Archive for October 22nd, 2007

Kasih Tercipta - Faizal OIAM

Posted in PK Hiburan, PK Lirik on October 22nd, 2007 by yiemega

Tajuk Lagu: Kasih Tercipta (Soundtrack Waris Jari Hantu)

Penyanyi: Faizal OIAM

KASIH HILANG TIADA BICARA
SETELAH CINTAKU KAU PUJA
RINTIHAN RINDU TERUS MELANDA
REDUP CAHAYA OO HATI LARA

BISIKLAH KIRANYA AKU BERSALAH
SEDETIK TERSIRAT RASA
KAU CIPTA KASIH YANG KUMILIKI
CINTA KU JUJUR SELAMA INI…OOOO…

 

CARILAH AKU DALAM HATIMU
SAYANG SEBUTLAH KAU RINDU OOOO
HANYA… PINTAKU
KASIHMU KEKAL SETIA
USAH BIARKU OOO TERUS TERLUKA

 

MESRA SUARAMU… KINI BERBEZA
GAGAL SEMBUNYI SEDIH
KENANGAN LALU MENUSUK JIWA
MANIS SEINDAH BERGANTI PEDIH

 

OOO… KASIH TERCIPTA…
OOO… CARILAH KU SAYANG…

 

CARILAH AKU DALAM HATIMU
SAYANG SEBUTLAH KAU RINDU OOOO
HANYA… PINTAKU
KASIHMU KEKAL SETIA
USAH BIARKU OOO TERUS TERLUKA

 

PABILA BERSAMA MU, DEBARAN
DARAH ARUS MENGALIR, CINTA,
LAHIR SELAMANYA
BERILAH… KUCUPAN SAYANG
BIAR TERULIR WAJAH… KASIH TERCIPTA…
BERILAH… KUCUPAN SAYANG
BIAR TERULIR WAJAH… KASIH TERCIPTA…

 

OOO…KASIH TERCIPTA…
KINI KU MENGERTI
WALAU BERBISA…
KU RELA KIRANYA KAU BAHAGIA.

Tahniah Malaysia, Tahniah Dr. Sheikh Muszafar

Posted in PK Semasa on October 22nd, 2007 by yiemega

Dr. Sheikh Muszafar Shukor

Tepat Jam 6.43 petang 21 Oktober 2007 Soyuz TMA-10, kapal angkasa yang memuatkan Angkasawan Pertama Malaysia Dr. Sheikh Muszafar Shukor selamat mendarat di bumi setelah 10 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa atau International Space Station (ISS). Kepulangan beliau terpahatlah sejarah baru negara kita Malaysia yang tercinta, kita kini telah menpunyai angkasawan pertama yang pernah sampai ke ISS. Walaupun tempoh pemergian Dr. Sheik Muszafar adalah singkat namun ia telah memberikan impak yang besar kepada negara kita terutamanya apabila Dr. Sheikh Muszafar membuat penyelidikkan semasa berada di ISS.

Penyelidikan Dr. Sheikh Muszafar bakal memberi impak yang besar dan boleh mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Penulis sebagai rakyat Malaysia juga merasa bangga kerana ada rakyat Malaysia sekarang ini mampu menjadi angkasawan, bukan sahaja angkasawan tetapi juga penyelidik di angkasa. Penulis berharap satu masa nanti lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan menjejaki langkah Dr. Sheikh Muszafar Shukor.

Penulis merasakan masih belum terlambat bagi penulis untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Angkasawan pertama negara kita dan penulis bersyukur kerana angkasawan pertama kita dapat mendarat di bumi dengan jayanya dan tidak ada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Tahniah diucapkan dan ini adalah satu kejayaan yang dicapai dalam bulan perayaan kemenangan umat Islam oleh negara Islam yang membangun dan bakal dipahatkan di dalam buku sejarah dunia.

Akhirkata, Program Angkasawan Negara bukan pembaziran tapi satu pencapaian. Terima kasih penulis ucapkan kepada Dr. Sheikh Muszafar Shukor kerana merakamkan cara-cara bersolat di angkasa atau dengan lebih tepat lagi ISS diharap dengan ini tidak ada lagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menimbulkan isu solat sepertimana yang berlaku pada kejayaan-kejayaan kita yang lepas.

PAS…Berbohong untuk menang

Posted in PK Politik on October 22nd, 2007 by yiemega

Berbohong adalah taktik biasa PAS dalam meraih undi simpati dari kalangan rakyat jelata. Memang mereka suka berbohong, jika kita amati selepas berlakunya rusuhan di Terengganu baru-baru ini kita akan dapati banyak kain-kain rentang yang tertulis “Babi mu dok tembok, Orang mu tembok” yang bermaksud BN tidak tembak babi tetapi tembak orang semasa rusuhan baru-baru ini. Ini adalah satu pembohongan besar kerana BN sudah mahu tembak Babi tersebut, mereka tidak boleh menyembunyikan fakta yang sahabat-sahabat seperjuangan mereka iaitu keadilan dan DAP yang menghalang daripada kerajaan BN menembak babi. Perlu diingatkan PAS sendiri pernah membayangkan akan membenarkan ternakan babi di Terengganu jika mereka diberi peluang memerintah lagi. Ini jelas membuktikan PAS memang berbohong. Mengenai polis yang menggunakan peluru hidup yang dijadikan isu oleh PAS sebenarnya ia berlaku secara tidak sengaja kerana polis tersebut ingin melepaskan tembakan ke udara tetapi kerana sedang dipukul oleh ahli rusuhan secara tidak semena-mena peluru tersebut tersasar terkena ahli rusuhan tersebut.

 PAS juga menyebarkan risalah yang kononya UMNO yang merancang rusuhan tersebut, dengan hanya menyiarkan gambar seorang ahli rusuhan yang memakai riben yang di dakwa polis special branch. Menurut sumber pandangan kita, memang orang itu anggota polis tetapi mereka datang ke sana setelah mendapat maklumat awal yang rusuhan akan berlaku di sana setelah ada anggota polis dapat menghidu perbuatan Ahli Pas itu melalui percakapan ahli-ahli PAS sebelum rusuhan itu berlaku.

Pandangan Kita juga diberitahu oleh seorang ahli PAS yang tidak mahu dikenali bahawa sememangnya PAS adalah perancang rusuhan tersebut. Apa yang menarik menurut sumber tersebut, tindakan membuat rusuhan itu tidak direstui oleh PAS pusat ia hanyalah tindakan nekad Mustafa Ali untuk menonjolkan keberanianya tetapi akhirnya menimbulkan masalah dengan ini Mustafa Ali cuba memperbetulkan keadaan dengan menyebar berita kononya UMNO dalang di sebalik rusuhan tersebut bagi menutup kelemahan beliau.

Apa yang memeranjatkan lagi ahli PAS yang memberikan maklumat kepada Pandangan Kita menyatakan hasrat untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Apabila ditanya mengapa beliau ingin meninggalkan PAS, seraya dia menjawab “Saya sudah bosan dengan perangai PAS ini, tambahan pula tindakan PAS sejak akhir-akhir ini bercorak radikal dan perlu ditegaskan saya tidak suka tindakan yang radikal” katanya. “Saya juga berikrar akan menggunakan pengaruh saya untuk menarik ahli-ahli PAS yang seangkatan dengan saya untuk menyertai UMNO dan berjuang di bawah panji Barisan Nasional, apa yang nak ucapkan ialah “Selamat Tinggal PAS, aku sudah membencimu”