Status terkini Advertlets.com

Beberapa hari lalu Advertlets.com pengendali pengiklanan blog dan website Asia mengalami masalah domain dan dns. Ini membuatkan laman utama Advertlets.com tidak dapat dilayari dan juga blog-blog yang mengandungi iklan Advertlets akan diubah haluan kepada pemberitahuan domain sudah tamat tempoh.

Berikutan permasalahan ini laman pengendali blog percuma Malaysia iaitu Blogmas telah memadamkan (delete) plugin Advertlets. Secara automatiknya pengguna Blogmas yang merupakan ahli Advertlets tidak ada plugin untuk membolehkan iklan Advertlets diletakkan. Penulis ingin memuji langkah yang diambil oleh Admin Blogmas yang sungguh bijak ini kerana kalau admin tidak buang plugin adverlets, sudah tentu tiap kali orang melayari blog kita akan dibawa kepada pemberitahuan nama domain dah tamat tempoh.

Pada hari ini website Advertlets.com sudah boleh dilayari, namun masih di dalam peringkat percubaan. Advertlets.com dalam pemberitahuanya di website rasminya memohon maaf kerana berlaku kelewatan di dalam memperbaharui nama domain mereka kerana masalah teknikal dan juga masalah dns. Josh Lim juga menjelaskan selain kelewatan Advertlets.com memperharui nama domain mereka ialah pihak teknikal pembekal domain yang lambat kemaskini pembaharuan yang dibuat oleh Advertlets.com.

Penulis berharap sekiranya Advertlets.com kembali beroperasi seperti biasa, diharaplah pihak admin Blogmas supaya letak balik plugin adverlets apabila keadaan website Advertlets.com kembali stabil. Untuk pengetahuan, kawan penulis sudah ada yang mendapat bayaran daripada Adverlets.com tetapi penulis tidak dapat mengemukakan bukti kerana semasa kawan penulis memberitahu penerimaan cek Advertlets itu dia berada di Kuala Terengganu hingga sekarang ini. Penulis pula masih belum layak untuk mengeluarkan komisyen advertlets.

Ramai juga penulis membaca komen-komen ahli-ahli advertlets di beberapa forum yang begitu marah dengan kejadian ini. Sehinggakan ada yang sudah melabelkan Advertlets.com sebagai scam site. Bagi penulis buat apa nak marah-marah kalau dah bukan rezeki kita tetapi Insya-Allah kalau ada rezeki kita tidak mustahil Adverlets.com akan membayar komisyen anda. Hidup ini kita kena perlu bersabar kerana sabar itu adalah sebahagian daripada iman.

Semalam penulis ada sms Josh Lim bertanyakan tentang isu yang melibatkan Adverlets.com ini. Dia mengatakan dia sedang bekerja keras untuk mengatasi permasalahan yang timbul daripada isu berbangkit ini. Katanya lagi nama domain telah diperbaharui tetapi ada masalah lain timbul seperti dns problem. Penulis tak dapatlah menjelaskan lebih lanjut mengenai dns problem kerana penulis tidak tahu lebih lanjut tentang dns problem tu.

Akhirkata marilah bersama-sama kita doakan agar Advertlets.com kembali beroperasi seperti biasa. Advertlets.com perlu kembali beroperasi kerana ia akan membantu menambah pendapatan orang ramai, nak harapkan Adsense, blog bahasa Melayu jarang sangat keluar iklan. Jadi pendapatan kita pun terhad.

Perkembangan  terkini boleh didapati di blog khas Advertlets.com http://advertlets.blogspot.com/

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image