Archive for September, 2007

Video Keganasan PAS Terengganu

Posted in PK Politik, PK Terengganu on September 13th, 2007 by yiemega

Penjelasan Mengapa Peluru Hidup Digunakan

Polis boleh melepaskan tembakan sekiranya nyawa mereka diancam. Polis dipukul, dilontar dengan bom malakov ia telah mengancam nyawa polis jadi polis ada hak melepaskan tembakan. Jadi polis tidak bersalah dalam hal ini. Kenapa cari masalah? PAS sengaja nak buat isu nak menang pilihanraya lah tu. Kalau kalah tu kalah jugak.

Ramadhan Al-Mubarak Datang Lagi…

Posted in PK Mimbar on September 13th, 2007 by yiemega

Ramadhan bulan yang penuh keberkatan, marilah bersama kita lengkapkan bulan Ramadhan ini dengan Amal Ibadat. Jadikan Ramadhan ini seolah-olah Ramadhan yang terakhir bagi kamu. Penulis di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal. Kurangkan Dosa, Tingkatkan Pahala. Jadikan puasa anda puasa yang terbaik dan jangan jadikan puasa anda sekadar lapar dan dahaga sahaja.

Penulis ingin mengetengahkan sedikit isu berkaitan Ramadhan Al-mubarak bulan yang pernah keberkatan ini. Ponteng puasa merupakan senario yang biasa kita lihat pada bulan Ramadhan ini. Kalau yang ponteng sekolah ni kanak-kanak sekolah yang belum baligh boleh lagi kita terima, tetapi apa yang menyedihkan ialah kaki ponteng puasa ni terdiri daripada remaja yang sudah baligh. Adakah kita lupa dengan pembalasan yang bakal diterima di akhirat kelak?

Penulis ingin menceritakan sedikit pengalaman penulis berhadapan dengan kaki ponteng puasa ini. Perkara ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Penulis telah secara tidak sengaja berjumpa dengan kaki ponteng puasa. Apabila penulis bertanya kenapa mereka tak puasa dia menjawab ‘Kami tak makan sahur pagi tadi”. Pada penulis alasan itu tidak boleh diterima kerana alasan itu sudah biasa digunakan oleh kaki ponteng puasa. Paling menyedihkan lagi mereka jadikan tandas awam sebagai port untuk mereka ponteng puasa. Penulis tidak betapa jijiknya tempat mereka itu.

Sedang kami rancak berbual, tiba-tiba datanglah dua orang kanak-kanak dengan wajah yang ceria dan bertanya kepada kaki ponteng puasa itu. “Eh abang tak puasa ke, tak malu lah abang ni dah besar pun tak puasa, kami yang kecik ni pun boleh puasa tak tinggal lagi tau”. Muka kaki ponteng puasa itu bertukar menjadi merah padam dan terus meluru keluar mungkin kerana tidak tahan menanggung malu. Cuba bayangkan adakah anda ingin dimalukan seperti rupa? Anak kecil yang belum baligh pun tahu berpuasa inikan pula remaja yang sudah baligh dan boleh berfikir baik dan buruk sesuatu perkara.

Koleksi Video Studio Bintang Kecil 2007

Posted in PK Hiburan on September 12th, 2007 by yiemega

Isabela 98 - Zaimi, Azidi, Arif

Segalanya - Syaz, Zizie, Ziera

Cinta di Akhir Garisan - Munirah, Walda, Diana

Zaman - Syamin, Nurul, Puteri

Impian Gemilang - Pelajar Studio Bintang Kecil 2007

Malaysia Milik Kita - Nurul, Ziera (Studio Bintang Kecil)

Erti Pertemuan - Arif, Syamin (Studio Bintang Kecil)

Mentera Semerah Padi - Azidi, Zaimi (Studio Bintang Kecil)

Digarhayu Tanah Airku - Walda, Munirah(Studio Bintang Kecil)

Warisan - Syaz, Puteri (Studio Bintang Kecil 2007)

Suratan Atau Kebetulan - Diana,Zizie (Studio Bintang Kecil)

Untukmu ibu - Arif (Studio Bintang Kecil 2007)

Maha Karya Cinta - Azidi (Final Studio Bintang Kecil)

Raikan Cinta - Zaimi (Final Studio Bintang Kecil)

Salam Terakhir - Zierra

Awallah Dondang - Syamin (Final Studio Bintang Kecil)

Terlalu Istimewa - Syaz (Final Studio Bintang Kecil)

Wajah - Nurul (Final Studio Bintang Kecil)

