Archive for the 'PK Politik' Category

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Talk.com

Posted in PK Politik, PK Semasa, Salam Penulis on June 4th, 2009 by yiemega

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Money.com

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat pemakluman bahawa penulis telah menyertai Pilihan Raya untuk Memilih Chief Talk untuk Tune Talk.com. Dengan penyertaan itu bermakna penulis adalah calon untuk Pilihan Raya tersebut.

Penulis meminta jasa baik pengunjung-pengujung blog Suara Generasi Muda Malaysia untuk mengundi penulis sebagai Chief Talk Tune Talk.com. Penulis amat mengalu-alukan kerjasama pembaca-pembaca sekalian.


Bagi memudahkan pihak pembaca Suara Generasi Muda Malaysiapenulis telah menggariskan beberapa manifesto penulis untuk memenangi Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com:
Manifesto Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com Penulis:

  1. Mendermakan seberapa banyak komputer untuk kegunaan anak-anak yatim di
    1. rumah-rumah anak yatim yang terpilih.
    2. Membuat seberapa banyak programpendedahan Teknologi Maklumat kepada anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yangterpilih.
    3. Melaksanakan Program untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak yatim seperti program motivasi, kem jati diri dan seumpama denganya.
    4. Membuat sumbangan kepada beberapa orang anak yatim yang tidak tinggal di rumah anak yatim dan keluarganya kurang berkemampuan.
    5. Mengembalikan anak-anak yatim yang tercicir dari Pelajaran kerana desakkan hidup ke alam persekolahan dengan bantuan kewangan daripada penulis.
    6. Memberi perhatian khusus kepada anak-anak yatim yang bersekolah di sekolah harian biasa untuk mempertingkan prestasi pencapaian akademik mereka.
    7. Membantu keluarga-keluarga anak yatim dengan bantuanyang sewajarnya dan lebih kepada ‘memberi pancing’ dan bukanya ‘memberi ikan’ sebagaimana yang selalu dibuat oleh orang sebelum ini.
    “UNDILAH SAYA UNTUK KEBAJIKAN”
    “SATU UNDI UNTUK ANAK YATIM”

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Tindak-tanduk biadab Hindraf ancam negara – Perkasa

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 20th, 2009 by yiemega

Tindak-tanduk biadab pertubuhan haram Hindraf jika tidak dihentikan segera dikhuatiri akan membawa kepada permasalahan keselamatan negara yang lebih besar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau telah menyampaikan kebimbangan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dalam pertemuan hampir dua jam hari ini.

“Hindraf ini satu kumpulan kecil rakyat Malaysia yang rasa diri mereka cukup hebat, mereka rasa jika dibakar pun tak hangus, mereka rasa kebal dari segi undang-undang dan mereka buat macam-macam manakala kita majoriti rakyat sedang melihat sahaja.

“Kita beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis, jangan sampai rakyat lain juga tidak menghormati undang-undang dan kalau ini berlaku maknanya negara kita tidak akan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan itu di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Tambah Ibrahim, Uthayakumar perlu menghormati institusi polis dan kaum lain di negara ini.

“Bukan Uthayakumar sahaja penduduk Malaysia, saya pun penduduk negara ini. Saya orang Melayu, penduduk asal negara ini, tentu terasa bila beliau membuat kenyataan mencabar institusi yang kita beri kepercayaan untuk menjaga keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Hindraf, beliau juga berbincang mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan Majlis Peguam meluluskan usul mendesak Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana dikatakan menahan lima peguam secara salah.

Katanya, dalam isu Majlis Peguam itu, perbincangan mendalam dengan pihak polis mendedahkan bahawa jabatan itu telah bertindak dengan tepat dan profesional.

“Oleh itu kita mengecam sekeras-kerasnya Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan,” katanya.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Kabinet Rakyat 2009

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 9th, 2009 by yiemega

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...
Image via Wikipedia

“Kabinet Rakyat” itulah ungkapan yang keluar daripada Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Jumaat Lepas. Penulis berharap apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Baru tersebut tidak hanya kekal sebagai seindah ungkapan semata-mata.

Perdana Menteri yang keenam itu pada hari ini turut menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh beliau kerana beliau telah beralih ke kerusi Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar pengumuman Kabinet Baru juga, DS Najib Tun Razak turut membuat kenyataan bahawa “Era Kerajaan Sentiasa Betul” Sudah Berakhir. Selain itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Jabatan Baru untuk menilai prestasi-prestasi Menteri berdasarkan KPI.

