Archive for the 'PK TV' Category

Negara Perlukan Band Kanak-Kanak !

Posted in PK Hiburan, PK TV on June 2nd, 2009 by yiemega

The Lucky LakiIndustri Hiburan tanah air pada hari ini kelihatan agak suram dengan kebanjiran lagu-lagu dan kumpulan-kumpulan dari seberang seperti Dewa, Radja, Sheila On Seven, dan bermacam-macam lagi kumpulan dari seberang yang albumnya amat laris di Malaysia malah seringkali diputar di beberapa corong-corong radio yang mendewakan lagu-lagu dari seberang. 

Penulis tidaklah mahu mencadangkan agar kemasukkan lagu-lagu indonesia ke dalam Malaysia hendaklah disekat kerana itu tidak profesional namanya. Dalam kita menyelesaikan satu masaalah yang menimpa industri muzik tanah air kita tidak boleh menyalahkan orang lain sebaliknya kita perlulah menyalahkan diri sendiri dan cermin diri kenapa industri muzik yang suatu ketika dulu mengegarkan dunia namun kini kita dapati industri muzik tanah air sudah ketinggalan jauh ke belakang berbanding negara seberang yang berjiran dengan kita. Kenapa dulu muzik kita diterima ramai tetapi sekarang muzik kita sudah kurang diminati, apakah kelemahan yang perlu diperbaiki untuk mempertingkatkan mutu persembahan muzik kita. Tentulah pemuzik ada jawapanya.

PangerankuPenulis tidak mahu bercerita panjang mengenai industri muzik tanah air adalah lebih penulis menumpukan kepada artikel penulis yang bertajuk “Negara Perlukan Band Kanak-Kanak”, “Band” sesetengah pendapat menafsirkanya sebagai “Kugiran” ada juga yang menafsirkan dengan perkataan “Kumpulan Pemuzik” terpulanglah kepada mereka apa yang mereka ingin tafsirkanya.

“Band Kanak-Kanak” penulis lihat negara kita ketandusan “Band Kanak-Kanak” ataupun Kugiran Kanak-kanak dan boleh juga kita katakan sebagai “Kumpulan Muzik Kanak-Kanak” bukan kata kurang malah kalau tak silap penulis tiada satupun kumpulan muzik kanak-kanak di Malaysia berbeza dengan suasana di Indonesia yang pada hari ini kita lihat semakin banyak band-band kanak-kanak yang dilahirkan di indonesia contohnya seperti The Lucky Laki (Dianggotai tiga Putera Ahmad Dhani Dewa) melalui lagunya Aku Bukan Supermen dan Juga Pangeranku melalui lagunya Sang Pangeran.

Aksi Kumpulan Muzik Kanak-kanak Indonesia:

The Lucky Laki - Aku Bukan Supermen

Pangeranku - Sang Pangeran

 

Kesimpulanya kehadiran band-band cilik mereka di Indonesia mampu menambahkan seri dalam Industri Hiburan di indonesia terutamanya Industri Muzik. Pihak bertanggungjawab di Malaysia sepatutnya bergiat cergas mengcungkil bakat-bakat kumpulan muzik kanak-kanak di Malaysia, pihak stesen penyiaran TV Pula bolehlah menerbitkan rancangan bercorak realiti tv untuk mencungkil bakat kumpulan muzik kanak-kanak demi kesinambungan industri hiburan tanah air.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Melodi 6/1/2008

Posted in PK Hiburan, PK TV on January 12th, 2008 by yiemega

Tajuk : Melodi
Tarikh siaran di tv3: 6/1/2008
Pengacara: Wahid dan Apek Senario (Saiful Apek)

Marilah bersama-sama rancangan informasi hiburan semasa yang diterbitkan dan ditayangkan oleh TV3 sebuah anak syarikat Media Prima.

TV Kita atau TV Indon??????

