Archive for January, 2008

Loloq Kembali Ke Rahmatullah

Posted in PK Hiburan on January 30th, 2008 by yiemega

Loloq - Rosli Khamis

 Awal tahun 2008 negara kita kehilangan seorang lagi ‘permata’ di arena muzik tanah air. Rosli Khamis atau yang lebih dikenali dengan nama Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada pukul 1.37 petang tadi kerana pendarahan otak.

 Dengan perginya Rosli Khamis atau Loloq kita  kehilangan satu lagi permata berharga yang menyinari dunia muzik air kita. Loloq bukan sahaja seorang pencipta lagu yang berbakat malahan turut berbakat di dalam dunia lakonan, kehilangganya membuatkan kita semua merasa sedih, penulis doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Marilah kita bersama-sama sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan kepada keluarga Allahyarham takziah kami ucapkan. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati.

Maklumat diperolehi daripada: Utusan Online

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Analisis Politik Semasa di Kelantan dan Terengganu

Posted in PK Politik on January 21st, 2008 by yiemega

Bahang pilihanraya umum ke 12 semakin terasa, walaupun Perdana Menteri tidak memberikan tarikh sebenar pembubaran Parlimen. Namun, bahang suasana pilihanraya sudah jelas terasa di kalangan rakyat Malaysia. Parti politik yang masuk bertanding sudah giat membuat persediaan dan ada yang sudah membuat kempen untuk pilihanraya akan datang, di samping itu PAS, keadilan dan DAP nampaknya sudah sibuk membahagikan kerusi masing-masing. UMNO pula sudah menguatkuasakan larangan supaya ahli UMNO tidak pergi ke luar negara dalam masa terdekat ini. Pada kali ini blog Pandangan Kita ingin membuat analisis politik mengikut negeri.

 

Negeri Kelantan Darul Naim

 

UMNO / Barisan Nasional Kelantan:
Sudah mula yakin bahawa mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan kerajaan negeri dan akan memenangi hati rakyat kelantan bagi membolehkan mereka memerintah Kerajaan Negeri Kelantan. Memang di akui sudah banyak projek-projek mega yang telah dibawa ke kelantan antaranya penubuhan Universiti Malaysia Kelantan, pembinaan Jambatan Sultan Muhammad ke 2 dan yang paling penting ialah Projek Koridor Pantai Timur yang memberi nafas baru kepada Kelantan. Pada pandangan penulis, walaupun BN Kelantan komited di dalam usaha membangunkan Kelantan, masalah dalaman yang perlu di atasi ialah wujudnya budaya cantas mencantas di dalam BN Kelantan. Politik “Cah Keting” ini telah membuatkan BN Kelantan amnya dan UMNO Kelantan khasnya lemah namun penulis percaya BN Kelantan atau UMNO Kelantan ada cara tersendiri menangani permasalahan ini.

 

Isu lain yang bakal menggugatkan peluang UMNO atau Barisan Nasional untuk menawan Kelantan iaitu isu kenaikan Harga Petrol dan juga Kenaikkan Harga Barang Keperluan. Memang tidak dinafikan PAS dan Keadilan sering menggunakan senjata ini untuk mereka berhadapan dengan UMNO dan ada juga beberapa ahli PAS mendakwa Kerajaan telah menaikkan harga minyak tanpa pengetahuan rakyat menerusi ceramah-ceramah yang mereka anjurkan. Bagi menangani isu kenaikkan minyak BN Kelantan amnya dan BN Malaysia khasnya perlu mencari pendekatan terbaru supaya harga minyak tidak naik lagi pada masa akan datang. Pemberian subsidi minyak kepada sesiapa yang layak sahaja boleh dipertimbangkan kerana ia akan mengurangkan bebanan subsidi kerajaan. Penulis melihat sekiranya BN berjaya menangani isu ini tidak mustahil BN mampu menewaskan PAS di kelantan.

 

PAS KELANTAN:

 

Banyak isu yang melibatkan pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan, seperti penerokaan hutan dara di Lojing, Penyelewengan Syarikat Air Kelantan, Penyelewengan tanah dan bermacam isu lagi mengugat kedudukan PAS di Kelantan. Namun begitu, PAS tetap yakin mereka masih mampu memerintah Kelantan selepas pilihanraya umum yang akan datang. Mereka giat berkempen jika sayangkan Bandaraya Islam undilah mereka. Isu kenaikkan harga minyak dan barangan keperluan juga memberi kelebihan kepada PAS untuk terus memerintah Kelantan. Isu ini telah dicanangkan merata-merata tempat dan membuat rakyat Kelantan kurang yakin untuk memilih BN pada pilihanraya umum akan datang. Isu lain juga digunakan oleh PAS Kelantan untuk memenangi hati rakyat Kelantan yang kelihatan sudah kehabisan modal untuk membuat isu ialah isu ADUN UMNO Paloh dan ADUN PAS bertumbuk di sidang dewan undangan negeri. Berkemungkinan besar isu ini mampu mempengaruhi pengundi di Kelantan, namun secara tidak sedar ia juga bakal membuat masalah besar kepada kerajaan PAS Kelantan kerana mungkin ada perkara akan didedahkan di sebalik penyebaran klip video pergaduhan itu. Jawapan siapa yang bakal memerintah kelanta akan terjawab pada pilihanraya akan datang.

