Antivirus yang Boleh Detect dan Remove Virus MyHeart
Posted in PK Teknologi on September 29th, 2007 by yiemegaAku nak cakap pasal virus MyHeart. Ada sesetengah anti virus sahaja yang mampu kesan dan hapuskan (detect and remove) virus ini. Berdasarkan pengalaman aku Anti Virus AVG tidak mampu untuk mengesan dan menghapuskan virus MyHeart dan silap-silap dia hanya boleh delete file yang dijangkiti viru My Heart.
Virus jenis ini lazimnya menyerang pengguna-pengguna pendrive atau thumb drive yang suka bertukar-tukar PC tertutamanya PC yang terdapat di pusat-pusat pengajian seperti Universiti. Virus My Heart akan segera menjangkiti PC yang belum dijangkiti sekiranya pendrive atau thumb drive sudah dijangkiti My Heart. Pengguna PC yang biasa menggunakan PC di Makmal Pusat Pengajian mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti oleh virus My Heart.
Perisian anti virus yang sesuai untuk membuang dan menghapuskan Virus My Heart ialah Kaspersky 6.0 ke atas. Korang boleh muat turun / download perisian anti-virus percubaan / trial anti virus software di laman web Kasperky http://www.kaspersky.com . Daripada pengalaman aku perisian ini mampu menghapuskan dan membuang virus My Heart tanpa menjejaskan file yang telah dijangkiti.
Aku cakap berdasarkan pengalaman aku, kalau korang nak tahu berkesan ke tak cubalah download perisian percubaan Kaspersky di laman web kaspersky. Kalau terbukti berkesan korang boleh lah beli yang original secara terus dengan kaspersky bagi mereka yang mempunya kad kredit Visa atau Mastercard. Pengguna Kad Debit AmBank NexG Prepaid Mastercard juga boleh membeli secara terus dengan Kaspersky.Â