Archive for September 5th, 2007

Yang Lalu Tak Berulang - Lotter

Posted in PK Hiburan, PK Lirik on September 5th, 2007 by yiemega

Tajuk: Yang Berlalu…Tak Berulang
Artis: Lotter
Pelajar: Lotter

Lagu : Nerves Pretty Ugly
Lirik : Loloq

Baruku sedar bintang
Rupa-rupanya mentari
Seluas lautan
Pasir tak terbilang

Baruku sedar Kasih
Rupa-rupanya Nurani
Menyulam sinaran
Cinta tak terbayang

Chorus :
Engkau bukti cinta
Bukti cinta sebenarnya
Aku jatuh cinta
Jatuh cinta keranamu
Engkau bukti cinta
Bukti cinta sebenarnya
Aku jatuh hati
Jatuh hati jadinya

Baruku sedar rindu
Rupa-rupanya gurauan
Bicara asmara
Melamar di jiwa
Baruku sedar rindu
Rupa-rupanya gurauan
Bicara asmara
Melamar di jiwa

Baruku sedar cinta
Rupa-rupanya pakaian
Sang Adam dan Hawa
Berbisik di syurga

Bridge :
Katakanlah
Apa saja yang terbuku
Usahlah malu
Biarkan cinta tunggu uh..uh..

Demi masa
Lintas sehala
Yang berlalu.
Tak terulang

Lihatlah - Faizal AF4

Posted in PK Hiburan, PK Lirik on September 5th, 2007 by yiemega

Tajuk: Lihatlah
Artis: Faizal
Pelajar: Faizal

Lagu : M.Nasir
Lirik : Loloq

Kepada Tuhanku aku berserah
Rinduku untuk kau terima
Kerana jiwa tulus bukan syarat bertakhta cinta

Biarpun seluruh nafasku
Menjunjung namamu selalu
Meskinya ruang hatiku hanya ada wajahmu

Bukan ku tak percaya
Kau kasihku
Bukan ku berputus asa
Pada kasihmu yang bisa merubah segalanya

Lihatlah hujan yang turun putih berkilau
Masih berdebu
Inikan lagi kejujuranku
Insan berpalu
Tangisan pilu

Lihatlah
Lihatlah di sebalik zahirku
Lihatlah
Lihatlah ke dalam batinku
Lihatlah
Lihatlah kebenaran tersirat
Lihatlah dengan mata halus, siapa diriku

10 Dalil Mengapa BN Perlu Kekal Memerintah Terengganu

Posted in PK Politik on September 5th, 2007 by yiemega

Pilihanraya umum mungkin akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Pada masa ini heboh diperkatakan rejim PAS ada peluang 50-50 untuk memenangi pilihanraya umum dan merampas dan menjajah kembali Terengganu daripada Barisan Nasional. Penulis akan senaraikan beberapa dalil kenapa Kerajaan BN Terengganu harus dikekalkan.

Dalil Pertama: Pembangunan di Terengganu akan terbantut.

Penulis membayangkan pembangunan di Terengganu yang sedang rancak berjalan sekarang akan terbantut memandangkan kerajaan negeri rejim PAS tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh jika rejim PAS diberi mandat untuk berkuasa semula di Terengganu dikhuatiri mereka tidak akan memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya berkaitan dengan tanah sepertimana yang telah berlaku semasa pemerintahan rejim PAS dahulu. Di mana Kerajaan Persekutuan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tanah untuk membina Sekolah kerana kerajaan negeri pada masa itu mengenakan premium yang terlalu tinggi sedangkan sekolah tersebut untuk kemudahan rakyat.

Dalil Kedua: Rejim PAS akan kembali menzalimi rakyat Terengganu.

Pembaca yang pernah membaca isu berkaitan rejim PAS halau pelajar tadika sudah tentu tidak akan membenarkan pemerintahan autokratik rejim PAS dikembalikan di Terengganu. Penulis sayu apabila pelajar-pelajar tadika yang tidak tahu apa-apa itu terpaksa mengusung kerusi kerana dihalau oleh rejim PAS yang kononya ingin berlaku adil itu. Dendam politik anak-anak kita jadi mangsa. Penyalahgunaan kuasa oleh wakil-wakil rakyat atau ADUN rejim PAS juga dikhuatiri akan berlaku lagi sebagaimana berlaku dulu apabila anak exco pun dapat wang zakat juga dan kakitangan yang mereka benci kerana dendam politik mereka tukar sesuka hati mereka seperti yang pernah berlaku suatu pemerintahan rejim PAS dahulu.

Dalil Ketiga: Program Bakti Remaja dan Dana Khasa mungkin akan dihentikan.

Program Bakti Remaja yang diberi kepada remaja-remaja Terengganu pada masa ini mungkin akan dihentikan. Dana sebanyak RM200 seorang itu mungkin akan dihentikan sekiranya rejim PAS kembali memerintah Terengganu. Dana Khas untuk warga emas dan Keluarga mungkin juga akan dihentikan kerana sukar mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri sepertimana hilangnya 532 juta yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu semasa rejim PAS memerintah Terengganu pada suatu masa dulu yang memaksa Kerajaan Persekutuan menghentikan pemberian royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada masa itu kocek rakyat kosong tetapi kocek pemimpin rejim PAS penuh berisi.

