Archive for November 29th, 2007

Kerajaan PAS Kelantan Bakal Hadapi Tindakan BPR

Posted in PK Kelantan, PK Semasa on November 29th, 2007 by yiemega

Kerajaan Pas Kelantan bakal dikenakan tindakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ekoran dakwaan penyalahgunaan kuasa dan melindungi kroni. Penyalahgunaan kuasa yang dimaksudkan ialah meliputi Penyalahgunaan kuasa oleh seorang Exco Kerajaan Negeri, Penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan isu kegagalan pengurusan AKSB  kerana kroni yang dilindungi Exco.

Sementara itu, isu lain yang berbangkit ialah pembinaan kedai oleh Majlis Daerah Machang, pembelian kambing jamnapari yang melibatkan dana Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), penyelewengan kawasan balak yang kononya untuk dibuka ladang getah tetapi sebenarnya ia bertujuan mendapatkan hasil balak.

Tiga isu lagi ialah penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Pengarah Urusan KPK dan pembangunan Bandar Baru Tunjong yang melibatkan percubaan menjual tanah rizab Melayu.

Laporan penyelewengan tersebut dilaporkan kepada BPR oleh dua orang wakil Barisan Nasional kerana mereka gagal mendapatkan jawapan daripada Kerajaan Pas Kelantan semasa di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Bukan sahaja mereka tidak dapat jawapan daripada Kerajaan Negeru malahan mereka digantung keahlian Dewan Undangan Negeri selama enam bulan, oleh sebab yang demikian mereka tidak mampu menyampaikan permasalah rakyat kepada kerajaan negeri selama enam bulan.

Semakin jelas sekarang Kerajaan Pas Kelantan semakin takut dengan bayang-bayang sehinggakan sanggup menzalimi rakyat dengan mengantung keahlian wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. Sekaligus membuktikan Kerajaan Pas Kelantan menjalankan pemerintahan Kuku Besi atau Autokratik.

Siswa Kesal Khabar Angin Pesaing UNITAR

Posted in PK Semasa on November 29th, 2007 by yiemega

Beberapa bulan yang lalu, penulis didatangi oleh beberapa orang siswa Universiti Tun Abdul Razak yang memohon penulis mengetengahkan isu pemindahan pelajar Universiti Tun Abdul Razak, Kota Bharu, Kelantan. Pada bulan ini penulis didatangi oleh kumpulan pelajar yang sama untuk memohon penulis mengetengahkan permohonan maaf mereka menggunakan blog penulis sebagai platform untuk mereka memohon maaf kepada semua pelajar dan pihak pengurusan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Permohonan maaf daripada mereka dibuat selepas mendapati isu pemindahan pelajar Universiti Tun Abdul Razak Cawangan Kota Bharu, Kelantan adalah hanyalah khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pesaing-pesaing unitar yang lain supaya mereka tidak memilih untuk mendaftar dan belajar di unitar. Mereka kesal dengan tindakan mereka dengan memperbesarkan isu ini dengan tanpa usul periksa.

Mereka juga melahirkan rasa kecewa kerana ada pihak sanggup menyebarkan khabar angin ini semata-mata untuk keuntungan syarikat atau individu. Mereka sepatutnya tidak menyebarkan khabar angin tentang isu pemindahan pelajar tersebut kerana ia melibatkan sensitiviti siswa unitar itu sendiri dan hingga ada yang tumpuan pelajaranya terganggu kerana adanya isu ini yang sebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Kata mereka “Kami berharap selepas ini tiada lagi pihak atau individu yang sanggup menangguk di air yang keruh” kerana isu pemindahan pelajar itu sudah cukup untuk membuat kami merana. Itulah kata-kata terakhir yang keluar daripada mulut mereka sebelum meminta diri untuk pulang.