Archive for September 9th, 2007

Keputusan Studio Bintang Kecil Akhir

Posted in PK Hiburan, PK TV on September 9th, 2007 by yiemega

Program mencungkil bakat kanak-kanak terbitan tv9 berakhir hari ini apabila konsert akhir Studio Bintang Kecil disiarkan di tv9 dekat di hati. Persembahan dari pelajar-pelajar Studio Bintang Kecil pada peringkat akhir ini amat menkagumkan. Suara-suara mereka banyak juga yang boleh dikategorikan sebagai suara bermutu.

Mereka memberi persembahan yang terbaik pada konsert akhir Studio Bintang Kecil hari ini. Sungguhpun ada pertindihan siaran langsung Studio Bintang Kecil yang disiarkan oleh tv9 dengan siaran langsung Anugerah Era yang disiarkan secara langsung di Astro Ria, penulis tidak melepaskan untuk melihat rancangan realiti kanak-kanak ini kerasa merasa sungguh teruja bagaimana mereka memberi persembahan pada malam ini.

Pada pandangan penulis peserta atau pelajar Studio Bintang Kecil ini kebanyakkan memberi persembahan yang terbaik dan memang layak diberi pujian. Pertandingan sengit di kalangan peserta atau pelajar ini membuatkan Juri-juri sukar untuk memilih pelajar yang akan bergelar Juara Studio Bintang Kecil. Pada amatan penulis memang persembahan mereka berbakat dan wajar diketengahkan melalui rakaman album solo. Penulis berharap syarikat-syarikat rakaman dapat menyunting mereka untuk dikormesialkan.

Sudah menjadi kebiasaan setiap yang bermula pasti akan berakhir. Apabila Studio Bintang Kecil akhir hampir melabuhkan tirainya keputusan rasmi diumumkan.  Azidi dari Kuala Kedah dinobatkan Juara Studio Bintang Kecil 2007, diikuti dengan  munirah dan Azimi yang juga dari Kedah. Peserta-peserta lain sekadar mampu membawa pulang hadiah sagu hati yang bernilai RM 1000 setiap orang. Adik arif yang membawa lagu oh ibu hanya mampu menerima hadiah saguhati walaupun persembahannya tak kurang hebatnya apabila ia menyentuh kalbu Aishah yang merupakan juri pada malam ini.