Menanti Saat Peralihan Kuasa !!!
“Peralihan Kuasa” itulah ungkapan yang kembali popular pada bulan ini. Ungkapan tersebut menjadi popular kerana pada bulan ini yakni Mac 2009 dijangka akan berlaku peralihan kuasa daripada Perdana Menteri sekarang kepada Perdana Menteri Sedang Menunggu yakni Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perhimpunan Agung UMNO juga yang dijangka diadakan pada bulan ini juga turut ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia untuk menantikan kesudahan cerita “Peralihan Kuasa” ini. “Peralihan Kuasa” sebelum ini pernah menjadi perbualan hangat beberapa bulan lalu apabila berlaku tuntutan supaya Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang digelar “Pak Lah” oleh rakyat Malaysia.
Penulis percaya para penganalisis politik tanah air memang ternanti-nantikan apakah kesudahan yang berlaku dengan “Peralihan Kuasa” yang sering diwar-warkan oleh Pak Lah. Adakah “Peralihan Kuasa” ini akan menjadi realiti ataupun hanya sekadar bertanam tebu di pinggir bibir sahaja.
Dalam politik jatuh dan bangun sudah menjadi sebati dengan ahli-ahli politik. Mereka yang ingin terjun ke dalam bidang politik hendaklah bersedia menghadapi ’sepak terajang’ politik. Penulis masih ingat ungkapan bapa penulis yang berbunyi “Politik itu Kotor”. Memang benar politik itu kotor, bapa penulis adalah salah seorang mangsa kekotoran politik. Walaupun Bapa Penulis hanyalah ketua di salah sebuah cawangan PAS di Terengganu namun persaingan sengit turut berlaku di peringkat cawangan dan seorang Ahli Pas yang beraliran Profesional telah berjaya menjatuhkan bapa saya dengan menggunakan taktik kotor.
Bapa penulis adalah seorang ahli PAS yang sealiran dengan Geng Ulama’, seperti mana yang kita tahu geng Profesional tidak sehaluan dengan “Geng Profesional”. “Geng Profesional” yang juga digelar Ahli PAS Celup oleh segelintir ahli PAS ini juga berbeza corak perjuanganya dengan “Geng Ulama”.
Jadi ingatlah tiada benda yang mustahil di dalam dunia sepak terajang politik ini. Pangkat dan Darjat tidak akan kekal selama-lamanya kerana setiap yang hidup pasti mati, setiap yang berpangkat satu masa nanti akan kehilangan pangkatnya. Jadi berhati-hatilah.