Archive for the 'PK Negeri' Category

Cikgu Sulizi Kini Pensyarah Maktab…

Posted in PK Hiburan, PK Negeri, PK Profil Artis, PK Terengganu on June 10th, 2009 by yiemega

Aktivis dan Artis Dikir Barat yang cukup terkenal di Pantai Timur iaitu Sulizi Awang yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Sulizi kini sudah bergelar Pensyarah.

Beliau yang terkenal dengan artis dikir barat bergenre cinta dan juga merupakan Tukang Karut Terbaik Peringkat Kebangsaan tiga tahun berturut-turut sebelum ini merupakan Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud II, Besut, Terengganu.

Kini beliau sudah bertugas sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Walaupun beliau sudah tidak lagi bergelar guru, namun penggunaan nama Cikgu Sulizi masih sebati di kalangan peminat dikir barat. Beliau juga terus bergiat aktif dalam memperjuangkan irama dikir barat dengan membuat “Kelas Terbuka” kepada masyarakat setempat yang berminat untuk berkecimpung dalam arena dikir barat.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , ,

Masjid Hadhari Jerteh Besut Terengganu

Posted in PK Negeri, PK Pelancongan, PK Terengganu on May 13th, 2009 by yiemega

Masjid Hadhari Jerteh, Besut, Terengganu merupakan masjid yang terletak di pinggir Bandar Jerteh, sebuah bandar yang menjadi Pusat Ekonomi bukan sahaja untuk rakyat Besut, Malah juga rakyat Kelantan kerana kedudukan Bandar Jerteh yang bersempadan dengan Kelantan.

Masjid ini dilengkapi dengan kemudahan Makmal Komputer, Gerai Makan dan juga Kemudahan Wi-Fi secara percuma turut tersedia di dalam Masjid ini. Tambah menarik lagi, lokasi masjid ini yang bersebelahan dengan sungai juga menjadikan satu daya penarik dan ikon baru Bandar Jerteh (Kawasan Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.

Tags: , , , , , , ,

Kami Sokong Usaha Tengku Mahkota Kelantan

Posted in PK Kelantan, PK Negeri, PK Semasa on April 21st, 2009 by yiemega

Penulis difahamkan menurut beberapa sumber daripada dalam Istana, Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Muhamad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra untuk menyiasat “Penyelewengan” yang dikaitkan dengan “Orang Dalam” Istana yang berselindung disebalik projek-projek tertentu.

Penulis terpanggil untuk memberikan semangat dan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh Tengku Mahkota Kelantan tersebut, apa yang penulis ucapkan padanya ialah Rakyat Kelantan akan bersama Tengku dan menyokong penuh usaha-usaha yang dijalankan oleh Tengku.

Usaha-usaha yang Tengku Jalankan itu adalah satu usaha terbaik untuk membersihkan nama Ayahnda Tengku iaitu Sultan Ismail Petra. Perjuangan Tengku Direstui Rakyat Kelantan, jangan takut, jangan bimbang Kami Rakyat Kelantan akan sentiasa bersama Tengku.

Tengku boleh siasat penyelewengan tersebut dan sekiranya cukup bukti Tengku bolehlah membawa Kes Tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika usaha-usaha yang dilakukan Tengku menemui Kejayaan, patik pasti satu hari nanti Rakyat Kelantan akan menghargai Perjuangan Tengku sebagai satu Perjuangan yang membela Rakyat Kelantan.

Kami semua berharap Tengku dapat menjalankan usaha-usaha tersebut tanpa rasa takut pada tertuduh, Patik yakin, usaha-usaha Tengku itu bukanlah satu “derhaka”, jadi berjuanglah, kami pacar yang hina akan sentiasa berada di belakang Tengku.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Orang Besut Mahu Calonkan Idris Jusoh Naib Presiden bukan Timbalan Presiden!

Posted in PK Politik, PK Semasa, PK Terengganu on April 15th, 2008 by yiemega


Pada artikel penulis yang lepas Penulis mendedahkan bahawa ahli UMNO Bahagian Besut mahu calonkan Idris Jusoh sebagai Timbalan Presiden UMNO berpandukan sms yang diterima oleh penulis daripada rakan penulis yang kini berada di Besut, Terengganu.

Pada pagi ini penulis menerima satu lagi SMS daripada rakan penulis tersebut. SMS tersebut mengatakan “Aku mohon maaf, ahli UMNO Bahagian Besut mahu calon Idris Jusoh untuk bertanding jawatan naib presiden bukan Timbalan Presiden”.

