Archive for the 'PK Siber' Category

Removal / Remover Antivirus 2008 / Antivirus 2009 Dan Lain Lain

Posted in PK Siber, PK Teknologi on July 28th, 2008 by yiemega

Anda biasa dengar Antivirus 2008 / Antivirus 2009, namanya Antivirus tetapi bukanya antivirus tetapi Antivirus palsu ataupun “Fake Antivirus” yang dijanakan oleh Spyware, Malware dan pelbagai lagi antivirus palsu atau fake ini mampu menghuruharakan sistem operasi windows anda dan bakal membuatkan anda pening kepala dan juga anda akan merasa tertekan di atas serangan antivirus palsu atau ‘fake antivirus’ ini.

Antivirus palsu / ‘Fake Antivirus’ ini mengikut maklumat yang saya cari di internet boleh dibuang dengan menggunakan Spyware Doctor / Spyware hunter mengikut kata maklumat yang saya jumpai di dalam internet tersebut. Bagaimanapun saya tidak dapat memberi jaminan yang software saya sebutkan tadi boleh membuang antivirus 2008 / antivirus 2009 dengan berkesan kerana saya hanya menggunakan software ‘trial’ dan software ini hanya mampu mengesan spyware dan tidak mampu untuk membuangya kerana perisian percubaan atau ‘trial’ sememangnya diset begitu rupa.

Anda Mahu Membuang Antivirus 2008 / Antivirus 2009 Tetapi Tidak Mahu Menggunakan Software Antispyware

Sebenarnya anda boleh membuang antivirus 2008 / antivirus 2009 tanpa menggunakan software antispyware untuk membuangnya. Saya percaya mungkin ramai yang berpendapat pemasangan sebarang antispyware terutamanya spyware doctor akan memberi kesan kepada kelajuan pemprosesan sesebuah komputer kerana lazimnya ia menggunakan memori yang banyak terutamanya semasa perisian antispyware ini dijalankan. Tambahan pula di zaman harga minyak yang naik mendadak ini mungkin ramai yang tidak mampu untuk membeli perisian antispyware ini kerana lazimnya ia agak mahal.

Anda tidak perlu bimbang kerana ada satu software bercorak ‘killer’ dan anda tidak perlu memasangnya atau “Install” kerana ia lebih bersifat ‘portable’. Software yang dimaksudkan ialah combofix.exe. Perisian ini adalah perisian percuma anda tidak perlu membeli sebarang lesen untuk menggunakkanya.

Anda Bimbang cara penggunaanya agak sukar? Anda tidak perlu bimbang cara penggunaanya tidaklah sesukar yang anda sangka. Pertama sekali jalankan sistem windows anda di dalam mod ’safe mood’ dan kemudian masukkan pendrive yang berisi combofix.exe dan klik pada combofix.exe dan tunggu ianya siap. Itu sahaja yang anda perlu buat. Kadang-kadang sesetengah spyware dia akan disable ‘windows explorer‘ dan ‘my computer’ tetapi anda jangan bimbang anda boleh menggunakan internet explorer ataupun mozilla atau sebarang jenis pelayar internet untuk mengakses fail di dalam ‘pen drive‘ anda.

Nak combofix.exe secara percuma? KLIK DISINI untuk donwload.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Dawn Of War Dark Crusade

Posted in PK Game, PK Siber on September 8th, 2007 by yiemega

Game ini sangat menarik. Game bercorak strategi ini memang sungguh mengujakan. Game ini mengisahkan perperangan Tau Empire, Imperial Guard, Necron dan bermacam-macam lagi. Game ini amat sesuai untuk peminat-peminat game strategi. Mereka yang belum pernah bermain dengan game ini pasti teruja sekiranya mula bermain game ini.

Mereka yang belum mendapatkan game ini bolehlah mendapatkan game ini di pasaran atau muat turun secara percuma di portal-portal muat turun torrent. Penulis telah bermain game ini memang tidak membosankan apabila kita bukan sekadar berperang tetapi juga menakluk. Semakin luas kawasan pemain takluk semakin cerah lah peluang kemenangan anda.

Senjata-senjata mereka ada bermacam-macam, misalnya Tau Empire mempunyai Jet lutsinar yang tidak boleh dikesan oleh Askar biasa pihak lawan. Namun jet ini boleh dikesan oleh sesetengah unit perang pihak lawan. Hammerhead juga boleh dikatakan jet paling berkuasa milik Tau Empire, namun pemain hanya dibenarkan membuat dua Hammerhead sahaja. Jet sky ray mampu melancarkan peluru berpandu yang mampu membunuh lawan atau bangunan lawan. Namun jet sky ray ini hanya boleh melancarkan peluru berpandu apabila dinaiktaraf di pusat kawalan utama Tau Empire. Bagi mereka yang belum merasai kehebatan Dawn Of War Dark Crusade jangan lupa dapatkanya sekarang.