Archive for December, 2007

Selamat Tinggal 2007, Selamat Datang 2008

Posted in PK Semasa on December 31st, 2007 by yiemega

Tahun 2007 hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum melabuhkan tirainya, beberapa jam lagi tahun 2008 akan berkunjung tiba. Seperti biasa pada setiap tahun baru lazimnya manusia yang mempunyai hati dan naluri akan memasang azam tahun baru di hati. Sebenarnya azam tahun baru ini sudah menjadi lumrah kehidupan manusia.

Memang setiap tahun baru akan memasang azam untuk tahun baru, namun begitu ada juga yang memasang azam baru walaupun kesemua azam tahun yang lalu yang tidak tertunai. Tindakan ini boleh diumpamakan dengan orang yang suka berhutang tetapi tidak suka untuk membayarnya. Azam baru boleh diibaratkan hutang baru bagi hidup kita. Jadi kita sepatunya memastikan azam kita pada tahun lalu sudah terlaksana dengan jayanya barulah boleh kita memasang azam baru untuk tahun baru ini.

Tahun 2007 meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam sejarah hidup kita, bermula dengan banjir besar di Johor, Rusuhan oleh Parti Ajaran Syaitan (PAS) di Batu Buruk, Kuala Terengganu, Rusuhan daripada pertubuhan yang mengelarkan dirinya sebagai bersih walaupun mereka bukanya bersih sangat, yang ditaja oleh parti-parti pembangkang yang nampaknya gila kuasa apabila tak sabar-sabar nak sertai pilihanraya. Penghujung tahun 2007 berlaku pula rusuhan yang dibuat oleh sebilangan kecil masyarakat india yang bernaung di bawah panji HINDRAF dan juga ditaja oleh Parti Pembangkang. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai pakatan pembangkang mendapat bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat dan israel untuk kempen parti-parti yang menganggotai pakatan pembangkang untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Tahun 2008 diharap memberi lembaran baru kepada sejarah negara kita semoga negara kita terus mencapai kejayaan demi kejayaan, menjadi sebuah negara yang cermelang, gemilang dan terbilang. Diharap tahun 2008 ini tidak lagi ada rusuhan yang berlaku di negara kita. Selain itu, tahun 2008 juga diramalkan akan diaadakan pilihanraya umum yang ke 12, tanda-tanda pilihanraya akan berlaku semakin jelas kelihatan, sekiranya pilihanraya berlaku pada bila-bila masa tahun depan diharap pengunjung menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pilihlah yang mana rasa terbaik dan jangan pilih yang hanya gila kuasa.

Akhirkata tahun 2008 bakal mencatatkan sejarah baru dalam buku catatan kehidupan harian kita, kehadiran 2008 akan memberi sejuta makna kepada kita dan diharap semua pengunjung blog pandangan kita dapat memberika yang terbaik untuk tahun 2008 dan buat sehabis baik dan 2008  bakal kejayaan yang cermelang, gemilang dan terbilang untuk kita semua.

Menangani Masalah Keruntuhan Akhlak di Kalangan Remaja

Posted in PK Semasa on December 25th, 2007 by yiemega

Remaja merupakan intipati kepada kemajuan negara kerana mereka bakal mewarisi pucuk pimpinan negara. Pendek kata Remaja berkualiti dapat melahirkan warisan kepimpinan yang utuh dan mampu berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita.

Namun dewasa ini, Remaja seringkali dikaitkan dengan permasalahan sosial atau dengan lebih mudah kita katakan yang Remaja di alaf baru ini sudah mengalami keruntuhan akhlak. Permasalahan ini perlu ditangani dengan segera memandangkan ia melibatkan pemimpin masa depan.

Masalah-masalah yang boleh dikatakan keruntuhan akhlak di kalangan remaja ialah Pergaulan bebas, seks luar nikah, pengaruh-pengaruh dari barat seperti Punk, Skinhead, Gothic dan pelbagai lagi anasir-anasir yang datang dari barat.