Menurut pengirim SMS tersebut mengatakan yang beliau tersilap hantar SMS tersebut kerana memandangkan beliau ‘orang baru’ dalam UMNO jadi tidak berapa faham lagi tentang jawatan-jawatan di dalam UMNO belia juga berkata yang beliau ingatkan Naib Presiden dengan Timbalan Presiden itu adalah jawatan yang sama.

Beliau juga ingin memohon maaf kepada semua yang dah mendengar dan membaca artikel yang ditulis oleh penulis sebelum ini berkenaan dengan artikel tersebut.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Ahli UMNO Bahagian Besut Mahu Calonkan Idris Jusoh sebagai Timbalan Presiden UMNO?

Posted in PK Politik, PK Semasa, PK Terengganu on April 15th, 2008 by yiemega

Dalam artikel penulis yang lepas, penulis menceritakan tentang ada sebahagian dari ahli UMNO Bahagian Besut yang meminta DS Idris Jusoh menyokong YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru itulah antara kandungan artikel yang dibuat oleh penulis beberapa hari yang lalu.

Kali ini penulis ingin membawa berita yang lebih panas lagi, berkenaan ada ahli UMNO Bahagian Besut yang mahu mencalonkan DS Idris Jusoh sebagai calon Timbalan Presiden UMNO. Berita ini penulis dapati daripada kawan penulis yang sekarang ini berada di Besut dan juga merupakan ahli UMNO Bahagian Besut melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Bagus juga ni nampak semakin ramai ahli-ahli UMNO yang dah bersuara. Namun difahamkan sekiranya DS Idris Jusoh menolak cadangan tersebut mereka akan berusaha untuk memastikan DS Idris Jusoh menerima tawaran tersebut.

Setakat ini penulis belum mendapat respons daripada DS Idris Jusoh sendiri berkenaan dengan cadangan pencalonan beliau sebagai calon Timbalan Presiden UMNO. Jadi kita hanya perlu tunggu dan lihat sahaja keputusan dan komen yang akan dibuat oleh beliau suatu masa kelak. Apa yang penting bukan Idris Jusoh yang nak tetapi ahli UMNO Bahagian Besut yang mahukan beliau menjadi calon Timbalan Presiden harap pembaca jangan salaf faham.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apabila Raja Lawak Menjadi Menteri Besar

Posted in PK Semasa, PK Terengganu on March 30th, 2008 by yiemega

 

 Inilah Wajah Menteri BesarBaru Ganu Kita

Jom Sokong PAS biar Ahmad Said Rasa Betapa Susahnya Perjuangan

PRU13 Terengganu Milik PAS.

Tags: , , , , , , , ,

Mendalami Sejarah Besut, Terengganu

Posted in PK Semasa, PK Terengganu on March 30th, 2008 by yiemega

Hari ini Ahad 30 Mac 2008 terpahatlah satu sejarah baru di sebuah negeri yang sinonim dengan Petroleum iaitu Terengganu apabila Datuk Ahmad Said mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang memimpin Terengganu selama satu penggal. Oleh kerana mantan MB Terengganu kini tinggal sejarah apa kata kita ikuti Sejarah daerah kelahiran Datuk Seri Idris Jusoh iaitu Besut, Terengganu.

Latar Belakang:

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN dan dari buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

 

 Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul BESUT.

 

Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.

 

Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar RAJA SANG NYANYA. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.

 

Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYAN ABDULLAH KE KELANTAN dari buku TUHFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

 

Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari PATTANI ( Selatan Siam ) telah datang ke BESUT dengan diketuai oleh seorang yang bernama CIK LATIF. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari SUMATERA dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan SEGANTANG MATA KAIL dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan ditebing SUNGAI BESUT  yang diberi nama PALEMBANG mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan PUSAT PENTADBIRAN yang pertama di BESUT sebelum KG. RAJA.

 

Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama CIK KAMAT. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh PANGLIMA EBEH dan PANGLIMA GARANG.

 

Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, CIK KAMAT tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari TERENGGANU. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu SULTAN MANSUR 1, yang dikenali sebagai MARHUM BERJANGGUT. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.

 

Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke PULAU PERHENTIAN.

Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai ORANG BESAR BESUT serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

Negeri Besut bawah Naungan Terengganu:

Tengku Kadir yang menjadi Raja yang pertama Negeri Besut mengambil langkah untuk memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya yang membina benteng-benteng pertahanan disepanjang Sungai Besut berhampiran dengan KOTA PALEMBANG dan kemudian mendirikan tempat kediaman yang baru di KAMPONG RAJA di bawah pemerintahan Besut terus menjadi aman damai.

