Layari Internet (Broadband) Tanpa Tekanan Dengan Jaring Flite SoHo
Posted in PK Teknologi on August 26th, 2008 by yiemegaPengguna internet tanah air boleh menarik nafas lega apabila anda akan dapat merasai pelayaran internet tanpa tekanan dan gangguan talian (setakat ini) yang sebelum ini pengguna internet akan mengalami mimpi ngeri apabila menggunakan perkhidmatan yang disediakan penyedia perkhidmatan internet yang tidak perlu diberitahu namanya kerana ianya memang sinonim dengan gangguan dan tekanan. Penulis percaya pembaca boleh menekanya.
Sebelum ini penulis menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan oleh sebuah syarikat penyedia internet dan jika tidak disebutkan nama pasti pengguna internet pun dah tahu syarikat mana yang dimaksudkan penulis, tahap perkhidmatan syarikat tersebut memang benar-benar memberi mimpi ngeri kepada penulis dan juga boleh mendatangkan marah apabila seringkali dilanda gangguan talian.
Pada mulanya penulis masih mampu bersabar tetapi kerana kesabaran manusia ada batasnya juga dan kerosakkan talian yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini mendorong penulis untuk membuat tindakan drastik apabila penulis terus berkunjung ke Anjung Internet Jaring untuk bertanyakan dan memohon talian Jaring Flite SoHo Broadband dan keesokanya kontraktor Jaring datang memasangnya di rumah penulis dan dapat digunakan pada hari yang sama.
Penulis tidak peduli dengan kos pemasanganya agak mahal sedikit lebih kurang RM669 termasuk alat yang dipanggil CPE. Namun kos bulanan yang perlu ditanggung penulis tidaklah mahal sangat kalau nak dibandingkan syarikat penyedia internet yang dahulu, kerana dengan 1Mbps penulis hanya perlu membayar RM79 dan lebih rendah daripada kos yang disediakan oleh syarikat penyedia internet yang dilanggan oleh penulis dahulu iaitu RM88.
Selepas lebih kurang dua minggu penulis menggunakan perkhidmatan yang disediakan jaring tersebut penulis berpuas hati dengan tahap servis yang diberikan oleh Jaring dan penulis akan ‘lupakan yang lain’ (meminjam tag line iklan sabun Daia). Namun sedikit berita buruk bagi anda, Jaring Flite Broadband SoHo hanya ditawarkan di Kota Bharu Sahaja (buat masa ini) berkemungkinan ia akan diperluaskan ke seluruh negara tidak lama lagi.
Kepada pengguna internet di Kota Bharu yang selalu mendapat gangguan internet sebelum ini, bolehlah bertukar kepada Jaring Flite SoHo kerana ia akan memberikan pengalaman menggunakan internet yang sungguh memuaskan dan tidak akan dilupakan oleh anda.


