Archive for April, 2008

CERAMAH PERDANA YANG BERHORMAT MULIA TAN SRI TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 30th, 2008 by yiemega

CERAMAH PERDANA YANG BERHORMAT MULIA TAN SRI TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

TEMA CERAMAH:
MENGEMBALIKAN KERELEVANAN UMNO DI HATI UMAT MELAYU

TARIKH:
4 MEI 2008

MASA:
2.30 PETANG

TEMPAT:
Hotel Landmark, Jalan Omar 83000 Bandar, Batu Pahat, Johor Darul Takzim

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Masih terlalu awal untuk BN membuat Ramalan

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 29th, 2008 by yiemega

Penulis ingin memberi sedikit nasihat kepada Kerajaan Barisan Nasional yang kini memerintah Malaysia. Nampaknya isu pembangkang yang memberi sokongan kepada Calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat sudah menjadikan Barisan Nasional merasa selesa dengan membuat ramalan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan oleh pembangkang akan juga ditolak oleh Pembangkang.

Ya memang benar pada masa ini yang tersuratnya mereka memberi sokongan kepada calon daripada Kerajaan, namun sebagai ahli politik mereka juga perlu juga mengetahui apa yang tersirat di sebalik sokongan itu, maaf cakap bukanlah penulis ingin berprasangka buruk tetapi penulis ingin memberi amaran awal kepada Kerajaan Barisan Nasional agar mereka tidak akan menjadi “Sudah terhantuk baru nak tergadah” seperti mana yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 12 yang lalu.

Peranan Psikologi

Psikologi adalah salah satu senjata senyap yang boleh menguasai dan mempengaruhi permikiran seseorang, sepatunya ahli Parlimen yang juga bergelar Ahli Politik daripada Barisan Nasional perlu tahu tentang penggunaan senjata senyap psikologi ini di dalam dunia politik. Psikologi juga memberi impak yang mendalam ke atas dunia politik. Ahli Politik juga perlu tahu apa itu ahli politik yang berkata “Never say die” di dalam perjuangan mereka.

Memandangkan mempunyai sedikit kepakaran berkenaan psikologi penulis ingin mencurahkan kepakaran penulis yang sedikit ini untuk kegunaan Barisan Nasional agar mereka sedar daripada terus di ulik lena mimpi-mimpi indah yang mengatakan pembangkang tidak akan bersetuju dengan undi tidak percaya yang akan di bawa oleh pembangkang. “To be a politician you must be aware about something that can make you happy but in other it will make you cry” yang bermaksud “Untuk menjadi ahli politik anda mesti bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tersuratnya memberikan kamu kegembiraan walhal tersiratnya membuatkan kamu menangis.

Penulis ingin memberi contoh yang berlaku semasa kempen Pilihan Raya Umum baru-baru ini di mana strategi Psikologi telah digunakan oleh parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat dan strategi itu telah berjaya membuatkan pekerja-pekerja Barisan Nasional lena di ulik mimpi indah. Pertama sekali adakah kita lupa dengan kata-kata Lim Guan Eng yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengambarkan DAP ini hanyalah semut manakala BN ini adalah Gajah telah disambut dengan hilai tawa keriangan oleh Penyokong-penyokong BN yang menyangka mereka akan terus mengekalkan majoriti 2/3 yang dimenanginya dengan selesa sewaktu Pilihan Raya Umum 11 pada tahun 2004 akhirnya ramalan mereka meleset apabila Majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen gagal dikekalkan dan ditambah pula kegagalan Barisan Nasional mempertahankan Pulau Pinang. Ini membuktikan mereka pandai menggunakan ’senjata senyap’ yang akan membunuh musuh tanpa disedari itu.

