Archive for the 'PK Automobil' Category

Koleksi Gambar Kereta Peronda Polis

Posted in PK Automobil on October 19th, 2009 by yiemega

KERETA Peronda Polis kini banyak Pasukan Polis di seluruh dunia menggunakan kereta mewah dan berkelajuan tinggi, Malaysia juga tidak ketinggalan, apabila Mitshubishi Evo digunakan sebagai Kereta Peronda Polis, artikel blog kali ini ingin berkongsi koleksi gambar-gambar Kereta-Kereta Polis dari seluruh dunia (yang dijumpai gambarnya sahaja)

Mungkin satu hari nanti tak mustahil Polis akan menggunakan Lotus sebagai Kereta Peronda Polis. Memang hebat…dan mengancam, oklah saya tak nak berlengah lagi. Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar Kereta-Kereta Polis Dari Seluruh Dunia:

Itali (Italy / Italia)

Italia - Lamborghini Gallardo, Max Speed 320 km/hour

Jepun ( Japan )

Japan lancer Evo IX max speed 280km/hr

Perancis ( France )

Perancis - Peugeot Sports GT

Bloomfield Hills Police

Porcshe

Malaysia

Malaysia Mitsubishi EVO

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

2009 Toyota Corolla S

Posted in PK Automobil on July 13th, 2009 by yiemega

2009 Toyota Corolla S

2009 Toyota Corolla S

Pandangan Ruang Pemanduan Toyota Corolla S

Peminat-peminat Kereta Keluaran Toyota Bolehlah memandu uji Toyota Corolla S 2009 baru ini. Kereta ini akan berada di pasaran pada tahun ini. Bagi mereka yang mempunyai kereta Impian dan impian mereka itu ialah Toyota maka mungkin Toyota Corolla S mungkin sesuai bagi mereka.

Sesiapa yang mahukan review berkenaan Kereta Keluaran Toyota ini, bolehlah membaca review tentang Toyota Corolla S ini DI SINI

Ada yang berminat menonton Video Review Toyota Corolla S ini boleh menontonya DI SINI, bagi mereka yang berminat untuk mengetahui berapa harganya boleh dapatkan DI SINI.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Limosin Dengan Bentuk Menarik…..

Posted in PK Automobil on April 28th, 2009 by yiemega

Limosin merupakan kenderaan mewah yang begitu popular di barat. Golongan Elit yang suka kehidupan mewah lazimnya gemar memiliki Kenderaan mewah yang bergelar “Limosin” ini.

Beberapa nama besar juga menjadi pemilik kepada Limosin ini di barat seperti Pengerusi World Wrestling Entertaintment (WWE), Vince Mc Mohan, Ahli Gusti WWE iaitu JBL juga menjadi pemilik kepada limosin.

Tahukah anda bahawa terdapat banyak variasi limosin di seantero dunia, kadang-kadang bentuknya tak dapat diterima oleh akal biasa, tetapi itu adalah kenyataan dan realiti bukan fantasi.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , ,

Pilihanraya Umum Ke 12 8 Mac 2008

Posted in PK Automobil, PK Semasa, PK Terengganu on February 14th, 2008 by yiemega

Tanggal 13 Februari 2008, Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengisytiharkan pembubaran parlimen dan serentak dengan itu DS Abdullah menasihati semua kerajaan negeri kecuali sarawak membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Pada 14 Februari 2008 tiba pula giliran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Malaysia untuk membuat pengumuman. Pengerusi SPR telah mengumumkan bahawa tarikh untuk penamaan calon ialah pada 24 Februari 2008. Manakala Hari membuang undi ditetapkan pada 8 Mac 2008. Bermakna tidak lama lagi kita akan berada di suasana Pilihan Raya Umum yang Ke 12.

Semalam dengan bangganya Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang yang juga kerusi yang diduduki oleh YAB Perdana Menteri. Bagi penulis ia bukan satu cabaran malahan Tuan Guru sendiri mungkin tak selesa berada di Terengganu kerana bimbang kerusi yang dipegangnya terlepas ke tangan BN jadi dia cuba beralih ke Kepala Batas kerana sekiranya beliau kalah boleh lah dia memberi alasan yang dia bertanding di luar kawasan.

Apa-apa pun kita tunggu keputusan rasmi apabila pencalonan dibuat pada 24 Februari 2008 ini. Di Kelantan, Pula Pemuda BN Kelantan memperkenalkan slogan 18 Tahun Pade Doh yang bermaksud 18 tahun pemerintahan PAS di Kelantan sudah cukup. Satu lagi slogan yang digunakan oleh Pemuda BN Kelantan ialah Mari Pakat Kelik Ngundi yang bermaksud Jom Pakat Balik Mengundi yang ditujukan kepada rakyat Kelantan yang berada di perantauan. Nampaknya, BN Kelantan sudah bersedia untuk mengempur tetapi keputusannya hanya dapat diketahui apabila tiba 8 Mac 2008 nanti.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Proton Persona

Posted in PK Automobil on October 5th, 2007 by yiemega

Proton Persona merupakan model terbaru Proton seperti biasa model proton kali ini hanya ada sedikit perubahan memandangkan bahagian belakang Proton Persona menyamai Proton Gen 2. Bahagian depan Proton Persona. Proton Persona memang tampak menarik dan ekslusif kalau nak dibandingkan dengan model-model terdahulu. Tambah lagi sekiranya yang bewarna ekslusif seperti warna hitam ataupun kelabu.

 

Proton Persona terbahagi kepada 5 Variasi iaitu:

 

1.6 Base Line Model = 2 Variasi iaitu Auto dan Manual - Mempunyai 4 tingkap kuasa, Pemain CD dan Aksesori asas.

 

1.6 Medium Line Model = 2 Variasi iaitu Auto dan Manual - Mempunyai Beg Udara di bahagian pemandu, rim Alloy, Tempat duduk belakang boleh laras, Pemain MP3 dan Cermin Pintu Elektrik.

 

1.6 High line Model = Hanya 1 variasi iaitu variasi Transmisi Automatik, dua beg udara di bahagian hadapan,Brek ABS, dan EBD.

 

Untuk keterangan lebih lanjut tentang Proton Persona sila klik di sini

 

Blog Pandangan Kita mengalu-alukan pandangan orang yang telah memakai atau menggunakan kereta ini. Bagi yang telah mengguna atau membeli Proton Persona minta memberi sedikit pendapat berhubung model ini di ruangan comment kerana ia akan boleh dijadikan rujukan kepada bakal pembeli Proton Persona yang lain.