Layar Impian - Walda (Final Studio Bintang Kecil)

Akhirnya Pasti - Zeera (Final Studio Bintang Kecil)

 

PAS Merusuh lagi…

Posted in PK Politik, PK Terengganu on September 10th, 2007 by yiemega

PAS merusuh lagi itulah tajuk tulisan blog penulis pada hari ini. Penulis memilih tajuk ini sesuai dengan rusuhan yang dilakukan di Terengganu oleh ahli-ahli PAS yang fanatik serta radikal. Mereka telah membuat kerosakkan di atas muka bumi ini dengan merosakkan harta benda awam yang menjadi milik bersama rakyat. Tindakan ahli PAS yang keterlaluan pada saya bukan kerana dia saja-saja mahu buat begitu tetapi mungkin ada orang yang mengapi-apikanya supaya mereka bertindak sedemikian rupa.

“Kalau tuan-tuan lembu tak cucuk hidung lembu-lembunya sudah tentu lembu enggan mengikut arahan. Begitu juga dengan senario sekarang. Kita ibaratkan pemimpin PAS ialah tuan lembu dan ahli-ahli PAS sebagai lembu digembala. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pemimpin-pemimpinya tidak mengajar ahli-ahlinya bertindak sedemikian. PAS sememangya suka merusuh dan dipimpin pula pemimpin yang radikal menyebabkan mereka memang suka merusuh. Pada pandangan saya PAS sepatunya menukar namanya kepada PSM (Parti Suka Merusuh). Persoalan yang saya nak timbulkan di sini ialah Allah melarang umatnya membuat kerosakkan di atas muka bumi ini tetapi ini telah dilakukan oleh PAS. Tindakan ini seolah-olah mahu mempermain-mainkan Islam dan memecahbelah umat Islam.

Dari maklumat yang penulis dapat, rusuhan ini berpunca daripada pihak Polis  Diraja Malaysia (PDRM) tidak meluluskan permit ceramah mereka.  Mana tak merusuhnya kalau sumber pendapatan utama mereka  diganggu-gugat. Sudah menjadi lumrah ahli PAS diperbodohkan oleh pemimpin mereka sendiri.  Apa yang penulis maksudkan dengan ahli PAS diperbodohkan oleh pemimpin mereka ialah mereka sanggup mengeluarkan wang untuk mendengar umpatan, cacian dan fitnah yang di bawa oleh PAS yang kononya memperjuangkan Islam itu.

Pada pandangan penulis sekiranya parti yang suka merusuh ini diberi peluang untuk memerintah maka huru-haralah negara kita. PAS yang berkempen ingin memperjuangkan Islam dihadapan penonton-penonton Melayu kadang-kadang boleh diragukan juga. Kalau kita ingat kejadian semasa operasi ternakan babi di Melaka, Siapa yang jadi hero babi? Keadilan dan DAP. DAP tu penulis tak kisah sangat tetapi penulis kecewa kerana keadilan yang diterajui Melayu dan menjadi rakan sepasukan PAS itu turut serta. Penulis masih ingat masa ceramah PAS di kampung penulis. Penceramah itu kata “Tengoklah dah 50 tahun orang Melayu di Melaka merana kerana babi, kalau kami diberi kuasa kami akan menyelesaikan masalah itu dengan meharamkan ternakan itu”. Sekarang ni siapa yang jadi hero babi, kawan mereka juga.

Mengapa tak dapat permit ceramah pun dah melatah, ke mana perginya keyakinan PAS yang mengatakan mereka akan merampas Terengganu dari tangan Barisan Nasional dengan jayanya. Kalau dah yakin tak perlu buat ceramah banyak-banyak lah. Mungkin juga PAS sekarang dibayangi sindrom takut kalah atau fobia dengan kekalahan mereka pada tahun 2004 yang lalu. Kalau merusuh adalah cara untuk menarik simpati rakyat Terengganu, tak payah lah rakyat Terengganu dah bosan dengan budaya merusuh PAS. Penulis berharap Parti Islam Semalaysia (PAS) bertindaklah seperti parti Islam bukan seperti Parti Ajaran Syaitan.

Merusuh bukan budaya Islam, tetapi budaya Syaitan. Kenapa penulis berkata sedemikian rupa? Jawapanya sungguh mudah sebenarnya orang yang suka merusuh ini sudah dihasut oleh syaitan dan manusia yang berperangai macam syaitan. Menyamar alim ulamak tetapi banyak membuat dosa dan kita perlu ingat kita tidak boleh mengukur tahap pengetahuan seseorang melalui pemakaianya. Sebagai contoh, baru-baru ini ada orang yang berjubah, berjanggut dan berserban ditangkap kerana mencuri di dalam Masjid. Jadi kepada ahli-ahli PAS bertaubatlah sebelum terlambat.

