Matinya Seorang Penyamun Episod 1
Saat Kelahiran
Pak Nor merupakan seorang pekerja Majls Daerah Besar dan di samping itu isterinya Mak Temah membuat kuih pau untuk dijual oleh Kedai Makan dan Restoran sekitar daerah Besar. Mereka sudah hampir tiga tahun berumah tangga tapi belum dikurniakan cahaya mata sehinggalah kini Mak Temah mengandungkan anak sulung mereka. Usia kandungan Mak Temah sekarang ialah 9 Bulan bermakna tidak beberapa lama lagi kandungan Mak Temah akan keluar melihat bumi. Pak Nor pekerja yang sangat rajin.
Pada suatu malam yang hening, Pak Nor sedang rancak berbual dengan Pak Karim jiranya yang sentiasa bertandang ke rumah Pak Nor untuk bercerita tentang isu-isu semasa. “Pak Nor dah tak berapa lagi akan dapat cahaya mata, Pak Nor dah bersedia ke?”Soal Pak Karim kepada Pak Nor. “Sudah tentu Pak Nor bersedia ini kan anak sulung Pak Nor” Balas Pak Nor Selamba. Jam buruk yang tersangkut di dinding rumah Pak Nor menujukkan waktu sekarang sudah masuk jam sembilan setengah malam. Mak Temah, isteri Pak Nor sudah berehat sementara menunggu matanya lelap sementara itu Pak Nor masih lagi bersembang dengan Pak Karim.
Pada malam itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, pokok melambai-lambai dan begitulah keadaan di negara kita yang aman damai ini. Pak Nor masih lagi berbual rancak dengan Pak Karim. “Pak Nor esok Pak Nor kerja ke?”Soal Pak Karim. “Kalau diikutkan memang esok Pak Nor kerja tapi kalau melihat keadaan Mak Temah kamu tu Pak Nor rasa Pak Nor nak duduk rumah jer” jawap Pak Nor dengan nada yang sederhana. “Elok lah tu Pak Nor, kalau Mak Temah ni nak apa-apa sekurang-kurangnya Pak Nor ada, Betul Tak? Sokong Pak Karim sambil bertanya. “Ya betul juga tu” balas Pak Nor pendek.
Angin yang tadinya bertiup sepoi-sepoi bahasa tiba-tiba bertukar menjadi ganas. Tiupan angin makin kencang, hujan mulai turun renyai-renyai walaupun tadi tiada tanda hari mahu hujan. Hujan bertambah lebat diikuti dengan Kilat sabung menyabung. Bunyi dentuman guruh dan petir bersahut-sahutan. Pak Nor dan Pak Karim yang sedang asyik bersembang itu terpinga-pinga dan berhenti dari bersembang. “Keboooooooooooooom” bunyi petir yang begitu kuat dan menakutkan. Di kala itu, kedengaran suara orang menjerit dari bilik Mak Temah “Waaaarghhh tolong bang, tolong bang”. Pak Nor dan Pak Karim yang mendengar pekikan itu bergegas ke bilik Mak Temah dengan terburu-buru hinggakan Pak Nor tersepak teko yang mengandungi air teh itu, namun Pak Nor tidak mempedulikan teko itu dan terus ke bilik Mak Temah. Setibanya di sana “Apa yang terjadi sayang?” Soal Pak Nor kepada Mak Tema “Baaaaaaang perut ni rasa sakit sangat macam nak keluar dah ni bang”jawab Mak Temah terketar-ketar menahan sakit. “Baik abang pergi tok bidan sekarang, Pak Karim tolong tunggu rumah sekejap ya” balas Pak Nor. “Ya baiklah” jawab Pak Karim.