DS Najib turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi yang dianggotai oleh beberapa orang dan mereka adalah bertaraf menteri. Namun masih belum diketahui siapa yang bakal menganggotai Majlis itu yang berfungsi sebagai Pasukan Khas untuk memulihkan ekonomi negara itu.

Penulis dan Rakyat Malaysia berharap Kabinet Malaysia yang baru dibentuk ini dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berdedikasi, bersih dan bebas dari Rasuah kerana Era Kerajaan Sentiasa Betul sudah berakhir.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Kepimpinan DS Najib Ditolak Oleh Rakyat di Dua Bukit

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 7th, 2009 by yiemega

Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister of Mala...
Image via Wikipedia

Negara kita yang tercinta baru sahaja Menjalankan Peralihan Kuasa daripada Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Yang kini bergelar Tun Abdullah  kepada Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini bergelar Perdana Menteri Ke 6 pada beberapa hari yang lalu.

Pada hari ini Tanggal 7 Julai 2009 berlaku satu lipatan Sejarah di dalam Arena Politik Tanah Air apabila 3 Pilihan Raya Kecil diadakan serentak, Pilihan Raya 2 Bukit 1 Batang itu mendapat perhatian umum.

Pilihan Raya Kecil di DUN Batang Ai nampaknya berpihak kepada Barisan Nasional, namun Pilihan Raya Kecil di 2 Bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau nampaknya berpihak kepada Pembangkang. Ini Menjadikan Pembangkang Menang 2-1.

Keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat di 2 Bukit (Bukit Gantang dan Bukit Selambau) tidak mengiktiraf dan tidak merestui kepimpinan DS Najib Tun Razak kerana bagi mereka DS Najib bukan seorang pemimpin yang baik dan jelas sekali Kepimpinan DS Najib ditolak oleh mereka.

DS Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab di dalam Kekalahan Barisan Nasional di dua ‘kerusi panas’ ini kerana kekalahan ini sewaktu beliau telah bergelar Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Menanti Saat Peralihan Kuasa !!!

Posted in PK Politik, PK Semasa on March 17th, 2009 by yiemega

“Peralihan Kuasa” itulah ungkapan yang kembali popular pada bulan ini. Ungkapan tersebut menjadi popular kerana pada bulan ini yakni Mac 2009 dijangka akan berlaku peralihan kuasa daripada Perdana Menteri sekarang kepada Perdana Menteri Sedang Menunggu yakni Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan Agung UMNO juga yang dijangka diadakan pada bulan ini juga turut ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia untuk menantikan kesudahan cerita “Peralihan Kuasa” ini. “Peralihan Kuasa” sebelum ini pernah menjadi perbualan hangat beberapa bulan lalu apabila berlaku tuntutan supaya Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang digelar “Pak Lah” oleh rakyat Malaysia.

Penulis percaya para penganalisis politik tanah air memang ternanti-nantikan apakah kesudahan yang berlaku dengan “Peralihan Kuasa” yang sering diwar-warkan oleh Pak Lah. Adakah “Peralihan Kuasa” ini akan menjadi realiti ataupun hanya sekadar bertanam tebu di pinggir  bibir sahaja.

Dalam politik jatuh dan bangun sudah menjadi sebati dengan ahli-ahli politik. Mereka yang ingin terjun ke dalam bidang politik hendaklah bersedia menghadapi ’sepak terajang’ politik. Penulis masih ingat ungkapan bapa penulis yang berbunyi “Politik itu Kotor”. Memang benar politik itu kotor, bapa penulis adalah salah seorang mangsa kekotoran politik. Walaupun Bapa Penulis hanyalah ketua di salah sebuah cawangan PAS di Terengganu namun persaingan sengit turut berlaku di peringkat cawangan dan seorang Ahli Pas yang beraliran Profesional telah berjaya menjatuhkan bapa saya dengan menggunakan taktik kotor.

Bapa penulis adalah seorang ahli PAS yang sealiran dengan Geng Ulama’, seperti mana yang kita tahu geng Profesional tidak sehaluan dengan “Geng Profesional”. “Geng Profesional” yang juga digelar Ahli PAS Celup oleh segelintir ahli PAS ini juga berbeza corak perjuanganya dengan “Geng Ulama”.

Jadi ingatlah tiada benda yang mustahil di dalam dunia sepak terajang politik ini. Pangkat dan Darjat tidak akan kekal selama-lamanya kerana setiap yang hidup pasti mati, setiap yang berpangkat satu masa nanti akan kehilangan pangkatnya. Jadi berhati-hatilah.

