Iqwal Dilahirkan Untuk Pentas

Iqwal Haifz Ismail ataupun lebih dikenali dengan nama Iqwal seorang artis muda berbakat dan bersuara emas. Iqwal yang baru sahaja berusia 15 tahun namun permintaan terhadap persembahanya laris terutamanya dari kalangan VVIP dan Kerajaan. Iqwal juga boleh dikatakan mempunyai suara yang unik dan lunak merdu disamping mampu menjadi artis versatil kerana keupayaan beliau menyanyikan lagu dalam pelbagai jenis bahasa. Selain bakat menyanyi, beliau juga mempunyai bakat untuk mencipta lagu, secangkir kasih adalah lagu pertama yang diciptakanya dan telah dipersembahkan secara langsung menerusi slot Malaysia Hari Ini di saluran milik Media Prima iaitu TV3.
Iqwal juga boleh dikatakan artis yang mudah mesra dan bersopan santu serta menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Penulis pernah beberapa kali menghantar komen untuk laman Myspace Iqwal Hafiz iaitu http://www.myspace.com/iqwal dan Iqwal sentiasa membalas komen-komen dihantarkan kepada beliau dan menjawab soalan-soalan yang di ajukan dengan sopan santun.
Latar belakang keluarganya yang belatar belakangkan muzik memudahkan lagi Iqwal untuk berjaya di dalam bidang muzik. Memandangkan ibu-bapa Iqwal sering memberi nasihat dan dorongan dalam kerjaya seni Iqwal. Ayah Iqwal merupakan seorang anak penyanyi kumpulan rock yang terkenal dan masih lagi aktif menyanyi secara solo. Bagi menghormati pendirian Iqwal penulis tidak mahu mendedahkan siapakah penyanyi rock itu memandangkan itu adalah permintaan Iqwal.
Pada penulis, Iqwal bakal menjadi penyanyi yang terulung dan terunggul pada suatu masa nanti memandangkan beliau mempunyai bakat-bakat seperti menyanyi, menulis lagu, menari dan bermain pelbagai jenis alat muzik. Walaupun Iqwal menjadi penyanyi pada usia muda namun beliau tidak pernah mengabaikan pelajaranya. Beliau belajar dengan seorang guru yang digaji khas untuk mengajarnya di rumah.
Bagi sesiapa yang menyangka orang yang ‘terjun’ ke dalam bidang seni suara ini adalah orang yang tidak pintar dan genius ternyata pendapat mereka tidak tepat kerana mengikut ilmu kognitif ketinggian IQ seseorang bukan diukur oleh kepandaiaan menjawab soalan semata-mata. Kemahiran seseorang itu juga dikira di dalam menentukan tahap ketinggian IQ seseorang. Bagi penulis, kemahiran menyanyi dan mencipta lagu yang ada pada iqwal boleh dikatakan membuatkanya ‘genius’ di dalam bidangnya iaitu muzik. Penulis berharap orang-ramai tidak lagi menyalah anggap tentang tahap ketinggian IQ seseorang.
May 20th, 2008 at 1:03 am
Iqwal talent is God given.
I am quite impressed by his talent. About 2 years ago I have the opportunity to see him singing live in Shah Alam and although the sound system doesn’t do him justice but his voice really caught my attention. I have never heard of him before that. I really saw his talent amidst the crowd.
I caught his song again on YOUTUBE. I think Youtube is one of the good way to share his talent. I have been looking for his singles but I am yet to find it.
Keep up the good work. I hope one day to catch his show.
Maybe on his website, post his next show will be so his fans could watch-out and plan to see him.
My best regards to the ‘GOLDEN VOICE OF MALAYSIA’.
(HASLAN ROS HASHIM @ CHE ROSE)
Penang, Malaysia