Archive for September, 2007

One Piece

Posted in PK Anime, PK Hiburan on September 30th, 2007 by yiemega

One Piece merupakan sebuah Anime yang menarik dan mengangumkan. Mengisahkan pengembaraan lanun yang diketuai oleh Budak Getah bernama Monkey D Luffy atau lebih dikenali dengan Luffy. Luffy menjadi budak getah setelah termakan buah syaitan atau devil fruit. Kuasa getah yang dimiliki Luffy memang luar biasa ditambah pula dengan semangat ingin Menang Luffy yang memotivasikan dirinya sendiri dengan ayat-ayat yang mampu meningkatkan semangat.

Pengikut-pengikut Luffy terdiri daripada Sanji yang merupakan pakar memasak dan juga mempunyai kaki yang istimewa dan mampu menewaskan musuh dengan sekelip mata sahaja. Chopper juga merupakan salah seorang Pengikut Luffy atau anggota Straw Hat Crew. Kepakaran chopper adalah merawat orang atau binatang yang sakit melengkapkan crew bahagian Medic Straw Hat Pirate. Chopper juga berupaya bertukar menjadi gergasi gagah pada dua peringkat berlainan dengan memakan rumble .

Ahli Crew Straw Hat Pirate yang lain ialah Robbin. Robbin boleh dikatakan ulat buku dan meminati artifak-artifak sejarah. Dia juga mempunyai kuasa yang boleh mengeluarkan tangan jarak jauh yang boleh mematahkan serangan musuh daripada jarak jauh. Nami juga salah seorang anggota straw hat pirate yang mempunyai kepakaran dalam dunia pelayaran dan geografi. Nami juga boleh dikatakan materialistik kerana selalu fikirkan pasal wang ringgit.

Zorro ialah salah seorang bekas bounty hunter yang mempunyai kepakaran dalam pedang ataupun katana, dia mempunyai tiga pedang berkuasa tinggi yang mampu menewaskan musuh yang ramai dalam sekelip mata sahaja. Kelemahan Zorro ialah gagal untuk menentukan arah yang tepat dan seringkali tersesat jika keluar seorang diri. Crew Straw Hat Pirate yang hebat-hebat membuatkan mereka antara lanun yang terhebat dan tergolong dalam senarai antara bounty marines yang termahal.

M Mobile MB330

Posted in PK Hiburan on September 30th, 2007 by yiemega

mb330.PNG
Aku tak nak cakap banyak aku nak korang komen pasal handphone M.Mobile MB330 ni. Ini adalah handphone buatan Malaysia. Aku nak korang yang telah beli dan pakai telefon ini sila beri komen tentangnya adakah kualitinya ok atau tak? Kalau Antaramuka skrin handphone M Mobile sebelum ini memang baik adakah kali ini antaramuka skrin handphone ini adalah baik atau sekadar memuaskan. Jangan lupa nyatakan sekali sudah berapa lama korang pakai handphone ni?

Antivirus yang Boleh Detect dan Remove Virus MyHeart

Posted in PK Teknologi on September 29th, 2007 by yiemega

Aku nak cakap pasal virus MyHeart. Ada sesetengah anti virus sahaja yang mampu kesan dan hapuskan (detect and remove) virus ini. Berdasarkan pengalaman aku Anti Virus AVG tidak mampu untuk  mengesan dan menghapuskan virus MyHeart dan silap-silap dia hanya boleh delete file yang dijangkiti viru My Heart.

Virus jenis ini lazimnya menyerang pengguna-pengguna pendrive atau thumb drive yang suka bertukar-tukar PC tertutamanya PC yang terdapat di pusat-pusat pengajian seperti Universiti. Virus My Heart akan segera menjangkiti PC yang belum dijangkiti sekiranya pendrive atau thumb drive sudah dijangkiti My Heart. Pengguna PC yang biasa menggunakan PC di Makmal Pusat Pengajian mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti oleh virus My Heart.

