Archive for October 28th, 2007

Phillips WACS 7000 - 80GB Wireless Music Center & Station

Posted in PK Gajet, PK Teknologi on October 28th, 2007 by yiemega

 Phillips WACS 7000 - 80GB Wireless Music Center & Station

Maklumat Teknikal:

  • Aliran tanpa wayar antara pusat muzik dan stesen muszik
  • 80GB Hard Disk untuk menyimpan dan rakaman sehingga 1500 keping Cakera Padat (CD)
  • Music Follows Me, Music Broadcast, My Room, My Music
  • LCD 2 Hala kawalan jauh dengan carian aksara dan nombor
  • Panel Bunyi yang hebat dengan bass dan kejelasan dalam

Maklumat Produk:

  • Berat Produk dalam Kotak: 16KG

KD Tuanku Abdul Rahman Kapal Selam Pertama Malaysia

Posted in PK Semasa on October 28th, 2007 by yiemega

 

Kapal selam pertama Malaysia yang dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dilancarkan secara rasmi di limbungan DCNS, Cherbough Perancis. Upacara penuh istiadat tentera laut itu dilancarkan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur.

Majlis pelancaran ini juga turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan Perancis, Herve Morin; Panglima Tentera Laut Malaysia Laksamana Tan Sri Ramlan Ali, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; dan duta Malaysia ke Perancis Datuk S J Thanarajasingam. KD Tuanku Abdul Rahman akan memasuki perairan Malaysia pada 2009.

KD Tuanku Abdul Rahman merupakan kapal selam buatan Perancis daripada jenis Scorpene. Kapal Selam konvesional yang dilengkapi peralatan dan sistem yang canggih. Scorpene Submarines atau kapal selam jenis Scorpene ini adalah salah satu kapal selam yang dibeli oleh Malaysia untuk mempertingkatkan sistem pertahanan negara.