Permasalahan pergaulan bebas ini boleh diatasi sekiranya ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengawasi anak mereka. Ibu bapa juga perlu memastikan bahawa pendekatan yang mereka gunakan tidak terlalu mengongkong anak-anak mereka kerana jika terlalu mengongkong ia di khuatiri akan membuat jiwa remaja tersebut memberontak.

Permasalahan seks luar nikah di kalangan Remaja juga boleh di atasi dengan memberi kefahaman yang sebenar mengenai seks, keburukkan seks luar nikah, bahaya-bahaya yang menanti bagi sesiapa yang selalu mengamalkan seks rambang. Cara ini berkemungkinan besar akan membuatkan remaja lebih berhati-hati.

Bagi permasalahan yang melibatkan anasir dari Barat seperti Punk, Gothic, Skinhead, dan sebagainya, kerajaan perlu mengambil langkah tegas dengan menyekat kemasukkan filem-filem barat yang menyokong idealisme sonsang ini. Penguatkuasaan kod etika berpakaian juga adalah salah satu cara yang sesuai untuk mengelakkan Remaja kita terpengaruh dengan idealisme yang tidak sihat ini.

Sebagai penutup, semua pihak harus mengambil langkah bijak dengan bekerjasama dalam menangani permasalahan sosial atau keruntunhan akhlak di kalangan remaja kita. Dengan cara ini tidak mustahil kita akan dapat lahirkan pemimpin yang bersih, cekap dan amanah serta takut untuk korupsi. Akhirkata, semoga permasalahan sosial remaja kita dapat di atasi. 

Memperkukuh kedudukan BN di Terengganu

Posted in PK Semasa on December 25th, 2007 by yiemega

Barisan Nasional sebuah parti politik di mana tunjangnya ialah UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Terengganu sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak di Pantai Timur memang tidak rugi jika rakyat terus memilih BN pada pilihanraya akan datang.

Saa ingin mencadangkan beberapa perkara yang perlu BN menambahbaikkan BN Terengganu. Saya menyeru supaya pemimpin-pemimpin lebih kerap turun padang jangan nanti terdengar suara sumbang mengatakan YB BN ni masa nak pilihanraya je turun padang.

Sebagai Wakil Kepada Rakyat mereka sepatunya turun padang bertanyakan masalah rakyat. Dengan ini tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkan dapat di atasi.

BN Terengganu sekarang penulis kurang membuat ceramah-ceramah politik untuk menjawab isu-isu terkini yang hangat diperkatakan kalau nak dibandingkan dengan PAS boleh dikatakan di Besut hampir setiap hari PAS membuat ceramah, bermakna mereka sudah gempur kawasan-kawasan BN.

Bagi mengelakkan penjajahan PAS berulang di Terengganu pihak BN Terengganu sepatunya tidak memandang remeh berhubung perkara ini kerana tersilap langkah PAS akan kembali menjajah Terengganu dan terjadilah pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku dahulu. 

Happy Pelan Prabayar Seimbang

Posted in PK Semasa, PK Teknologi on December 23rd, 2007 by yiemega

Happy adalah pelan prabayar yang seimbang dan paling sesuai untuk anda. Tiada apa yang berlebihan. Apa yang anda paling perlu, kami permudahkan; dan caj-cajnya? Menggembirakan! Sekiranya yang paling banyak yang anda lakukan adalah panggilan dan SMS, Happy sememangnya direka khas untuk anda.

Dengan Happy, anda tidak perlu bimbang tentang siapa dan ke mana anda memanggil mahupun berapa lama anda bercakap. Setiap panggilan Happy yang anda buat, dihadkan kepada RM0.99 sahaja, tidak kira berapa lama panggilan anda. Jadi, terus Happy dan berbualah selama mana yang anda mahu.

Apa yang akan berlaku sekiranya orang yang anda panggil tidak mempunyai banyak masa seperti anda? Di Happy, kami telah mempertimbangkannya. Setiap panggilan akan dicaj RM0.01 sesaat. Ini bermakna “Hi” dan “Bye” yang singkat tidak semahal mana

Tidak boleh berbual untuk sementara waktu? Nasib baik dengan Happy setiap SMS hanya berharga RM0.10 sahaja. SMSlah rakan-rakan anda di mana-mana rangkaian tempatan untuk harga yang rendah.