Perisian anti virus yang sesuai untuk membuang dan menghapuskan Virus My Heart ialah Kaspersky 6.0 ke atas. Korang boleh muat turun / download perisian anti-virus percubaan / trial anti virus software di laman web Kasperky http://www.kaspersky.com . Daripada pengalaman aku perisian ini mampu menghapuskan dan membuang virus My Heart tanpa menjejaskan file yang telah dijangkiti.

Aku cakap berdasarkan pengalaman aku, kalau korang nak tahu berkesan ke tak cubalah download perisian percubaan Kaspersky di laman web kaspersky. Kalau terbukti berkesan korang boleh lah beli yang original secara terus dengan kaspersky bagi mereka yang mempunya kad kredit Visa atau Mastercard. Pengguna Kad Debit AmBank NexG Prepaid Mastercard juga boleh membeli secara terus dengan Kaspersky. 

Petua Menyimpan Duit Bagi Perokok

Posted in PK Petua on September 29th, 2007 by yiemega

Memang pelik dan aneh bunyinya, tetapi di dalam dunia ini tidak ada perkara yang mustahil untuk terjadi. Biasanya perokok selalunya kekurangan wang ringgit kerana sebahagian besar pendapatan mereka telah dihabiskan untuk membiayai peruntukkan rokok mereka. Namun kali ini, aku cuba bagi tips atau petua untuk menyimpan wang bagi perokok. Bertenang, perokok tidak perlu berhenti merokok untuk menyimpan tetapi ada satu cara yang boleh digunakan untuk menyimpan duit sambil merokok.

Caranya ialah sungguh mudah. Mula-mula aku nak cakap perkakasan yang diperlukan. Perkakasan yang diperlukan ialah Bekas pringles alah yang tin panjang tu. Aku nak bagi contoh bagi perokok yang menghisap rokok Dunhill 20. Rokok Dunhill 20 pada masa ini berharga RM 8.10 (langkawi lain harga) korang beli rokok Dunhill 20 ni dengan menggunakan duit RM10 dan bakinya korang jangan guna dan masukkan terus ke dalam tabung pringles tadi. Kalau tak mampu korang boleh masukkan wang baki syiling sahaja ke dalam tabung pringles dan anggaplah duit yang korang tabungkan itu tidak wujud lagi. Ulang langkah tersebut pada setiap kali anda membeli rokok dan perlu diingatkan di sini, jangan sekali-kali mengambil duit dalam tabung tersebut selagi tabung itu belum penuh. Apabila sudah penuh korang boleh lah keluarkan dan simpan dalam Bank.

Aku hanya berkongsi cara aku yang terbukti berkesan pada aku, terpulang pada korang untuk mencuba atau tidak, tetapi menggunakan kaedah tadi aku berjaya menyimpan dalam Bank pada waktu sekarang mencecah RM 1,000 tanpa sebarang masalah. Kata orang belum cuba belum tau jadi cubalah sekarang. Kita mesti buktikan yang perokok juga mampu menyimpan.

Terima Kasih Khairilhusni dan Blogmas

Posted in Salam Penulis on September 29th, 2007 by yiemega

Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Khairilhusni. Siapa dia Khairilhusni ini?. Sebenarnya Khairilhusni ini adalah pemilik blog Khairilhusni alah blog lirik lagu tu lah http://khairilhusni.blogmas.com . Ada segelintir yang tahu Khairilhusni juga pemilik portal k-rex di mana korang boleh download lagu format real audio di sini. Link ke portal k-rex tersebut ialah http://www.k-rex.org. Untuk pengetahuan korang aku pernah jadi Moderator dalam portal tersebut tetapi kerana sibuk dengan blog-blog aku aku sekarang dah tak jadi moderator portal tersebut. Aku kenal Khairilhusni semasa aku berforum di Cari Gold http://www.carigold.com kalau tak silap aku lah.

