Archive for December 25th, 2007

Menangani Masalah Keruntuhan Akhlak di Kalangan Remaja

Posted in PK Semasa on December 25th, 2007 by yiemega

Remaja merupakan intipati kepada kemajuan negara kerana mereka bakal mewarisi pucuk pimpinan negara. Pendek kata Remaja berkualiti dapat melahirkan warisan kepimpinan yang utuh dan mampu berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita.

Namun dewasa ini, Remaja seringkali dikaitkan dengan permasalahan sosial atau dengan lebih mudah kita katakan yang Remaja di alaf baru ini sudah mengalami keruntuhan akhlak. Permasalahan ini perlu ditangani dengan segera memandangkan ia melibatkan pemimpin masa depan.

Masalah-masalah yang boleh dikatakan keruntuhan akhlak di kalangan remaja ialah Pergaulan bebas, seks luar nikah, pengaruh-pengaruh dari barat seperti Punk, Skinhead, Gothic dan pelbagai lagi anasir-anasir yang datang dari barat.

Permasalahan pergaulan bebas ini boleh diatasi sekiranya ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengawasi anak mereka. Ibu bapa juga perlu memastikan bahawa pendekatan yang mereka gunakan tidak terlalu mengongkong anak-anak mereka kerana jika terlalu mengongkong ia di khuatiri akan membuat jiwa remaja tersebut memberontak.

Permasalahan seks luar nikah di kalangan Remaja juga boleh di atasi dengan memberi kefahaman yang sebenar mengenai seks, keburukkan seks luar nikah, bahaya-bahaya yang menanti bagi sesiapa yang selalu mengamalkan seks rambang. Cara ini berkemungkinan besar akan membuatkan remaja lebih berhati-hati.

Bagi permasalahan yang melibatkan anasir dari Barat seperti Punk, Gothic, Skinhead, dan sebagainya, kerajaan perlu mengambil langkah tegas dengan menyekat kemasukkan filem-filem barat yang menyokong idealisme sonsang ini. Penguatkuasaan kod etika berpakaian juga adalah salah satu cara yang sesuai untuk mengelakkan Remaja kita terpengaruh dengan idealisme yang tidak sihat ini.

Sebagai penutup, semua pihak harus mengambil langkah bijak dengan bekerjasama dalam menangani permasalahan sosial atau keruntunhan akhlak di kalangan remaja kita. Dengan cara ini tidak mustahil kita akan dapat lahirkan pemimpin yang bersih, cekap dan amanah serta takut untuk korupsi. Akhirkata, semoga permasalahan sosial remaja kita dapat di atasi. 

Memperkukuh kedudukan BN di Terengganu

Posted in PK Semasa on December 25th, 2007 by yiemega

Barisan Nasional sebuah parti politik di mana tunjangnya ialah UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Terengganu sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak di Pantai Timur memang tidak rugi jika rakyat terus memilih BN pada pilihanraya akan datang.

Saa ingin mencadangkan beberapa perkara yang perlu BN menambahbaikkan BN Terengganu. Saya menyeru supaya pemimpin-pemimpin lebih kerap turun padang jangan nanti terdengar suara sumbang mengatakan YB BN ni masa nak pilihanraya je turun padang.

Sebagai Wakil Kepada Rakyat mereka sepatunya turun padang bertanyakan masalah rakyat. Dengan ini tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkan dapat di atasi.

BN Terengganu sekarang penulis kurang membuat ceramah-ceramah politik untuk menjawab isu-isu terkini yang hangat diperkatakan kalau nak dibandingkan dengan PAS boleh dikatakan di Besut hampir setiap hari PAS membuat ceramah, bermakna mereka sudah gempur kawasan-kawasan BN.

Bagi mengelakkan penjajahan PAS berulang di Terengganu pihak BN Terengganu sepatunya tidak memandang remeh berhubung perkara ini kerana tersilap langkah PAS akan kembali menjajah Terengganu dan terjadilah pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku dahulu.Â