Kedua pula ialah bagaimana pula dengan apa yang berlaku di Kelantan di dalam kempen yang begitu hebat yang dijalankan oleh Barisan Nasional untuk mencapai misinya untuk menawan Kelantan yang pada mulanya hebat tetapi selepas YB Hussam Musa daripada PAS mengeluarkan kenyataan BN Kelantan ini hebat staminanya dan kami akui kekuatanya yang juga di sambut dengan hilai tawa gembira penyokong-penyokong BN di Kelantan sehingga mengabaikan kempenya. Di dalam kes ini Hussam Musa telah menggunakan kaedah Perang Psikologi yang berkonsepkan serampang dua mata, pertama sekali untuk memperlahankan kempen-kempen Barisan Nasional di Kelantan dan yang keduanya untuk memberi ‘amaran’ kepada semua penyokong-penyokong PAS yang berasal dari Kelantan yang berada di seluruh negara untuk balik dan memangkah Bulan dan juga Mata.

Ketiga pula Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggunakan strategi yang sama iaitu pendekatan psikologi. Cuba bayangkan bagaimana parti yang dilanda perpecahan ini berjaya mengelirukan penyokong-penyokong Barisan Nasional dengan perpecahan yang mungkin sengaja dibuat-buat agar Barisan Nasional terus alpa dan leka dengan mimpi-mimpi indah akhirnya pada waktu dan ketika Pilihan Raya Umum 12 berlangsung menyaksikan gabungan yang menamakan gagasan mereka Sebagai Barisan Alternatif pada mulanya dan sekarang adalah Pakatan Rakyat telah mencapai satu kemenangan moral walaupun mereka tidak mampu membentuk Kerajaan Persekutuan dengan menambah bilangan-bilangan kerusi di parlimen yang diwakili oleh mereka.

Mahukah Kita Ditembak oleh Peluru Yang Sama Lagi?

Kerajaan Barisan Nasional harus sedar dengan perkara ini kerana sekiranya selagi BN terus tidur dan lena dibuai mimpi sokongan yang ‘kononya’ tidak berbelah bahagi kepada kerajaan boleh bertukar kepada mimpi yang buruk bahkan dapat mencatatkan sejarah di dalam catatan sejarah Pilihan Raya Malaysia Kerajaan bertukar tanpa memerlukan pilihan raya. Oleh itu, janganlah biarkan kita ditembak peluru yang sama lagi.

Sedarlah Psikologi adalah senjata senyap yang paling berbahaya lebih-lebih lagi di dalam dunia politik yang penuh kepura-puraan ini. Penulis sendiri sudah masak dengan strategi psikologi yang di amalkan oleh pembangkang ini kerana seperti kata pepatah “Alah bisa Tegal Biasa”. BN juga perlu renungkan ada satu pepatah orang Kelantan yang berbunyi “Arap-Arap tertiarap” yang maksud sekiranya kita menaruh harapan yang besar atas sesuatu pasti kita tidak dapat harapan yang besar itu. Jadi Fikir-fikirkanlah sebelum nasi menjadi bubur.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

21 DALIL PAS TERMASUK DALAM PERKARA-PERKARA AJAIB DI DUNIA

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 29th, 2008 by yiemega

Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA…

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA…

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA…

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA…

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

PADA MULANYA…

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

PADA MULANYA…

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

PADA MULANYA…

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA…

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA…

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA…

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA…

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA…

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA…

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA…

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA…

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

PADA MULANYA…

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA…

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA…

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA…

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA…

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA…

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Ahli UMNO Peringkat Marhaen diminta memberi sokongan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 28th, 2008 by yiemega

Ahli UMNO peringkat Marhaen memang mempunyai kuasa terbesar di dalam UMNO, kuasa mereka memilih siapa yang layak untuk menerajui jawatan nombor satu di dalam UMNO iaitu Presiden malahan ke semua jawatan-jawatan yang ada di dalam UMNO boleh ditentukan oleh ahli UMNO peringkat marhaen di seluruh negara.