Korang tentu tertanya-tanya apasal lak aku ucapkan terima kasih kat Khairilhusni ni? Sebenarnya Khairilhusni ni lah yang memperkenalkan aku dengan blogmas. Setelah puas mencari-cari akhirnya aku dapat blog provider atau free blog host yang terbaik setakat ini. Blogmas begitu mesra search engine kalau nak dibandingkan dengan blog-blog yang lain di mana aku terpaksa menggunakan  keyword generator untuk set keyword untuk blog aku. Berbeza dengan Blogmas kerja-kerja membuat keyword blog aku lebih senang kerana ada beberapa plugin yang boleh digunakan untuk set keyword untuk blog aku. keyword suggestion juga adalah salah satu kelebihan blogmas. Klik sahaja aku dapat senarai keyword yang dicadangkan untuk blog aku. Memang mudah.

Tidak lupa aku nak ucapkan terima kasih kepada Blogmas yang menyediakan perkhidmatan percuma lagi hebat ini. Apa yang lebih membanggakan aku Pemerintah Tertinggi Blogmas adalah orang Malaysia dan juga orang yang satu kaum dengan aku iaitu Melayu. Kita sepatutnya memberikan tepukan gemuruh kepada Adar yang merupakan Pemerintah Tertinggi Blogmas. Sesuai dengan impian Adar untuk menjadi Raja, aku dengan sukacitanya mencadangkan Adar sebagai Raja Kesultanan Melayu Blogmas, tanpa usahamu Adar Blogmas mungkin tidak wujud, kewujudan Blogmas banyak membantu orang untuk cari gali wang ringgit denganya. Marilah bersama-sama kita menyokong Raja Blogmas kita iaitu Adar.

Cara Nak Buang Virus JambanMu.Com

Posted in PK Teknologi on September 28th, 2007 by yiemega

Virus Ini Akan Infect atau menjangkiti atau menyebabkan

Disable Task Manager

Disable Folder Option

Disable Regedit

Disable “cmd”

Jambanmu.com akan keluar setiap kali computer start up atau dihidupkan

dan registry : HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\Current Version\Winlogon\Shell = Explorer.exe

akan ditukar menjadi

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\Current Version\Winlogon\Shell = Explorer.exe %sysdir%\JambanMu.com

Untuk hilangkan virus ini anda boleh cari Removal yang bernama KillFlash1.0.exe dan removal ini adalah percuma.

Cara Guna Double Click Removal tu dan selepas itu restart pc anda. Download JambanMu.Com Removal Klik Di sini 

Adalah dipercayai virus ini dicipta oleh orang Malaysia

Pemindahan Pelajar Universiti Tun Abdul Razak Tidak Wajar

Posted in PK Semasa on September 28th, 2007 by yiemega

Universiti Tun Abdul Razak sebuah universiti virtual pertama Malaysia. Dahulunya dimiliki oleh KUB Malaysia Berhad kini dimiliki oleh Yayasan Pintar. Yayasan ini dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Baru-baru ini timbul isu pemindahan dan penutupan Kampus Cawangan Universiti Tun Abdul Razak atau UNITAR. Perkara ini membuatkan pelajar-pelajar UNITAR terutamanya pelajar UNITAR cawangan Kota Bharu dalam dilema.

Menurut sumber dalaman pihak pengurusan UNITAR Kota Bharu, pemindahan dan penutupan cawangan itu adalah berkenaan dengan misi menjadikan UNITAR sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semua pelajar atau siswa kampus cawangan akan dipindahkan sama ada di Kelana Jaya, Putrajaya, Pekan, ataupun Nilai. Hasil tinjauan pendapat pelajar-pelajar Universiti Tun Abdul Razak Cawangan Kota Bharu majoriti pelajar universiti tidak bersetuju untuk berpindah walaupun begitu ada juga suara minoriti yang mahu pindah kerana katanya kalau terus tinggal kat Kelantan otak dia tidak berkembang. Bagi penulis sama sahaja kalau duduk Kelantan ataupun di luar Kelantan dan alasan berkembang itu tidak berasas.

Hasil respons yang diterima, kebanyakkan pelajar atau siswa mengatakan mereka tidak mampu sekiranya pemindahan itu menjadi realiti memandangkan kos sara hidup di luar Kelantan amatlah tinggi sedangkan pinjaman yang mereka dapat hanyalah cukup sekadar untuk membayar yuran pengajian sahaja. Kos sewa Rumah pun tinggi berbanding Kelantan. Pada pandangan penulis memang wajar pelajar UNITAR tidak dipindahkan kerana kos sara hidup yang tinggi akan membebankan pelajar atau siswa lebih-lebih lagi pinjaman yang mereka dapat hanya cukup untuk membayar yuran sahaja.

