Kerajaan PAS Kelantan Bakal Hadapi Tindakan BPR
Kerajaan Pas Kelantan bakal dikenakan tindakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ekoran dakwaan penyalahgunaan kuasa dan melindungi kroni. Penyalahgunaan kuasa yang dimaksudkan ialah meliputi Penyalahgunaan kuasa oleh seorang Exco Kerajaan Negeri, Penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan isu kegagalan pengurusan AKSBÂ kerana kroni yang dilindungi Exco.
Sementara itu, isu lain yang berbangkit ialah pembinaan kedai oleh Majlis Daerah Machang, pembelian kambing jamnapari yang melibatkan dana Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), penyelewengan kawasan balak yang kononya untuk dibuka ladang getah tetapi sebenarnya ia bertujuan mendapatkan hasil balak.
Tiga isu lagi ialah penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Pengarah Urusan KPK dan pembangunan Bandar Baru Tunjong yang melibatkan percubaan menjual tanah rizab Melayu.
Laporan penyelewengan tersebut dilaporkan kepada BPR oleh dua orang wakil Barisan Nasional kerana mereka gagal mendapatkan jawapan daripada Kerajaan Pas Kelantan semasa di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Bukan sahaja mereka tidak dapat jawapan daripada Kerajaan Negeru malahan mereka digantung keahlian Dewan Undangan Negeri selama enam bulan, oleh sebab yang demikian mereka tidak mampu menyampaikan permasalah rakyat kepada kerajaan negeri selama enam bulan.
Semakin jelas sekarang Kerajaan Pas Kelantan semakin takut dengan bayang-bayang sehinggakan sanggup menzalimi rakyat dengan mengantung keahlian wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. Sekaligus membuktikan Kerajaan Pas Kelantan menjalankan pemerintahan Kuku Besi atau Autokratik.
November 29th, 2007 at 9:01 pm
WHY DON’T U SAY WHY THEY’RE SUSPENDED I WONDER….
December 1st, 2007 at 12:30 am
Mereka digantung kerana cuba membawa isu ini ke dalam perbincangan untuk mendapatkan jawapan dari kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi pertanyaan mereka langsung tidak dihiraukan dan mengantung keahlian mereka. Sila guna Bahasa Melayu dalam Komen Anda
January 4th, 2008 at 3:21 pm
Ni berita propaganda UMNO la…
January 11th, 2008 at 12:29 am
[...] Kerajaan PAS Kelantan Bakal Hadapi Tindakan BPR Kerajaan Pas Kelantan bakal dikenakan tindakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ekoran dakwaan penyalahgunaan kuasa dan melindungi kroni. Penyalahgunaan kuasa yang dimaksudkan ialah meliputi Penyalahgunaan kuasa oleh seorang Exco Kerajaan Negeri, Penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan isu kegagalan pengurusan AKSBÂ kerana kroni yang dilindungi Exco. Sementara itu, isu lain yang berbangkit ialah pembinaan kedai oleh Majlis Daerah Machang, pembelian kambing jamnapari yang [...]
November 15th, 2009 at 11:33 am
Shoppers looking for a good bailey button chestnut feeling from a good ugg button boots , their primary task, consumers want to buy mini uggs them so that they feel goodshort uggs about themselves, whether to purchase the underlying reason is that “they areclassic crochet uggs so comfortable I wear everywhere,” or “they so good I will continue to make them for many years. http://www.hideboots.com/