Archive for October 27th, 2007

Sinopsis Filem 9 September

Posted in PK Hiburan, PK Wayang on October 27th, 2007 by yiemega

Filem ini merupakan filem terbitan Metrowealth Movie Productions. 9 September merupakan sebuah filem romantik komedi yang mengisahkan Nia lakonan Fasha Sandha, perempuan berperwatakan kasar dan ganas tetapi mempunyai wajah yang sangat comel ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari hari itu dia menyimpan dendam terhadap lelaki. Mangsanya ialah seorang lelaki bernama Kogi lakonan Pierre Andre, Kogi adalah seorang lelaki yang  baik dan jujur. Dia dilihat sebagai seorang yang sangat senang dibuli oleh Nia.

Kali pertama mereka bertemu apabila Nia tersalah masuk ke rumah Kogi. Selepas itu banyak kebetulan mereka bertemu, walaupun Kogi selalu dibuli namun dia sentiasa menunjukan sikap seorang lelaki sejati. Dia dilihat seperti ‘malaikat’ yang menjaga Nia dalam keadaan apa jua sekali pun. Lama-kelaman mereka seperti hampir jatuh cinta sesama sendiri sehinggalah satu hari Andrian, kekasih Nia kembali kepangkuannya.

 

Tidak dapat dinafikan Nia sebenarnya masih mencintai kekasih lamanya. Namun kasih sayangnya kali ini tidak setebal dulu, Nia kadang kala memikirkan Kogi. Begitu juga Kogi yang sentiasa mengalah kepada Nia. Sehinggalah pada satu hari Nia terbang ke Tokyo mengikut kekasihnya ke sana selama satahun, setelah pulang ke Malaysia, Nia terus mencari Kogi, namun gagal. Apabila Nia menemui Kogi, sesuatu yang sangat mengejutkan telah berlaku dan sangat sukar diterima Nia.

 

Kogi terus membawa diri ke satu pulau terpencil di mana dia dan Nia pernah terperangkap di sana. Nia terus mencari walaupun berita yang telah diterimanya itu sangat sukar ditelan. Apabila Nia mencari Kogi di pulau itu, peristiwa yang lebih mengejutkan telah berlaku. Peristiwa tersebut mengubah sepenuhnya kehidupan Nia. Sehingga Nia berkahwin dengan Andrian, Nia masih mencari Kogi. Apakah kesudahannya dan bersatukah Nia dan Kogi akhirnya? Segalanya hanya terjawab pada “9 SEPTEMBER”.

 

Papa Jahat - Fabulous Catz

Posted in PK Hiburan, PK Lirik on October 27th, 2007 by yiemega

Tajuk Lagu: Papa Jahat

Penyanyi: Fabulous Catz

“Nama saya Jahat.. Papa Jahat”

Papa… jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat
Mama… jangan mama sekat
Janji papa tak terleka
Papa… jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat
Mama… jangan paksa sangat
Papa dengar dah cukup penat
Papa, papa sangat jahat
Takde otak nak melihat
Gila-gilanye ye kerja..
Jangan dibuat
Papa, papa kerja kuat
Dulunya papa penuh muslihat
Papa janji papa takkan buat
Ingat janji papa yang diikat

Oh Di mana percaya oh
Tak ku perdaya oh
Sayang percaya oh oh oh oh
Oh Takkan ku berdusta oh

Takkan ku perdaya oh
Sayang percaya oh oh oh oh
Senorita, ku gilakan kau mamasita
Janganlah menderita, tersiksa

Tak diabaikan janji kita
Dan kembali ke zaman gila
Bila petik jadilah terguling-guling
Tak tentu hari bawa berasing-asing

Itu dulu kini tak begitu
Seterusnya satu semuanya berlalu
Untuk kamu…
Bila ku tak gilakan mu

Susah ku tak siapa tahu
Jangan (kau) mulakan serang (tau)
Sebab (kau) sentiasa (tau)
Buat ku kemarau

Oh Di mana percaya oh
Tak ku perdaya oh
Sayang percaya oh oh oh oh
Oh Takkan ku berdusta oh
Takkan ku perdaya oh
Sayang percaya oh oh oh oh

Papa… jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat
Mama… jangan mama sekat
Janji papa tak terleka

Papa… jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat
Mama… jangan paksa sangat
Papa dengar dah cukup penat

Berikan percaya darimu
Telah kuberikan segala
Tak pernah ku engkari dirimu
Tak mungkin oh tak mungkin oh…
Mama, mama percayalah
Ku tak guris hati mu

Papa, papa kupercaya
Dah kau ubati hatiku
Papa… jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat

Mama… jangan mama sekat
Janji papa tak terleka
Papa… jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat
Mama… jangan paksa sangat
Papa dengar dah cukup penat