Tags: , , , , , , , , , , ,

Rombakan Kabinet Dalam Masa Terdekat?

Posted in PK Politik, PK Semasa on November 14th, 2008 by yiemega

After Abdullah Ahmad Badawi succeeded Mahathir...

Image via Wikipedia

Umum telah mengetahui bahawa DS Najib Tun Razak telah diistiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih dikenali dengan nama ‘Pak Lah‘ atau penulis lebih gemar memanggilnya ‘Presiden AAB’.

Pasti ramai orang mengandaikan bahawa Mac 2009 ini merupakan ‘hari-hari terakhir seorang PM Bernama ‘Pak Lah’ atau Presiden AAB itu, walaubagaimanapun kita tidak boleh terlalu yakin terhadapnya kerana ‘manusia hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukanya.’

Kita tinggalkan isu Pemilihan UMNO kita kembali semula kepada topik utama yang penulis ingin bincangkan di dalam artikel penulis kali ini iaitu ‘Rombakan Kabinet’, bercakap mengenai kabinet, bukan kabinet dapur yang penulis maksudkan tetapi kabinet di sini ialah Menteri-Menteri yang menerajui Kementerian dengan khabarnya dalam masa terdekat ini akan ada satu rombakan kabinet besar-besaran tetapi setakat ini ianya baru boleh disifat ‘khabar angin’ dan tidak boleh lagi disahkan, namun bak kata pepatah ” Kalau tak ada angin masakkan pokok bergoyang”

Jadi kita nantikan kesudahan khabar angin ini adakah ia hanyalah sekadar angin yang dibawa oleh bayu dan hanya untuk menghembus hawa dingin kepada diri kita sahaja ataupun ianya adalah angin yang bakal membakar kemarahan kita, kita tunggu dan lihat sahaja.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Mati di lautan wang atau Mati di lautan keimanan, yang mana satu pilihan hati?

Posted in PK Politik, PK Semasa on September 14th, 2008 by yiemega

Dipetik dari:

http://penyokong-kuli.blogspot.com/

“Mati di lautan wang atau Mati di lautan Keimanan yang mana satu pilihan hati” menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Sebagaimana yang kita tahu kehidupan dunia ini hanyalah pinjaman, dan sudah menjadi lumrah setiap pinjaman itu ada bayaranya. Di dalam konteks kehidupan, pinjaman tidak dapat dibayar dengan dengan not-not kertas bewarna yang dikenali dengan nama wang ringgit. Keimanan dan Ketaqwaan merupakan salah satu cara untuk membayar pinjaman untuk kehidupan di dunia yang sementara ini.

Namun, dewasa ini kita melihat manusia tidak berusaha untuk mengejar keimanan dan ketaqwaan tetapi sebaliknya berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia, dengan tamak haloba serta rakus menghimpunkan not-not kertas berwarna yang digelar ‘wang ringgit’. Pendek kata pada zaman ini, manusia yang mempunyai jumlah yang banyak kertas-kertas berwarna yang digelar wang ringgit akan mudah berkuasa dan yang tidak mempunyainya bakal dipijak dan dibuang bagaikan sampah di tapak perlupusan sampah.

Begitulah senario pada hari ini, demi wang ringgit manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuklah perkara yang bertentangan dengan syara’ contohnya rasuah. Ada orang yang mahu mempertahankan ‘kuasanya’ sanggup menghabiskan berbakul-bakul kertas-kertas bewarna yang digelar wang ringgit. Manusia yang lemah pula dan kurang dari segi jumlah kertas-kertas bewarna bergelar wang ringgit itu akan mudah terpedaya dan menjadi anjing belaan si kaya yang mempunyai berjuta-juta keping kertas-kertas bewarna bergelar wang ringgit.

Dalam keadaan ‘kiamat sudah dekat‘ dewasa ini, manusia masih tidak sedar malah terus alpha terulek lena di atas lambakan kertas-kertas bewarna bergelar ‘Wang Ringgit’. Semakin hari, manusia semakin lalai, not-not bewarna dan bergelar ‘wang ringgit’ inilah yang membawa kepada manusia banyak perubah pada masa kini.

Fahamilah para pembaca, ada dua jalan yang boleh kita pilih, jalan pertama menuju ke arah kehancuran di akhirat dan jalan kedua menuju ke arah kecermelangan di akhirat. Memang betul mencari rezeki adalah dituntut oleh agama Islam, namun kita juga tidak boleh lupa tentang kehidupan yang kekal di akhirat kelak. Keseimbangan kedua-dua perkara inilah yang membawa kita kepada kejayaan dan kecermelangan di akhirat.

