Archive for the 'PK Terengganu' Category

PAS Merusuh lagi…

Posted in PK Politik, PK Terengganu on September 10th, 2007 by yiemega

PAS merusuh lagi itulah tajuk tulisan blog penulis pada hari ini. Penulis memilih tajuk ini sesuai dengan rusuhan yang dilakukan di Terengganu oleh ahli-ahli PAS yang fanatik serta radikal. Mereka telah membuat kerosakkan di atas muka bumi ini dengan merosakkan harta benda awam yang menjadi milik bersama rakyat. Tindakan ahli PAS yang keterlaluan pada saya bukan kerana dia saja-saja mahu buat begitu tetapi mungkin ada orang yang mengapi-apikanya supaya mereka bertindak sedemikian rupa.

“Kalau tuan-tuan lembu tak cucuk hidung lembu-lembunya sudah tentu lembu enggan mengikut arahan. Begitu juga dengan senario sekarang. Kita ibaratkan pemimpin PAS ialah tuan lembu dan ahli-ahli PAS sebagai lembu digembala. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pemimpin-pemimpinya tidak mengajar ahli-ahlinya bertindak sedemikian. PAS sememangya suka merusuh dan dipimpin pula pemimpin yang radikal menyebabkan mereka memang suka merusuh. Pada pandangan saya PAS sepatunya menukar namanya kepada PSM (Parti Suka Merusuh). Persoalan yang saya nak timbulkan di sini ialah Allah melarang umatnya membuat kerosakkan di atas muka bumi ini tetapi ini telah dilakukan oleh PAS. Tindakan ini seolah-olah mahu mempermain-mainkan Islam dan memecahbelah umat Islam.

Dari maklumat yang penulis dapat, rusuhan ini berpunca daripada pihak Polis  Diraja Malaysia (PDRM) tidak meluluskan permit ceramah mereka.  Mana tak merusuhnya kalau sumber pendapatan utama mereka  diganggu-gugat. Sudah menjadi lumrah ahli PAS diperbodohkan oleh pemimpin mereka sendiri.  Apa yang penulis maksudkan dengan ahli PAS diperbodohkan oleh pemimpin mereka ialah mereka sanggup mengeluarkan wang untuk mendengar umpatan, cacian dan fitnah yang di bawa oleh PAS yang kononya memperjuangkan Islam itu.

Pada pandangan penulis sekiranya parti yang suka merusuh ini diberi peluang untuk memerintah maka huru-haralah negara kita. PAS yang berkempen ingin memperjuangkan Islam dihadapan penonton-penonton Melayu kadang-kadang boleh diragukan juga. Kalau kita ingat kejadian semasa operasi ternakan babi di Melaka, Siapa yang jadi hero babi? Keadilan dan DAP. DAP tu penulis tak kisah sangat tetapi penulis kecewa kerana keadilan yang diterajui Melayu dan menjadi rakan sepasukan PAS itu turut serta. Penulis masih ingat masa ceramah PAS di kampung penulis. Penceramah itu kata “Tengoklah dah 50 tahun orang Melayu di Melaka merana kerana babi, kalau kami diberi kuasa kami akan menyelesaikan masalah itu dengan meharamkan ternakan itu”. Sekarang ni siapa yang jadi hero babi, kawan mereka juga.

Mengapa tak dapat permit ceramah pun dah melatah, ke mana perginya keyakinan PAS yang mengatakan mereka akan merampas Terengganu dari tangan Barisan Nasional dengan jayanya. Kalau dah yakin tak perlu buat ceramah banyak-banyak lah. Mungkin juga PAS sekarang dibayangi sindrom takut kalah atau fobia dengan kekalahan mereka pada tahun 2004 yang lalu. Kalau merusuh adalah cara untuk menarik simpati rakyat Terengganu, tak payah lah rakyat Terengganu dah bosan dengan budaya merusuh PAS. Penulis berharap Parti Islam Semalaysia (PAS) bertindaklah seperti parti Islam bukan seperti Parti Ajaran Syaitan.

Merusuh bukan budaya Islam, tetapi budaya Syaitan. Kenapa penulis berkata sedemikian rupa? Jawapanya sungguh mudah sebenarnya orang yang suka merusuh ini sudah dihasut oleh syaitan dan manusia yang berperangai macam syaitan. Menyamar alim ulamak tetapi banyak membuat dosa dan kita perlu ingat kita tidak boleh mengukur tahap pengetahuan seseorang melalui pemakaianya. Sebagai contoh, baru-baru ini ada orang yang berjubah, berjanggut dan berserban ditangkap kerana mencuri di dalam Masjid. Jadi kepada ahli-ahli PAS bertaubatlah sebelum terlambat.

Pulau Perhentian

Posted in PK Negeri, PK Pelancongan, PK Terengganu on September 8th, 2007 by yiemega

Pulau Perhentian merupakan pulau yang tidak kurang popular di kalangan pelancong. Tak Kira pelancong asing atau domestik mereka pasti mahu datang melawat ke pulau yang penuh keindahan ini. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut ialah lebih kurang dua jam.

Perjalanan dari Jeti Kuala Besut bergantung kepada jenis bot pelancong yang pelancong pilih. Sekiranya pelancong memilih untuk menaiki bot perlahan atau slow boat perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Sekiranya pelancong memilih untuk menaiki bot laju atau fast boat ia hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Banyak aktiviti yang anda boleh di Pulau Perhentian ini.

Pulau Perhentian yang terkenal dengan kebiruan lautnya memang disukai oleh pengunjung yang meminati aktiviti snorkeling. Pelbagai lagi aktiviti yang menanti anda sekiranya anda berkunjung ke Pulau yang penuh keindahan ini. Kos makan di pulau ini mungkin tinggi sedikit ini adalah kerana kebanyakkan bahan mentah, dan barangan runcit di ambil di Kuala Besut dan memerlukan kos yang tinggi. Kos itu tidak akan menjejaskan sesi pelancongan anda kerana anda akan dapat rasa kelainan bercuti di pulau ini.

Pulau ini juga menjadi kegilaan pelancong-pelancong asing kerana keindahan dan kemesraan penduduknya. Kebolehan penduduk di sini bertutur dalam Bahasa Inggeris juga membuatkan pulau ini lebih dekat di hati pelancong asing. Pelbagai program-program pelancongan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong di adakan di Pulau ini antaranya ialah Perhentian Challenge.

Kemudahan penginapan yang disediakan di Pulau Perhentian juga begitu banyak pilihan dari yang tak ada bintang hinggalah lima bintang. Bercuti di Pulau Perhentian merupakan pengalaman yang anda tidak dapat lupakan dan anda akan rasa untuk kembali bercuti di pulau yang popular di Pantai Timur ini. Kalau anda tidak percaya cubalah rasai percutian menarik di Pulau Perhentian ini.