Apabila MTUC berpolitik
Posted in PK Politik on September 8th, 2007 by yiemegaMalaysian Trade Union Congress atau Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia kini dilihat lebih berpolitik daripada membuat kerja. MTUC juga nampaknya sudah menjadi alat kempen pembangkang. Kemungkinan juga presiden MTUC ni nak bertanding pada piliharaya akan datang. Presiden MTUC ini sekarang cuba menonjolkan dirinya agar digelar hero oleh pekerja-pekerja, tetapi sayangnya perbuatan itu hanyalah perbuatan yang syok sendiri. Ada ramai juga di kalangan pekerja yang tidak bersetuju dengan tindakan MTUC. Pada pandangan saya MTUC hanya ingin menolong PAS, Keadilan dan DAP berkempen di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
MTUC juga dilihat bertindak melulu dengan mengadakan piket samalah dengan pembangkang yang suka membuat demonstrasi itu. MTUC kini menjadi lebih praktikal. Presiden MTUC dan ahli jawatakuasanya perlu dirombak semula bagi memastikan badan ini bebas dari ganguan politik. Mengapa perlu ada piket sedangkan kita ada saluran yang betul.
Tindakan MTUC mengantung dan memulau urusan dengan badan-badan kerajaan adalah tindakan yang paling bodoh. MTUC telah memberi masalah kepada ahli-ahlinya. Inilah akan terjadi sekiranya ia dipimpin oleh pemimpin yang ‘gila nama’ seperti pembangkang. Tindakan MTUC adalah keterlaluan dan seolah-olah membawa ahli MTUC yang lain kepada masalah yang membabitkan hubungan mereka dengan kerajaan.
MTUC seolah-olah memaksa kerajaan untuk menaikkan gaji dan elaun cola. Bagi mengelakkan perkara ini bertambah buruk saya mencadangkan kerajaan supaya mengikut kehendak MTUC ini dan kalau boleh buat yang lagi hebat daripada permintaan mereka ini. Nasihat saya kepada presiden MTUC kalau nak berpolitik MTUC bukan tempatnya. Kalau nak sangat berpolitik masuklah calon atas tiket parti atau bebas. Jangan jadikan MTUC sebagai tempat untuk berkempen.