Posted in PK Hiburan, PK TV on November 22nd, 2007 by yiemega

Dewasa ini stesen tv negara kita lebih gemar menyiarkan drama dan filem dari seberang sehinggakan sukar untuk membezakan tv Malaysia dengan TV Indonesia. Mengapa ini perlu terjadi? Adakah cerita-cerita yang diterbitkan oleh penerbit tempatan tidak cukup ataupun tidak hebat?

Pada pandangan penulis drama atau filem yang diimport dari seberang bukanlah hebat sangat, kalau kita tengok jalan cerita drama atau filem yang diimport tersebut kita akan dapati kebanyakkanya menggunakan jalan cerita yang sama sampai naik ‘meluat’ menonton filem atau drama tersebut. Inikah dikatakan kualiti? Bagi penulis kalau nak dibandingkan kualiti drama atau filem tempatan dengan dari seberang, kualiti drama atau filem kita lebih hebat.

Mengapa perlu ditayangkan filem dari seberang? sudahlah kebanyakkan sektor pekerjaan kita telah diisi oleh orang seberang tak kan kita nak benarkan pula orang seberang menjadi ‘raja’ di stesen tv milik negara kita. Tindakan ini seolah-olah menukar Malaysia kepada Indonesia di samping mesej-mesej yang disampaikan oleh drama dari seberang tidak begitu jelas dan boleh menjadi ikutan orang kita terutamanya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Penulis hairan kenapa stesen tv negara kita berlumba-lumba untuk menayangkan filem atau drama dari seberang.  Sedangkan kempen guna barangan tempatan sedang rancak dilakukan. Penayangan filem atau drama dari seberang telah menjadikan kempen guna barangan tempatan seolah-olah mencurah air di daun keladi.

Sepatutnya pihak stesen tv perlu mengambil peranan dalam menjayakan kempen guna barangan tempatan bukan merosakkan kempen tersebut. Sampai bila kita nak berbangga dengan barang orang lain sedangkan kita mempunyai barang sendiri yang lagi hebat dan berkualiti.

Penulis merasakan sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas kepada stesen tv yang menyiarkan drama atau filem seberang dengan terlampau banyak sehingga meng’anak tirikan’ filem atau drama tempatan. Dengan ini pengajaran yang berguna dapat diberikan kepada stesen tv yang gila rating tanpa mempedulikan sensitiviti rakyat tempatan.

Courage The Cowardly Dog Show

Posted in PK Anime, PK Hiburan, PK TV on October 5th, 2007 by yiemega

 

Courage The Cowardly dog mengisahkan seekor anjing penakut yang bernama Courage. Dia tinggal bersama pasangan suami isteri iaitu Myra dan useless bang. Courage dijumpai oleh Myria sewaktu dia kecil dan dijaga dengan rapi sampai sekarang. Walaupun Courage adalah anjing yang penakut, tetapi dia sudah banyak membantu Myria sekiranya berlaku sebarang misteri aneh. Kecerdikan yang ada pada courage membuatkan dia begitu mudah untuk mencari helah supaya sebarang misteri dapat diselesaikan.

 

Myra seorang isteri yang baik dan penyanyang dan sangat menyanyangi anjing kesayanganya iaitu Courage. Manakala useless bang pula seorang suami yang tamak, tidak sabar dan suka menyakat Courage. Satu perkara lagi tentang useless bang ialah memang cintakan wang ringgit lebih daripada segala-galanya.

 

Kisah kartun ini akan membuatkan anda tidak kering gusi apabila melihatnya. Telatah anjing penakut tapi cerdik ini membuatkan penonton teruja dan mampu tersenyum lebar melalu mesej-mesej lawak mudah yang cuba disebarkan melaui cerita kartun ini. Walaupun cerita kartun ini dikategorikan cerita kartun misteri atau seram, tetapi ianya sesuai ditontoni oleh semua golongan baik kecil mahupun dewasa memandangkan lawak-lawak yang cuba ditimbulkan menenggelamkan tahap seram cerita kartun itu.

 

Bagi pelanggan Astro yang melanggan saluran Cartoon Network jangan lepaskan peluang untuk menonton cerita kartun yang menarik ini. Jadikan ia sebagai tontonan keluarga di waktu anda tidak bekerja sekaligus merapatkan anda dengan keluarga-keluarga anda. Dengan ini pasti hasrat menjadi keluarga bahagia akan tercapai.