Jika anda memilih untuk mati di lautan wang ringgit mungkin itu hak anda, tetapi sekiranya lautan wang itu kita perolehi daripada sumber-sumber yang haram, tidak di dunia, hukuman di akhirat pasti kita akan terima kerana sesungguhnya azab neraka Allah tuhan seru sekian alam amatlah pedih.

Adalah lebih baik kita mati di lautan keimanan dan ketaqwaan di samping mencari sedikit rezeki yang halal di atas muka bumi ini yang dipinjamkan oleh Allah tuhan seru sekian alam, dan pinjaman itu kita akan bayar dengan keimanan, ketaqwaan, ibadat ke hadrat yang MAHA KUASA kerana daripadaNYA kita datang kepadaNYA kita pergi. Fikirkanlah Allah tuhan seru sekian tidak menjadikan manusia berakal untuk tidak berfikir.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Jatuh Bangun Semula

Posted in PK Politik, PK Semasa on September 11th, 2008 by yiemega

Dipetik dari:
http://www.besutlonih.com

“Jatuh Bangun Semula” dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini, ungkapan ini walaupun ianya sekadar tiga perkataan namun perananya tetap besar terhadap seorang yang melalui liku-liku untuk menggapai kejayaan di puncak kegemilangan. Semangat ini sebenarnya telah ditunjukkan oleh Allah tuhan seru sekian alam terhadap umatnya melalui semangat kanak-kanak yang baru belajar bertatih. Sepertimana kita maklum, “setiap benda yang berlaku di atas muka bumi ini sudah tentu ada hikmahnya” kerana Allah tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Cuba kita lihat betapa semangatnya ‘kanak-kanak yang baru belajar bertatih untuk mencapai kejayaan iaitu ‘boleh berjalan’ walaupun ia terjatuh tetapi ia bangun semula untuk meneruskan kejayaanya sebagai kanak-kanak yang boleh berjalan tanpa bantuan ‘alat bantu berjalan’.

Begitulah semangat ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak yang belajar bertatih. Kita sebagai dewasa hendaklah mencotohi kanak-kanak tersebut. Namun, artikel penulis kali ini bukanlah bermaksud untuk bercerita mengenai ‘usaha kanak-kanak bertatih’ tetapi lebih kepada senario politik pada masakini sesuai dengan desas-desus Pakatan Dua Negarawan ulung dan seorang pemimpin iaitu Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh fan Tan Sri Muhyidin Yasin.

Sebagai ahli politik yang pernah berkhidmat di dalam beberapa era pemerintahan, sudah tentu Tengku Razaleigh a.k.a Ku Li telah banyak belajar tentang ‘asam garam, pasang surut, timbul tenggelam politik’. Sebagai orang yang pernah ‘jatuh’ satu ketika dulu menjadikan beliau ‘dewasa’ dengan sepak terajang politik. Boleh dikatakan dia telah bangun semula dari jatuh.

Sebagai orang yang begitu arif dengan ekonomi, ia mencerahkan peluang Ku Li untuk memenangi Jawatan Presiden UMNO yang ditandinginya pada tahun ini. Tambahan pula, ia didokong oleh tiga kelompok besar UMNO iaitu Kelompok Timur, Kelompok Selatan dan Kelompok Utara.

‘Jatuh Bangun Semula’ itulah yang penulis boleh ungkapkan kepada Ku Li pada kali ini walaupun Pak Lah cuba melindungi jawatan itu dengan ‘tata etika UMNO 2008′ walaupun dia sendiri yang mengikarinya. Namun, bak kata orang Ku Li tetap meneruskan usahanya ‘Patah sayap, paruh dia tongkatkan’. Lagipun kata-kata keramat yang sentiasa dipegang oleh pejuang-pejuang Melayu iaitu “Pantang Melayu Berundur Sebelum Beradu” benar-benar mengibarkan semangatnya yang bekobar-kobar itu.

Penulis berharap agar perjuangan Ku Li tersebut mendapat perhatian ahli UMNO, semangat “Berani Berubah’ hendaklah ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO. Laungan-laungan ‘Perubahan’ hendaklah berada di setiap hati sanubari seorang manusia yang bergelar ahli UMNO akar umbi ataupun Marhaen.

