Archive for the 'PK Profil Artis' Category

Michael Jackson Akan Dikebumikan Secara Islam…

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on July 4th, 2009 by yiemega

Michael Jakcson Akan Dikebumikan Secara Islam

Michael JacksonSebelum ini banyak pihak yang mengatakan Michael Jackson telah memeluk Islam ia juga turut menjadi persoalan adakah benar Michael Jakcson telah memeluk Islam ataupun tidak. Namun semalam persoalan ini terjawab apabila Michael Jackson atau nama Islamnya Mikael dikatakan meninggalkan wasiat mahu dikebumikan secara Islam.

Raja Pop yang mempunyai peminat di seluruh dunia ini bakal dikebumikan secara Islam dan pengkebumian Allahyarham akan dibimbing oleh abangnya untuk memastikan pengkebumian Allahyarham benar-benar mengikut Islam. Ini bermakna MJ atau Mikael mati dalam Islam.

Penemuan Wasiat MJ atau Mikael itu sekaligus menamatkan pertanyaan bagaimana pengkebumian Mj bakal dilaksanakan. Dengan pemilihan untuk dikebumikan secara Islam sekaligus membuktikan bahawa Allahyarham sememangnya telah memeluk Islam sebelum ini.

Sebagai umat Islam marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Mikael, semoga Allah Mencucuri rahmat ke atas Rohnya. Al-Fatihah… Mungkin selepas ini tidak mustahil peminatnya yang beragama Islam akan mengadakan Majlis Tahlil untuk Mikael. Jadi bagi mereka yang berkemampuan boleh mengadakan Majlis Tahlil dan Kenduri Doa Selamat untuk Mikael.

Pemergian MJ@Mikael ini merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada arena muzik dunia, sumbangan beliau memang tidak ternilai, persembahan luar biasa hebat dan bertenaganya juga tidak lagi boleh ditonton secara ‘live’ sepertimana yang berlaku sebelum ini kini hanya yang tinggal lagu-lagu dan persembahan-persembahan Allahyarham yang terdahulu yang mungkin akan diulang tayang pada masa-masa akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Apa Khabar Faizal AF4?

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on June 30th, 2009 by yiemega

Faizal AF4

Faizal AF4

Apa Khabar Faizal AF4?

Faizal AF4 atau nama penuhnya Faizal Ramly seorang artis yang dilahirkan melalui satu rancangan realiti TV yang terkenal iaitu Akademi Fantasia pada musim yang keempat. Sudah lama kita tidak mendegar berita mengenai beliau adakah beliau masih lagi aktif dalam dunia seni ataupun masih bertapa di rumahnya.

‘Kesenyapan’ ini membuat orang ramai terutamanya peminatnya begitu tertanya-tanya ke manakah perginya seorang penyanyi yang berkebolehan dan mempunyai suara ala ’serak-serak’ basah ini.

Ada juga yang berkata ‘kesenyapan’ berlaku kerana syarikat rakamanya lebih mendahulukan orang lain daripada Faizal selain itu ketiadaan kontroversi mengenai beliau juga menjadi faktor mengapa beliau ’sepi’ di dalam dunia hiburan tanah air.

Benar! sebelum ini pernah ada kontroversi mengenai beliau tetapi ‘kontroversi’ itu sekejap sahaja tidak seperti ‘kontroversi’ yang dicetuskan oleh Mawi seorang penyanyi yang dikatakan ada Aura dan kini gagal mempertahankan ABP yang dimenanginya dulu kerana Faizal ni seorang yang suka berterus terang, jadi jika bertanya Faizal akan menjawabnya dengan jujur tidak seperti Mawi.

Pihak-pihak penyiaran seperti radio dan tv juga dilihat sekarang sudah tidak lagi menjemput beliau untuk konsert-konsert, menyiarkan lagu beliau dan malah media masa pun kurang menceritakan berita mengenai beliau. Sayang Sekali penyanyi yang berbakat besar ini dinafikan hak untuk berjaya oleh mereka-mereka yang hanya mementingkan keuntungan.

