Negara Perlukan Band Kanak-Kanak !
Industri Hiburan tanah air pada hari ini kelihatan agak suram dengan kebanjiran lagu-lagu dan kumpulan-kumpulan dari seberang seperti Dewa, Radja, Sheila On Seven, dan bermacam-macam lagi kumpulan dari seberang yang albumnya amat laris di Malaysia malah seringkali diputar di beberapa corong-corong radio yang mendewakan lagu-lagu dari seberang.
Penulis tidaklah mahu mencadangkan agar kemasukkan lagu-lagu indonesia ke dalam Malaysia hendaklah disekat kerana itu tidak profesional namanya. Dalam kita menyelesaikan satu masaalah yang menimpa industri muzik tanah air kita tidak boleh menyalahkan orang lain sebaliknya kita perlulah menyalahkan diri sendiri dan cermin diri kenapa industri muzik yang suatu ketika dulu mengegarkan dunia namun kini kita dapati industri muzik tanah air sudah ketinggalan jauh ke belakang berbanding negara seberang yang berjiran dengan kita. Kenapa dulu muzik kita diterima ramai tetapi sekarang muzik kita sudah kurang diminati, apakah kelemahan yang perlu diperbaiki untuk mempertingkatkan mutu persembahan muzik kita. Tentulah pemuzik ada jawapanya.
Penulis tidak mahu bercerita panjang mengenai industri muzik tanah air adalah lebih penulis menumpukan kepada artikel penulis yang bertajuk “Negara Perlukan Band Kanak-Kanak”, “Band” sesetengah pendapat menafsirkanya sebagai “Kugiran” ada juga yang menafsirkan dengan perkataan “Kumpulan Pemuzik” terpulanglah kepada mereka apa yang mereka ingin tafsirkanya.
“Band Kanak-Kanak” penulis lihat negara kita ketandusan “Band Kanak-Kanak” ataupun Kugiran Kanak-kanak dan boleh juga kita katakan sebagai “Kumpulan Muzik Kanak-Kanak” bukan kata kurang malah kalau tak silap penulis tiada satupun kumpulan muzik kanak-kanak di Malaysia berbeza dengan suasana di Indonesia yang pada hari ini kita lihat semakin banyak band-band kanak-kanak yang dilahirkan di indonesia contohnya seperti The Lucky Laki (Dianggotai tiga Putera Ahmad Dhani Dewa) melalui lagunya Aku Bukan Supermen dan Juga Pangeranku melalui lagunya Sang Pangeran.
Aksi Kumpulan Muzik Kanak-kanak Indonesia:
The Lucky Laki - Aku Bukan Supermen
Kesimpulanya kehadiran band-band cilik mereka di Indonesia mampu menambahkan seri dalam Industri Hiburan di indonesia terutamanya Industri Muzik. Pihak bertanggungjawab di Malaysia sepatutnya bergiat cergas mengcungkil bakat-bakat kumpulan muzik kanak-kanak di Malaysia, pihak stesen penyiaran TV Pula bolehlah menerbitkan rancangan bercorak realiti tv untuk mencungkil bakat kumpulan muzik kanak-kanak demi kesinambungan industri hiburan tanah air.