Bursa Pursuit Medan Belajar Main Saham
Posted in PK Niaga, PK Teknologi on October 31st, 2007 by yiemegaPengunaan Teknologi Internet sebagai medium untuk belajar urusan jual beli saham dapat membantu mereka yang baru hendak menceburi bidang jual beli saham atau securities trade ini. Dewasa ini ramai orang yang telah berminat terutamanya orang-orang di Malaysia menceburi bidang jual beli saham selepas forex trading.
Bagi anda yang ingin mempelajari selok belok jual beli saham boleh lah belajar dan uji kepintaran dan kebijaksanaan anda bermain saham dengan permainan maya (Virtual Game) yang boleh menguji kepintaran dan kebijaksanaan anda dalam urusan jual beli saham. Permainan ini sesuai untuk mereka-mereka yang berminat untuk menceburi bidang urusan jual beli saham di sini.
di Bursa Pursuit adalah langkah pertama yang wajib diambil oleh mereka-mereka yang ingin menceburi bidang urusniaga saham ini. Ini adalah kerana ia akan membantu anda untuk bijak memilih syarikat-syarikat untuk melabur. Selain itu anda juga berkemungkinan akan memenangi hadiah hebat bernilai RM 100,000. Apa lagi uji lah kepintaran dan kebijaksanaan anda di sini dan mungkin RM 1000, 000 ini akan menjadi milik anda. Permainan maya urusniaga saham ini boleh dimainkan di http://www.bursapursuit.com



