Archive for April, 2008

DS Najib Kini Bukan Lagi Menjadi Pilihan….

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 22nd, 2008 by yiemega

Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah ‘di canangkan’ sebagai Pengganti DS Abdullah Ahmad Badawi oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, serentak itu ramai juga yang ingin memberikan sokongan kepada beliau sebagai Presiden UMNO yang baru merangkap Perdana Menteri Malaysia. Berita ini pada ketika itu memberi ‘nafas’ yang baru kepada ahli-ahli UMNO yang mendesak DS Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Namun panas yang dijangka hingga ke petang akhirnya hujan di tengah hari apabila ramai penyokong-penyokong beliau yang mahukan beliau mengambil alih kepimpinan UMNO hari ini sudah mula melahirkan tidak puas hati memandangkan sikap DS Najib yang suka mengambil peranan tunggu dan lihat dalam ertikata lain DS Najib lebih suka menggunakan pendekatan “play safe” membuatkan orang yang menyokong beliau merasa hilang sabar.

Ditambah pula dengan kritikan Tun Dr. Mahathir kepadanya yang mengatakan DS Najib Tun Razak ini seorang yang penakut, tak mahu lawan Presiden bertambahlah lagi marah orang-orang menyokong DS Najib Tun Razak yang pada masa yang sama adalah orang yang mendesak DS Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Tinjauan penulis terhadap sebuah portal yang bernama MYKMU.NET, rata-rata penyokong DS Najib Tun Razak sebelum ini telah beralih arah kepada TS Muhyidin Yassin kerana bagi mereka TS Muhyidin Yassin adalah seorang yang layak memandangkan beliau seorang yang berani bersuara mempersoalkan kedudukan Presiden. Tetapi Muhyidin belum lagi mengesahkan kedudukanya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO yang terang-terang akan bertanding jawatan Presiden UMNO lawan Pak Lah pada masa ini ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Keputusan yang lebih tepat kita tunggu Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Disember ini, di harap yang terbaik berjaya menjadi Presiden UMNO.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Siapa yang layak menjadi PM daripada Pakatan Rakyat?

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 21st, 2008 by yiemega

Pada artikel kali ini penulis ingin mengetengahkan tajuk “Siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri daripada kalangan Pakatan Rakyat. Penulis ingin mengetengahkan calon-calon yang layak menjadi Perdana Menteri daripada dan yang tidak layak daripada Pakatan Rakyat. Tujuan penulis ialah untuk mengetengahkan calon yang benar-benar layak daripada Pakatan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Kalau dilihat inilah calon yang benar-benar layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan memudahkan usaha-usaha untuk menubuhkan negara Islam yang menjadi perjuangan PAS. Beliau yang terkenal dengan sifat pemurah, rendah diri, menekankan aspek perpaduan, beliau juga seorang bersih, cekap dan amanah. Integriti beliau juga tinggi. Semangat kepimpinan beliau juga hebat. Seorang yang penyabar dan penyayang. Dia juga merupakan seorang Ulamak. Memandangkan Tuan Guru hanya bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri mungkin menyukarkan sedikit usaha-usaha untuk menjadikan Tuan Guru sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun kepimpinan yang ada pada beliau memang diperlukan untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Beliau juga merupakan tokoh yang paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri daripada pakatan rakyat memandangkan beliau juga adalah Ulamak yang tersohor di Rhusila, Marang, Terengganu. Perlaksanaan hukum hudud dapatlah dilaksanakan dengan cepat di samping penubuhan Negara Islam yang menjadi matlamat PAS itu tercapai, Walaupun dia seorang yang sedikit kurang sabar tetapi dia mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang hampir sama dengan Tuan Guru Nik Aziz. Sebagai ulamak dia sudah tentu dia adalah seorang yang hebat dan sangat sesuai untuk mengetuai negara memandangkan beliau juga merupakan seorang Ulamak yang hebat dan terbilang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pada pandangan penulis DSAI tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau bukanlah orang bijak, beliau juga tidak menyokong mana-mana tuntutan yang bersabitkan Negara Islam. Jadi usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam akan terbantut. Beliau juga tidak mempunyai kepakaran ekonomi yang hebat di samping suka berjoget. Beliau bukanlah sebagai seorang ulamak yang tulen tidak sama seperti ciri yang ada pada dua tokoh yang penulis sebutkan di atas tadi. Selain itu, beliau juga suka menyaman orang malah berkemungkinan besar rakyat tidak dapat bersuara sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri kerana bakal menghadapi saman yang akan dikemukannya. Jadi DS Anwar Ibrahim sememangnya tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah pilihan terbaik untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri ialah Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana dia mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang baik dan hebat.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Andainya Khairy Jamaluddin Sertai Pakatan Rakyat

