Matinya Seorang Penyamun Episod 2

Zaman Kanak-kanak Naim

Kini umur Naim sudah genap tujuh tahun. Selama tujuh tahun itu juga Pak Nor dan Mak Temah membesarkan Naim dengan Penuh kasih sayang, belaian manja bagai menatang minyak yang penuh. Umur naim sekarang sudah melayakkan dia dihantar untuk bersekolah ke Sekolah Rendah. Sebelum ini Pak Nor telah menghantar Naim bersekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam semasa Naim berumur enam tahun.

Hari pertama Persekolahan Naim di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Sireh memaksa Pak Nor bertandang ke sekolah itu bagi menemani anak kesayangan itu memandangkan Naim tidak mahu pergi sekolah sekiranya Pak Nor tidak menghantar Naim tidak mahu ke sekolah. Setibanya Pak Nor di sekolah, tiba-tiba pak Nor disapa oleh seorang lelaki yang kebetulan menghantar anaknya ke sekolah yang sama “Eh Pak Nor hantar anak ke?”. “Ya anak Pak Nor ni nak Pak Nor hantar dia” balas Pak Nor sambil tersenyum. “Alah biasa lah Pak Nor masa ni lah dia bermanja dengan Pak Nor nanti bila dah besar nanti pandai-pandailah dia datang sendiri” tambah lelaki yang menyapa Pak Nor tadi sambil ketawa kecil. Naim yang mendengar perbualan itu tersipu-sipu malu.

Setelah Pak Nor menghantar Naim ke bilik darjahnya, dia terus bergegas pulang kerana bimbang terlewat untuk ke tempat kerjanya. Naim mula mendapat sahabat baru di dalam bilik darjahnya itu. Pada mulanya kelas yang senyap-sunyi itu bertukar menjadi riuh rendah memandangkan masing-masing sudah saling mengenali. Keriuhan kelas itu boleh didengari dari jarak 5 kilometer daripada kelas itu. Beberapa lama kemudian kelas itu tiba-tiba bertukar menjadi senyap sunyi bagai dilanggar garuda. Rupa-rupanya Cikgu yang mengajar kelas itu sudah datang, dan oleh sebab itulah mereka menjadi senyap.

“Assalamualaikum semua, Hari ini Cikgu Heliza tak mahu mengajar lagi cuma nak berkenalan dengan murid-murid yang disayangi sekalian” ucap Cikgu Heliza yang juga guru kelas Naim. “Walaikumussalam”murid-murid kelas Naim pun menjawab termasuklah Naim sendiri dengan serentak. “Ok Cikgu Nak, anak-anak murid cikgu ni kenalkan diri sorang demi sorang” arah Cikgu Heliza dengan mukanya yang tak lekang dek senyuman. Selepas itu sesi berkenalan pun dimulakan. Naim merupakan orang yang terakhir memperkenalkan diri. Selepas sesi berkenalan itu, Cikgu Heliza mengarahkan anak muridnya untuk memilih ketua darjah, penolong ketua darjah.

Murid-murid Cikgu Heliza termasuk Naim tidak membantah dan terus membuat sesi pencalonan. Sedar tidak sedar Naim antara orang yang dicalonkan untuk menjawat jawatan Ketua Darjah. Seorang murid lagi yang dicalonkan untuk menduduki kerusi Ketua Darjah ialah Anuar. Selepas semua calon-calon disenaraikan sesi pemilihan pula bermula. Selepas keputusan diumumkan Naim hampa apabila tewas dengan Anuar. Mulai hari itu Anuar secara rasminya berkuasa sebagai Ketua Darjah 1 Anggerik itu.