DAN ada lagi! Anda juga akan mendapat 60 hari tempoh aktif dengan sebarang tambahnilai. Masa yang lama untuk Happy kan?

Happy direka khas untuk membuat anda gembira.

Keterangan lanjut boleh didapati di http://www.happy.com.my

 Untuk membeli Pek Permulaan Happy secara online sila layari https://self-service.happy.com.my/oprs2/buysimpack.jsp?code=OUT&language_id=BM

Untuk Menambah Nilai Prabayar Happy Sila Layari

https://self-service.happy.com.my/oprs2/recharge.jsp?code=OUT&language_id=BM

Jalan Gua Musang - Jeli Ditutup

Posted in PK Kelantan, PK Semasa on December 23rd, 2007 by yiemega

GUA MUSANG 22 Dis. - Jalan Gua Musang-Jeli ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di Kilometer 45 dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, dekat sini, pagi ini.

Ia sekali gus menyebabkan hubungan jalan raya antara Kota Bharu dan Gua Musang terputus sama sekali.

Jalan berkenaan merupakan laluan alternatif sejak seminggu lalu bagi perjalanan ke Kota Bharu dan Gua Musang selepas jalan utama iaitu Jalan Kuala Krai-Gua Musang ditutup juga akibat tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 65.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi ini, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, buat masa ini belum dapat dipastikan bila laluan itu dapat dibuka semula memandangkan keadaan tanah runtuh itu agak serius.

Katanya, kejadian itu juga merupakan yang kedua berlaku di jalan alternatif itu dengan yang pertama di Kilometer M 36 dekat Kampung Kuala Lah menjelang Aidiladha lalu yang masih dibuka selorong.

“Tetapi kejadian pagi ini membuatkan kedua-dua lorong terpaksa ditutup. Alternatif sekarang dari Gua Musang ke Kota Bharu dan sebaliknya ialah melalui Lojing dan ke Ipoh sebelum memasuki Jalan Raya Timur Barat atau melalui Pahang dan Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Termizi meminta kerjasama orang ramai supaya mematuhi arahan penutupan jalan bagi mengelakkan mereka menghadapi masalah selain merugikan masa perjalanan apabila terpaksa berpatah balik.

Beliau berkata, selain itu, pengangkutan kereta api adalah pilihan terbaik untuk ke Kota Bharu atau sebaliknya.

“Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang sekiranya ingin mendapat perkembangan terkini sebelum mereka memulakan perjalanan.

“Mengenai Jalan Gua Musang-Kuala Krai yang runtuh sejak lebih seminggu lalu juga masih belum dibuka kepada orang ramai dan kerja-kerja membina jalan lencongan masih dijalankan,” katanya. - Utusan

Banjir Kali Ketiga 2007 KB, Kelantan

Posted in PK Kelantan, PK Semasa on December 15th, 2007 by yiemega

Banjir Kali Ke 3 2007 KB Kelantan

 

Selepas Dua Kali Merbau, yang terletakberdekatan dengan Bandar Kota Bharu, Kini Banjir Kali ketiga menyerang Bandar ini. Penduduk di Kawasan ini sungguh kecewa kerana mereka baru sahaja membersihkan rumah mereka untuk kali kedua selepas banjir kali kedua surut dua hari yang lalu. Tetapi kini mereka terpaksa bersiap sedia untuk membersihkan rumah kali ketiga.

Mengikut ramalan Banjir Ketiga ini dijangka lebih buruk berbanding dengan banjir pertam dan kedua dahulu memandangkan air naik dengan begitu cepat sekali. Seorang penduduk yang merupakan seorang pelajar IPTS bandar ini memberitahu penulis bahawa semasa pagi beliau keluar untuk pergi ke peperiksaan akhir semester ke tempat beliau menuntut ilmu tiada air kelihatan di jalan-jalan yang biasa ditenggelami air.  Sebaik sahaja beliau pulang ke rumah selepas peperiksaan tersebut air sudah melimpahi jalan-jalan yang biasa ditenggelami air termasuklah perkarangan rumahnya.

