PK Corner, Kota Bharu, Kelantan
Segmen PK Makan di Mana kali ini memilih sebuah Restoran di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan. Restoran yang beroperasi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini dikenali dengan Nama PK Corner ini menjadi tempat warga Kota Bharu menjamu selera. Restoran ini juga merupakan salah satu restoran pilihan Bernas di Kota Bharu.
Makanan yang disediakan oleh PK Corner sememangnya enak sehingga tidak terkata. Saya telah mencuba dua jenis masakan yang disediakan oleh restoran ini iaitu Tom Yam dan Sup Tulang dan minum air limau ais atau lebih dikenali dengan nama ‘Singo Beng’ oleh orang-orang Kota Bharu dan Kelantan. Rasanya sungguh enak dan sampai tak cukup satu. air Limau Ais yang disediakan di PK Corner berbeza dengan restoran lain memandangkan dia menggunakan ais yang dikisar bersama perahan limau menjadikan ia lebih istimewa dan kesedapannya jelas terasa.
Anggaran Perbelanjaan untuk menjamu selera di PK Corner ialah antara RM 20-40 untuk 4 orang. Kos untuk makan di sini tidaklah terlalu mahal bak kata orang ‘harganya berpatutan’ padan dengan rasanya. Kos makan di sini boleh dikatakan pada tahap pertengahan dan tidak terlalu membebankan. Di PK Corner anda boleh menikmati makanan yang dipesan sambil dihiburkan dengan tv besar yang dilengkapi dengan Astro. Di samping itu, anda juga akan terhibur dengan gelagat pekerja-pekerja PK Corner yang melayan pelanggan dengan ramah mesra dan berbudi bahasa.
Jika anda merancang untuk datang ke Kota Bharu, Kelantan jangan lupa datang ke PK Corner untuk menjamu selera. PK Corner ini letaknya berdekatan dengan CIMB Bank Jalan Kebun Sultan dan Berhampiran dengan simpang empat KAMDAR. Datanglah kerana anda pasti tidak rugi menjamu selera di sini.
March 2nd, 2009 at 2:10 pm
A burden of one’s choice is not felt