Tahniah Malaysia, Tahniah Dr. Sheikh Muszafar

Tepat Jam 6.43 petang 21 Oktober 2007 Soyuz TMA-10, kapal angkasa yang memuatkan Angkasawan Pertama Malaysia Dr. Sheikh Muszafar Shukor selamat mendarat di bumi setelah 10 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa atau International Space Station (ISS). Kepulangan beliau terpahatlah sejarah baru negara kita Malaysia yang tercinta, kita kini telah menpunyai angkasawan pertama yang pernah sampai ke ISS. Walaupun tempoh pemergian Dr. Sheik Muszafar adalah singkat namun ia telah memberikan impak yang besar kepada negara kita terutamanya apabila Dr. Sheikh Muszafar membuat penyelidikkan semasa berada di ISS.
Penyelidikan Dr. Sheikh Muszafar bakal memberi impak yang besar dan boleh mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Penulis sebagai rakyat Malaysia juga merasa bangga kerana ada rakyat Malaysia sekarang ini mampu menjadi angkasawan, bukan sahaja angkasawan tetapi juga penyelidik di angkasa. Penulis berharap satu masa nanti lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan menjejaki langkah Dr. Sheikh Muszafar Shukor.
Penulis merasakan masih belum terlambat bagi penulis untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Angkasawan pertama negara kita dan penulis bersyukur kerana angkasawan pertama kita dapat mendarat di bumi dengan jayanya dan tidak ada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Tahniah diucapkan dan ini adalah satu kejayaan yang dicapai dalam bulan perayaan kemenangan umat Islam oleh negara Islam yang membangun dan bakal dipahatkan di dalam buku sejarah dunia.
Akhirkata, Program Angkasawan Negara bukan pembaziran tapi satu pencapaian. Terima kasih penulis ucapkan kepada Dr. Sheikh Muszafar Shukor kerana merakamkan cara-cara bersolat di angkasa atau dengan lebih tepat lagi ISS diharap dengan ini tidak ada lagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menimbulkan isu solat sepertimana yang berlaku pada kejayaan-kejayaan kita yang lepas.
October 26th, 2007 at 4:56 pm
pandangan penulis terhadap apa yang diperjuangkan oleh DR.Sheikh Muszafar amat tepat sekali.walaupun baru berusia 15 tahun, saya amat berminat mengikuti perjalanan pencarian angkasawan pertama Malaysia. Sesungguhnya pemilihan Dr Sheikh muszafar amat tepat sekali lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang yang versatile. Oleh itu,saya menjadikan beliau sebagai seorang contoh terbaik bagi mencapai cita-cita saya kerana semangatnya membuktikan yang semua orang boleh mencapai apa yang dicitakan.
October 26th, 2007 at 5:13 pm
ASSALAMUALAIKUM…
SELAMAT KEMBALI ABG MUS…. KUATKAN SEMANGAT DIRI WALAU APE JUA ORG BERBICARA…SAYA PERCAYA N TETAP SOKONG ABG MUS WALAU APE PUN KEPUTUSAN ABG MUS…YANG PENTING PERCAYA PADA DIRI SENDIRI,BETUL TAK? XKISAH LE APE YANG ORG CKP..KITA TETAP DIRI KITA SENDIRI…SAYA BEBETUL BERBANGGA ABG SUDAH BERJAYA… XDPT LG JUMPE ABG SECARA LIFE…. APE2 GOSIP TOLAK KETEPI K… ORG XTAU APE YANG KITA RASA…K BYE…MISS U…..
October 26th, 2007 at 5:16 pm
October 26th, 2007 at 5:23 pm
October 26th, 2007 at 5:51 pm
Dear Dr..
welcome bAck!!
We all prOud of U
hope 2 see u soOn..hehe
datang la UMS..
we’ll wait 4 u..
October 30th, 2007 at 7:05 pm
proud to be MALAY & ISLAM….
November 30th, 2007 at 12:24 pm
tahniah dr