Keputusan Studio Bintang Kecil Akhir

Posted in PK Hiburan, PK TV on September 9th, 2007 by yiemega

Program mencungkil bakat kanak-kanak terbitan tv9 berakhir hari ini apabila konsert akhir Studio Bintang Kecil disiarkan di tv9 dekat di hati. Persembahan dari pelajar-pelajar Studio Bintang Kecil pada peringkat akhir ini amat menkagumkan. Suara-suara mereka banyak juga yang boleh dikategorikan sebagai suara bermutu.

Mereka memberi persembahan yang terbaik pada konsert akhir Studio Bintang Kecil hari ini. Sungguhpun ada pertindihan siaran langsung Studio Bintang Kecil yang disiarkan oleh tv9 dengan siaran langsung Anugerah Era yang disiarkan secara langsung di Astro Ria, penulis tidak melepaskan untuk melihat rancangan realiti kanak-kanak ini kerasa merasa sungguh teruja bagaimana mereka memberi persembahan pada malam ini.

Pada pandangan penulis peserta atau pelajar Studio Bintang Kecil ini kebanyakkan memberi persembahan yang terbaik dan memang layak diberi pujian. Pertandingan sengit di kalangan peserta atau pelajar ini membuatkan Juri-juri sukar untuk memilih pelajar yang akan bergelar Juara Studio Bintang Kecil. Pada amatan penulis memang persembahan mereka berbakat dan wajar diketengahkan melalui rakaman album solo. Penulis berharap syarikat-syarikat rakaman dapat menyunting mereka untuk dikormesialkan.

Sudah menjadi kebiasaan setiap yang bermula pasti akan berakhir. Apabila Studio Bintang Kecil akhir hampir melabuhkan tirainya keputusan rasmi diumumkan.  Azidi dari Kuala Kedah dinobatkan Juara Studio Bintang Kecil 2007, diikuti dengan  munirah dan Azimi yang juga dari Kedah. Peserta-peserta lain sekadar mampu membawa pulang hadiah sagu hati yang bernilai RM 1000 setiap orang. Adik arif yang membawa lagu oh ibu hanya mampu menerima hadiah saguhati walaupun persembahannya tak kurang hebatnya apabila ia menyentuh kalbu Aishah yang merupakan juri pada malam ini.

Apabila MTUC berpolitik

Posted in PK Politik on September 8th, 2007 by yiemega

Malaysian Trade Union Congress atau Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia kini dilihat lebih berpolitik daripada membuat kerja. MTUC juga nampaknya sudah menjadi alat kempen pembangkang. Kemungkinan juga presiden MTUC ni nak bertanding pada piliharaya akan datang. Presiden MTUC ini sekarang cuba menonjolkan dirinya agar digelar hero oleh pekerja-pekerja, tetapi sayangnya perbuatan itu hanyalah perbuatan yang syok sendiri. Ada ramai juga di kalangan pekerja yang tidak bersetuju dengan tindakan MTUC. Pada pandangan saya MTUC hanya ingin menolong PAS, Keadilan dan DAP berkempen di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

MTUC juga dilihat bertindak melulu dengan mengadakan piket samalah dengan pembangkang yang suka membuat demonstrasi itu. MTUC kini menjadi lebih praktikal. Presiden MTUC dan ahli jawatakuasanya perlu dirombak semula bagi memastikan badan ini bebas dari ganguan politik. Mengapa perlu ada piket sedangkan kita ada saluran yang betul.

Tindakan MTUC mengantung dan memulau urusan dengan badan-badan kerajaan adalah tindakan yang paling bodoh. MTUC telah memberi masalah kepada ahli-ahlinya. Inilah akan terjadi sekiranya ia dipimpin oleh pemimpin yang ‘gila nama’ seperti pembangkang. Tindakan MTUC adalah keterlaluan dan seolah-olah membawa ahli MTUC yang lain kepada masalah yang membabitkan hubungan mereka dengan kerajaan.

MTUC seolah-olah memaksa kerajaan untuk menaikkan gaji dan elaun cola. Bagi mengelakkan perkara ini bertambah buruk saya mencadangkan kerajaan supaya mengikut kehendak MTUC ini dan kalau boleh buat yang lagi hebat daripada permintaan mereka ini. Nasihat saya kepada presiden MTUC kalau nak berpolitik MTUC bukan tempatnya. Kalau nak sangat berpolitik masuklah calon atas tiket parti atau bebas. Jangan jadikan MTUC sebagai tempat untuk berkempen.

