Archive for the 'PK Anime' Category

Courage The Cowardly Dog Show

Posted in PK Anime, PK Hiburan, PK TV on October 5th, 2007 by yiemega

 

Courage The Cowardly dog mengisahkan seekor anjing penakut yang bernama Courage. Dia tinggal bersama pasangan suami isteri iaitu Myra dan useless bang. Courage dijumpai oleh Myria sewaktu dia kecil dan dijaga dengan rapi sampai sekarang. Walaupun Courage adalah anjing yang penakut, tetapi dia sudah banyak membantu Myria sekiranya berlaku sebarang misteri aneh. Kecerdikan yang ada pada courage membuatkan dia begitu mudah untuk mencari helah supaya sebarang misteri dapat diselesaikan.

 

Myra seorang isteri yang baik dan penyanyang dan sangat menyanyangi anjing kesayanganya iaitu Courage. Manakala useless bang pula seorang suami yang tamak, tidak sabar dan suka menyakat Courage. Satu perkara lagi tentang useless bang ialah memang cintakan wang ringgit lebih daripada segala-galanya.

 

Kisah kartun ini akan membuatkan anda tidak kering gusi apabila melihatnya. Telatah anjing penakut tapi cerdik ini membuatkan penonton teruja dan mampu tersenyum lebar melalu mesej-mesej lawak mudah yang cuba disebarkan melaui cerita kartun ini. Walaupun cerita kartun ini dikategorikan cerita kartun misteri atau seram, tetapi ianya sesuai ditontoni oleh semua golongan baik kecil mahupun dewasa memandangkan lawak-lawak yang cuba ditimbulkan menenggelamkan tahap seram cerita kartun itu.

 

Bagi pelanggan Astro yang melanggan saluran Cartoon Network jangan lepaskan peluang untuk menonton cerita kartun yang menarik ini. Jadikan ia sebagai tontonan keluarga di waktu anda tidak bekerja sekaligus merapatkan anda dengan keluarga-keluarga anda. Dengan ini pasti hasrat menjadi keluarga bahagia akan tercapai.

SpongeBob Squre Pants

Posted in PK Anime, PK Hiburan, PK TV on October 5th, 2007 by yiemega

 

Cerita kartun ini tidak kurang hebatnya. Sponge Bob Square Pants mengisahkan kehidupan span bernama Sponge Bob di Bikini Bottom. Cerita Kartun ini membuatkan anda tidak kering gusi semasa menontonya apa tidaknya ia sarat dengan lawak yang akan membuatkan anda ketawa terbahak-bahak. Cerita kartun ini disiarkan di saluran Nickelodeon bagi yang memiliki Astro dan juga boleh dintonton di tv9 dekat di hati dengan versi alih bahasa.

 

Sponge Bob merupakan watak utama cerita kartun ini yang juga merupakan span yang periang, peramah dan rajin bekerja. Sponge Bob bekerja dengan Encik Crab di Crabby Paddy. Sponge Bob juga merupakan pekerja terbaik Crabby Paddy sesuai dengan perangainya yang rajin bekerja itu. Patrick star fish atau lebih dikenali dengan Patrick merupakan sahabat sepermainan dan karib sponge bob. Perwatakan Patrick merupakan seorang yang lembab dan sukar mengingati walau namanya sendiri. Sandy juga merupakan salah seorang sahabat karib Sponge Bob. Sandy handal dalam bidang mempertahankan diri dan juga merupakan seekor tupai yang tersesat ke dalam laut Bikini Bottom. Rumah sandy dibuat dengan kaca bagi mengelakkan air memasuki kawasan rumahnya dan apabila sandy keluar daripada rumanya dia memakai pakaian ala angkasawan bagi melindungi beliau daripada lemas.

 

Encik Crab pemilik Crabby Paddy merupakan usahawan berjaya yang tamak dan suka kan wang ringgit. Plankton pemilik Chum Bucket merupakan pesaing Encik Crab, perniagaan Chum Bucket sangat mundur memaksa beliau mencari helah untuk mendapatkan resipi rahsia Crabby Paddy. Sementara itu, Squid ward merupakan rakan sekerja sponge bob yang malas dan lembab. Squid Ward sukakan kesenian dan nyanyian dia ni seorang yang membangga diri dan suka syok sendiri dalam pekerjaan yang dilalukanya.

