Studio Bintang Kecil Akhir

Studio Bintang Kecil rancangan realiti hiburan yang menampilkan dan menonjolkan bakat kanak-kanak dalam seni suara ini akan mencapai kemuncaknya pada Sabtu ini 8 September 2007 yang akan disiarkan secara langsung di TV9. Rancangan yang diterbitkan oleh TV9 ini bakal melahirkan bintang-bintang baru di dalam arena seni suara tanah air. Istimewa rancangan realiti hiburan ini apabila ia cuba mengetengahkan bakat-bakat cilik yang boleh dikormesialkan.

Penulis pernah menonton kedua-dua mini konsert oleh peserta-peserta Studio bintang kecil dan ternyata tidak membosankan terutamanya menonton persembahan peserta lelaki seperti Azidi, Along, dan banyak lagi. Ternyata persembahan mereka memang berbakat. Apa yang penulis harapkan agar pemenang-pemenang Studio Bintang Kecil akhir ini dapat dikomersialkan dengan pemberian kontrak untuk membuat album. Buat masa ini tidak ramai lagi penyanyi kanak-kanak membuat album jadi sudah sampai masanya kanak-kanak diberi peluang untuk membuat album.

Kesungguhan TV9 menerbitkan rancangan ini wajar dipuji, penulis berharap bakat-bakat yang ada pada peserta-peserta Studio Bintang Kecil berakhir pada konsert akhir sahaja. Kesanggupan Ribena untuk menaja program ini adalah sangat dihargai. Penulis berharap pada episod-episod akan datang lebih ramai penaja yang tampil menaja program ini. Penulis mencadangkan supaya pihak penerbit tv9 menyediakan hadiah kontrak rakaman untuk Juara dan Naib Juara Studio Bintang Kecil yang akan datang.

Penulis merasakan Studio Bintang Kecil harus diteruskan dan menjadi rancangan realiti tahunan yang akan mengisi kalendar penyiaran tahunan stesen tv itu. Pada masa itu penulis mencadangkan format rancangan ini diubah kepada 50 % Juri dan 50% Undian SMS kerana ia akan menjadikan rancangan ini bertambah menarik. Pada rancangan yang akan datang juga penulis cadangkan supaya tv9 menambah Konsert Mini dari dua kepada lapan atau menukar Konsert Mini kepada Konsert Mingguan. Diari Studio Bintang Kecil juga harus diperkenalkan bagi memastikan program ini makin diminati ramai. Pada masa yang sama penulis mencadangkan konsert mini Studio Bintang Kecil di adakan secara langsung kerana ini akan membuat program ini bertambah menarik. Akhirkata, kepada peserta-peserta Studio Bintang Kecil semoga berjaya di Konsert Akhir dan buatlah yang terbaik.

Perhatian: Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Rakaman Konsert ini Secara Percuma sila komen post ini. 

11 Responses to “Studio Bintang Kecil Akhir”

  1. dina Says:

    saye nak..
    betol ke dpt percume??
    huhu..
    saye minat giler SBK..
    dan saye rase rancangan ni harus diteruskan lagi..
    betol x???

  2. lianaz Says:

    sya minat zizie. mereka semua memang berbakat!!!!!!!!!!!!!!

  3. nur atikah Says:

    sbenarnya saya nak berkenalan ngan adik azidi dan adik syazliana……
    boleh kan….

  4. syazni Says:

    saya suka lah tengok bintang kecil sebab nyayian mereke best.boleh tak saya nak berkenalan dengan zizie saya nie peminat dia.i love u

  5. Farhah Says:

    Saya Suka Sangat kat zizie.Best Giler……..

  6. iela Says:

    leh bagi kat sy gak tak? Minat giler tuh…adik azidi memang berbakat…dah berbulan berlalu tapi dia tetap diingatan…

  7. ina Says:

    saya suka sangat tengok bintang kecil yang masih fresh lagi ni.

  8. ina Says:

    program ini patut diteruskan lagi dimasa akan datang

  9. Widelia Says:

    Di mana boleh dapatkan saliran Studio Bintang Kecil nie.. Satu family suka rancangan nie… Ada ker jual VCDnya?

  10. Widelia Says:

    Sori salah taip.. bukan saliran tapi salinan

  11. yiemega Says:

    saya tidak pasti pulak tu widelia….tapi cuba lah risik-risik laman web download mana tahu ada….

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image