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 21st, 2008 by yiemega

Khairy Jamaluddin seorang muda profesional yang kini memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang merupakan sayap UMNO itu, beliau juga kini bergelar Yang Berhormat kerana sudah memenangi kerusi parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini dan juga merangkap menantu kepada Perdana Menteri Malaysia DS Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal dengan jolokan “Flip-Flop” disamping dilanda kontroversi kerajaan 3B (Kerajaan Tiga Beranak).

 

Khairy Jamaluddin yang turut terkenal dengan jolokkan Kutu Jamban itu pernah dikatakan mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri pada umurnya 40 tahun. Pada masa ini KJ adalah liabiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional. Pada masa ini semakin ramai yang berada di dalam UMNO sudah meluat denganya. Tentunya Khairy Jamaluddin merasa ’sedikit tertekan’ dengan keadaan ini dan juga merasa kedudukanya akan terjejas.

 

Andaikata Khairy Jamaluddin menyertai Pakatan Rakyat apakah yang anda semua lakukan? Adakah anda akan terima beliau sama seperti anda semua menerima DS Anwar Ibrahim, DP Ibrahim Ali? Datuk Ruslie Ibrahim? penulis percaya pasti ada orang yang beranggapan perkara ini mustahil terjadi! Anggapan seperti ini adalah anggapan yang salah kerana mengikut ‘hukum karma’ politik tiada yang mustahil akan berlaku, Hari ini dia menyokong si A entah besok, entah lusa dia mula menyokong si B. Itulah lumrah dunia politik yang dikatakan penuh dengan kekotoran itu. Perlu anda semua ingat Khairy Jamaluddin sebelum bergelar menantu Perdana Menteri sebelum ini telah ‘menjalin’ hubungan cinta dengan Nurul Izah dan selepas DS Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau ‘merisik khabar’ anak kepada DS Abdullah Ahmad Badawi. Jadi untuk mencapai cita-citanya pasti dia cuba menggunakan sebarang ‘jalan mudah’ untuk menduduki hierarki tertinggi di dalam negara ini.

 

Ya memang mudah untuk sekarang ini mengatakan “Kami tidak akan terima”, Ingatlah “Kata-kata memang mudah dikatakan, tetapi perlaksanaanya memang susah. Contoh sudah ada, Jika dulu DS Anwar Ibrahim dikutuk, dicaci, dibenci, difitnah, disensasikan oleh pembangkang tetapi sekarang lain pula jadinya DS Anwar Ibrahim, dijulang, diusung, diagung-agungkan melebihi para ulamak, dipeluk, dipuji dan diangkat. “Dulu mengata sejuta bahasa, sekarang memuji berbilion-bilion Bahasa.

 

Cuba kita lihat pula pada Datuk Paduka Ibrahim Ali, semasa dia berada di dalam UMNO dulu beliau diherdik, dicaci, dirobek, dicop sebagai Raja Lompat, dituduh sebagai kaki rasuah, itu dulu tetapi sekarang apa sudah jadi? dia pun sudah bergelar Ahli Parlimen Pasir Mas yang bertanding atas tiket bulan. Kemana perginya dakwaan sebelum ini? kemana perginya tuduhan kaki rasuah? Ke mana hilangnya ‘title‘ Raja Lompat? Adakah kerana bulan sudah berbicara jadi tuduhan-tuduhan itu sudah tidak menjadi relevan lagi? Adakah kerana DP Ibrahim Ali ini berjuang untuk hapuskan rasuah? Tidak kita ingat siapa yang mencanangkan DP Ibrahim Ali ini kaki rasuah?

 

Perkara yang sama mungkin juga akan berlaku ke atas Khairy Jamaluddin kerana pada masa ini pada pandangan mereka semuanya buruk, semuanya hodoh, sama seperti bulan kalau dilihat daripada jarak yang dekat, tetapi tidak mustahil suatu hari nanti Khairy Jamaluddin dipuja-puja, di agung-agungkan, dibelai umpama ‘haiwan kesayangan’ sama seperti yang berlaku kepada ahli-ahli politik sebelum ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Takkan Melayu Hilang di dunia?

