Allahyarhamah Adik Nurin Jazlin Dalam Kenangan
Posted in PK Semasa on September 21st, 2007 by yiemega

Â
Adik Nurin Jazlin yang dilaporkan Hilang beberapa minggu lepas, Operasi mencarinya menemui jalan buntu apabila semua cara telah digunakan untuk menjejaki adik Nurin Jazlin termasuklah Hipnopsis Jarak Jauh tetapi tidak juga berjaya untuk menjejaki Adik Nurin Jazlin.
Selepas beberapa lama, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dan disyaki Adik Nurin Jazlin. Mayat Kanak-kanak Perempuan dijumpai dalam keadaan berbogel dan disyaki menjadi mangsa penderaan seksual. Pada mulanya keluarga Nurin Jazlin menyangkal yang mayat kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin.
Ujian DNA pertama dibuat untuk mengesahkan yang kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin atau sebaliknya, Selepas keputusan ujian DNA yang pertama ternyata sekujur mayat kanak-kanak itu adalah mayat Nurin Jazlin, namun disangkal oleh Bapa Nurin Jazlin.
Pada hari ini selepas ujian DNA yang kedua ternyata kanak-kanak tersebut adalah Nurin Jazlin dan kali ini bapanya mengakuinya. Begitulah rentetan perististiwa seorang kanak-kanak manusia yang menjadi mangsa kekejaman manusia yang berhati binantang, kera, beruk, tupai dan sebagainya. Apa dosa Nurin Jazlin sehingga sanggup melakukan dia sebegitu rupa. Adakah puas hati orang yang melakukanya? Tidak terfikirkah apa akan terjadi sekiranya ia terjadi pada anak si pelaku itu sendiri? Kenapa di bumi bertuah kita ini masih wujud pembunuh kejam yang berperangai seperti binatang, beruk, kera, tupai itu?
Pembunuh Adik Nurin Jazlin perlu diheret ke muka pengadilan dengan seberapa segera, Hukuman yang lebih berat wajar dikenakan kepada pembunuh kanak-kanak. Gubal undang-undang agar tidak lagi kes seperti ini berlaku. Pada kesempatan ini marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Adik Nurin Jazlin dan Takziah kepada Keluarga adik Nurin Jazlin.
Marilah bersama-sama memberi pandangan atau ucapan takziah kepada keluarga Nurin Jazlin dengan komen tulisan ini. Marilah kita bersatu hati membantu pihak Polis mencari pembunuh Kejam adin Nurin Jazlin.