Keadaan di luar rumah masih lagi hujan lebat membasahi bumi, angin bertiup kencang, dan kadang-kadang ada ‘pusaran angin’ yang memusarkan sampah dan debu-debu seolah-olah ‘taufan kecil’. Namun itu semua tidak dipedulikan oleh Pak Nor apa yang lebih penting ialah keselamatan isterinya. Pak Nor pun mengambil kapcai buruknya yang sudah tersedia di halaman depan rumahnya itu dan cuba menghidupkan enjinya. “Brooom Brooom Broom” kendengaran bunyi kapcai buruknya. Pak Nor merasa lega kerana biasanya kapcai buruknya susah nak dihidupkan, tetapi kegembiraan Pak Nor hanya seketika, sebaik sahaja Pak Nor masuk gear satu enjin kapcai buruknya tiba-tiba mati. “Pak Nor cuba menghidupkan sekali lagi, kapchai buruknya itu berjaya dihidupkan tetapi apabila Pak Nor masuk gear satu masalah tadi kembali berulang sehingga beberapa kali. Pak Nor yang semakin gelisah memikirkan keselamatan isterinya cuba berdoa ke hadrat Ilahi. “Ya Allah selamatkan Isteriku, Ya Allah aku merayu kepadamu agar masalah kapchai aku ini boleh diatasi dan aku boleh membatu isteriku, Ya Allah engkaulah yang maha pemurah lagi maha penyanyang, hambamu merayu”doa Pak Nor. Pak Nor cuba menghidupkan enjin kapchainya dan cuba masuk gear satu, akhirnya kapchainya boleh bergerak tanpa masalah. Itulah kebesaran Allah s.w.t. Kapchai yang ditunggang oleh Pak Nor memecut laju meredah kelebatan hujan yang membasahi bumi di ikuti dengan bunyi dentuman guruh bersahut-sahutan.
Setelah beberapa minit, akhirnya Pak Nor sampai ke rumah Mak Long Bidan. Bidan kampung yang tersohor di kampung itu. “Assalamualaikum, Mak Long ooo Mak Long” pekik Pak Nor sekuat hati. “Ya siapa tu, ada apa” balas Mak Long sambil menyoal. “Saya Pak Nor” Jawab Pak Nor. “Keleeeeeeeeetuk” bunyi kunci pintu rumah Mak Long dibuka dan diikuti dengan suara “Ooooo Pak Nor, ada apa Pak Nor?” soal Mak Long. “Alah Mak Long ni banyak pulak bertanya, dah tak payah bercakap banyak lagi ambil peralatan Mak Long dan ikut saya sekarang juga. Mak Long pun bergegas mengambil alatan perbidananya dan terus membonceng kapchai buruk Pak Nor.
Pak Nor memecut kapchai dengan begitu laju sekali dalam masa beberap minit akhirnya dia sampai ke rumahnya. Di halaman rumahnya kelihatan Pak Karim sedang mundar, mandir seperti orang dalam kegelisahan. Mak Long Bidan bergegas naik ke rumah Pak Nor dan meluru ke bilik Mak Temah. Memang betul sangkaan Mak Temah apabila mendapati kandungan Mak Temah seperti sudah tidak sabar-sabar untuk keluar melihat alam fana ini.
Tepat jam dua belas satu minit pagi, dua Februari tahun sembilan belas lapan puluh tiga kendengaran suara tangisan bayi daripada bilik Mak Temah. “Waaaaaaaaa Waaaaaaaaaa Waaaaaaaaaaaa”. Hujan yang sudah reda tiba-tiba bertukar menjadi lebat, kilat yang sudah tidak kelihatan tiba-tiba kelihatan kembali. Guruh yang sudah tidak berdentum kembali berdentum dan bersahut-sahutan. Angin kembali bertiup kencang seolah-olah ada petanda buruk yang bakal berlaku. Namun fenomena itu berlaku sekejap sahaja dan kembali normal. Pada hari itu Pak Nor dan Mak Temah menamatkan penantian mereka setelah dekat tiga tahun mereka impikan seorang cahaya mata.
Pak Nor dengan Mak Temah berbincang nama apa yang mahu diberikan kepada anak lelaki mereka itu. “sayang rasa apa nama yang kita patut letak pada anak kita ni?” soal Pak Nor. “Saya tak kisah bang, kalau abang rasa baik Temah pun rasa bai” Balas Mak Temah. “Kalau begitu apa kata kita namakan anak kita dengan nama Naim?” soal Pak Nor lagi.”Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan, cantik juga nama tu abang”. Akhirnya mereka sepakat untuk menamakan anaknya dengan nama Naim.
- bersambung nantikan episod 2