Calon yang benar-benar layak untuk menjadi Presiden UMNO dan memberikan rawatan istimewa kepada UMNO bagi memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah, beliau lah calon yang paling sesuai untuk mengembalikan kepercayaan rakyat Marhaen kepada UMNO dan juga memulihkan hubungan UMNO dengan Istana setelah hubungan dengan Istana telah dinodai oleh Presiden UMNO sekarang ini iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Peranan Ahli Peringkat Marhaen

Sebagai Ahli UMNO peringkat Marhaen janganlah terpengaruh dengan tawaran sesiapa yang menjanjikan wang sekiranya anda menyokong mereka kerana wang ringgit, harta benda hanyalah untuk kegunaan duniawi tidak dapat kita membawanya bersama ke dalam Alam Barzakh kerana apa yang kita bawa ke sana adalah amalan bukanya harta berjuta-juta, kawan sekadar untuk berfoya-foya. Janganlah menerima wang yang haram kerana sesungguhnya azab neraka amatlah pedih. Percayalah Allah s.w.t Tuhan Seteru Sekalian Alam adalah Maha Besar dan Maha Mengetuai jadi sekiranya anda fikir kami sebagai insan biasa yang sekadar pacar yang hina ini tidak mengetahui perbuatan anda ketahuilah yang Allah Tuhan seteru sekalian alam akan mengetahuinya.

Ingatlah kita sebagai umat Islam walaupun kita melakukan keburukkan walaupun sebesar zarah ia tetap akan di adili dan walaupun kita melakukan kebaikkan sebesar zarah tentunya Allah akan memberi balasan yang baik kepada anda semua kerana patuh dengan “Amal Makruf dan Nahi Mungkar”

Jadi untuk memastikan UMNO terus diterima ramai marilah kita sebagai ahli peringkat Marhaen memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah seorang Putera Raja berjiwa rakyat untuk berkhidmat kepada kita dan juga rakyat jelata yang mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada UMNO, jika anda semua sayangkan UMNO pilihlah Tengku Razaleigh kerana beliau lah tokoh yang benar-benar layak untuk menerajui UMNO pada ketika ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

BN Tidak Boleh Pandang Remeh Terhadap Ugutan Anwar Ibrahim

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 27th, 2008 by yiemega

Sejak kebelakangan ini isu Ahli Parlimen BN dari Sabah begitu kuat diperkatakan terutamanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwari) yang mendakwa 30 orang sudah menyatakan persetujuanya untuk menyertai Pakatan Rakyat. Pada pandangan penulis Barisan Nasional selaku parti pemerintah ketika ini tidak boleh memandang ringan dengan isu ini. “Ungkapan bermimpi di siang hari” tidak harus digunakan bagi memperlekehkan ugutan Anwari itu. Bukan bermaksud penulis tidak yakin dengan kesetiaan ahli-ahli Parlimen BN daripada Sabah itu, tetapi maksud penulis ialah Kerajaan Barisan Nasional perlu membuat sesuatu agar tragedi tukar kerajaan tanpa Pilihanraya Ini tidak akan terpahat di dalam sejarah politik di Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional hendaklah menyelesaikan segala tuntutan yang diminta oleh Sabah dan Sarawak bagi memastikan mereka terus setia dan selesa di bawah payung yang bernama Barisan Nasional yang diketuai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Penulis merasakan sekiranya kerajaan terus berdiam seribu bahasa dan hanya menjadi “Raket Tenis” dengan menafikan kenyataan yang berbaur ugutan Anwari itu.

Tawaran Royalti Minyak

Di kesempatan ini penulis ingin mempersoalkan ke manakah perginya kredibiliti Anwari yang ingin menentang Rasuah itu? Anwari menawarkan royalti minyak yang lebih tinggi kepada kerajaan negeri Sabah sekiranya Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan sesiapa sahaja daripada Pakatan Rakyat menjadi Perdana Menteri Baru termasuklah saudara Anwari sendiri. Rasuah bermaksud “Memberi kepada seseorang hadiah atau sesuatu dengan harapan seseorang tu mendapat sesuatu”. Jelas sekali tawaran Royalti minyak yang lebih tinggi ini adalah salah satu bentuk rasuah. Apa sudah jadi, orang yang ingin berjuang menentang rasuah sekarang ini menawarkan rasuah?

