Tajuk Filem:
Dunia Baru The Movie
Pengarah:
Yeop Hitler
Pelakon:
Wan Elyas
Elyana
Pierre Andre
Anne Ngasri
Laman Web Promo:
www.duniabaruthemovie.com
Filem ini bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga
sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie, Madihah (Ann Ngasri), Suzanna (Almy Nadia), Adif (Pierre Andre) dan Tajol (Wan Elyas). Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.
Pengembaraan pencarian Anizah merupakan suatu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh dan berperistiwa, membuat penonton teruja khasnya pengikut setia siri Dunia Baru - kisah geng kolej paling popular di Malaysia.
Dunia Baru The Movie diadaptasikan dari drama bersirinya, Dunia baru yang kini masuk musim ketiga dan sedang hangat ditayangkan di tv3. Filem yang mengekalkan konsep setia kawan di sebuah pusat pengajian tinggi ini mempunyai mesej yang begitu tinggi dan diharapkan dapat dijadikan teladan bagi para remaja yang sedang menyambung pengajian dikolej-kolej dan universiti betapa besarnya nilai persahabatan itu jika dibandingkan dengan wang ringgit.
Filem ini mengisahkan lima sekawan memulakan penggembaraan mereka ke utara untuk menjejak sahabat mereka Anizah dari kawin lari bersama kekasihnya Fazley. Pelbagai halangan terpaksa mereka harungi sepanjang perjalanan sehingga mereka sempat dimasukkan ke lokap.
Berjayakah pencarian mereka? Mengapakah mereka dimasukkan ke dalam lokap? Dapatkah Anizah diselamatkan?
Satu majlis primiere malam gala filem Dunia Baru The Movie akan berlangsung di One Utama pada esok malam (5 Februari 2008).
Saksikan filem ini yang bakal ditayangkan pada 7 Februari 2008. Nampaknya filem ini terpaksa bersaing dengan filem CJ7 lakonan Stephen Chow di musim cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.