Akhir kalam, “Allah tuhan seru sekian alam tidak mengubah nasib sesuatu bangsa, melainkan bangsa itu yang mengubahnya”. Biarkan diri anda berani untuk berubah demi masa depan UMNO yang gemilang bukanya temberang.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Satu Tiang Perjuangan UMNO sudah tumbang semasa era Pak Lah

Posted in PK Politik, PK Semasa on September 10th, 2008 by yiemega

dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Sepertimana yang kita tahu, kenyataan Ketua UMNO Bukit Bendera iaitu Datuk Ahmad Ismail yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan beliau difitnah sebagai ‘Racist’ oleh bangsa lain yang membawa kepada tindakan penggantungan beliau selama tiga tahun ialah merupakan satu kezaliman yang telah dibuat terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera itu.

Para pembaca yang budiman, sekiranya anda semua masih ingat ‘tiang-tiang perjuangan’ asal UMNO yang dikemukakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Mesyuarat Agung Khas UMNO Gua Musang beberapa bulan yang lalu. Terdapat tiga tiang perjuangan UMNO apabila ia diringkaskan menjadi ‘Alif, Ba, Ta’.

Tidak perlu penulis jelaskan mengenai Alif dan Ta kerana penulis telah jelaskan dalam beberapa artikel penulis sebelum ini, kali ini penulis lebih berminat untuk bercerita mengenai tiang perjuangan UMNO yang dinamakan ‘Ba’ atau dengan lebih tepat lagi Bangsa Melayu.

Mempertahankan hak bangsa Melayu merupakan salah satu tujuan UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 di Istana Johor. Sebagai salah sebuah parti yang mewakili suara-suara orang Melayu memang sepatutnya ia mempertahankan orang Melayu.

Namun, sepertimana kata Iklan sebuah akhbar di televisyen “Zaman sudah berubah, dunia sudah maju” tiang BA yang menjadi salah satu tiang perjuangan UMNO sudah patah. Ini berikutan dengan tindakan penggantungan Ketua UMNO Bukit Bendera yang sememangnya bangsa Melayu selalu tiga tahun kerana pucuk pimpinan UMNO ketika ini sudah menjadi ‘boneka’ bangsa lain.

Dengan tindakan itu, jelas sekali UMNO tidak lagi mempertahankan nasib bangsa Melayu tetapi mengutamakan bangsa lain. Penulis berpendapat perkara ini terjadi kerana ‘kelemahan pucuk pimpinan UMNO’ dan pada masa yang sama penulis merasakan bagi mengelakkan permasalahan ini menjadi semakin runcing. Penulis juga menggesa agar Pemilihan Agung UMNO dipercepatkan.

KEGAGALAN MKT UMNO MEMBINCANGKAN KEMASUKKAN SEMULA TUN DR. MAHATHIR

Sepertimana yang kita maklum mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO telah menyatakan kesediaanya untuk bersama dengan UMNO, namun perkara itu tidak dibincangkan oleh MKT UMNO kerana sepertimana yang saya kata UMNO sekarang lebih mementingkan bangsa lain.

Pernah anda ingat, bagaimana bekas Ketua Pemuda PKR yang ingin menyertai semula UMNO beberapa bulan yang lalu, kemasukkan beliau boleh diibaratkan umpama dihamparkan ‘karpet merah’ oleh Presiden AAB. Satu Mesyuarat MKT Khas diadakan untuk membincangkan kemasukkan beliau yang pernah bergelar ‘Pengkhianat UMNO’ tetapi apabila orang yang banyak jasanya kepada UMNO mahu kembali kepangkuan UMNO ia seolah-olah diberi layanan yang ‘dingin’ oleh Presiden AAB boleh dikatakan ’seperti Pak Lah melepaskan batuk ditangga sahaja’

Orang yang pernah memaki hamun UMNO diberi layanan seperti bidadari di syurga, tetapi orang yang pernah berjasa kepada UMNO diberi layanan seperti ‘pengemis jalanan’, jelas sekali pada masa ini Presiden AAB lebih mementingkan kedudukan berbanding ‘perjuangan’ UMNO.

Pemimpin seperti inilah perlu dibuang segera kerana ia bakal membuatkan UMNO rebah di pintu neraka. Ahli-ahli UMNO hendaklah membuat pertimbangan yang sewajarnya bagi menjamin UMNO terus relevan. Beranilah Berubah (meminjam cogankata Datuk Mukhriz) dan Fikir-Fikirkanlah.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Video Ucapan Ku Li @ EGM UMNO Gua Musang

Posted in PK Politik, PK Semasa on September 9th, 2008 by yiemega

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,