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 21st, 2008 by yiemega

Takkan Melayu Hilang di dunia itulah kata-kata keramat yang keluar daripada mulut seorang Pahlawan Melayu gagah bistari iaitu Hang Tuah yang merupakan pahlawan hebat di zaman empayar Melayu Melaka suatu ketika dahulu yang berlaku di tanah langit yang kita junjung ini.

Kebelakangan ini sering kendengaran ’suara-suara’ ini untuk ‘menegakkan benang yang basah’ kononya jangan bimbang Melayu tak akan hilang seperti mana kata Hang Tuah ini. Kita perlu ingat Hang Tuah mengeluarkan kata-kata itu sudah berkurun lama, pendek kata kalau batu di tengah-tengah air terjun pada waktu itu, dan waktu sekarang batu itu sudah tiada lagi.

Dilema Melayu adalah sama dari dulu sampai sekarang, sentiasa berfikiran esok masih ada tanpa memikirkan esok milik siapa. Kalau dulu kejatuhan Empayar Melaka adalah kerana hasad dengki dan dendam tetapi ia cepat dilupakan Melayu benarlah kata-kata Tun Dr. Mahathir Melayu Mudah Lupa!

Cuba kita tengok apa sudah jadi dengan Afghanistan semuanya kerana persengketaan sesama sendiri dan sesama Islam, hari ini rakyat Afghanistan menjadi ‘pariah’ di negara sendiri. Tidakah kita mahu menjadikanya pedoman atau iktibar?

Cuba kita tengok beberapa tragedi yang ‘menghantui’ umat Islam yang berada di negara Jiran kita yakni Indonesia? Mereka dipancung, disiksa seolah-olah ‘binatang’ oleh bangsa bernama Yahudi? Adakah kita mahu kehidupan kita sama seperti itu, Adakah kita tidak mahu ‘bersyukur’ dengan apa yang kita ada sekarang? Jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawap oleh anda sendiri! Tepuk Dada tanya Iman.

Berbalik kita kepada persoalan Takkan Melayu Hilang di dunia, adakah anda yakin yang Melayu tidak akan hilang di dunia? Ya memang pada waktu ini Melayu memang tidak hilang, tidak hilang memenuhi tirai-tirai besi yang dulunya dikenali sebagai rumah pasung, menghuni pusat-pusat serenti yang lazimnya untuk memulihkan ketagihan dadah, Melayu juga tidak hilang di pusat-pusat pemulihan akhlak kerana sudah rosak moralnya hilang Roh Islamnya, Roh Melayunya.

Melayu juga tidak akan hilang daripada memenuhi litar-litar lumba haram yang biasanya dipenuhi maksiat pada masa yang sama mendokong fahaman Free Thinker dan juga mengagungkan gerakan reformasi yang diasaskan oleh Kristian suatu ketika dahulu.

Adakah kita tidak sedar golongan kafir harbi secara senyap-senyap telah ‘meracun’ minda anak-anak kita demi menjadi tuan di negara yang kita bina hampir 50 tahun ini dengan ‘titik peluh’ dan keringat berdarah akhirnya anak-anak muda kita sudah melupakan Melayu bagi mereka bukanlah Melayu lagi.

Adakah kita sedar suatu ketika dulu kita membesarkan anak muda Melayu kita dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru dan melahirkan banyak cendekiawan baru tetapi akhirnya telah menjadi musuh kita, musoh DEB, musuh Islam, Musuh Melayu seolah-olah perjuangan kita melalui DEB umpama melepaskan anjing tersepit, malah anjing tersebut sudah mencari tuan baru yang langsung berjaya padanya kini menjadi seorang Menteri Besar yang kononya mahu berlaku adil dengan kaum-kaum lain! Adakah dia dah lupa asal usul ataupun dia kini sudah menjadi musuh Melayu dan sangguh bangsanya sendiri.

Melayuku bilakah kamu mahu berubah?
Adakah setelah Nasi menjadi bubur ataupun setelah nasi menjadi basi? Tiada guna, Tiada Makna pada waktu itu Menangis Air Mata Darah sekalipun ia tidak akan dapat mengembalikan zaman kegemilangan bangsa kita. Janganlah nanti sudah terhantuk baru nak tergadah!.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Bersatulah Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu! Takbir……. Allahuakbar!, Takbir……Allahuakbar……Takbir……Allahuakbar.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

DS Najib Tolong Selamatkan UNITAR!