“Ok Cikgu Rasa masa dah nak tamat ni, cikgu nak keluar ni” pinta Cikgu Heliza. “Semua bangun, terima kasih cikgu” Anuar mengeluarkan kata keramat pertamanya selepas dilantik menjadi ketua darjah. Beberapa minit sudah berlalu tetapi kelibat cikgu yang sepatunya mengajar selepas waktu Cikgu Heliza tidak kelihatan.  Suasana bilik darjah itu semakin bertambah bising  dan terus bising.  Anuar cuba menjalankan tanggungjawab dengan mengarahkan kelas supaya jangan bising.  Namun Naim tidak memperdulikan arahan itu sebaliknya terus membuat bising. Anuar dengan muka merah padam kerana menahan marah pergi ke meja Naim dan mengarahkan Naim supaya diam. “Naim tolong diam, kalau tak aku tulis nama bagi kat cikgu” arah Anuar dengan nada yang keras sedikit. “Tulislah kalau berani, tulislah ikut suka aku lah nak bising ke tak” ejek Naim. Anuar pun menulis nama Naim dan berpusing untuk pulang ke mejanya. Namun belum sempat lagi Anuar bergerak, Naim merampas dan mengoyakkan kertas yang bertulis namanya itu dan”Geeeedeeeeeebuk” secara tidak semena-mena penumbuk Naim menyinggahi pipi Anuar yang gebu itu. “Ini amaran daripada aku jangan tunjuk hebat kat aku dan jangan beritahu kat cikgu kalau tak nahas kau aku kerjakan”ugut Naim dengan nada yang keras. Anuar tiada pilihan lain selain menuruti kehendak Naim. Mulai hari itu, Anuar sudah tidak berani lagi untuk menegur Naim sekiranya Naim membuat salah.

” Kriiiiiiiiiiiiiiiiinggggggggggggg” kendengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tiba. Murid-murid Darjah 1 Anggerik berpusu-pusu keluar untuk ke kantin. Anuar dan Naim antara orang yang terakhir meninggalkan kelas. Sebelum sempat Anuar meninggalkan kelas, dia ditahan oleh Naim. “Kalau kau nak selamat bagi aku seringgit” ugut Naim. “Kalau aku bagi duit kat kau apa pulak aku nak makan. “Ini amaran terakhir, aku nak duit seringgit kalau nak selamat bagi kat aku” ugut Naim sekali lagi. Anuar tidak memperdulikan permintaan Naim dan cuba keluar tetapi belum sempat Anuar keluar tiba-tiba penyepak Naim menyingahi punggungya berbirat rasanya. Oleh kerana ketakutan Anuar memberikan duit seringgit yang diminta oleh Naim. Anuar terpaksa berlapar memandangkan dia hanya membawa satu ringgit ke sekolah.

“kriiiiiiiiiiiiiiiinggggggggggggg” sekali lagi loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Pelajar-pelajar lain berpusu-pusu meninggalkan kantin untuk masuk ke kelas masing-masing. Naim merupakan orang yang terakhir meninggalkan kantin. Beberapa minit selepas waktu rehat berlalu Cikgu yang sepatunya mengajar pada waktu itu juga tidak kelihatan mungkin kerana semua guru sedang bermuasyarat.

Kelas 1 Anggerik antara kelas yang terbising pada masa itu memandangkan Anuar tidak berani lagi untuk memarahi pelajar-pelajar yang sekelas denganya. Naim seperti biasa menjadi ketua pelajar-pelajar yang membuat bising. Kadang-kadang Anuar terfikir juga untuk meletakkan jawatan tetapi dia teragak-agak juga untuk membuat keputusan. Apabila bilik darjah 1 Bakawali di sebelah bilik darjahnya mampu senyap tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa bagi mengawal kelasnya kerana dia sentiasa dibayangi perasaan takutnya itu.

“Kriiiiiiiiiiiiinggggggggggggggggggggggg” loceng sekolah berbunyi lagi, kali ini menandakan sesi persekolahan pada hari itu sudah tamat. Pelajar-pelajar mula berpusu-pusu keluar dari bilik darjahnya untuk pulang ke rumah. Anuar antara orang yang pertama meninggalkan kelasnya. Manakala Naim merupakan orang yang terakhir meninggalkan kelasnya.

- bersambung

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image