Menangani Masalah Keruntuhan Akhlak di Kalangan Remaja
Remaja merupakan intipati kepada kemajuan negara kerana mereka bakal mewarisi pucuk pimpinan negara. Pendek kata Remaja berkualiti dapat melahirkan warisan kepimpinan yang utuh dan mampu berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita.
Namun dewasa ini, Remaja seringkali dikaitkan dengan permasalahan sosial atau dengan lebih mudah kita katakan yang Remaja di alaf baru ini sudah mengalami keruntuhan akhlak. Permasalahan ini perlu ditangani dengan segera memandangkan ia melibatkan pemimpin masa depan.
Masalah-masalah yang boleh dikatakan keruntuhan akhlak di kalangan remaja ialah Pergaulan bebas, seks luar nikah, pengaruh-pengaruh dari barat seperti Punk, Skinhead, Gothic dan pelbagai lagi anasir-anasir yang datang dari barat.
Permasalahan pergaulan bebas ini boleh diatasi sekiranya ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengawasi anak mereka. Ibu bapa juga perlu memastikan bahawa pendekatan yang mereka gunakan tidak terlalu mengongkong anak-anak mereka kerana jika terlalu mengongkong ia di khuatiri akan membuat jiwa remaja tersebut memberontak.
Permasalahan seks luar nikah di kalangan Remaja juga boleh di atasi dengan memberi kefahaman yang sebenar mengenai seks, keburukkan seks luar nikah, bahaya-bahaya yang menanti bagi sesiapa yang selalu mengamalkan seks rambang. Cara ini berkemungkinan besar akan membuatkan remaja lebih berhati-hati.
Bagi permasalahan yang melibatkan anasir dari Barat seperti Punk, Gothic, Skinhead, dan sebagainya, kerajaan perlu mengambil langkah tegas dengan menyekat kemasukkan filem-filem barat yang menyokong idealisme sonsang ini. Penguatkuasaan kod etika berpakaian juga adalah salah satu cara yang sesuai untuk mengelakkan Remaja kita terpengaruh dengan idealisme yang tidak sihat ini.
Sebagai penutup, semua pihak harus mengambil langkah bijak dengan bekerjasama dalam menangani permasalahan sosial atau keruntunhan akhlak di kalangan remaja kita. Dengan cara ini tidak mustahil kita akan dapat lahirkan pemimpin yang bersih, cekap dan amanah serta takut untuk korupsi. Akhirkata, semoga permasalahan sosial remaja kita dapat di atasi.Â
June 26th, 2008 at 2:45 pm
permasalahan remaja pada masa kini semakin membimbangkan dari hari ke hari di mana setiap hari ada sahaja berita mengenai permasalahan remaja yagn terjadi di kalangan kita.baru2 ini terjadi beberapa kes remaja lari dari rumah untuk mengikut teman lelaki atau rakan sebagai tanda protes terhadap keluarga masing2 akan perkara yang tidak dipersetujui. adakah pada masa kini remaja kita sudah tidak lagi menggunakan fitrah tetapi menggunakan naluri untuk bertindak.