 

KEADILAN KELANTAN:

 

Keadilan Pusat telah membuat pendirian mereka tidak akan bertanding di Kelantan. Keputusan Keadilan itu membuatkan berlaku sedikit pertelingkahan di antara keadilan dengan PAS. Namun sejauh mana benar atau tidak keputusan keadilan pusat ini kita boleh tunggu sehingga pilihanraya umum akan datang.

 

NEGERI TERENGGANU:

 

BN / UMNO TERENGGANU:
Kepimpinan BN Negeri yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Idris Jusoh melihatkan banyak kejayaan yang dicapai oleh Terengganu, projek pembangunan hinggalah perisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Pendek kata, pemerintahan YAB DSIJ yang sepenggal menampakkan kejayaan gemilang walaupun hanya satu penggal YAB DSIJ memimpin Terengganu. Namun begitu, rusuhan di Batu Buruk sedikit sebanyak menjejaskan reputasi BN Terengganu. Kebijaksanaan BN Terengganu menyelesaikan isu itu telah membawa kepada BN Terengganu semakin kuat. Isu lain pula ditimbulkan oleh pembangkang ialah tahap kemiskinan rakyat Terengganu dan juga isu kenaikkan harga minyak dan barang keperluan. Stastitik jenayah di Terengganu juga telah disalahgunakan dan dijadikan modal ceramah oleh pas dan keadilan. Namun kutipan Zakat Terengganu yang merupakan negeri keempat tertinggi kutipan zakat juga menafikan rakyat Terengganu Miskin. Kenaikkan harga minyak dan barang keperluan juga perlu dititikberatkan, mekanisme baru perlu dicari untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan BN kekal memerintah Terengganu. Penyebaran gambar rumah besar Ahli Dewan Undangan Negeri dibandingkan pula dengan rumah rakyat yang daif dan uzur sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti BN Terengganu. Pada pandangan penulis, penyebaran gambar ini sepatutnya tidak berlaku kerana bukan semestinya rumah mereka besar datang daripada duit Kerajaan, mungkin mereka ada perniagaan lain atau apa sahaja yang kita tak ketahui. Lagipun kita tidak boleh berprasangka buruk kepada seseorang.

 

PAS Terengganu:

 

PAS semakin agresif berkempen untuk pilihan raya akan datang. Bermula dengan episod rusuhan di Batu Buruk, dan siri-siri ceramah yang diaturkan di seluruh negeri Terengganu. Tidak cukup dengan itu Kuliah Maghrib dan Khutbah Solat Sunat Aidiladha dijadikan medan berkempen oleh PAS. Isu statistik jenayah juga menjadi agenda kempen PAS. Selain itu faktor kemiskinan rakyat Terengganu juga turut dieksploitasi oleh PAS. Seperti PAS di negeri-negeri lain ia turut menggunakan isu kenaikkan harga minyak petrol dan juga barangan keperluan di dalam kempen mereka. Selain itu, PAS juga menghangatkan isu bayaran tambahan pelajar-pelajar sekolah dalam usaha menawan Terengganu. PAS pada masa sekarang yakin untuk menawan Terengganu. Keghairahan PAS berkempen sejak awal lagi telah menampakkan satu kelemahan PAS iaitu seolah-olah tergila-gilakan kuasa dan terlampau mahukan memerintah Terengganu seperti ada udang di sebalik batu Namun, kemelut dalaman yang berlaku di dalam PAS sedikit sebanyak membantutkan peluang PAS untuk memerintah Terengganu. Penghijrahan Ahli Pas kepada Ahli UMNO pada awal Muharram baru-baru ini telah mengurangkan penyokong PAS.