Dawn Of War Dark Crusade

Posted in PK Game, PK Siber on September 8th, 2007 by yiemega

Game ini sangat menarik. Game bercorak strategi ini memang sungguh mengujakan. Game ini mengisahkan perperangan Tau Empire, Imperial Guard, Necron dan bermacam-macam lagi. Game ini amat sesuai untuk peminat-peminat game strategi. Mereka yang belum pernah bermain dengan game ini pasti teruja sekiranya mula bermain game ini.

Mereka yang belum mendapatkan game ini bolehlah mendapatkan game ini di pasaran atau muat turun secara percuma di portal-portal muat turun torrent. Penulis telah bermain game ini memang tidak membosankan apabila kita bukan sekadar berperang tetapi juga menakluk. Semakin luas kawasan pemain takluk semakin cerah lah peluang kemenangan anda.

Senjata-senjata mereka ada bermacam-macam, misalnya Tau Empire mempunyai Jet lutsinar yang tidak boleh dikesan oleh Askar biasa pihak lawan. Namun jet ini boleh dikesan oleh sesetengah unit perang pihak lawan. Hammerhead juga boleh dikatakan jet paling berkuasa milik Tau Empire, namun pemain hanya dibenarkan membuat dua Hammerhead sahaja. Jet sky ray mampu melancarkan peluru berpandu yang mampu membunuh lawan atau bangunan lawan. Namun jet sky ray ini hanya boleh melancarkan peluru berpandu apabila dinaiktaraf di pusat kawalan utama Tau Empire. Bagi mereka yang belum merasai kehebatan Dawn Of War Dark Crusade jangan lupa dapatkanya sekarang.

Pulau Perhentian

Posted in PK Negeri, PK Pelancongan, PK Terengganu on September 8th, 2007 by yiemega

Pulau Perhentian merupakan pulau yang tidak kurang popular di kalangan pelancong. Tak Kira pelancong asing atau domestik mereka pasti mahu datang melawat ke pulau yang penuh keindahan ini. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut ialah lebih kurang dua jam.

Perjalanan dari Jeti Kuala Besut bergantung kepada jenis bot pelancong yang pelancong pilih. Sekiranya pelancong memilih untuk menaiki bot perlahan atau slow boat perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Sekiranya pelancong memilih untuk menaiki bot laju atau fast boat ia hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Banyak aktiviti yang anda boleh di Pulau Perhentian ini.

Pulau Perhentian yang terkenal dengan kebiruan lautnya memang disukai oleh pengunjung yang meminati aktiviti snorkeling. Pelbagai lagi aktiviti yang menanti anda sekiranya anda berkunjung ke Pulau yang penuh keindahan ini. Kos makan di pulau ini mungkin tinggi sedikit ini adalah kerana kebanyakkan bahan mentah, dan barangan runcit di ambil di Kuala Besut dan memerlukan kos yang tinggi. Kos itu tidak akan menjejaskan sesi pelancongan anda kerana anda akan dapat rasa kelainan bercuti di pulau ini.

Pulau ini juga menjadi kegilaan pelancong-pelancong asing kerana keindahan dan kemesraan penduduknya. Kebolehan penduduk di sini bertutur dalam Bahasa Inggeris juga membuatkan pulau ini lebih dekat di hati pelancong asing. Pelbagai program-program pelancongan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong di adakan di Pulau ini antaranya ialah Perhentian Challenge.

Kemudahan penginapan yang disediakan di Pulau Perhentian juga begitu banyak pilihan dari yang tak ada bintang hinggalah lima bintang. Bercuti di Pulau Perhentian merupakan pengalaman yang anda tidak dapat lupakan dan anda akan rasa untuk kembali bercuti di pulau yang popular di Pantai Timur ini. Kalau anda tidak percaya cubalah rasai percutian menarik di Pulau Perhentian ini.

Bajet 2008

Posted in PK Politik on September 7th, 2007 by yiemega

Pada pukul 4 Petang tadi penulis sempat menonton siaran langsung Perbentangan Bajet di Parlimen. Perbentangan itu disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi. Banyak juga khabar-khabar gembira yang mampu membuat rakyat tersenyum. Pada bajet kali ini PM tidak menyebut pasal kenaikan harga rokok dan ini mungkin dapat mengembirakan perokok-perokok tanah air.