Dalil Keempat: Masjid akan dijadikan pentas-pentas menyampai ideologi politik Rejim PAS.

Rakyat Terengganu tentu masih ingat apabila rejim PAS menggunakan masjid sebagai tempat untuk mereka menyebarkan dakyah-dakyah nista dan memecahkan masyarakat. Masjid telah disalahgunakan oleh pemimpin PAS suatu mereka diberi peluang untuk memerintah Terengganu dulu. Pada masa itu juga berlaku perebutan tongkat khutbah dan imam-imam yang berlainan ideologi ditukar dengan sesuka hati oleh rejim PAS.

Dalil Kelima: Cukai Bakul akan diperkenalkan semula

Pada zaman pemerintahan rejim PAS pada suatu masa dulu cukai bakul telah diperkenalkan walaupun tol di Jambatan Sultan Mahmud dan cukai pintu dihapuskan. Beberapa jenis cukai juga diperkenalkan semasa pemerintahan rejim PAS bagi kononya menampung kantung kewangan kerajaan negeri yang berkurangan ekoran pembehentian pemberian royalti oleh Kerajaan Persekutuan. Mereka hanya mengurangkan dua jenis tetapi memperkenalakan banyak lagi jenis cukai.

Dalil Keenam: Wakil Rakyat / ADUN yang tidur akan berkuasa semula

Peristiwa banjir besar pada tahun 2000 pasti tidak dapat dilupakan oleh rakyat Terengganu terumanya yang berada di hulu Besut Terengganu. Mereka terkilan kerana di saat mereka memerlukan bantuan tetapi ADUN yang dicari tiada malahan MB Terengganu pada masa itu juga tidak nampak ‘batang hidung’ mungkin juga dia malas nak selak jubah nak mengharungi banjir. Mujurlah Perdana Menteri Kita Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi membuat lawatan mengejut ke Hulu Besut bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Hulu Besut. Beberapa hari selepas itu banjir yang semakin surut barulah nampak kelibat pemimpin-pemimpin rejim PAS dan MB Terengganu (Abdul Hadi Awang) pada masa itu.

Dalil ketujuh: Penyalahgunaan Kereta Kerajaan akan berlaku lagi

Pada masa rejim PAS ada diantara pemimpin-pemimpin rejim PAS menyalahgunakan kereta rasmi kerajaan negeri seperti menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri untuk ‘meragut rumput’ seperti yang berlaku di Besut, Terengganu. Kereta rasmi yang sepatunya digunakan untuk urusan-urusan rasmi kerajaan digunakan untuk urusan peribadi. Sekiranya rejim PAS diberi peluang sekali lagi nescaya perkara ini akan berulang.

Dalil Kelapan: Poket rakyat kosong poket Pemimpin Rejim PAS Penuh

Kalau rakyat Terengganu masih ingat pada suatu masa dahulu poket rakyat Terengganu kosong tetapi poket pemimpin-pemimpin rejim PAS penuh apabila rejim PAS menaikkan gaji ADUN dan EXCONYA tidak mustahil perkara ini akan berlaku lagi sekiranya PAS sekali lagi diberi kuasa untuk memerintah Terengganu.

Dalil Kesembilan: Penyalahgunaan harta kerajaan

Rejim PAS yang pendapatan utamanya ialah daripada ceramah-ceramah politik yang dianjurkan pada zaman pemerintahan mereka dahulu telah menyalahgunakan harta-harta kerajaan demi kepentingan politik seperti stadium dan mini stadium. Pemberian tanah secara berleluasa oleh Jawatankuasa Syura Rakyat yang lebih berkuasa daripada Pegawai Daerah pada masa itu mungkin akan berlaku lagi. Jawatankuasa Syura Rakyat ini yang lebih popular dengan panggilan “Jong Supik Rok Rak”. Mereka memberi tanah sesuka hati mereka padahal tanah itu hanyalah berstatus LMS bukanya tanah hak milik mutlak.

Dalil Kesepuluh: Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri akan dijual lagi.

Sebagaimana yang berlaku pada zaman pemerintahan rejim PAS yang dahulu berkemungkinan banyak lagi syarikat-syarikat kerajaan negeri yang menjadi kebanggaan akan dijual oleh rejim PAS yang hanya tahu nak jual sahaja dan tidak tahu mengurus. Aset-aset kerajaan negeri Terengganu akan berkurangan sekaligus kantung kewangan kerajaan negeri akan terhad dan tidak dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Sebagai penutup, rakyat Terengganu seharusnya bijak dengan tidak memilih untuk memangkah bulan yang tidak menyinari hidup anda. Sebaliknya pangkah lah dacing untuk masa depan anak cucu anda.

