TV Kita atau TV Indon??????
Posted in PK Hiburan, PK TV on November 22nd, 2007 by yiemegaDewasa ini stesen tv negara kita lebih gemar menyiarkan drama dan filem dari seberang sehinggakan sukar untuk membezakan tv Malaysia dengan TV Indonesia. Mengapa ini perlu terjadi? Adakah cerita-cerita yang diterbitkan oleh penerbit tempatan tidak cukup ataupun tidak hebat?
Pada pandangan penulis drama atau filem yang diimport dari seberang bukanlah hebat sangat, kalau kita tengok jalan cerita drama atau filem yang diimport tersebut kita akan dapati kebanyakkanya menggunakan jalan cerita yang sama sampai naik ‘meluat’ menonton filem atau drama tersebut. Inikah dikatakan kualiti? Bagi penulis kalau nak dibandingkan kualiti drama atau filem tempatan dengan dari seberang, kualiti drama atau filem kita lebih hebat.
Mengapa perlu ditayangkan filem dari seberang? sudahlah kebanyakkan sektor pekerjaan kita telah diisi oleh orang seberang tak kan kita nak benarkan pula orang seberang menjadi ‘raja’ di stesen tv milik negara kita. Tindakan ini seolah-olah menukar Malaysia kepada Indonesia di samping mesej-mesej yang disampaikan oleh drama dari seberang tidak begitu jelas dan boleh menjadi ikutan orang kita terutamanya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara.
Penulis hairan kenapa stesen tv negara kita berlumba-lumba untuk menayangkan filem atau drama dari seberang. Sedangkan kempen guna barangan tempatan sedang rancak dilakukan. Penayangan filem atau drama dari seberang telah menjadikan kempen guna barangan tempatan seolah-olah mencurah air di daun keladi.
Sepatutnya pihak stesen tv perlu mengambil peranan dalam menjayakan kempen guna barangan tempatan bukan merosakkan kempen tersebut. Sampai bila kita nak berbangga dengan barang orang lain sedangkan kita mempunyai barang sendiri yang lagi hebat dan berkualiti.
Penulis merasakan sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas kepada stesen tv yang menyiarkan drama atau filem seberang dengan terlampau banyak sehingga meng’anak tirikan’ filem atau drama tempatan. Dengan ini pengajaran yang berguna dapat diberikan kepada stesen tv yang gila rating tanpa mempedulikan sensitiviti rakyat tempatan.