Penulis berharap satu masa nanti ada pihak yang dapat membuat ‘Come Back’ Faizal dengan lagu-lagu yang boleh memanaskan carta muzik Malaysia dan lagu yang terbaik untuk penyanyi yang terbaik, demi kesinambungan kerjaya seni Faizal dan juga arena muzik tanah air lebih baik mereka melakukan sesuatu.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Cikgu Sulizi Kini Pensyarah Maktab…

Posted in PK Hiburan, PK Negeri, PK Profil Artis, PK Terengganu on June 10th, 2009 by yiemega

Aktivis dan Artis Dikir Barat yang cukup terkenal di Pantai Timur iaitu Sulizi Awang yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Sulizi kini sudah bergelar Pensyarah.

Beliau yang terkenal dengan artis dikir barat bergenre cinta dan juga merupakan Tukang Karut Terbaik Peringkat Kebangsaan tiga tahun berturut-turut sebelum ini merupakan Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud II, Besut, Terengganu.

Kini beliau sudah bertugas sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Walaupun beliau sudah tidak lagi bergelar guru, namun penggunaan nama Cikgu Sulizi masih sebati di kalangan peminat dikir barat. Beliau juga terus bergiat aktif dalam memperjuangkan irama dikir barat dengan membuat “Kelas Terbuka” kepada masyarakat setempat yang berminat untuk berkecimpung dalam arena dikir barat.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , ,

Profil/Biodata Hafiz Akademi Fantasia 7

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on May 18th, 2009 by yiemega

Akademi Fantasia
Image via Wikipedia

Akademi Fantasia 7 telah melabuhkan tirainya pada 16 Mei 2009 baru-baru ini. Hafiz telah diisytiharkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh, beliau telah membarisi nama-nama yang telah menjadi Juara Akademi Fantasi musim lepas iaitu Vince AF1, Zahid AF2, Mawi AF3, Faizal AF4, Mila AF5, Stacy AF6 dan kini Hafiz AF7.

Ramai orang yang meminati Akademi Fantasia 7 dan meminati Hafiz AF7, namun ada yang tidak mengetahui latar belakang produk sebuah rancangan realiti televisyen yang popular ini. Pada kali ini kita akan mencungkil Latar Belakang atau Biodata Hafiz AF7 ini.

Mengenai Hafiz AF7:

Ahli Keluarga JASA (Generasi Ketiga), Dilahirkan pada 27 Februari 1990, merupakan anak sulung dan anak tunggal lelaki dalam 3 beradik.

Umur: 19 Tahun

Status: Belum Berkahwin

Latar Belakang Pendidikan

Sekolah:

Wan Chu Kindergarten, Kch, Swak (1994)
Tadika BINA, Kch, Swak (1995-1996)
SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kch, Swak (1997-2002)
SMK Song, Kapit, Swak (Jan-Jun 2003);
SMK Semerah Padi, Kch, Swak (Jul-Dec 2003)
SMK St Joseph, Kch, Swak (2004-2007)
PTPL, Kch, Swak

Pendidikan Tinggi:

(2008-Present) Student of Diploma In Hospitality & Tourism Mgmt

Hobi: Menyanyi. Bermain Gitar, Membaca Buku dan Memasak

Zodiak/Zodiac: Pisces

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Iqwal Dilahirkan Untuk Pentas

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on November 17th, 2007 by yiemega

 

 

 

 

Iqwal Haifz Ismail ataupun lebih dikenali dengan nama Iqwal seorang artis muda berbakat dan bersuara emas. Iqwal yang baru sahaja berusia 15 tahun namun permintaan terhadap persembahanya laris terutamanya dari kalangan VVIP dan Kerajaan. Iqwal juga boleh dikatakan mempunyai suara yang unik dan lunak merdu disamping mampu menjadi artis versatil kerana keupayaan beliau menyanyikan lagu dalam pelbagai jenis bahasa. Selain bakat menyanyi, beliau juga mempunyai bakat untuk mencipta lagu, secangkir kasih adalah lagu pertama yang diciptakanya dan telah dipersembahkan secara langsung menerusi slot Malaysia Hari Ini di saluran milik Media Prima iaitu TV3.