Rakyat-rakyat yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah atau menengah juga mampu tersenyum lebar apabila PM Mengumumkan yuran tahunan persekolahan dimansuhkan. Selain itu, pemberian Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) juga diperluaskan kepada semua. Di samping itu, rakyat yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga mampu menarik nafas lega apabila yuran peperiksaan itu dimansuhkan semasa perbentangan Bajet 2008 petang tadi. Pelajar yang datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah juga akan diberi uniform Badan Beruniform secara percuma. Pengumuman ini membawa kepada Persekolahan Menengah dan Rendah adalah 100% Percuma.

Guru-guru pendidikan khas juga bakal menerima inisiatif yang lebih tinggi hasil daripada perbentangan Bajet 2008. Bajet 2008 juga diterima baik oleh pihak Pembangkang semasa ditemuramah oleh tv3 petang tadi. Sementara itu, Elaun Khas Golongan miskin dinaikkan dari RM200 Kepada RM300 sebulan. Kenaikkan ini mampu mengembirakan golongan-golongan miskin yang telah dan bakal menerima bantuan ini.

Sedikit kelainan untuk Bajet 2008 ialah Bonus Kakitangan Awam tidak dibentangkan pada pembentangan Bajet kali ini. Namun Kakitangan Kerajaan tak perlu bimbang. Bonus Kakitangan awam tidak semestinya diumumkan di dalam Bajet 2008 diharap bersabar menerima pengumuman yang seterusnya pada masa akan datang. Perkara ini dijamin sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ditemuramah oleh tv3. Semoga Bajet 2008 bakal membantu Malaysia menjadi negara yang Cermelang, Gemilang dan Terbilang selepas 50 tahun negara kita merdeka.

Studio Bintang Kecil Akhir

Posted in PK Hiburan, PK TV on September 7th, 2007 by yiemega

Studio Bintang Kecil rancangan realiti hiburan yang menampilkan dan menonjolkan bakat kanak-kanak dalam seni suara ini akan mencapai kemuncaknya pada Sabtu ini 8 September 2007 yang akan disiarkan secara langsung di TV9. Rancangan yang diterbitkan oleh TV9 ini bakal melahirkan bintang-bintang baru di dalam arena seni suara tanah air. Istimewa rancangan realiti hiburan ini apabila ia cuba mengetengahkan bakat-bakat cilik yang boleh dikormesialkan.

Penulis pernah menonton kedua-dua mini konsert oleh peserta-peserta Studio bintang kecil dan ternyata tidak membosankan terutamanya menonton persembahan peserta lelaki seperti Azidi, Along, dan banyak lagi. Ternyata persembahan mereka memang berbakat. Apa yang penulis harapkan agar pemenang-pemenang Studio Bintang Kecil akhir ini dapat dikomersialkan dengan pemberian kontrak untuk membuat album. Buat masa ini tidak ramai lagi penyanyi kanak-kanak membuat album jadi sudah sampai masanya kanak-kanak diberi peluang untuk membuat album.

Kesungguhan TV9 menerbitkan rancangan ini wajar dipuji, penulis berharap bakat-bakat yang ada pada peserta-peserta Studio Bintang Kecil berakhir pada konsert akhir sahaja. Kesanggupan Ribena untuk menaja program ini adalah sangat dihargai. Penulis berharap pada episod-episod akan datang lebih ramai penaja yang tampil menaja program ini. Penulis mencadangkan supaya pihak penerbit tv9 menyediakan hadiah kontrak rakaman untuk Juara dan Naib Juara Studio Bintang Kecil yang akan datang.

Penulis merasakan Studio Bintang Kecil harus diteruskan dan menjadi rancangan realiti tahunan yang akan mengisi kalendar penyiaran tahunan stesen tv itu. Pada masa itu penulis mencadangkan format rancangan ini diubah kepada 50 % Juri dan 50% Undian SMS kerana ia akan menjadikan rancangan ini bertambah menarik. Pada rancangan yang akan datang juga penulis cadangkan supaya tv9 menambah Konsert Mini dari dua kepada lapan atau menukar Konsert Mini kepada Konsert Mingguan. Diari Studio Bintang Kecil juga harus diperkenalkan bagi memastikan program ini makin diminati ramai. Pada masa yang sama penulis mencadangkan konsert mini Studio Bintang Kecil di adakan secara langsung kerana ini akan membuat program ini bertambah menarik. Akhirkata, kepada peserta-peserta Studio Bintang Kecil semoga berjaya di Konsert Akhir dan buatlah yang terbaik.

Perhatian: Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Rakaman Konsert ini Secara Percuma sila komen post ini.Â