Posted in PK Semasa on April 20th, 2008 by yiemega

Penulis sebelum ini pernah mengutarakan masalah ini di dalam blog milik penulis malah lebih dulu daripada Siasah Online menyiarkanya. Isu berkenaan siswa Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) ini bukan perkara main-main. Perkara ini melibatkan siswa dan secara tidak langsung melibatkan rakyat. Penulis bukanlah berniat untuk menangguk di air yang keruh tetapi niat penulis adalah baik untuk membela nasib rakyat dan juga bangsa kita yang menjadi anak didik UNITAR. Perlu diingatkan penulis mengkritik bukan kerana menentang tetapi mengkritik kerana sayang.

UNITAR yang terkenal dengan jolokkan ‘universiti virtual pertama’ di Malaysia yang dahulunya dikenali dan disegani. Dahulunya UNITAR ini diuruskan oleh KUB Malaysia Berhad tetapi kini sudah di bawah ‘jagaan’ Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Yayasan PINTAR) sebuah badan yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis sendiri pernah ‘merasa’ bagaimana corak pengurusan yang dikendalikan oleh kedua-dua badan ini.

Ternyata perbezaanya amat nyata, zaman UNITAR diletakkan di bawah pengurusan KUB Malaysia Berhad siswa UNITAR tidak mengalami sebarang tekanan dalam pengajian mereka memandangkan pihak pengurusan tidak ‘terlalu memaksa’ untuk siswa melangsaikan hutang-hutangnya dengan pihak UNITAR, semasa itu UNITAR di bawaha ‘jagaan’ KUB yang dipengerusikan oleh Dato Hassan Harun. Namun, selepas Dato Hassan Harun meninggalkan KUB, siswa UNITAR mula mengalami tekanan demi tekanan sehinggakan mereka tidak mampu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran mereka.

Beberapa bulan kemudian, dikhabarkan pula Yayasan PINTAR akan mengambil alih UNITAR daripada KUB, berita ini pada mulanya memberi ’secangkir kegembiraan’ kepada siswa UNITAR. Namun kegembiraan mereka hanya seketika seperti kata pepatah “Keluar daripada Mulut Singa Masuk Ke Dalam Mulut Buaya”. pentadbiran UNITAR dibawah pengurusan Yayasan PINTAR juga memberi masalah kepada siswa berkenaan dengan yuran pengajian malah lebih teruk daripada dulu, bayaran yuran pengajian di UNITAR langsung tidak boleh dibawa berbincang! malah tekanan demi tekanan yang dikenakan oleh pengurusan UNITAR semakin hebat.

Memang benar UNITAR adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta, tetapi bukan semua yang melanjutkan pelajaran di sini ialah datangnya daripada keluarga kaya raya yang mempunyai harta bertimbun-timbun yang hidup berfoya-foya tetapi boleh dikatakan majoriti siswa yang melanjutkan pelajaran di UNITAR adalah datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak berduyun-duyun, hutang berjela-jela. Kalau dikira dari segi statistik hampir 60% adalah siswa yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah, 20% adalah siswa yang datangnya daripada keluarga sederhana dan 20% siswa yang berasal daripada keluarga kaya yang mempunyai harta bertimbun-timbun dan sekadar hidup berfoya-foya.

Penulis ingin menggesa DS Najib Tun Razak supaya menyelesaikan permasalahan ini, merekalah siswa merekalah rakyat, ibu dan bapa mereka juga adalah rakyat. Masalah lain yang menghatui mereka ialah Kadar Pinjaman PTPTN yang diberikan kepada mereka adalah lebih rendah berbanding yuran pengajian mereka atau dengan kata lain tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian mereka inikan pula nak menampung perbelanjaan harian makan mereka. Mereka berhak mendapat lebih di kala siswa UNISEL yang berada di Selangor yang diterajui pembangkang mendapat pinjaman terlampau lebih daripada yuran pengajian yang ditaja oleh badan yang bernama PTPTN juga.

Yuran pengajian yang dikenakan juga membebankan memandangkan UNITAR sekarang diterajui oleh sebuah Yayasan sepatutnya yuranya lebih rendah daripada IPTS lain. Bayangkan yuran pengajianya RM5ooo - RM6000 untuk satu semester panjang dan RM2000 - RM3500 untuk satu semester pendek. Satu tahun UNITAR mempunyai dua semester panjang dan satu semester pendek. Memang amat membebankan siswa. Teringat kisah seorang sahabat penulis di masa sama-sama menuntut di UNITAR dulu, beliau menangis tak henti-henti kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh pihak UNITAR terhadapnya dan “Kata Nak Tolong Orang, tetapi ini nak menzalimi orang namanya’ katanya sambil menitiskan air mata.

