Terima Kasih Khairilhusni dan Blogmas
Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Khairilhusni. Siapa dia Khairilhusni ini?. Sebenarnya Khairilhusni ini adalah pemilik blog Khairilhusni alah blog lirik lagu tu lah http://khairilhusni.blogmas.com . Ada segelintir yang tahu Khairilhusni juga pemilik portal k-rex di mana korang boleh download lagu format real audio di sini. Link ke portal k-rex tersebut ialah http://www.k-rex.org. Untuk pengetahuan korang aku pernah jadi Moderator dalam portal tersebut tetapi kerana sibuk dengan blog-blog aku aku sekarang dah tak jadi moderator portal tersebut. Aku kenal Khairilhusni semasa aku berforum di Cari Gold http://www.carigold.com kalau tak silap aku lah.
Korang tentu tertanya-tanya apasal lak aku ucapkan terima kasih kat Khairilhusni ni? Sebenarnya Khairilhusni ni lah yang memperkenalkan aku dengan blogmas. Setelah puas mencari-cari akhirnya aku dapat blog provider atau free blog host yang terbaik setakat ini. Blogmas begitu mesra search engine kalau nak dibandingkan dengan blog-blog yang lain di mana aku terpaksa menggunakan keyword generator untuk set keyword untuk blog aku. Berbeza dengan Blogmas kerja-kerja membuat keyword blog aku lebih senang kerana ada beberapa plugin yang boleh digunakan untuk set keyword untuk blog aku. keyword suggestion juga adalah salah satu kelebihan blogmas. Klik sahaja aku dapat senarai keyword yang dicadangkan untuk blog aku. Memang mudah.
Tidak lupa aku nak ucapkan terima kasih kepada Blogmas yang menyediakan perkhidmatan percuma lagi hebat ini. Apa yang lebih membanggakan aku Pemerintah Tertinggi Blogmas adalah orang Malaysia dan juga orang yang satu kaum dengan aku iaitu Melayu. Kita sepatutnya memberikan tepukan gemuruh kepada Adar yang merupakan Pemerintah Tertinggi Blogmas. Sesuai dengan impian Adar untuk menjadi Raja, aku dengan sukacitanya mencadangkan Adar sebagai Raja Kesultanan Melayu Blogmas, tanpa usahamu Adar Blogmas mungkin tidak wujud, kewujudan Blogmas banyak membantu orang untuk cari gali wang ringgit denganya. Marilah bersama-sama kita menyokong Raja Blogmas kita iaitu Adar.
October 1st, 2007 at 4:51 pm
Kenang daku dalam doamu…

October 5th, 2007 at 12:58 am
amboi tingginyer puji. hehe… padam la tang raja2 tu. malu la kalo org baca. tu angan2 masa kecik je.
October 5th, 2007 at 4:07 am
hehe alah apa salahnya kita realisasikan angan-angan itu….
January 21st, 2008 at 1:38 pm
pasal tag tue..orang first skali buat..pastu akan diikuti orang seterusnya untuk promote link la..cam tu la lebih kurang..