Sejarah dan Pentadbiran:

Tengku Kadir yang mangkat pada 1835, telah digantikan oleh puteranya Tengku Ali. Semasa pemerintahannya telah berlaku peperangan antara Besut dengan Terengganu. Mengikut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam buku MENGKAJI SEJARAH TERENGGANU peperangan ini dikenali sebagai PEPERANGAN BESUT.

 

Kenaikan Tengku Ali telah memulakan pergolakan dalam institusi Beraja di Besut. Semasa pemerintahan beliau sejarah Besut telah menyaksikan pemberontakan beliau terhadap Sultan Omar di Kuala Terengganu. Peristiwa ini berlaku pada 23 Syawal 1292/1876 masihi. Peristiwa ini timbul disebabkan dasar Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah secara langsung. Akibat dasar itu, Tengku Ali secara rahsia berusaha mendapat bantuan dari Kelantan untuk menjatuhkan Sultan Omar. Semasa istiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Ali tidak hadir dan Sultan Omar telah menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku Ali sedang mengumpulkan pasukan bersenjata dari Kelantan untuk menentang Sultan Omar.

 

Sultan Omar terus menghantar surat bantahan kepada pemerintahan Siam dan SINGORA dan memberi amaran kepada Kelantan supaya kedua-dua kuasa itu tidak campurtangan dalam hal ehwal tanah jajahannya. Sultan Omar menyiapkan 8000 orang tentera duketuai oleh PANGLIMA BESAR ORANG KAYA MEGAT SERI MAHKOTA RAJA ( Wan Ab. Rahman bin Ali ) menyerang Besut melalui laut. Tengku Ali sempat lari ke Kelantan. Selepas peristiwa ini, Besut diwakilkan pemerintahannya kepada Tengku Ngah.

 

Apabila Tengku Ngah memerintah Besut, berlaku perebutan kuasa antara baginda dengan Tengku Muda. Dalam keadaan genting, Tengku Ngah menyerahkan kuasa kepada adiknya Tengku Chik Haji. Tengku Muda berkuasa di Kampong Lampu manakala Tengku Chik Haji di Kampong Raja. Persengketaan ini amat meruncing dan menyebabkan Sultan Terengganu sendiri datang ke Besut untuk menyelesaikannya.

 

Sultan Terengganu telah membuat cara penyelesaian yang baik tentang siapa yang berkuasa dimana baginda melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja disebabkan kedudukan Kg.Raja di timur matahari naik sedangkan kedudukan Kg.Lampu dibarat matahari jatuh.

 

Kenaikan Tengku Chik Haji sebagai pemerintah Besut telah menyebabkan Besut mendapat kemajuan. Beliau mempunyai kuasa raja untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Hasil yang dipungut tidak lagi menjadi hak mutlak sultan. Beliau juga mengambil berat mengenai Pendidikan Islam dimana, di Kg.Palembang misalnya, pondok-pondok didirikan untuk mengajar agama wakaf-wakaf, balai Polis dan lain-lain didirikan. Istana yang pertama dibina pada 1878 dan masih ada hingga sekarang.

Pemerintahan terakhir dalam dinasti beraja Palembang ialah Tengku Ngah. Beliau seorang pendiam tapi mengambil berat tentang kebajikan penduduk KOTA PALEMBANG dan Kg.Raja. Beliau dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan Besut sebagaiman yang diasaskan oleh Tengku Chik Haji. Dikatakan pada waktu itu wakil Sultan di Kuala Terengganu sering datang ke Besut untuk mengutip hasil dari pemerintahan di Besut sebagai perbelanjaan membuat BUNGA EMAS untuk dihantar ke SIAM . Tengku Ngah dikatakan mangkat pada 1899 setelah memerintah Besut selama kira-kira 19 tahun.

 Pentadbiran Pesuruhjaya dan Kedatangan British:

Berikutan dari kemangkatan Tengku Ngah, Besut ditadbir oleh Pesuruhjaya iaitu wakil kepada Sultan di Kuala Terengganu. Bermula dari sini kedudukan Besut sebagai sebuah negeri pun berakhir. Pesuruhjaya Besut yang pertama ialah Tengku Long atau gelarannya TENGKU SERI INDERA SEGERA. Kemangkatan Tengku Long pada 1909 telah menyebabkan Besut ditadbir terus dari Terengganu. Dengan berlakunya PERJANJIAN BANGKOK pada 1909 antara  British - Siam, negeri-negeri utara Persekutuan Tanah Melayu jatuh sebagai tanah jajahan British. Sebagai satu daerah dalam Terengganu, Besut turut menerima perubahan dimana Kerajaan British menghantar Penasihat kepada sultan dan segala pentadbiran kecuali mengenai adat resam dan agama Islam.