Pada pandangan penulis sepatutnya UNITAR tidak meneruskan hasrat untuk memindahkan pelajar atau siswa UNITAR kampus Kota Bharu bagi menjaga kebajikan siswa-siswa yang menuntut di universiti terbabit. Pihak pengurusan UNITAR seharusnya peka dengan permasalahan siswanya dan tidak terus memberi tekanan kepada siswa-siswa mereka memandangkan sebelum ini mereka terpaksa mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit bagi mengelakkan mereka dari disekat untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Campur tangan orang-orang yang berkenaan juga diperlukan bagi menyelesaikan isu ini. Bantulah siswa UNITAR KB kerana kebanyakkan mereka bukan dari golongan orang yang berada.

Allahyarhamah Adik Nurin Jazlin Dalam Kenangan

Posted in PK Semasa on September 21st, 2007 by yiemega

Allahyarhamah Adik Nurin Jazlin

Operasi Mencari Adik Nurin Jazlin

 

Adik Nurin Jazlin yang dilaporkan Hilang beberapa minggu lepas, Operasi mencarinya menemui jalan buntu apabila semua cara telah digunakan untuk menjejaki adik Nurin Jazlin termasuklah Hipnopsis Jarak Jauh tetapi tidak juga berjaya untuk menjejaki Adik Nurin Jazlin.

Selepas beberapa lama, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dan disyaki Adik Nurin Jazlin. Mayat Kanak-kanak Perempuan dijumpai dalam keadaan berbogel dan disyaki menjadi mangsa penderaan seksual. Pada mulanya keluarga Nurin Jazlin menyangkal yang mayat kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin.

Ujian DNA pertama dibuat untuk mengesahkan yang kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin atau sebaliknya, Selepas keputusan ujian DNA yang pertama ternyata sekujur mayat kanak-kanak itu adalah mayat Nurin Jazlin, namun disangkal oleh Bapa Nurin Jazlin.

Pada hari ini selepas ujian DNA yang kedua ternyata kanak-kanak tersebut adalah Nurin Jazlin dan kali ini bapanya mengakuinya. Begitulah rentetan perististiwa seorang kanak-kanak manusia yang menjadi mangsa kekejaman manusia yang berhati binantang, kera, beruk, tupai dan sebagainya. Apa dosa Nurin Jazlin sehingga sanggup melakukan dia sebegitu rupa. Adakah puas hati orang yang melakukanya? Tidak terfikirkah apa akan terjadi sekiranya ia terjadi pada anak si pelaku itu sendiri? Kenapa di bumi bertuah kita ini masih wujud pembunuh kejam yang berperangai seperti binatang, beruk, kera, tupai itu?

Pembunuh Adik Nurin Jazlin perlu diheret ke muka pengadilan dengan seberapa segera, Hukuman yang lebih berat wajar dikenakan kepada pembunuh kanak-kanak. Gubal undang-undang agar tidak lagi kes seperti ini berlaku.  Pada kesempatan ini marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Adik Nurin Jazlin dan Takziah kepada Keluarga adik Nurin Jazlin.

Marilah bersama-sama memberi pandangan atau ucapan takziah kepada keluarga Nurin Jazlin dengan komen tulisan ini. Marilah kita bersatu hati membantu pihak Polis mencari pembunuh Kejam adin Nurin Jazlin.

Matinya Seorang Penyamun Episod 2

Posted in PK Cerpen, PK Sastera on September 15th, 2007 by yiemega

Zaman Kanak-kanak Naim

Kini umur Naim sudah genap tujuh tahun. Selama tujuh tahun itu juga Pak Nor dan Mak Temah membesarkan Naim dengan Penuh kasih sayang, belaian manja bagai menatang minyak yang penuh. Umur naim sekarang sudah melayakkan dia dihantar untuk bersekolah ke Sekolah Rendah. Sebelum ini Pak Nor telah menghantar Naim bersekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam semasa Naim berumur enam tahun.