 

Iqwal juga boleh dikatakan artis yang mudah mesra dan bersopan santu serta menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Penulis pernah beberapa kali menghantar komen untuk laman Myspace Iqwal Hafiz iaitu http://www.myspace.com/iqwal dan Iqwal sentiasa membalas komen-komen dihantarkan kepada beliau dan menjawab soalan-soalan yang di ajukan dengan sopan santun.

 

Latar belakang keluarganya yang belatar belakangkan muzik memudahkan lagi Iqwal untuk berjaya di dalam bidang muzik. Memandangkan ibu-bapa Iqwal sering memberi nasihat dan dorongan dalam kerjaya seni Iqwal. Ayah Iqwal merupakan seorang anak penyanyi kumpulan rock yang terkenal dan masih lagi aktif menyanyi secara solo. Bagi menghormati pendirian Iqwal penulis tidak mahu mendedahkan siapakah penyanyi rock itu memandangkan itu adalah permintaan Iqwal.

 

Pada penulis, Iqwal bakal menjadi penyanyi yang terulung dan terunggul pada suatu masa nanti memandangkan beliau mempunyai bakat-bakat seperti menyanyi, menulis lagu, menari dan bermain pelbagai jenis alat muzik. Walaupun Iqwal menjadi penyanyi pada usia muda namun beliau tidak pernah mengabaikan pelajaranya. Beliau belajar dengan seorang guru yang digaji khas untuk mengajarnya di rumah.

 

Bagi sesiapa yang menyangka orang yang ‘terjun’ ke dalam bidang seni suara ini adalah orang yang tidak pintar dan genius ternyata pendapat mereka tidak tepat kerana mengikut ilmu kognitif ketinggian IQ seseorang bukan diukur oleh kepandaiaan menjawab soalan semata-mata. Kemahiran seseorang itu juga dikira di dalam menentukan tahap ketinggian IQ seseorang. Bagi penulis, kemahiran menyanyi dan mencipta lagu yang ada pada iqwal boleh dikatakan membuatkanya ‘genius’ di dalam bidangnya iaitu muzik. Penulis berharap orang-ramai tidak lagi menyalah anggap tentang tahap ketinggian IQ seseorang.

Profil Ziera Suara Bintang Kecil

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on October 8th, 2007 by yiemega

Nama Penuh: Nurazira Bt. Hamdan

Asal: Ulu Tiram Johor

Umur: 12 Tahun

Tarikh Lahir: 20 Februari 1995

Bilangan Adik Beradik: 9 Orang

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Puteri Wangsa

Karakter: Penyayang,Pemurah, Bersopan santun, Suka Memikirkan Perasaan Orang Lain

Suara Seperti: Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi digemari: Sudirman Haji Arshad

Hobi: Bermain Badminton

Kawan Baik Dalam Suara Bintang Kecil: Zizie, Arif dan Shamin
Warna yang paling digemari: Merah Jambu, Biru, Kunin, Putih dan Hijau
Pelakon yang paling digemari: Tan Sri P. Ramlee

Filem yang diminati: Filem-Filem Komedi Tan Sri P. Ramlee

Makanan/Minuman kegemaran: Nasi Ayam

Mata pelajaran yang diminati: Bahasa Melayu dan Sains

Cita-cita: Polis

Pofil Walda Suara Bintang Kecil

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on October 8th, 2007 by yiemega

