Melahirkan Generasi Ulul Albab
Posted in PK Semasa on January 11th, 2008 by yiemegaMelahirkan Generasi Ulul Albab, itulah cita-cita Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Datuk Seri Haji Idris Bin Jusoh. Ulul Albab ini disebut enam belas kali di dalam Al-quran ia bermakna golongan Ulul Albab ini penting bagi umat Islam.
 Antara Surah-surah yang menceritakan tentang Ulul Albab:
- Surah Al-Baqarah , ayat 179
- Surah Al-Baqarah, ayat 197
- Surah Al-Baqarah, ayat 269
- Surah Ali-Imraan, ayat 7
- Surah Ali-Imraan, ayat 190
- Surah Al-Maaidah, ayat 100
- Surah Yusuf, ayat 111
- Surah Ar-Ra’d, ayat 19
- Surah Ibrahim, ayat 52
- Surah Saad, ayat 29
- Surah Saad, ayat 43
- Surah Az-Zumar, ayat 9
- Surah Az-Zumar, ayat 18
- Surah Az-Zumar, ayat 21
- Surah Al-Ghaafir, ayat 54
- Surah At-Talaaq, ayat 10
Tiga elemen penting yang digunakan untuk melahirkan generasi Ulul Albab ialah Quranik, Ijtihadik dan Eksiklopedik.
Quranik
Quranik bermaksud insan yang bukan sahaja tahu membaca Al-Quran tetapi juga memahami ayat-ayatnya serta yang tersirat di sebalik ayat. Insan begini membolehkan mereka membezakan yang baik dan yang buruk serta boleh mengamalkan “Amal makruf, Nahi Mungkar”.
Eksiklopedik
Eksiklopedik (Iqra’)Â bermaksud berilmu pengetahuan luas dan boleh dijadikan rujukan sekiranya diperlukan. Sesuai dengan tuntuntan “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.
Ijtihadik
Bermaksud kemampuan mencipta yakni inovasi. Golongan Ulul Albab bukan sahaja tahu membaca, menghafaz dan mentafsir quran tetapi mereka juga mempunyai pengetahuan yang luas berhubung ilmu-ilmu duniawi selaras dengan keseimbangan duniawi dan ukrawi yang dituntut oleh syara’.
Akhirkata Melahirkan Generasi Ulul Albab ini wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain di Malaysia memandangkan ia mampu menaikkan kembali zaman kegemilangan Tamadun Islam dan selaras dengan 10 Prinsip Islam Hadhari.
