Archive for the 'Salam Penulis' Category

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan…

Posted in PK Mimbar, PK Semasa, Salam Penulis on August 24th, 2009 by yiemega

SELAMAT Berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pandangan Kita, terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini, bukan kerana tidak mahu mengemaskini blog ini tetapi talian internet di rumah saya sudah tiga hari mengalami kerosakkan setakat ini pun kerja-kerja pemulihan belum lagi selesai.

Bercakap mengenai puasa di Bulan Ramadhan kali ini berlainan daripada tahun lalu apabila saya memilih untuk berbuka puasa di Pasar Wakaf Che Yeh dan bersahur di Padang BAS (Medan Selera Buluh Kubu) Kota Bharu, Kelantan dan selepas Solat Terawikh makan Colek Kerang di Pasar Wakaf Che Yeh.

Alhamdulillah bulan puasa kali ini aku tak kemaruk tengok makanan di Bazaar Ramadhan, seperti tahun lalu, asal tengok je beli, asal beli je tengok mungkin entah kuih-kuih Bazaar Ramadhan kali ini belum dapat menawan selera saya kot. Takpe janji duit saya jimat.

Ok lah saya berharap para pembaca blog ini yang beragama Islam juga berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat anda dan juga saya, Sekian.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Talk.com

Posted in PK Politik, PK Semasa, Salam Penulis on June 4th, 2009 by yiemega

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Money.com

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat pemakluman bahawa penulis telah menyertai Pilihan Raya untuk Memilih Chief Talk untuk Tune Talk.com. Dengan penyertaan itu bermakna penulis adalah calon untuk Pilihan Raya tersebut.

Penulis meminta jasa baik pengunjung-pengujung blog Suara Generasi Muda Malaysia untuk mengundi penulis sebagai Chief Talk Tune Talk.com. Penulis amat mengalu-alukan kerjasama pembaca-pembaca sekalian.


Bagi memudahkan pihak pembaca Suara Generasi Muda Malaysiapenulis telah menggariskan beberapa manifesto penulis untuk memenangi Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com:
Manifesto Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com Penulis:

  1. Mendermakan seberapa banyak komputer untuk kegunaan anak-anak yatim di
    1. rumah-rumah anak yatim yang terpilih.
    2. Membuat seberapa banyak programpendedahan Teknologi Maklumat kepada anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yangterpilih.
    3. Melaksanakan Program untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak yatim seperti program motivasi, kem jati diri dan seumpama denganya.
    4. Membuat sumbangan kepada beberapa orang anak yatim yang tidak tinggal di rumah anak yatim dan keluarganya kurang berkemampuan.
    5. Mengembalikan anak-anak yatim yang tercicir dari Pelajaran kerana desakkan hidup ke alam persekolahan dengan bantuan kewangan daripada penulis.
    6. Memberi perhatian khusus kepada anak-anak yatim yang bersekolah di sekolah harian biasa untuk mempertingkan prestasi pencapaian akademik mereka.
    7. Membantu keluarga-keluarga anak yatim dengan bantuanyang sewajarnya dan lebih kepada ‘memberi pancing’ dan bukanya ‘memberi ikan’ sebagaimana yang selalu dibuat oleh orang sebelum ini.
    “UNDILAH SAYA UNTUK KEBAJIKAN”
    “SATU UNDI UNTUK ANAK YATIM”

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Salam dari Kota Bharu Kelantan

Posted in Salam Penulis on March 6th, 2009 by yiemega

Assalamualaikum w.b.t,

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan tugas sebagai Kaunselor Pelatih di SMK Zainab 2 Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya penulis dapat meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ini.

Pada kesempatan ini penulis ingin mencoretkan sedikit pengalaman penulis sebagai Kaunselor Pelatih SMK Zainab 2 untuk dikongsikan bersama pembaca setia blog ini untuk menjadi rujukan kepada semua terutamanya kaunselor-kaunselor di sekolah lain.

Tugas sebagai Kaunselor Pelatih ini agak mencabar kerana tugas kita memerlukan kesabaran yang tinggi di dalam mengendalikan pelajar-pelajar yang beraneka ragam. Pelajar Sekolah pada hari ini tidak sama seperti pelajar sekolah pada masa dulu, perangai mereka juga berbeda jika dibandingkan di zaman penulis bersekolah dahulu.

SMK Zainab 2 letaknya di tengah-tengah Bandaraya Kota Bharu, Kelantan dan sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah bandar. Memang banyak cabaranya bertugas di sekolah ini.