 

Pengalaman menonton SpongeBob Square pants pasti membuatkan anda merasa terpesona dan tidak sabar-sabar untuk menonton episod yang seterusnya. Bagi pelanggan Astro yang melanggan saluran Nickelodeon bolehlah menonton kartun ini yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Bagi yang tak ada Astro boleh juga menonton Sponge Bob versi alih suara di tv9 dekat di hati.

The Grim Adventure Billy & Mandy

Posted in PK Anime, PK Hiburan on October 5th, 2007 by yiemega

 

Kartun ini sungguh menarik, Bagi sesiapa yang mempunyai Astro di rumah dan melanggan Saluran Cartoon Network sudah tentu pernah menonton cerita kartun ini. Cerita Kartun ini juga sangat lucu dan membuatkan kita sering tidak kering gusi apabila menontonya.

Cerita kartun ini mengisahkan tentang Grim Reaper yang terpaksa menjadi sahabat Billy dan Mandy kerana kalah dalam satu permainan. Keputusan permainan tersebut membawa kepada Grim Reaper perlu tinggal bersama-sama dengan Billy dan Mandy dan sangup memenuhkan impian mereka semua. Mandy budak perempuan yang berwatakkan selamba seolah-olah tiada perasaan dan mudah marah. Manakala Billy pula kanak-kanak yang kurang cerdik dan sentiasa ada perasaan ingin berkawan. Grim pula ada kuasa istimewa yang boleh dikeluarkan menggunakan sabit saktinya.

Ayah Billy juga berperangai seperti Billy dan kurang cerdik seperti billy saling tak tumpah macam anaknya juga, ya lah ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ada sahabat karib Billy iaitu Erwin yang meminati Mandy tetapi Mandy langsung tiada perasaan terhadapnya.

Bagi yang belum pernah menonton cerita kartun ini tontonilah sekarang, pasti anda teruja denganya. Bagi yang tak ada Astro maaflah tak dapat lah saya nak menolong kalau nak tengok juga langganilah Astro sekarang. Jangan lupa langgan Cartoon Network. The Grim Adventure of Billy and Mandy pasti membuat anda ketawa.

One Piece

Posted in PK Anime, PK Hiburan on September 30th, 2007 by yiemega

One Piece merupakan sebuah Anime yang menarik dan mengangumkan. Mengisahkan pengembaraan lanun yang diketuai oleh Budak Getah bernama Monkey D Luffy atau lebih dikenali dengan Luffy. Luffy menjadi budak getah setelah termakan buah syaitan atau devil fruit. Kuasa getah yang dimiliki Luffy memang luar biasa ditambah pula dengan semangat ingin Menang Luffy yang memotivasikan dirinya sendiri dengan ayat-ayat yang mampu meningkatkan semangat.

Pengikut-pengikut Luffy terdiri daripada Sanji yang merupakan pakar memasak dan juga mempunyai kaki yang istimewa dan mampu menewaskan musuh dengan sekelip mata sahaja. Chopper juga merupakan salah seorang Pengikut Luffy atau anggota Straw Hat Crew. Kepakaran chopper adalah merawat orang atau binatang yang sakit melengkapkan crew bahagian Medic Straw Hat Pirate. Chopper juga berupaya bertukar menjadi gergasi gagah pada dua peringkat berlainan dengan memakan rumble .

Ahli Crew Straw Hat Pirate yang lain ialah Robbin. Robbin boleh dikatakan ulat buku dan meminati artifak-artifak sejarah. Dia juga mempunyai kuasa yang boleh mengeluarkan tangan jarak jauh yang boleh mematahkan serangan musuh daripada jarak jauh. Nami juga salah seorang anggota straw hat pirate yang mempunyai kepakaran dalam dunia pelayaran dan geografi. Nami juga boleh dikatakan materialistik kerana selalu fikirkan pasal wang ringgit.

Zorro ialah salah seorang bekas bounty hunter yang mempunyai kepakaran dalam pedang ataupun katana, dia mempunyai tiga pedang berkuasa tinggi yang mampu menewaskan musuh yang ramai dalam sekelip mata sahaja. Kelemahan Zorro ialah gagal untuk menentukan arah yang tepat dan seringkali tersesat jika keluar seorang diri. Crew Straw Hat Pirate yang hebat-hebat membuatkan mereka antara lanun yang terhebat dan tergolong dalam senarai antara bounty marines yang termahal.