 

Pada pandangan penulis PAS ada potensi untuk memenangi dan menawan Terengganu pada pilihanraya akan datang. Namun perlu diingat bahawa rakyat Terengganu masih mengingati kesalahan yang dilakukan oleh PAS sewaktu memerintah Terengganu dulu antaranya:

  • Menghalau Kanak-kanak Tadika Kemas
  • Exco Menyalahgunakan Wang Zakat
  • Penyelewengan Tanah
  • Merampas tanah rakyat
  • Menaikkan gaji ADUN dan MB
  • Menyalahgunakan Wang Ehsan Kerajaan Persekutuan RM532 juta tak tahu ke mana
  • Mengamalkan politik balas dendam

Kesalahan tersenarai di atas mungkin tidak dapat dilupakan oleh rakyat Terengganu. PAS jangan jadi sibuk untuk memperbetulkan orang sedangkan dia sendiri tidak betul. Tindakan PAS umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Kelemahan ini perlu diperbaiki oleh PAS agar kepercayaan rakyat Terengganu kembali kepada PAS.

 

Penulis memohon maaf kerana tidak dapat menganilis politik di negeri lain memandangkan maklumat masih belum cukup, Insya-Allah pada masa akan datang penulis akan menganalisis politik di negeri lain.

John Rambo Bakal Mengegarkan Pawagam Malaysia 2008

Posted in PK Hiburan, PK Wayang on January 20th, 2008 by yiemega

 

John Rambo

Sylvester Stallone telah kembali sebagai John Rambo di dalam filem Rambo 4 yang bertajuk John Rambo yang juga dikenali sebagai Rambo 4. Kali ini Rambo membantu kumpulan mubaligh hak asasi kristian untuk menghantar bantuan kemanusian kepada  rakyat Burma yang dianiaya oleh  Tentera Burma.  Selepas beberapa mubaligh telah dijadikan banduan askar Burma yang ganas, mendapat  tugas yang mustahil yang kedua iaitu untuk memasang sepasukan Mercenaries untuk menyelamatkan pekerja-pekerja bantuan agar terus hidup.

 

Tarikh Siaran: 2008

Pengarah: Sylvester Stallone

Penulis Skrip: Art Monterastelli, Sylvester Stallone, Jeb Stuart

Studio: Lionsgate

 

Trailer:

Virus dan Worm

Posted in PK Teknologi on January 17th, 2008 by yiemega

Perisian komputer yang sengaja direka untuk menggangu sistem operasi komputer, merekod, memadamkan data, merosakkan atau menyebarkan diri mereka dari satu sistem komputer kepada satu sistem komputer yang lain dikenali sebagai Virus. Virus komputer terdapat di dalam pelbagai bentuk baru dan berbeza. Pengetahuan tentang cara pencegahan virus merupakan jalan terbaik untuk mengatasi masalah virus komputer.  Virus lazimnya melambatkan kelicinan operasi sesebuah sistem komputer dan juga masalah lain juga mungkin timbul.

Tips untuk mengelakkan jangkitan Virus Komputer:

  • Komputer anda hendaklah dilindungi oleh sistem kemaskini automatik
  • Penggunaan firewall bagi internet adalah digalakkan. Pengguna sistem komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP Starter Pack 2 sudah dilingkapi dengan firewall dan firewall tersebut aktif.
  • Pemasangan perisian anti virus terkini dan mengikut piawaian terkini hendaklah dilakukan di sistem komputer anda. Seelok-eloknya perisian anti virus anda mempunyai fungsi kemaskini automatik atau auto update.
  • Lampiran atau pautan daripada orang yang anda tidak kenali hendaklah dielakkan.
  • Lampiran atau pautan yang dihantar oleh orang yang anda kenali hendaklah tidak dibuka melainkan anda tahu apa sebenarnya kandungan pautan tersebut. Orang yang anda kenali tersebut berkemungkinan tidak menyedari lampiran atau pautan yang beliau hantar mengandungi virus.
  • Bagi yang menggunakan perisian Microsoft Office, mereka boleh mengemaskini perisian ini.

E-mail dan Mesej Remeh

Posted in PK Teknologi on January 16th, 2008 by yiemega

Setiap hari anda menerima banyak mesej, tetapi kadang-kadang atau kebanyakkanya email atau mesej daripada orang yang anda tidak kenali. Mesej atau email seumpama ini juga dikenali sebagai Spam Email atau Spam Messages dan juga dikenali sebagai mesej remeh. Mesej spam atau remeh ini boleh dipadam tanpa perlu anda membukanya. Sebarang balasan atau reply kepada email atau mesej spam hendaklah dielakkan.