Persepsi Rakyat Sabah

Tindakan Anwari itu seolah-olah ingin menjatuhkan rakyat Sabah kerana sekiranya Ahli Parlimen BN yang menerima tawaran Anwari itu kerana tawaran Royalti tersebut akan menunjukkan yang rakyat Sabah mudah dibeli, penulis yakin rakyat Sabah tidak sanggup ‘dicop’ sebagai orang yang mudah dibeli dan memperlihatkan mereka seolah barang dagangan.

Implikasi kepada Rakyat Malaysia

Tindakan Anwari juga bakal menyebabkan sistem demokrasi di negara ini sudah tidak akan dipercayai oleh rakyat kerana hari ini Anwari menawarkan Royalti yang lebih tinggi kepada Sabah dan sekiranya misinya berjaya maka dia akan berjaya membentuk kerajaan, berkemungkinan besar taktik yang sama digunakan oleh Anwari akan digunakan oleh orang lain untuk membentuk kerajaan baru kembali di dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Jadi secara automatisnya Kerajaan Malaysia akan sentiasa bertukar tangan di dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Mungkin tindakan Anwari ini akan memberi peluang kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri jawatan yang sudah lama beliau idamkan setelah membenamkan Tun Ghafar Baba dahulu tetapi implikasinya sangat berbahaya kepada rakyat Marhaen. Fikir-fikirkanlah.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Sekitar Majlis Amanat Penting Tengku Razaleigh di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 27th, 2008 by yiemega

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Ku Li: UMNO perlu kembali kepada visi asal dan membuktikan persepsi popular hari ini tidak benar

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 26th, 2008 by yiemega

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah petang ini mengatakan UMNO perlu merenung semula dasar, cara pergerakan dan pandangan serta penerima ahli, terutama orang Melayu. “Perlu dibuktikan bahawa persepsi rakyat hari ini keatas UMNO sebenarnya tidak betul dan UMNO sebenarnya masih lagi relevan untuk orang Melayu, rakyat Malaysia dan menangani cabaran Globalisasi”.

Beliau membuat gesaan ini dalam satu majlis bersama sama Cawangan Umno sekitar Subang Jaya di Holiday Villa.

 

Kuasa orang Melayu hari ini bergantung kepada kekuatan sokongan dari Sabah dan Sarawak kerana calon UMNO telah kalah dan tidak lagi mempunyai kekuatan seperti pilihanraya umum sebelum ini.

 

“Biasanya dalam sistem demokrasi, Kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti, tidak akan berkesan” ujar pemimpin UMNO berusia 71 tahun itu. “Rakyat mahukan sistem ‘check and balance’, yang ditafsirkan dalam Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) 8 Mac 2008, melalui undi popular. Demokrasi makin matang, maju dan celik politik”.

 

UMNO ditolak dalam PRU 12 kerana keputusan yang dibuat Kerajaan tidak memihak dan menjaga kepentingan rakyat kerana Kepimpinan tidak mendengar hasrat akar umbi. “UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO”. Imej dan Perjuangan UMNO perlu membayangi aspirasi akar umbi yang mereka pimpin.

 

“Rakyat ini hilang keyakinan dan marah kepada BN dan UMNO”. Beliau menegaskan. Walaubagaimanapun, beliau tidak begitu yakin Pakatan Rakyat dengan mudah dapat menubuhkan Kerajaan kerana calon pemimpin mereka bukanlah dari golongan yang cukup mantap. “Yang penting UMNO perlu kembalikan usaha meyakinkan rakyat, memperkuatkan parti dan ubah budaya.

 

Keadaan yang berlaku hari ini ialah pada orang Bukan Melayu, parti komponen BN terlalu mengikut kehendak UMNO sehingga mereka ditolak sama sekali. Walaubagaimanapun, pada orang Melayu, UMNO dilihat terlalu berkompromi kepada desakan orang Bukan Melayu.

 

“Krisis yang melanda hari ini ialah mengenai nilai dan Kepimpinan” ujar Tengku Razaleigh. Kelemahan Kepimpinan ialah untuk melaksanakan visi asal UMNO ditubuhkan. Orang UMNO hari ini sanggup memberikan sokongan mereka kepada PAS dan PKR dan membelakangkan UMNO kerana mereka mempunyai persepsi bahawa Pembangkang itu lebih jujur, amanah, bersih dan adil. UMNO hari ini bertanggung jawab untuk membuktikan persepsi ini salah dan UMNO sebenarnya masih relevan.