Hari pertama Persekolahan Naim di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Sireh memaksa Pak Nor bertandang ke sekolah itu bagi menemani anak kesayangan itu memandangkan Naim tidak mahu pergi sekolah sekiranya Pak Nor tidak menghantar Naim tidak mahu ke sekolah. Setibanya Pak Nor di sekolah, tiba-tiba pak Nor disapa oleh seorang lelaki yang kebetulan menghantar anaknya ke sekolah yang sama “Eh Pak Nor hantar anak ke?”. “Ya anak Pak Nor ni nak Pak Nor hantar dia” balas Pak Nor sambil tersenyum. “Alah biasa lah Pak Nor masa ni lah dia bermanja dengan Pak Nor nanti bila dah besar nanti pandai-pandailah dia datang sendiri” tambah lelaki yang menyapa Pak Nor tadi sambil ketawa kecil. Naim yang mendengar perbualan itu tersipu-sipu malu.

Setelah Pak Nor menghantar Naim ke bilik darjahnya, dia terus bergegas pulang kerana bimbang terlewat untuk ke tempat kerjanya. Naim mula mendapat sahabat baru di dalam bilik darjahnya itu. Pada mulanya kelas yang senyap-sunyi itu bertukar menjadi riuh rendah memandangkan masing-masing sudah saling mengenali. Keriuhan kelas itu boleh didengari dari jarak 5 kilometer daripada kelas itu. Beberapa lama kemudian kelas itu tiba-tiba bertukar menjadi senyap sunyi bagai dilanggar garuda. Rupa-rupanya Cikgu yang mengajar kelas itu sudah datang, dan oleh sebab itulah mereka menjadi senyap.

“Assalamualaikum semua, Hari ini Cikgu Heliza tak mahu mengajar lagi cuma nak berkenalan dengan murid-murid yang disayangi sekalian” ucap Cikgu Heliza yang juga guru kelas Naim. “Walaikumussalam”murid-murid kelas Naim pun menjawab termasuklah Naim sendiri dengan serentak. “Ok Cikgu Nak, anak-anak murid cikgu ni kenalkan diri sorang demi sorang” arah Cikgu Heliza dengan mukanya yang tak lekang dek senyuman. Selepas itu sesi berkenalan pun dimulakan. Naim merupakan orang yang terakhir memperkenalkan diri. Selepas sesi berkenalan itu, Cikgu Heliza mengarahkan anak muridnya untuk memilih ketua darjah, penolong ketua darjah.

Murid-murid Cikgu Heliza termasuk Naim tidak membantah dan terus membuat sesi pencalonan. Sedar tidak sedar Naim antara orang yang dicalonkan untuk menjawat jawatan Ketua Darjah. Seorang murid lagi yang dicalonkan untuk menduduki kerusi Ketua Darjah ialah Anuar. Selepas semua calon-calon disenaraikan sesi pemilihan pula bermula. Selepas keputusan diumumkan Naim hampa apabila tewas dengan Anuar. Mulai hari itu Anuar secara rasminya berkuasa sebagai Ketua Darjah 1 Anggerik itu.

