PKR berjaya Menjajah Selangor
Posted in PK Selangor, PK Semasa on March 10th, 2008 by yiemegaKeputusan Pilihan raya umum ke 12 2008 menyaksikan Selangor berjaya dijajah oleh PKR. PKR dengan slogan pilihan rayanya Harapan Baru Untuk Malaysia atau lebih tepat lagi kita katakan Harapan Baru Untuk Anwar Jadi PM. Penjajahan ini bakal menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim seorang bekas usahawan yang kononya dikatakan bersih oleh ahli PKR menjadi Menteri Besar Selangor. Rakyat selangor bakal menghakimi penjajahan PKR yang diketuai oleh Khalid untuk penggal kali ini.
Pada pandangan penulis kalau kita di pihak yang benar, tidak mustahil Allah s.w.t akan menanggalkan topeng sebenar yang dipakai oleh PKR. Jadi bersama-samalah kita mendoakan agar Allah s.w.t menanggalkan topeng sebenar PKR itu sebelum dia berjaya memerintah Malaysia.
Tahniah kepada penasihat PKR DS Anwar Ibrahim. Penulis berharap beliau tidak menipu rakyat Malaysia kerana kalau bersalah dengan Orang Ramai beliau perlu memohon maaf dengan rakyat Malaysia sekiranya beliau menipu tetapi orang yang sebaik Anwar Ibrahim tidak mungkin menipu tetapi tidak tahulah beliau menipu ke tidak tetapi yang pasti Allah Maha Mengetahui.