Suria.fm Hidup Pasti Rancak

Posted in PK Hiburan on September 5th, 2007 by yiemega


Suria fm radio terbaru ke udara di Malaysia. Menggunakan tag line Hidup Pasti Rancak, Suria fm merancakkan lagi dunia penyiaran di Malaysia. Menggunakan konsep yang menghidangkan lagu-lagu terbaru yang fresh kepada pendengar setia radio tersebut. Kini hampir seluruh Semenanjung Malaysia mendapat liputan Suria.fm. Radio kendalian Rimakmur Sdn. Bhd dan diuruskan oleh I.Star ini telah memberi pengalaman baru kepada pendengar-pendegar radio di Malaysia.

Bagi pendengar radio yang baru tahu tentang kewujudan radio ini anda boleh lah melaraskan UV radio anda dengan UV di bawah ini mengikut negeri atau tempat anda tinggal:

  • Lembah Klang: 105.3 FM
  • Melaka dan Johor Utara: 88.5 FM
  • Kuantan: 96.1 FM
  • Kota Kinabalu: 105.9 FM
  • Ipoh: 96.0 FM
  • Kuala Terengganu: 102.4 FM
  • Seremban: 107.0 FM
  • Johor Bharu: 101.4 FM
  • Taiping: 91.7 FM
  • Perlis, Kedah, Penang: 106.9 FM
  • Kota Bharu: 106.1 FM

Penguna-pengguna Internet juga boleh mendengar Suria fm dengan melayari http://www.suriafm.com.my dengan lahirnya Suria fm pendengar-pendengar radio akan lebih mudah untuk mendapatkan hiburan terbaru, terkini dan sensasi. Pastinya hidup lebih rancak bersama Suria fm. Dengarilah Suria Fm Mulai sekarang.

PK Corner, Kota Bharu, Kelantan

Posted in PK Makan Di Mana on September 5th, 2007 by yiemega

Segmen PK Makan di Mana kali ini memilih sebuah Restoran di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan. Restoran yang beroperasi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini dikenali dengan Nama PK Corner ini menjadi tempat warga Kota Bharu menjamu selera. Restoran ini juga merupakan salah satu restoran pilihan Bernas di Kota Bharu.

Makanan yang disediakan oleh PK Corner sememangnya enak sehingga tidak terkata. Saya telah mencuba dua jenis masakan yang disediakan oleh restoran ini iaitu Tom Yam dan Sup Tulang dan minum air limau ais atau lebih dikenali dengan nama ‘Singo Beng’ oleh orang-orang Kota Bharu dan Kelantan. Rasanya sungguh enak dan sampai tak cukup satu. air Limau Ais yang disediakan di PK Corner berbeza dengan restoran lain memandangkan dia menggunakan ais yang dikisar bersama perahan limau menjadikan ia lebih istimewa dan kesedapannya jelas terasa.

Anggaran Perbelanjaan untuk menjamu selera di PK Corner ialah antara RM 20-40 untuk 4 orang. Kos untuk makan di sini tidaklah terlalu mahal bak kata orang ‘harganya berpatutan’ padan dengan rasanya. Kos makan di sini boleh dikatakan pada tahap pertengahan dan tidak terlalu membebankan. Di PK Corner anda boleh menikmati makanan yang dipesan sambil dihiburkan dengan tv besar yang dilengkapi dengan Astro. Di samping itu, anda juga akan terhibur dengan gelagat pekerja-pekerja PK Corner yang melayan pelanggan dengan ramah mesra dan berbudi bahasa.

Jika anda merancang untuk datang ke Kota Bharu, Kelantan jangan lupa datang ke PK Corner untuk menjamu selera. PK Corner ini letaknya berdekatan dengan CIMB Bank Jalan Kebun Sultan dan Berhampiran dengan simpang empat KAMDAR. Datanglah kerana anda pasti tidak rugi menjamu selera di sini.

Pandangan Kita blog untuk kita

Posted in Salam Penulis on September 5th, 2007 by yiemega

Assalamualaikum

Saya merasa sungguh gembira apabila blog Pandangan Kita dapat disiapkan dengan jayanya. Blog ini akan mengulas pelbagai isu darilah isu politik, sukan, hiburan dan kemudahan untuk memuat turun lagu-lagu. Buat masa ini saya akan tumpukan kepada perbincangan mengenai isu-isu politik, sukan dan hiburan. Harapan saya agar idea saya untuk membina blog serbaguna ini akan menemui jalan kejayaan.

Blog ini akan mengulas dan mengetengahkan isu-isu semasa dengan lebih efisien dan lebih telus di samping dapat dijadikan sumber-sumber rujukan oleh pembaca-pembaca kerana saya akan jadikan blog ini sebagai blog perlbagai guna bagi kemudahan anda semua. Tulisan bercorak pendidikan juga saya akan muatkan dalam blog ini bagi memudahkan pembaca. Saya juga menjemput penulis-penulis blog yang berminat untuk menulis di blog ini.

Akhirkata, doakan semoga blog Pandangan Kita mencapai kejayaan yang cermelang, gemilang dan terbilang. Marilah jadikan blog ini sebagai sumber rujukan ilmu anda.