“Ok Cikgu Rasa masa dah nak tamat ni, cikgu nak keluar ni” pinta Cikgu Heliza. “Semua bangun, terima kasih cikgu” Anuar mengeluarkan kata keramat pertamanya selepas dilantik menjadi ketua darjah. Beberapa minit sudah berlalu tetapi kelibat cikgu yang sepatunya mengajar selepas waktu Cikgu Heliza tidak kelihatan.  Suasana bilik darjah itu semakin bertambah bising  dan terus bising.  Anuar cuba menjalankan tanggungjawab dengan mengarahkan kelas supaya jangan bising.  Namun Naim tidak memperdulikan arahan itu sebaliknya terus membuat bising. Anuar dengan muka merah padam kerana menahan marah pergi ke meja Naim dan mengarahkan Naim supaya diam. “Naim tolong diam, kalau tak aku tulis nama bagi kat cikgu” arah Anuar dengan nada yang keras sedikit. “Tulislah kalau berani, tulislah ikut suka aku lah nak bising ke tak” ejek Naim. Anuar pun menulis nama Naim dan berpusing untuk pulang ke mejanya. Namun belum sempat lagi Anuar bergerak, Naim merampas dan mengoyakkan kertas yang bertulis namanya itu dan”Geeeedeeeeeebuk” secara tidak semena-mena penumbuk Naim menyinggahi pipi Anuar yang gebu itu. “Ini amaran daripada aku jangan tunjuk hebat kat aku dan jangan beritahu kat cikgu kalau tak nahas kau aku kerjakan”ugut Naim dengan nada yang keras. Anuar tiada pilihan lain selain menuruti kehendak Naim. Mulai hari itu, Anuar sudah tidak berani lagi untuk menegur Naim sekiranya Naim membuat salah.

” Kriiiiiiiiiiiiiiiiinggggggggggggg” kendengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tiba. Murid-murid Darjah 1 Anggerik berpusu-pusu keluar untuk ke kantin. Anuar dan Naim antara orang yang terakhir meninggalkan kelas. Sebelum sempat Anuar meninggalkan kelas, dia ditahan oleh Naim. “Kalau kau nak selamat bagi aku seringgit” ugut Naim. “Kalau aku bagi duit kat kau apa pulak aku nak makan. “Ini amaran terakhir, aku nak duit seringgit kalau nak selamat bagi kat aku” ugut Naim sekali lagi. Anuar tidak memperdulikan permintaan Naim dan cuba keluar tetapi belum sempat Anuar keluar tiba-tiba penyepak Naim menyingahi punggungya berbirat rasanya. Oleh kerana ketakutan Anuar memberikan duit seringgit yang diminta oleh Naim. Anuar terpaksa berlapar memandangkan dia hanya membawa satu ringgit ke sekolah.

“kriiiiiiiiiiiiiiiinggggggggggggg” sekali lagi loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Pelajar-pelajar lain berpusu-pusu meninggalkan kantin untuk masuk ke kelas masing-masing. Naim merupakan orang yang terakhir meninggalkan kantin. Beberapa minit selepas waktu rehat berlalu Cikgu yang sepatunya mengajar pada waktu itu juga tidak kelihatan mungkin kerana semua guru sedang bermuasyarat.

Kelas 1 Anggerik antara kelas yang terbising pada masa itu memandangkan Anuar tidak berani lagi untuk memarahi pelajar-pelajar yang sekelas denganya. Naim seperti biasa menjadi ketua pelajar-pelajar yang membuat bising. Kadang-kadang Anuar terfikir juga untuk meletakkan jawatan tetapi dia teragak-agak juga untuk membuat keputusan. Apabila bilik darjah 1 Bakawali di sebelah bilik darjahnya mampu senyap tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa bagi mengawal kelasnya kerana dia sentiasa dibayangi perasaan takutnya itu.

“Kriiiiiiiiiiiiinggggggggggggggggggggggg” loceng sekolah berbunyi lagi, kali ini menandakan sesi persekolahan pada hari itu sudah tamat. Pelajar-pelajar mula berpusu-pusu keluar dari bilik darjahnya untuk pulang ke rumah. Anuar antara orang yang pertama meninggalkan kelasnya. Manakala Naim merupakan orang yang terakhir meninggalkan kelasnya.

- bersambung

Blog download video 3gp dilancarkan

Posted in Salam Penulis on September 13th, 2007 by yiemega

Blog untuk download koleksi-koleksi video telah dilancarkan pada hari ini. Blog ini mungkin dapat membantu pelayar internet untuk memuat turun koleksi muzik video, runut bunyi, iklan-iklan tv dan bermacam-macam lagi. Blog ini telah selamat dilancarkan pagi tadi.

Bagi pelayar-pelayar yang suka muat turun / kaki download tu boleh lah singgah dan carilah yang berkenan di http://3gpdownload.blogmas.com

Saya rasa tak perlu lah saya berkata banyak lagi….