Pada tahun 1910, kebakaran besar telah berlaku memusnahkan sama sekali Kota Palembang . Ini menyebabkan penduduk-penduduk berpindah ke Kg.Raja dan lain-lain kawasan. Keturunan raja tidak lagi mempunyai kuasa dan kebanyakannya masih lagi menetap di Kg.Raja sehingga sekarang.

Zaman Jepun hingga Sekarang:

Semasa Pemerintahan Jepun, Besut ditadbirkan oleh Wakil Gabenor Jepun di Kuala Terengganu iaitu MR. ARATAKE. Sistem Pesuruhjaya masih diteruskan oleh Jepun dimana TUAN HAJI WAN LONG ( Datuk Sangsura Pahlawan ) menjadi Pesuruhjaya Besut semasa pemerintahan Jepun. Tuan Haji Wan Long telah digantikan oleh TENGKU SERI AKAR. Semasa beliau berlakunya penyerahan Besut kepada Siam dan seterusnya kekalahan  Jepun dan kembalinya semula Pentadbiran British.

Kerajaan British telah menghapuskan jawatan Pesuruhjaya dan meletakkan Besut di bawah Pentadbiran DEPUTY RESIDENT COMMISSIONER. Orang pertama menjawat jawatan itu ialah seorang anak tempatan iaitu ENCIK ABD. AZIZ BIN HUSSIN. Hanya 3 orang yang sempat memegang jawatan itu termasuk DATO’ HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI IDRIS yang kemudiannya dilantik sebagai MENTERI BESAR TERENGGANU.

Dari tahun 1947 hingga 1957, pentadbiran Besut diletakkan dibawah pegawai Pentadbiran ( ADMINISTRATIVE OFFICER ). Orang pertama memegang jawatan itu ialah C.C. MOWAT dan yang terakhir ialah AB.RAHMAN BIN MAT.

Selepas ini sistem PEGAWAI DAERAH bermula seorang Pegawai British bernama L.M. EDYE menjadi Pegawai Daerah Besut yang pertama di ikuti oleh ENCIK MUSTAFA BIN ABDUL JAMAL ( masih ada dan bertugas sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu ). Semasa beliau menjadi Pegawai Daerah, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Di Besut upacara bersejarah ini diadakan di Padang Bola Kg.Raja dimana Pengistiharan Kemerdekaan dibaca oleh Allahyarham En. Ismail bin Yusof ( DATO’ BENTARA LUAR ) seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Tags: , , , , , , , , ,

Pagi Yang Gelab Kini Sudah Terang…

Posted in PK Semasa, PK Terengganu on March 28th, 2008 by yiemega

“Pagi yang gelab kini sudah terang” itulah sedutan bait-bait lagu sebuah kumpulan indie yang meningkat naik sekarang dengan lagu pagi yang gelab. Penulis pada malam ini langsung tidak mahu bercerita tentang muzik atau kisah gosip liar artis. Tujuan penulis utarakan bait-bait lagu yang indah ini adalah bertujuan untuk kita menghayati maksud lagu ini dan kita selarikan dengan isu-semasa yang hangat dibicarakan di dada-dada akhbar arus perdana, mahupun media alternatif yang kononya ‘tidak berat sebelah’, itu penulis tak nak komen lebih-lebih kerana mungkin mereka mempunyai agenda tersendiri.

 Apa yang dimaksudkan dengan “pagi yang gelab kini sudah terang” yang boleh juga dikaitkan dengan krisis perlantinkan Menteri Besar Terengganu yang berlarutan beberapa minggu yang lalu ialah apabila krisis itu semakin hampir diselesaikan setelah Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan untuk menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kijal sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Datuk Seri Haji Idris Bin Jusoh. Keputusan yang dibuat oleh MT UMNO merupakan tindakan yang bijak di dalam menjaga hubungan baik Kerajaan Barisan Nasional dengan Institusi Istana.

Penulis juga seorang rakyat Terengganu yang berasal daripada Besut, Terengganu juga aku memberi sokongan kepada Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, tetapi bukan bermakna penulis tidak menyokong Datuk Seri Idris Jusoh Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga digelar Arkitek Pembangunan Terengganu di samping orang sedaerah dengan penulis. Penulis juga tetap setia dengan kepimpinan Datuk Seri Idris Jusoh di peringkat daerah walaupun merasa sedikit terkilan dengan penyingkiran Datuk Seri Idris Jusoh.