SpongeBob Squre Pants

Posted in PK Anime, PK Hiburan, PK TV on October 5th, 2007 by yiemega

 

Cerita kartun ini tidak kurang hebatnya. Sponge Bob Square Pants mengisahkan kehidupan span bernama Sponge Bob di Bikini Bottom. Cerita Kartun ini membuatkan anda tidak kering gusi semasa menontonya apa tidaknya ia sarat dengan lawak yang akan membuatkan anda ketawa terbahak-bahak. Cerita kartun ini disiarkan di saluran Nickelodeon bagi yang memiliki Astro dan juga boleh dintonton di tv9 dekat di hati dengan versi alih bahasa.

 

Sponge Bob merupakan watak utama cerita kartun ini yang juga merupakan span yang periang, peramah dan rajin bekerja. Sponge Bob bekerja dengan Encik Crab di Crabby Paddy. Sponge Bob juga merupakan pekerja terbaik Crabby Paddy sesuai dengan perangainya yang rajin bekerja itu. Patrick star fish atau lebih dikenali dengan Patrick merupakan sahabat sepermainan dan karib sponge bob. Perwatakan Patrick merupakan seorang yang lembab dan sukar mengingati walau namanya sendiri. Sandy juga merupakan salah seorang sahabat karib Sponge Bob. Sandy handal dalam bidang mempertahankan diri dan juga merupakan seekor tupai yang tersesat ke dalam laut Bikini Bottom. Rumah sandy dibuat dengan kaca bagi mengelakkan air memasuki kawasan rumahnya dan apabila sandy keluar daripada rumanya dia memakai pakaian ala angkasawan bagi melindungi beliau daripada lemas.

 

Encik Crab pemilik Crabby Paddy merupakan usahawan berjaya yang tamak dan suka kan wang ringgit. Plankton pemilik Chum Bucket merupakan pesaing Encik Crab, perniagaan Chum Bucket sangat mundur memaksa beliau mencari helah untuk mendapatkan resipi rahsia Crabby Paddy. Sementara itu, Squid ward merupakan rakan sekerja sponge bob yang malas dan lembab. Squid Ward sukakan kesenian dan nyanyian dia ni seorang yang membangga diri dan suka syok sendiri dalam pekerjaan yang dilalukanya.

 

Pengalaman menonton SpongeBob Square pants pasti membuatkan anda merasa terpesona dan tidak sabar-sabar untuk menonton episod yang seterusnya. Bagi pelanggan Astro yang melanggan saluran Nickelodeon bolehlah menonton kartun ini yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Bagi yang tak ada Astro boleh juga menonton Sponge Bob versi alih suara di tv9 dekat di hati.

Keputusan Studio Bintang Kecil Akhir

Posted in PK Hiburan, PK TV on September 9th, 2007 by yiemega

Program mencungkil bakat kanak-kanak terbitan tv9 berakhir hari ini apabila konsert akhir Studio Bintang Kecil disiarkan di tv9 dekat di hati. Persembahan dari pelajar-pelajar Studio Bintang Kecil pada peringkat akhir ini amat menkagumkan. Suara-suara mereka banyak juga yang boleh dikategorikan sebagai suara bermutu.

Mereka memberi persembahan yang terbaik pada konsert akhir Studio Bintang Kecil hari ini. Sungguhpun ada pertindihan siaran langsung Studio Bintang Kecil yang disiarkan oleh tv9 dengan siaran langsung Anugerah Era yang disiarkan secara langsung di Astro Ria, penulis tidak melepaskan untuk melihat rancangan realiti kanak-kanak ini kerasa merasa sungguh teruja bagaimana mereka memberi persembahan pada malam ini.