Pelajar-pelajarnya juga beraneka ragam, sebagai sekolah yang terletak di tengah bandar, mereka mudah terdedah dengan anasir-anasir luar seperti punk, gothic dan filem lucah yang mudah dilayari di kafe-kafe siber sekitar bandaraya Kota Bharu namun penulis menganggap ia hanyalah cabaran yang perlu penulis harungi demi mendidik anak bangsa dan melahirkan modal insan yang terbilang.

Boleh dikatakan hampir  50% Pelajar sekolah ini mengalami kekurangan kasih sayang ibu-bapa kerana kebanyakkan ibu-bapa mereka bekerja, malah ada yang celik mata di dinihari tidak melihat ibu dan bapanya, dan saat matanya di pejam di malam hari tidak dapat juga melihat raut wajah ibunya atau dengan kata lain rata-rata mereka dibesakan dengan kasih sayang wang ringgit bukan kasih sayang yang kekal abadi selamanya.

Pelajar yang kurang mendapat curahan kasih daripada ibu bapa mereka berpotensi besar untuk menjadi pelajar yang bermasalah disiplin dan tidak hairanlah sekiranya kebanyakkan pelajar yang mempunyai rekod disiplin adalah pelajar yang kurang mendapat curahan kasih daripada ibu bapa mereka.

Kebanyakkan ibu-bapa pelajar di sekolah ini meletakkan tanggungjawab curahan kasih pada guru-guru sekolah ini dengan harapan agar anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna walhal pada masa yang sama mereka tidak sedar yang tanggungjawab mereka sudah terabai.

Jika berlaku sebarang masalah disiplin membabitkan pelajar, rata daripada mereka akan menyalahkan pihak sekolah dan memberikan hukuman yang melampau terhadap anak mereka walaupun itu adalah kesalahan pertama anak mereka sebagai contoh baru-baru ini ada salah seorang pelajar yang ponteng kelas dan sampai ke pengetahuan ibu dan bapanya.

Kelakuan pelajar tersebut menyebabkan ibu-bapa mereka naik minyak, dan ibu bapa pelajar tersebut telah bertindak di luar dugaan dengan menampar anak mereka tersebut di khalayak ramai sebanyak dua kali.

Kali pertama di warung kopi berhadapan dengan pintu pagar sekolah dan kali kedua di dalam bilik darjah. Secara rasionalnya penulis amat tidak bersetuju dengan tindakan ibu-bapa pelajar ini kerana ia bakal membuatkan pelajar akan memendamkan dendam kerana dia mempunyai hati dan perasaan, tindakan ibu-bapa pelajar ini juga boleh membawa kepada kecelekaan yang dasyat dan tidak mustahil la pelajar ini sewaktu mereka sudah berkerjaya kelak mereka akan menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua pada waktu itu menangis keluar air mata darah sekalipun tidak berguna lagi.

Perlu diingatkan di dalam kita menghukum anak-anak kita dalam masa yang sama kita perlu pastikan agar hati anak-anak kita tidak terluka umpama ditusuk sembilu, ingat mereka juga manusia biasa seperti kita yang mempunyai hati dan perasaan jangan perlakukan mereka seperti binatang ternakan. Nasihatila anak anda dengan menggunakan cara psikologi kerana ia lebih berkesan berbanding menghukum.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Posted in Salam Penulis on October 4th, 2007 by yiemega

kempen-keselamatan-jalan-raya.png

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi sesiapa yang menganut agama Islam. Ibadah Puasa kita sudah hampir sampai ke penghujungnya. Penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca setia blog Pandangan kita. Sekiranya penulis ada terkasar bahasa, ataupun menyakitkan hati sesiapa penulis memohon maaf kerana sudah menjadi kelaziman manusia biasa ini ada kelemahan. Penulis pohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.

 

Penulis ingin memesan kepada yang balik raya kat kampung tu pandulah dengan selamat ingatlah orang yang disayang. Bagi penunggang motosikal yang balik kampung motorsikal mereka tungganglah dengan cermat, ingatlah orang tersayang. Jadikan kepulangan kita kali ini kepulangan untuk dirai dan jangan jadikan kepulangan kita kali ini kepulangan untuk ditangisi.

 

Kepada yang tidak dapat cuti raya tahun ini, terutamanya kepada tentera dan polis yang bertugas di perbatasan bersabarlah mungkin tahun depan gilir anda. Kami akan mengingati jasa anda sampai bila-bila. Terima kasih kerana sanggup berkorban cuti raya demi mempertahankan negara yang tercinta iaitu Malaysia yang ku cintai.