 ”Saya bila pulang ke rumah rasa terkejut dengan hadapan rumah saya sudah diliputi oleh air banjir memandangkan 2 jam setengah air begitu banyak naik”Katanya kepada penulis pada pagi tadi.

Penulis berharap penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan dapat menjaga keselamatan diri dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Penulis berdoa agar banjir kali ini tidak begitu buruk.

Banjir Kali Kedua KB Kelantan 2007 Dah Makin Surut

Posted in PK Kelantan, PK Negeri, PK Semasa on December 14th, 2007 by yiemega

Banjir KB Kelantan

Banjir KB Kelantan

Banjir KB Kelantan 2007

Banjir KB Kelantan 2007

Banjir KB Kelantan 2007

Banjir KB Kelantan 2007

Kini penduduk Kota Bharu, Kelantan boleh menarik nafas lega apabila banjir kali kedua yang melanda bandar ini kian surut. Pada hari ini juga kelihatan ramai penduduk sedang bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka daripada lumpur-lumpur yang dibawa oleh banjir kali kedua beberapa hari yang lalu.

Pada tahun 2007 ini adalah banjir kali kedua yang melanda Kota Bharu, Kelantan yang dilihat sebagai buruk sedikit berbanding banjir kali pertama beberapa hari lalu. Penduduk yang ditemui rata-rata melahirkan rasa syukur kerana banjir besar 2004 tidak berulang pada tahun ini sambil mendoakan tiada lagi banjir ketiga yang akan berlaku pada tahun ini.

Banjir pada besar pada tahun 2004 meninggalkan sejarah pahit kepada penduduk di kawasan Kota Bharu kerana banjir itu adalah banjir yang terburuk dalam sejarah Banjir bandar ini. Pada masa banjir itu juga penduduk mengalami banyak kerugian sehinggakan ada peniaga kedai runcit bankrap.

Adakah Banjir Peristiwa Banjir Besar Akan Berulang Di Kota Bharu?

Posted in PK Kelantan, PK Semasa on December 9th, 2007 by yiemega

Mengimbas kembali Peristiwa Banjir Besar Tahun 2004 yang banyak meninggalkan kenangan pahit kepada penduduk Bandar Kota Bharu, Kelantan dan juga melibatkan kerugian melebihi ribuan ringgit. Pada ketika itu, hampir keseluruhan Bandar Kota Bharu ‘lumpuh’ kerana ditenggelami banjir.

Setelah hampir dua tahun Kota Bharu tidak dilanda Banjir, Kini pada hari ini tanda-tanda banjir besar akan melanda semakin menonjol. Air-air sungai mula melimpahi beberapa tempat di Kawasan Kota Bharu, Kelantan. Berkemungkinan besar banjir besar mungkin berlaku, tetapi mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Banjir ini cepat surut sebelum ia bertukar menjadi Banjir Besar yang pernah dicatatkan dalam Sejarah Banjir Negeri Kelantan Darul Naim. Penduduk di kawasan Kota Bharu, Kelantan dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan keadaan sekarang yang tidak menentu.

 

Kenangan Banjir 2005 KB Kelantan

 

 

Kenangan Banjir 2004KB Kelantan

Antara Cinta, Maruah dan pengorbanan

Posted in PK Sastera on December 4th, 2007 by yiemega

Cinta satu ungkapan yang mudah disebut tetapi susah dilaksana,
Di dalam cinta ada maruah dan pengorbanan,
Cinta Pura-pura berselindung di sebalik cinta abadi,
Cinta Abadi dan Cinta pura-pura adalah berbeza,

 

Cinta Abadi cinta yang kekal abadi,
Cinta pura-pura cinta yang memerlukan pergorbanan maruah,
Cinta Abadi kekal sepanjang hayat dan tidak perlukan pengorbanan maruah,
Cinta pura-pura hanyalah untuk memuaskan nafsu

 

Berhati-hati memilih cinta,
Jangan tersalah pilih cinta pura-pura,
kalau takut maruah terkorban,
Jangan bermain dengan cinta,

 

Cinta itu buta,
Cinta abadi lahir dari hati terus ke hati,
Cinta pura-pura sekadar berfoya-foya,
Berhati-hatilah semasa bermain cinta,