Kami Sokong Usaha Tengku Mahkota Kelantan

Penulis difahamkan menurut beberapa sumber daripada dalam Istana, Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Muhamad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra untuk menyiasat “Penyelewengan” yang dikaitkan dengan “Orang Dalam” Istana yang berselindung disebalik projek-projek tertentu.

Penulis terpanggil untuk memberikan semangat dan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh Tengku Mahkota Kelantan tersebut, apa yang penulis ucapkan padanya ialah Rakyat Kelantan akan bersama Tengku dan menyokong penuh usaha-usaha yang dijalankan oleh Tengku.

Usaha-usaha yang Tengku Jalankan itu adalah satu usaha terbaik untuk membersihkan nama Ayahnda Tengku iaitu Sultan Ismail Petra. Perjuangan Tengku Direstui Rakyat Kelantan, jangan takut, jangan bimbang Kami Rakyat Kelantan akan sentiasa bersama Tengku.

Tengku boleh siasat penyelewengan tersebut dan sekiranya cukup bukti Tengku bolehlah membawa Kes Tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika usaha-usaha yang dilakukan Tengku menemui Kejayaan, patik pasti satu hari nanti Rakyat Kelantan akan menghargai Perjuangan Tengku sebagai satu Perjuangan yang membela Rakyat Kelantan.

Kami semua berharap Tengku dapat menjalankan usaha-usaha tersebut tanpa rasa takut pada tertuduh, Patik yakin, usaha-usaha Tengku itu bukanlah satu “derhaka”, jadi berjuanglah, kami pacar yang hina akan sentiasa berada di belakang Tengku.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

One Response to “Kami Sokong Usaha Tengku Mahkota Kelantan”

  1. afifah marsitah Says:

    Askum…mula2 patik melafazkan doa ke hadrat Allah Taala moga ayahanda Tengku iaitu KDYMM Al-Sultan Ismail Petra sembuh segera hendaknya…dan terus memayungi kami rakyat jelata sekelian..

    Patik sendiri seorang peminat Tengku semenjak alam persekolahan, apa saja berita Tengku patik ikuti dan berita KETEGASAN Tengku dlm hal penyelewengan kewangan negeri ini amat mengujakan patik & kawan..kami bangga dgn tindakan Tengku menggantung tugas mrk yg terlibat…

    Kami bangga mempunyai Tengku Mahkota yg bijaksana,berjiwa rakyat lagi wara’… dan percayalah Tengku patik sekelian sentiasa bersama Tengku mengharungi susah senang bersama…

    Patik juga doakan Tengku & adinda2 cekal menghadapi ujian Allah…moga baginda sultan cepat sembuh bahkan lebih ’sihat afiat’ berbanding dulu..

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! HIDUP TENGKU MAHKOTA KELANTAN!

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image