Terima Kasih Khairilhusni dan Blogmas

Posted in Salam Penulis on September 29th, 2007 by yiemega

Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Khairilhusni. Siapa dia Khairilhusni ini?. Sebenarnya Khairilhusni ini adalah pemilik blog Khairilhusni alah blog lirik lagu tu lah http://khairilhusni.blogmas.com . Ada segelintir yang tahu Khairilhusni juga pemilik portal k-rex di mana korang boleh download lagu format real audio di sini. Link ke portal k-rex tersebut ialah http://www.k-rex.org. Untuk pengetahuan korang aku pernah jadi Moderator dalam portal tersebut tetapi kerana sibuk dengan blog-blog aku aku sekarang dah tak jadi moderator portal tersebut. Aku kenal Khairilhusni semasa aku berforum di Cari Gold http://www.carigold.com kalau tak silap aku lah.

Korang tentu tertanya-tanya apasal lak aku ucapkan terima kasih kat Khairilhusni ni? Sebenarnya Khairilhusni ni lah yang memperkenalkan aku dengan blogmas. Setelah puas mencari-cari akhirnya aku dapat blog provider atau free blog host yang terbaik setakat ini. Blogmas begitu mesra search engine kalau nak dibandingkan dengan blog-blog yang lain di mana aku terpaksa menggunakan  keyword generator untuk set keyword untuk blog aku. Berbeza dengan Blogmas kerja-kerja membuat keyword blog aku lebih senang kerana ada beberapa plugin yang boleh digunakan untuk set keyword untuk blog aku. keyword suggestion juga adalah salah satu kelebihan blogmas. Klik sahaja aku dapat senarai keyword yang dicadangkan untuk blog aku. Memang mudah.

Tidak lupa aku nak ucapkan terima kasih kepada Blogmas yang menyediakan perkhidmatan percuma lagi hebat ini. Apa yang lebih membanggakan aku Pemerintah Tertinggi Blogmas adalah orang Malaysia dan juga orang yang satu kaum dengan aku iaitu Melayu. Kita sepatutnya memberikan tepukan gemuruh kepada Adar yang merupakan Pemerintah Tertinggi Blogmas. Sesuai dengan impian Adar untuk menjadi Raja, aku dengan sukacitanya mencadangkan Adar sebagai Raja Kesultanan Melayu Blogmas, tanpa usahamu Adar Blogmas mungkin tidak wujud, kewujudan Blogmas banyak membantu orang untuk cari gali wang ringgit denganya. Marilah bersama-sama kita menyokong Raja Blogmas kita iaitu Adar.

Blog download video 3gp dilancarkan

Posted in Salam Penulis on September 13th, 2007 by yiemega

Blog untuk download koleksi-koleksi video telah dilancarkan pada hari ini. Blog ini mungkin dapat membantu pelayar internet untuk memuat turun koleksi muzik video, runut bunyi, iklan-iklan tv dan bermacam-macam lagi. Blog ini telah selamat dilancarkan pagi tadi.

Bagi pelayar-pelayar yang suka muat turun / kaki download tu boleh lah singgah dan carilah yang berkenan di http://3gpdownload.blogmas.com

Saya rasa tak perlu lah saya berkata banyak lagi….

Pandangan Kita blog untuk kita

Posted in Salam Penulis on September 5th, 2007 by yiemega

Assalamualaikum

Saya merasa sungguh gembira apabila blog Pandangan Kita dapat disiapkan dengan jayanya. Blog ini akan mengulas pelbagai isu darilah isu politik, sukan, hiburan dan kemudahan untuk memuat turun lagu-lagu. Buat masa ini saya akan tumpukan kepada perbincangan mengenai isu-isu politik, sukan dan hiburan. Harapan saya agar idea saya untuk membina blog serbaguna ini akan menemui jalan kejayaan.

Blog ini akan mengulas dan mengetengahkan isu-isu semasa dengan lebih efisien dan lebih telus di samping dapat dijadikan sumber-sumber rujukan oleh pembaca-pembaca kerana saya akan jadikan blog ini sebagai blog perlbagai guna bagi kemudahan anda semua. Tulisan bercorak pendidikan juga saya akan muatkan dalam blog ini bagi memudahkan pembaca. Saya juga menjemput penulis-penulis blog yang berminat untuk menulis di blog ini.

Akhirkata, doakan semoga blog Pandangan Kita mencapai kejayaan yang cermelang, gemilang dan terbilang. Marilah jadikan blog ini sebagai sumber rujukan ilmu anda.