 Tip-tip keselamatan yang boleh diguna pakai sewaktu anda menghantar atau menerima email atau mesej daripada orang yang anda tidak kenali:

  • Pemberian maklumat peribadi menerusi mesej atau email hendaklah dijauhkan atau dielakkan tambahan pula kalau ia ditanya oleh seseorang yang anda tidak kenali. Penipuan menggunakan maklumat anda boleh berlaku yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali yang berniat tidak baik terhadap anda.
  • Lampiran atau pautan ke laman web di email atau mesej segera hendaklah tidak di buka atau diklik walaupun ia datang dari orang yang anda kenali kerana kemungkinan besar ianya mengandungi virus dan juga penghantaran lampiran atau pautan tersebut tidak dibuat tanpa pengetahuan rakan anda.
  • Email yang meminta anda menghantar derma adalah berkemungkinan besar tidak sahih dan juga mungkin wujud unsur penipuan. Sekiranya anda menerima ini jangan sesekali membalas ataupun menghantar wang sepertimana yang diminta oleh email tersebut.
  • Mesej atau Email berantai adalah salah di sisi undang-undang dan juga berkemungkinan besar mengakibatkan jangkitan virus di komputer anda. Lazimnya, pembuat emel remeh menggunakan cara ini untuk mendapatkan maklumat anda dan juga menyebarkan virus yang dicipta oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
  • Email yang menyakiti hati atau yang menganiaya anda boleh dilaporkan kepada MyCert
  • E-mel penipuan hendaklah dilaporkan dengan kadar segera bagi mengelakkan ramai lagi yang tertipu dengan emel penipuan tersebut.

Pengawasan Spyware

Posted in PK Teknologi on January 15th, 2008 by yiemega

Perisian yang melakukan pengiklanan popup, mengumpul data peribadi atau menukar tetapan komputer anda tanpa anda ketahui ianya dikenali sebagai spyware. Kebiasaan spyware yang dihantar kepada sistem komputer anda ialah untuk mengumpul data peribadi anda dan juga tentang sistem komputer anda. Perisian spyware sangat licik dan sukar untuk dilihat.

 Tanda-tanda sistem komputer anda dijangkiti oleh Spyware: 

  • Iklan atau skrin pop up boleh dilihat di komputer anda walaupun sistem komputer anda tidak disambungkan ke talian internet ketika itu.
  •  Laman permulaan pelayar internet anda adalah berlainan daripada laman web permulaan yang anda set sebelum ini.
  • Bar peralatan baru di pelayar internet anda yang tidak dipasang oleh anda.
  • Sistem komputer anda akan terpadam, tergantung (hang) ataupun terhenti tanpa sebarang sebab.
  • Aktiviti ganjir dikesan di sistem komputer anda.
  • Katalaluan atau password anda hendaklah tidak didedahkan atau diberikan kepada sesiapa.

Tips Keselamatan Untuk Blog Anda

Posted in PK Teknologi on January 14th, 2008 by yiemega

Aplikasi web yang paling popular pada masakini ialah Blog, antara faktor-faktor yang menyebabkan aplikasi Blog ini popular kerana aplikasi kasi ini mesra pengguna dan juga mudah untuk digunakan. Pendek kata mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam pengaturcaraan pembinaan laman web juga boleh membuat blog dengan hanya post sahaja apa-apa maklumat ke dalam blog milik mereka. Blog juga boleh dikenali sebagai diari di dalam talian.  Kali ini blog pandangan kita ingin memberi tips kepada penggemar atau pengguna blog untuk membolehkan mereka menggunakan aplikasi ini dengan selamat.

Tips keselamatan untuk blog anda:

  • Pengeposan Entri yang mengandungi maklumat diri anda atau membolehkan anda dikenali oleh orang lain seperti siapa anda dan di mana anda berada hendaklah dielakkan sama sekali.
  • Pengeposan maklumat peribadi seperti alamat rumah anda, atau kawasan yang sering dilawati oleh anda hendaklah dielakkan sama sekali.
  • Platform atau perkhidmatan blog yang anda guna mempunyai ciri-ciri senarai “rakan” yang membolehkan anda mengawal siapa yang boleh melawat profil atau blog anda, benarkan hanya sesiapa yang anda kenali dan percayai sahaja hendaklah digunakan, Jika anda tidak menggunakan fungsi peribadi seperti ini, sesiapa sahaja boleh melihat maklumat anda termasuklah pihak ketiga yang mempunyai niat jahat.
  • Pertemuan dengan individu yang anda kenali melalui blog hendaklah dielakkan melainkan anda benar-benar tahu siapa mereka. Sekiranya tidak dapat dielakkan,  pertemuan  boleh di buat walaupun keadaan ini mungkin tidak lah selamat tetapi hendaklah ditemani dengan beberapa orang rakan anda semasa pertemuan itu.
  • Pengeposan gambar yang membolehkan anda dikenali di blog hendaklah dielakkan kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anda.
  • Komen yang tidak baik, menyakitkan hati, atau memalukan tidak patut dibalas, anda hendaklah padamkan komen tersebut dan sekiranya perlu sekat orang tersebut dari membuat komen lagi.
  • Kebiasaan peraturan keahlian dibuat untuk melindungi individu, jika umur anda terlalu muda untuk menyertai jangan sekali-kali menipu umur anda untuk mendaftar masuk. Bincang dengan ibu-bapa tentang tapak yang membenarkan anak kecil.