 

UMNO didesak perlu menghapuskan persepsi ianya sebuah ‘parti elitis’ dan menangkis tohmahan bahawa UMNO hari ini lebih bersifat ‘liabiliti’, terutama sebagaimana yang dialami parti komponen BN.

 

“Dasar parti ialah untuk kepentingan Bangsa dan Negara, Bukan untuk Bangsa dan Negara lain”, sebagai gesaan terutama tindakan Kepimpinan hari ini dilihat memberikan kelebihan pada pihak lain, termasuk luar.

 

Diakhir ucapan, Tengku Razaleigh mengaris langkah yang perlu UMNO lakukan untuk kembali relevan:

 

1. UMNO perlu mengekalkan semangat Kebangsaan, tanpa mengadaikan roh Islam yang didukungnya

 

2. Kuatkan sistem oganisasi dengan elemen innovatif, dinamik dan proaktif mutu Kepimpinan

 

3. UMNO perlu ditingkatkan setara seluruh peringkat dan tidak bergelumang dengan persepsi seperti rasuah dan kronyism

Ini merupakan ucapan paling komprehensif Tengku Razaleigh pernah berikan, yang dibuat atas platform UMNO dalam konteks ‘membaikan’ parti nasionalis Melayu yang berusia 62 tahun itu.

sumber: http://bigdogdotcom.wordpress.com

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PERHIMPUNAN RAKYAT RAKSASA AMANAT PENTING YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH [25.04.2008/JUMAAT]

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 24th, 2008 by yiemega

MARI BERSAMA-SAMA MENDENGAR
AMANAT PENTING
YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

 

TARIKH:
25.04.2008

 

HARI:
JUMAAT

 

TEMPAT:
BALAI ISLAM LUNDANG, KOTA BHARU KELANTAN

 

WAKTU:
8.30 MALAM

 

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PAS tidak perlu tunduk dengan desakan DAP

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 24th, 2008 by yiemega

Penulis merasa terpanggil untuk memberikan pandangan penulis kepada PAS supaya jangan tunduk pada desakan DAP untuk mengugurkan perjuangan Negara Islam yang telah diperjuangkan begitu lama di Malaysia ini.

Idea penubuhan Negara Islam ini adalah idea yang baik, tetapi tak kan PAS nak biarkan perjuangan ke arah penubuhan Negara Islam yang sudah bertahun-tahun itu kerana si kafir harbi DAP?

Mengapa pula PAS perlu menjadi kuda tungangan DAP demi menjaga hubungan baik Pakatan Rakyat? Perjuangan adalah perjuangan, Kalau DAP mendesak PAS gugur Negara Islam adalah lebih baik PAS juga mendesak DAP mengugurkan Gagasan Malaysia Malaysia yang menjadi tunjang perjuangan mereka sejak dari dulu lagi. Adakah PAS patut patuh dan tunduk kepada DAP yang sudah mula menunjukkan ‘taringnya’ sebagai Kafir Harbi.

Adakah PAS sanggup mengetepikan perjuangan Negara Islam hanya kerana menjaga kepentingan Politik, Ingatlah di dunia ini sebagai Ahli Politik, Rakyat sentiasa menghakimi kita. Kalau di dalam konsep perniagaan kita mengguna pakai “Pelanggan sentiasa betul” di dalam politik juga kita menggunakan konsep yang hampir sama iaitu “Rakyat Sentiasa Betul”.

Di manakah maruah perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam, Menukar undang-undang Toghot itu? Adakah demi menjaga kuasa sanggup kita PAS gadaikan semua ini, sampai bila PAS perlu menghormati perjuangan DAP sedangkan DAP terang-terang tidak menghormati perjuangan PAS. Adakah PAS sanggup gadaikan ISLAM demi DAP? Padahal pada masa yang sama ‘kita melabel’ orang-orang ISLAM yang melawan PAS adalah orang yang lawan ISLAM tetapi apabila kafir harbi ini melawan ISLAM PAS tak labelkan sedemikian rupa.

