Sinopsis Filem 9 September
Filem ini merupakan filem terbitan Metrowealth Movie Productions. 9 September merupakan sebuah filem romantik komedi yang mengisahkan Nia lakonan Fasha Sandha, perempuan berperwatakan kasar dan ganas tetapi mempunyai wajah yang sangat comel ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari hari itu dia menyimpan dendam terhadap lelaki. Mangsanya ialah seorang lelaki bernama Kogi lakonan Pierre Andre, Kogi adalah seorang lelaki yang baik dan jujur. Dia dilihat sebagai seorang yang sangat senang dibuli oleh Nia.
Kali pertama mereka bertemu apabila Nia tersalah masuk ke rumah Kogi. Selepas itu banyak kebetulan mereka bertemu, walaupun Kogi selalu dibuli namun dia sentiasa menunjukan sikap seorang lelaki sejati. Dia dilihat seperti ‘malaikat’ yang menjaga Nia dalam keadaan apa jua sekali pun. Lama-kelaman mereka seperti hampir jatuh cinta sesama sendiri sehinggalah satu hari Andrian, kekasih Nia kembali kepangkuannya.
Tidak dapat dinafikan Nia sebenarnya masih mencintai kekasih lamanya. Namun kasih sayangnya kali ini tidak setebal dulu, Nia kadang kala memikirkan Kogi. Begitu juga Kogi yang sentiasa mengalah kepada Nia. Sehinggalah pada satu hari Nia terbang ke Tokyo mengikut kekasihnya ke sana selama satahun, setelah pulang ke Malaysia, Nia terus mencari Kogi, namun gagal. Apabila Nia menemui Kogi, sesuatu yang sangat mengejutkan telah berlaku dan sangat sukar diterima Nia.
Kogi terus membawa diri ke satu pulau terpencil di mana dia dan Nia pernah terperangkap di sana. Nia terus mencari walaupun berita yang telah diterimanya itu sangat sukar ditelan. Apabila Nia mencari Kogi di pulau itu, peristiwa yang lebih mengejutkan telah berlaku. Peristiwa tersebut mengubah sepenuhnya kehidupan Nia. Sehingga Nia berkahwin dengan Andrian, Nia masih mencari Kogi. Apakah kesudahannya dan bersatukah Nia dan Kogi akhirnya? Segalanya hanya terjawab pada “9 SEPTEMBERâ€.
February 27th, 2008 at 7:02 pm
I have been in Network Marketing for about 15 years. I have NEVER seen such a total opportunity where almost everyone who takes a look wants to join. People just see the magic in this program
check it out by going to..
work at home online
March 2nd, 2009 at 4:32 pm
An hour in the morning is worth two in the evening
November 15th, 2009 at 11:38 am
Shoppers looking for a good bailey button chestnut feeling from a good ugg button boots , their primary task, consumers want to buy mini uggs them so that they feel goodshort uggs about themselves, whether to purchase the underlying reason is that “they areclassic crochet uggs so comfortable I wear everywhere,” or “they so good I will continue to make them for many years. http://www.hideboots.com/