Archive for September 6th, 2007

Siapa Dalang di sebalik pembunuhan Altantuya?

Posted in PK Politik on September 6th, 2007 by yiemega

Tidak beberapa lama dulu heboh isu yang dibawa oleh keadilan kononya Timbalan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara orang yang terlibat atau bersubahat membunuh Altantuya. Ramai juga orang yang bertanya saya seolah-olah percaya dengan isu itu. Mengapa orang kita ni senang ditipu?. Kontroversi ini timbul apabila ada sebuah blog menyiarkan gambar DS Najib Tun Razak dengan Razak Baginda dan Altantuya.

Sebenarnya gambar yang ada di blog tersebut dihasilkan dengan menggunakan teknik pertindihan imej. Jelas sekali keadilan ingin menipu rakyat dengan menggunakan pendekatan politik desperado. Sebenarnya mereka kekeringan isu sehingga sanggup mengada-adakan gambar yang tak ada. Begitulah keadilan mereka hanya gila kuasa tahu nak menang pilihanraya sahaja mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mereka menang. Penulis blog yang menyiarkan gambar palsu tersebut mengakui yang gambar tersebut dihasilkan dengan menggunakan teknik pertindihan imej tetapi enggan memohon maaf. Biasalah orang kentut tak akan mengaku dia kentut dicampur pula dengan sifat bongkak yang tertanam di dalam diri mereka.

Teringat saya sebuah kain rentang yang diletakkan di simpang jalan, di Kota Bharu Kelantan yang berbunyi “Media Milik BN Penipu Negara” . Jadi apa pula kita nak labelkan kepada blog yang menjadi gerbang tempur keadilan yang sememangnya menipu itu? Kalau media BN Penipu Negara bermakna media keadilan Penipu Dunia dan rakyat. Kalau ya pun nak menang mengapa sanggup menipu rakyat dan dunia dengan membuat cerita-cerita palsu tersebut. Keadilan kini sudah tidak adil lagi.

Kadang-kadang terfikir juga dalam hati kecil saya siapa dalang di sebalik pembunuhan Altantuya. Tapi kalau menggunakan teori jari menunding biasanya orang suka menuduh tu yang terlibat. Apa yang dimaksudkan dengan teori jari menunding ialah satu jari kita tunjuk kat orang sembilan jari lagi mengenai kita. Jadi fikir-fikirkanlah penulis tidak mahu menuduh sesiapa tetapi penulis cuba mengetengahkan satu teori yang boleh diterima pakai untuk mencari siapa yang benar.

Berjumpa lagi di tulisan yang akan datang, terima kasih kerana menjadi pengungjung blog Pandangan Kita, tanpa anda siapalah blog ini.

Amy Search - Album Suatu Masa

Posted in PK Hiburan, PK Muat Turun on September 6th, 2007 by yiemega

Perhatian: Muat Turun Lagu ini untuk Tujuan Promosi Sahaja, Sila delete lagu ini selepas 24 Jam dan dapatkan yang original. Sokonglah industri muzik tanah air.

Suatu Masa - Amy Search —–> [Muat Turun]

Sejuta Wajah - Amy Search —–> [Muat Turun]

Salam Terakhir - Amy Search ——-> [Muat Turun]

Seribu Tahun Tak kan Mungkin - Amy Search ——-> [Muat Turun]

Tiada Lagi - Amy Search —————–> [Muat Turun]

Serikandi Cintaku - Amy Search ————> [Muat Turun]

Ku Di Halaman Rindu - Amy Search ——–> [Muat Turun]

Ku Petik Bintang-Bintang - Amy Search ——-> [Muat Turun]

Istana Menanti - Amy Search ——————> [Muat Turun]

Milik Siapakah Gadis Ini - Amy Search ———->[Muat Turun]

Pemain Kedah Bakal Dapat Imbuhan

Posted in PK Sukan on September 6th, 2007 by yiemega

ALOR STAR – Skuad Kedah akan menerima imbuhan istimewa jika berjaya merangkul Piala Malaysia sekaligus memastikan tiga piala dalam Liga Bola Sepak Malaysia musim ini menjadi milik mereka.

Pengurus pasukan, Datuk Othman Aziz berkata, hadiah itu akan menjadi imbuhan tambahan selepas kejayaan merangkul Piala FA dan Liga Super.

‘‘Imbuhan itu tidak akan diumumkan sehingga mereka memenangi gelaran dan membawa pulang Piala Malaysia ke Kedah selepas kali terakhir merangkulnya 14 tahun lepas,” kata Othman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Kedah.

Beliau berkata, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebenarnya meletakkan sasaran untuk layak ke perlawanan akhir tahun depan dan kejayaan memasuki perlawanan akhir awal setahun awal merupakan satu bonus.

Perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Perak di Stadium Nasional, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Sabtu ini akan menentukan sama ada impian besar Kedah itu mampu menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, pasukan Kenari sedar ranjau berhadapan dengan skuad Seladang pasukan yang menjadi saingan sengitnya dalam Liga Super sehinggakan juara Liga Super hanya dapat ditentukan selepas perlawanan terakhir liga.

Kedah melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah mengatasi Terengganu 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman di sini, kelmarin. Keputusan pertama di Terengganu seri tanpa jaringan.

Walaupun menang, keputusan itu menunjukkan Kedah masih belum cukup mantap dan Terengganu seharusnya dipuji kerana berupaya mengimbangi rentak tuan rumah yang bersemangat tinggi di gelanggang sendiri tambahan disokong lebih 30,000 peminat setia Hijau Kuning.

Penguasaan bahagian tengah skuad Penyu menyerlahkan keupayaan mereka mengatur serangan cuma jentera serangannya yang gagal menembusi benteng Kedah yang ampuh.

Sementara itu, ketua pasukan Kedah, Victor Andrag berkata, kejayaan memenangi Piala FA dan Liga Super sebelum ini menunjukkan pemain sudah matang dan mampu menangani saingan perlawanan akhir nanti.

‘‘Pemain import dan penyerang-penyerang tempatan pasukan Perak juga hebat tetapi dalam perlawanan akhir kami menganggap mereka sebagai tidak lebih daripada kami,” kata pemain pertahanan itu.