MJ atau Mikael mati dalam Islam.

Penemuan Wasiat MJ atau Mikael itu sekaligus menamatkan pertanyaan bagaimana pengkebumian Mj bakal dilaksanakan. Dengan pemilihan untuk dikebumikan secara Islam sekaligus membuktikan bahawa Allahyarham sememangnya telah memeluk Islam sebelum ini.

Sebagai umat Islam marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Mikael, semoga Allah Mencucuri rahmat ke atas Rohnya. Al-Fatihah… Mungkin selepas ini tidak mustahil peminatnya yang beragama Islam akan mengadakan Majlis Tahlil untuk Mikael. Jadi bagi mereka yang berkemampuan boleh mengadakan Majlis Tahlil dan Kenduri Doa Selamat untuk Mikael.

Pemergian MJ@Mikael ini merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada arena muzik dunia, sumbangan beliau memang tidak ternilai, persembahan luar biasa hebat dan bertenaganya juga tidak lagi boleh ditonton secara ‘live’ sepertimana yang berlaku sebelum ini kini hanya yang tinggal lagu-lagu dan persembahan-persembahan Allahyarham yang terdahulu yang mungkin akan diulang tayang pada masa-masa akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Apa Khabar Faizal AF4?

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on June 30th, 2009 by yiemega

Faizal AF4

Faizal AF4

Apa Khabar Faizal AF4?

Faizal AF4 atau nama penuhnya Faizal Ramly seorang artis yang dilahirkan melalui satu rancangan realiti TV yang terkenal iaitu Akademi Fantasia pada musim yang keempat. Sudah lama kita tidak mendegar berita mengenai beliau adakah beliau masih lagi aktif dalam dunia seni ataupun masih bertapa di rumahnya.

‘Kesenyapan’ ini membuat orang ramai terutamanya peminatnya begitu tertanya-tanya ke manakah perginya seorang penyanyi yang berkebolehan dan mempunyai suara ala ’serak-serak’ basah ini.

Ada juga yang berkata ‘kesenyapan’ berlaku kerana syarikat rakamanya lebih mendahulukan orang lain daripada Faizal selain itu ketiadaan kontroversi mengenai beliau juga menjadi faktor mengapa beliau ’sepi’ di dalam dunia hiburan tanah air.

Benar! sebelum ini pernah ada kontroversi mengenai beliau tetapi ‘kontroversi’ itu sekejap sahaja tidak seperti ‘kontroversi’ yang dicetuskan oleh Mawi seorang penyanyi yang dikatakan ada Aura dan kini gagal mempertahankan ABP yang dimenanginya dulu kerana Faizal ni seorang yang suka berterus terang, jadi jika bertanya Faizal akan menjawabnya dengan jujur tidak seperti Mawi.

Pihak-pihak penyiaran seperti radio dan tv juga dilihat sekarang sudah tidak lagi menjemput beliau untuk konsert-konsert, menyiarkan lagu beliau dan malah media masa pun kurang menceritakan berita mengenai beliau. Sayang Sekali penyanyi yang berbakat besar ini dinafikan hak untuk berjaya oleh mereka-mereka yang hanya mementingkan keuntungan.

Penulis berharap satu masa nanti ada pihak yang dapat membuat ‘Come Back’ Faizal dengan lagu-lagu yang boleh memanaskan carta muzik Malaysia dan lagu yang terbaik untuk penyanyi yang terbaik, demi kesinambungan kerjaya seni Faizal dan juga arena muzik tanah air lebih baik mereka melakukan sesuatu.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Raja Pop Dunia@Michael Jackson Meninggal Dunia…

Posted in PK Hiburan on June 26th, 2009 by yiemega

Michael Jackson@Raja Pop Dunia

Raja Pop Dunia Michael Jackson telah meninggal dunia disahkan meninggal dunia pada waktu 2.26 petang waktu tempatan dan 2.26 pagi waktu Malaysia sepertimana yang dilaporkan UTUSAN ONLINE.

Artis tersohor yang digelar “Raja Pop Dunia” itu amat popular dan berasal daripada kaum kulit hitam namun beliau telah menjalankan pembedahan plastik dan menghilangkan warna asal kulit bangsa asalnya.

Pemergian Michael Jackson menandakan satu kehilangan besar bagi industri muzik antarabangsa dan hanya yang tinggal nama “Michael Jackson” sahaja dengan karya-karyanya yang diminati oleh seantero dunia. Kini sudah tiada lagi persembahan ‘live’ yang bertenaga daripada Michael Jackson.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,