Petua Menyimpan Duit Bagi Perokok

Memang pelik dan aneh bunyinya, tetapi di dalam dunia ini tidak ada perkara yang mustahil untuk terjadi. Biasanya perokok selalunya kekurangan wang ringgit kerana sebahagian besar pendapatan mereka telah dihabiskan untuk membiayai peruntukkan rokok mereka. Namun kali ini, aku cuba bagi tips atau petua untuk menyimpan wang bagi perokok. Bertenang, perokok tidak perlu berhenti merokok untuk menyimpan tetapi ada satu cara yang boleh digunakan untuk menyimpan duit sambil merokok.

Caranya ialah sungguh mudah. Mula-mula aku nak cakap perkakasan yang diperlukan. Perkakasan yang diperlukan ialah Bekas pringles alah yang tin panjang tu. Aku nak bagi contoh bagi perokok yang menghisap rokok Dunhill 20. Rokok Dunhill 20 pada masa ini berharga RM 8.10 (langkawi lain harga) korang beli rokok Dunhill 20 ni dengan menggunakan duit RM10 dan bakinya korang jangan guna dan masukkan terus ke dalam tabung pringles tadi. Kalau tak mampu korang boleh masukkan wang baki syiling sahaja ke dalam tabung pringles dan anggaplah duit yang korang tabungkan itu tidak wujud lagi. Ulang langkah tersebut pada setiap kali anda membeli rokok dan perlu diingatkan di sini, jangan sekali-kali mengambil duit dalam tabung tersebut selagi tabung itu belum penuh. Apabila sudah penuh korang boleh lah keluarkan dan simpan dalam Bank.

Aku hanya berkongsi cara aku yang terbukti berkesan pada aku, terpulang pada korang untuk mencuba atau tidak, tetapi menggunakan kaedah tadi aku berjaya menyimpan dalam Bank pada waktu sekarang mencecah RM 1,000 tanpa sebarang masalah. Kata orang belum cuba belum tau jadi cubalah sekarang. Kita mesti buktikan yang perokok juga mampu menyimpan.

3 Responses to “Petua Menyimpan Duit Bagi Perokok”

  1. admin Says:

    aku suka tips ni. btul tu. kalo nak menabung better lupakan duit yg kita tabung tu. aku dulu slalu rajin gak simpan duit syiling yg lebih beli barang. simpan dlm beg atau dlm laci meja.

    dah banyak baru kutip tp bukan simpan dlm bank tp g belanja. haha…

  2. drabit Says:

    senang la kalau ikut cara ni sebab aku merokok.Dunhill 20.1 hari 1 kotak…dapat save gak.bagus bagus

  3. wow power leveling Says:

    A bird in the hand is worth than two in the bush

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image