Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Untuk Semua Rakyat Pantai Timur

Projek Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah selamat dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pada pagi dan petang kelmarin di dua tempat berasingan iaitu di Terengganu pada sebelah pagi dan kemudian diikuti oleh Kelantan pada sebelah petangnya. Projek ECER ini dikatakan dapat menaiktaraf dan sosio ekonomi rakyat Pantai Timur yang sebelum ini boleh dikatakan terbelakang dari arus pembangunan dan pemodenan negara kita berbanding negeri-negeri di Pantai Barat semenanjung yang dikatakan lebih maju berbanding Pantai Timur.

Antara projek-projek yang yang termasuk dalam pelan pembangunan ECER ialah menaiktaraf kesemua lapangan terbang di Pantai Timur menjadi lapangan terbang antarabangsa yang sekaligus memudahkan urusan perdagangan, pelancongan dan pelbagai lagi urusan dengan ini secara tidak langsung menarik lebih ramai pelancong dan pelabur untuk melancong dan melabur di negeri-negeri di Pantai Timur.

Penulis sempat juga meluangkan masa untuk menonton siaran langsung Pelancaran Projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di peti televisyen yang disiarkan secara terus di saluran RTM1 yang dipancarkan terus daripada Kuala Terengganu, Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan. Apa yang penulis kesalkan mengapa Menteri Besar di anak tirikan daripada berucap secara langsung di peti televisyen, penulis bukan bercakap pasal Menteri Besar Kelantan, tetapi perlu diingatkan Menteri Besar Terengganu juga tidak disiarkan secara langsung ucapan beliau.

Pada pandangan penulis pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)  di Kelantan mungkin ada sedikit menarik memandangkan kehadiran Perdana Menteri Kita Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi diiringi oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Gelagat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kelihatan mesra dengan Nik Aziz menambahkan lagi seri pada majlis pelancaran itu.

Penulis berharap dengan termeterinya dengan secara rasminya projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini satu langkah penyatuan Melayu dapat diambil bagi memastikan orang Melayu yang menurut perlembagaan Malaysia adalah mereka yang beraga Islam, bertutur dan bercakap dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu terus kukuh dan bersatu padu, kerana bersatu teguh, bercerai roboh sekaligus dapat mempertingkatkan kekuatan kuasa politik Melayu.

One Response to “Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Untuk Semua Rakyat Pantai Timur”

  1. wow power leveling Says:

    A burden of one’s choice is not felt

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image