Pada pandangan penulis peserta atau pelajar Studio Bintang Kecil ini kebanyakkan memberi persembahan yang terbaik dan memang layak diberi pujian. Pertandingan sengit di kalangan peserta atau pelajar ini membuatkan Juri-juri sukar untuk memilih pelajar yang akan bergelar Juara Studio Bintang Kecil. Pada amatan penulis memang persembahan mereka berbakat dan wajar diketengahkan melalui rakaman album solo. Penulis berharap syarikat-syarikat rakaman dapat menyunting mereka untuk dikormesialkan.

Sudah menjadi kebiasaan setiap yang bermula pasti akan berakhir. Apabila Studio Bintang Kecil akhir hampir melabuhkan tirainya keputusan rasmi diumumkan.  Azidi dari Kuala Kedah dinobatkan Juara Studio Bintang Kecil 2007, diikuti dengan  munirah dan Azimi yang juga dari Kedah. Peserta-peserta lain sekadar mampu membawa pulang hadiah sagu hati yang bernilai RM 1000 setiap orang. Adik arif yang membawa lagu oh ibu hanya mampu menerima hadiah saguhati walaupun persembahannya tak kurang hebatnya apabila ia menyentuh kalbu Aishah yang merupakan juri pada malam ini.

Studio Bintang Kecil Akhir

Posted in PK Hiburan, PK TV on September 7th, 2007 by yiemega

Studio Bintang Kecil rancangan realiti hiburan yang menampilkan dan menonjolkan bakat kanak-kanak dalam seni suara ini akan mencapai kemuncaknya pada Sabtu ini 8 September 2007 yang akan disiarkan secara langsung di TV9. Rancangan yang diterbitkan oleh TV9 ini bakal melahirkan bintang-bintang baru di dalam arena seni suara tanah air. Istimewa rancangan realiti hiburan ini apabila ia cuba mengetengahkan bakat-bakat cilik yang boleh dikormesialkan.

Penulis pernah menonton kedua-dua mini konsert oleh peserta-peserta Studio bintang kecil dan ternyata tidak membosankan terutamanya menonton persembahan peserta lelaki seperti Azidi, Along, dan banyak lagi. Ternyata persembahan mereka memang berbakat. Apa yang penulis harapkan agar pemenang-pemenang Studio Bintang Kecil akhir ini dapat dikomersialkan dengan pemberian kontrak untuk membuat album. Buat masa ini tidak ramai lagi penyanyi kanak-kanak membuat album jadi sudah sampai masanya kanak-kanak diberi peluang untuk membuat album.

Kesungguhan TV9 menerbitkan rancangan ini wajar dipuji, penulis berharap bakat-bakat yang ada pada peserta-peserta Studio Bintang Kecil berakhir pada konsert akhir sahaja. Kesanggupan Ribena untuk menaja program ini adalah sangat dihargai. Penulis berharap pada episod-episod akan datang lebih ramai penaja yang tampil menaja program ini. Penulis mencadangkan supaya pihak penerbit tv9 menyediakan hadiah kontrak rakaman untuk Juara dan Naib Juara Studio Bintang Kecil yang akan datang.

Penulis merasakan Studio Bintang Kecil harus diteruskan dan menjadi rancangan realiti tahunan yang akan mengisi kalendar penyiaran tahunan stesen tv itu. Pada masa itu penulis mencadangkan format rancangan ini diubah kepada 50 % Juri dan 50% Undian SMS kerana ia akan menjadikan rancangan ini bertambah menarik. Pada rancangan yang akan datang juga penulis cadangkan supaya tv9 menambah Konsert Mini dari dua kepada lapan atau menukar Konsert Mini kepada Konsert Mingguan. Diari Studio Bintang Kecil juga harus diperkenalkan bagi memastikan program ini makin diminati ramai. Pada masa yang sama penulis mencadangkan konsert mini Studio Bintang Kecil di adakan secara langsung kerana ini akan membuat program ini bertambah menarik. Akhirkata, kepada peserta-peserta Studio Bintang Kecil semoga berjaya di Konsert Akhir dan buatlah yang terbaik.

Perhatian: Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Rakaman Konsert ini Secara Percuma sila komen post ini.Â