Penulis berharap virus Flip-Flop tidak berjangkit kepada kepimpinan PAS kerana perjuangan PAS adalah perjuangan ISLAM. Jangan nanti PAS tunduk dengan bermacam-macam lagi desakan DAP, jangan sampai DAP minta Azan Subuh supaya tidak didendangkan lagi juga diterima oleh PAS.

Penulis berharap agar PAS menerima nasihat penulis ini dengan hati yang terbuka. Ingatlah Keikhlasan di dalam perjuangan merupakan faktor penting kejayaan PAS sebagai parti politik yang bertunjangkan ISLAM.

Artikel DAP DESAK PAS GUGUR NEGARA ISLAM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Antara Angan Samy Vellu dan Sedar Rakyat

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 22nd, 2008 by yiemega

“Antara Angan Samy Vellu Dan Sedar Rakyat” itulah tajuk artikel penulis pada kali ini bersesuaian dengan isu semasa sekarang di mana, DS Samy Vellu telah mengkritik Dr. Khir Toyo mantan Menteri Besar Selangor yang mengatakan isu roboh Kuil yang menjadi punca kekalahan BN di Selangor. Inilah yang dikatakan antara angan dan sedar Samy Vellu.

Angan Samy Vellu

DS Samy Vellu mengatakan beliau ingin menjadikan kaum India maju dan bebas daripada kemiskinan. Beliau juga mengatakan yang masyarakat India pada hari ini masih tinggi peratusan kemiskinan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Di samping itu beliau juga ingin berjuang agar kaum india dapat dikurangkan kadar kemiskinanya dengan bantuan kerajaan.

Sedar Rakyat
Rakyat sedar bahawa DS Samy Vellu bukanlah pejuang kaum india yang baik. Sebelum ini beliau pernah menafikan yang masyarakat india mempungyai peratusan yang tinggi di dalam statisik kemiskinanya.

Angan Samy Vellu
DS Samy Vellu menyatakan punca-punca kekalahan Barisan Nasional di Selangor di bawah pentadbiran mantan MB Selangor iaitu DS Dr. Khir Toyo ialah merobohkan kuil-kuil hindu di Selangor dengan harapan mendapat kepercayaan kembali kaum india.

Sedar Rakyat
DS Samy Vellu bukan berniat untuk memperjuangkan hak orang india, tetapi ingin mengekalkan kekuasaanya yang begitu lama di dalam kerajaan mahupun MIC. Kuil yang didakwa dirobohkan itu adalah kuil yang didirikan di tanah milik kerajaan tanpa kebenaran Kerajaan jadi salah tetap salah.

Angan Samy Vellu
Meletakkan kaum india sebaris dengan kaum-kaum lain di Malaysia, seperti kata pepatah Melayu “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Perjuangan utamanya ialah untuk meletakkan kaum India setaraf dengan kaum lain.

Sedar Rakyat
Beliau sendiri tidak melepaskan jawatan tertinggi di dalam Parti walaupun Parti itu mengalami kekalahan yang teruk. Beliau sendiri yang menyekat kemaraan kaum sebangsa dengan beliau untuk menduduki hierarki tertinggi di dalam parti MIC yang mewakili kaum india itu.

Angan Samy Vellu
DS Samy Vellu ingin mengurangkan kos sara hidup kaum India yang mana pada katanya kos sara hidup kaum india agak tinggi di Malaysia.

Sedar Rakyat:
Kalau DS Samy Vellu nak kurangkan kos sara hidup kaum india kenapa dinaikkan harga Tol dengan melampau-lampau.

Angan Samy Vellu
Tak mahu jadi Presiden MIC sepanjang hayat.

Sedar Rakyat
Rakyat khusunya kaum india sedar beliau ingin menjadi Presiden sepanjang hayat.

Angan Samy Vellu
Mendapat sokongan semula kaum india ke atasnya.

Sedar Rakyat
Rakyat khususnya kaum India sudah tidak mempercayai beliau lagi.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,