Walaupun sedikit pahit, penulis menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Kepada Datuk Ahmad Said sekiranya pada Pilihan Raya Umum akan datang Barisan Nasional mengalami kekalahan mengekalkan tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Terengganu, kami akan salahkan Ahmad Said 100% dan juga penulis ingin memberi amaran kepada Ahmad Said jangan hanya membangunkan kemaman sepertimana yang berlaku pada pemerintahan Wan Mokhtar dulu. Secara jelas, kemaman mempunyai rekod yang buruk di dalam Memerintah Terengganu. Cuba jadikan kali ini ini pemerintahan lebih adil antara daerah-daerah lain.

Sekali lagi diingatkan yang penulis mengharapkan agar Datuk Ahmad Said berhati-hati di dalam memerintah Terengganu kalau tidak mahu Gelombang 1999 Melanda Terengganu di mana pada ketika itu, Gerakan menjatuhkan Takhta Wan Mokhtar Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu bermula daripada daerah Besut akan melanda lagi. Jadi sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru penulis memohon agar Ahmad Said dapat menguruskan negeri Terengganu sebaik Datuk Seri Idris Jusoh.

Kepada Parti Lawan penulis Nasihatkan agar tidak membuat isu ini menjadi parah kerana Mengikut rekod Kerajaan Pas Kelantan pun pernah derhaka kepada Sultan. Jangan diikut kehendak ’syaitan’ kerana ia akan menonjolkan anda adalah ‘Iblis’. Berilah ruang dan peluang kepada kerajaan negeri untuk memperbetulkan keadaan. Pas juga dinasihatkan jangan terlalu mengikut ‘arahan’ Ayah Pin Moden yang cuba memecahkan belahkan keharmornian kaum di Malaysia demi kerana tergila-gilakan jawatan Perdana Menteri yang sudah lama diidamkan untuk membolehkanya menambah kekayaan kembali.

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

DAP Memulakan Langkah Pertama Menghapuskan Melayu

Posted in PK Pulau Pinang on March 11th, 2008 by yiemega

Ketua Menteri Pulau Pinang yang Kafir Harbi telah memulakan langkah pertama untuk menghapuskan Melayu dengan menggugurkan Dasar Ekonomi Baru di dalam urusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dengan pemansuhan DEB kemungkinan besar projek-projek kerajaan negeri akan dikuasai oleh kaum cina dan sekaligus menghapuskan usahawan-usahawan Melayu. Permansuhan Dasar Ekonomi Baru merupakan langkah pertama DAP untuk menggugat hak istimewa Melayu.

Kalau anda masih ingat pada Penggal Lalu DAP pernah mempersoalkan dan minta Azan Subuh tidak dilaungkan di Malaysia. Jadi tidak mustahil DAP akan membuat perkara yang sama sewaktu memerintah Pulau Pinang. Jadi itu adalah pilihan anda semua usahlah menyesali dengan pilihan anda jangan sampai Melayu dan Islam hancur baru nak menangis kerana pada waktu itu tiada guna lagi kita menangisinya.

Tags: , , , , ,

PKR berjaya Menjajah Selangor

Posted in PK Selangor, PK Semasa on March 10th, 2008 by yiemega

Keputusan Pilihan raya umum ke 12 2008 menyaksikan Selangor berjaya dijajah oleh PKR. PKR dengan slogan pilihan rayanya Harapan Baru Untuk Malaysia atau lebih tepat lagi kita katakan Harapan Baru Untuk Anwar Jadi PM. Penjajahan ini bakal menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim seorang bekas usahawan yang kononya dikatakan bersih oleh ahli PKR menjadi Menteri Besar Selangor. Rakyat selangor bakal menghakimi penjajahan PKR yang diketuai oleh Khalid untuk penggal kali ini.

Pada pandangan penulis kalau kita di pihak yang benar, tidak mustahil Allah s.w.t akan menanggalkan topeng sebenar yang dipakai oleh PKR. Jadi bersama-samalah kita mendoakan agar Allah s.w.t menanggalkan topeng sebenar PKR itu sebelum dia berjaya memerintah Malaysia.

Tahniah kepada penasihat PKR DS Anwar Ibrahim. Penulis berharap beliau tidak menipu rakyat Malaysia kerana kalau bersalah dengan Orang Ramai beliau perlu memohon maaf dengan rakyat Malaysia sekiranya beliau menipu tetapi orang yang sebaik Anwar Ibrahim tidak mungkin menipu tetapi tidak tahulah beliau menipu ke tidak tetapi yang pasti Allah Maha Mengetahui.

Tags: , , , ,