Nama Penuh: Uswatul Wahida Bt. Mohd Sharif

Asal: Sungai Petani, Kedah

Umur: 11 Tahun

Tarikh Lahir: 6 Ogos 1996

Bilangan Adik Beradik: Anak Tunggal

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Sungai Petani

Karakter: Pendiam, Penyayang, BaikHati, Pemalu dan Berbakat

Suara Seperti: Misha Omar

Penyanyi digemari: Misha Omar, Adibah Noor

Hobi: Menyayi, dan membaca

Kawan Baik Dalam Suara Bintang Kecil: Zizie, Ziera, Nuru, Diana, Syaz, Shamin
Warna yang paling digemari: Merah Jambu, Hitam dan Biru

Pelakon yang paling digemari: Norkhiriah, Mutiara Hati

Filem yang diminati: Tiada

Makanan/Minuman kegemaran: Nasi Ayam

Mata pelajaran yang diminati: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Jawi

Cita-cita: Doktor atau Penyanyi

Profil Syamin Suara Bintang Kecil

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on October 8th, 2007 by yiemega

Nama Penuh: Nur Radiatul Bt. Dzuhaimi

Asal: Kuala Terengganu, Terengganu

Umur: 12 Tahun

 Tarikh Lahir: 8 Ogos 1995

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2

Karakter: Pendiam, Bersopan Santun, Berdisiplin
Suara Seperti: Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi digemari: Datuk Siti Nurhaliza, Faizal AF4,

Hobi: Menyanyi dan Bermain Bola Jaring

Kawan Baik Dalam Suara Bintang Kecil: Zizie, Along, Munirah

Warna yang paling digemari: Merah Jambu dan Biru

Pelakon yang paling digemari: Maria Mariana, Saiful Apek

Filem yang diminati: Tiada

Makanan/Minuman kegemaran: Nasi Goreng dan Ayam

Mata pelajaran yang diminati: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik

Cita-cita: Polis atau Guru Muzik

Profil Puteri Suara Bintang Kecil

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on October 8th, 2007 by yiemega

Nama Penuh: Nooramiera Zatyka Bt. Ayob

Asal: Ulu Tiram, Johor

Umur: 12 Tahun

 Tarikh Lahir: 2 September 1995

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Putri Wangsa

Karakter: Bijak, Suka bercakap, Berkeyakinan tinggi dan Bercita-cita tinggi

Suara Seperti: Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi digemari: Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri SM Salim, Tan Sri P. Ramlee, Puan Sri Saloma

Hobi: Membaca, Menari dan Menulis

Kawan Baik Dalam Suara Bintang Kecil: Syamin, Zizie, Nurul, Munirah, Syaz

Warna yang paling digemari: Merah Jambu dan Biru

Pelakon yang paling digemari: Tan Sri P. Ramlee

Filem yang diminati: Semua Filem Tan Sri P. Ramlee

Makanan/Minuman kegemaran: Tomyam dan Nasi Serta Sambal Belacan

Mata pelajaran yang diminati: Bahasa Melayu

Cita-cita: Penyanyi / Doktor

Profil Diana Suara Bintang Kecil

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on October 7th, 2007 by yiemega

Nama Penuh: Nur Diana Bt. Mansur

Asal: Sungai Petani, Kedah

Umur: 11 Tahun

 Tarikh Lahir: 29 April 1996

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Sungai Lagar

Karakter: Pendiam, Penyayang, BaikHati, Pemalu dan Berbakat

Suara Seperti: Ella

Penyanyi digemari: Ella dan Datuk Siti Nurhaliza

Hobi: Menyayi, Bermain Piano, Menari

Kawan Baik Dalam Suara Bintang Kecil: Walda, Puteri, Arif

Warna yang paling digemari: Merah Jambu, Putih, Merah dan Hitam

Pelakon yang paling digemari: Siti Farina (Lina)

Filem yang diminati: Tiada

Makanan/Minuman kegemaran: Ayam

Mata pelajaran yang diminati: Bahasa Inggeris dan Matematik

Cita-cita: Peguam