 

Kuiz Interaktif di TV Mesti dihentikan !!!

Posted in PK Semasa on January 14th, 2008 by yiemega

Metro Ahad hari ini 13 Januari 2008 melaporkan berita mengenai Kuiz Interaktif yang disiarkan di stesen-stesen televisyen di negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Kuiz interaktif yang disiarkan oleh stesen-stesen tv di Malaysia iaitu TV3, 8Tv, NTV7 dan juga saluran berbayar Astro Ria.

Penyertaan kuiz interaktif ini begitu mudah, pertama bagi orang yang mempunyai telefon bimbit boleh menyertai kuiz interaktif tersebut dengan menghantar sms ke nombor tertentu yang lazimnya caj premium sms tersebut di dalam lingkungan RM2 - RM3 untuk satu kali sms. Kaedah kedua ialah terbuka kepada pelanggan talian tetap Telekom Malaysia yang caj premium panggilan ialah di dalam lingkungan RM 2 - RM 3 untuk satu panggilan.

Selain itu peserta dikenakan syarat tambahan seperti kena menjadi pemanggil ke 100 atau ke 50 barulah boleh menjawab soalan kuiz mudah yang diajukan kepada peserta melalui pengantara seperti pengacara kuiz. Bermakna, walaupun peserta tidak menjawab soalan kuiz tetapi mereka tetap dikenakan caj premium sms yang tinggi. Jadi disini wujud ketidakadilan di dalam kuiz ini. Sepatunya tiada syarat untuk menjawab soalan kuiz ini.

Ramai juga pengguna melaporkan kewujudan program Kuiz Interaktif ini membuatkan mereka menjadi tidak senang duduk dan ketagih untuk menjawab dan juga boleh membuatkan pengguna akan berbelanja lebih daripada kemampuan mereka. Ini membuktikan Kuiz Interaktif ini memang menyusahkan pengguna. Jika Kuiz Interaktif ini mahu diteruskan juga, syarikat pengendali hendaklah menghapuskan syarat tambahan atau menurunkan caj premium sms kepada kadar yang lebih rendah.

Pada pandangan penulis, kuiz interaktif ini lebih kepada menguntungkan syarikat pengendali atau syarikat pengajur sahaja dan tidak memberi keuntungan kepada pengguna. Di samping itu, program ini juga ada unsur-unsur perjudian yang diharamkan dalam Islam. Jakim juga telah memutuskan Kuiz Interaktif ini haram dan tidak patut dianjurkan. Kalau tak silap penulis, beberapa tahun yang lalu Majlis Fatwa Kebangsaan telah membincangkan tentang isu Kuiz Interaktif ini atau Kuiz SMS ini dan telah memutuskan program seumpama ini haram.

Jelas sekali Kuiz Interaktif ini wajar dihentikan, dulu pernah diharamkan dan senyap sebentar dan kembali bertapak kembali sejak akhir-akhir ini. Kenapa pihak penganjur sangat berani melawan keputusan kerajaan, ternyata pihak penganjur hanya fikirkan keuntungan semata-mata daripada kebajikan pengguna dan juga arahan kerajaan. Penulis menggesa supaya kerajaan bertindak ke atas syarikat-syarikat pengendali kuiz interaktif ini yang ternyata mengaut keuntungan daripada pengguna.

Penulis berharap isu Kuiz Interaktif ini dapat diselesaikan dengan kadar seberapa segera. Kerajaan perlu masuk campur dalam menyelesaikan isu ini kerana campurtangan kerajaan berkemungkinan besar isu ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera, semoga pengguna di negara kita tidak tertipu lagi.

Melodi 6/1/2008

Posted in PK Hiburan, PK TV on January 12th, 2008 by yiemega

Tajuk : Melodi
Tarikh siaran di tv3: 6/1/2008
Pengacara: Wahid dan Apek Senario (Saiful Apek)

Marilah bersama-sama rancangan informasi hiburan semasa yang diterbitkan dan ditayangkan oleh TV3 sebuah anak syarikat Media Prima.

Di mana Sharlinie????

Posted in PK Semasa on January 11th, 2008 by yiemega

 

Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.