Cadangan penulis kepada DS Najib Tun Razak ialah supaya mengemaskinikan semula kadar yuran pengajian di UNITAR yang agak tinggi sekarang ini. Di samping itu, sistem belajar dulu bayar kemudian juga harus diperkenalkan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung siswa UNITAR. Sebagai pengetahuan sistem belajar dahulu bayar kemudian ini telah dipratikkan oleh Kolej Teknologi Bestari, Putera Jaya, Setiu Terengganu dan tiada sebarang masalah.

Di samping itu, pihak pengurusan perlu menambahkan pensyarah atau tutor yang baru terutamanya di UNITAR kampus Kota Bharu kerana ia mengalami kekurangan pensyarah yang memaksa pihak pengurusan mengupah pensyarah luar yang sukar ditemui oleh siswa sekiranya mereka mempunyai masalah.

Pemulihan Universiti yang menjadi kebangaan UMNO ini wajar diberi keutamaan bagi memulihkan kembali sokongan rakyat kepada UMNO. Sebelum penulis mengakhiri artikel ini sekali lagi penulis ingin katakan bahawa tujuan penulis mengetengahkan isu ini bukan untuk menjatuhkan siapa-siapa, bukan mendapat upah daripada siapa-siapa, tetapi sudah menjadi hak penulis untuk menerangkan yang Haq (Kebenaran) di samping menyanggah kebatilan. Ingatlah Demi Islam untuk Melayu Kerana Mu Malaysia tanah air tercintaku.

Mengkritik bukan bermakna Menentang
Menyanggah bukan bermakna Membakang
Mengkritik bermakna Sayang
Menyanggah bermakna memberi Peluang

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Siapa gerangan “Orang Baju Petak-petak Merah” yang dikatakan oleh MSO?

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 20th, 2008 by yiemega

Sebentar tadi penulis ada membaca blog Merah Tinta MSO, yang mana artikel tersebut dinukilkan daripada seorang Penulis yang mempunyai kesetiaan kepada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan juga merupakan penyokong setia PAS dan beliau tiada kaitan dengan UMNO!

Di dalam artikel ini beliau mempersoalkan tindakan seorang lelaki yang beliau gelarkan orang baju petak-petak merah kerana marah apabila beliau mengkritik orang petak-petak merah itu sehinggakan mengeluarkan surat notis ‘ugutan’ daripada lawyer beliau. Persoalanya siapakah gerangan orang baju petak-petak merah ini?

Adakah orang baju petak-petak merah ini adalah orang UMNO? tapi mengikut kata MSO dalam perenggan ketiga artikel yang ditulis oleh beliau mungkin membuktikan orang baju petak-petak merah itu adalah bukan orang UMNO sepertimana ayat yang berbunyi ” Tok Guru Nik Aziz juga pernah meminta saya agar menghentikan serangan ke atas orang baju petak merah itu tanpa beliau mengetahui apakah puncanya.” Jadi jelas sekali orang yang dimaksudkan bukanlah orang UMNO tetapi orang atau pemimpin yang semestinya bukan Tok Guru Nik Aziz kerana TG tak pernah memakai baju petak-petak merah.

MSO pernah berkata dulu memang banyak beliau mengkritik si baju petak-petak merah ini tetapi kritik MSO kerana memang si baju petak-petak merah ini membuat salah, tetapi bagi melindungi ‘periuk keranya’ beliau sanggup mengemukakan notis saman kepada rakan seperjuanganya sendiri. Betul kata MSO “Kawan kamu adalah musuh kamu”. Inilah yang dikatakan ‘manusia tetap manusia’ yang jelas sekali si baju petak-petak merah ini hanya ‘Islam Kosmetik’ sepertimana yang dikatakan oleh beliau semasa artikel yang bertajuk “Macam Mana Peralihan Kuasa di Kelantan” baru-baru ini.

Menurut maklumat yang penulis terima, si baju petak-petak merah ini bercita-cita mengambil alih kepimpinan PAS Kelantan yang sekarang ini diterajui oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sudah sekian lama dia mengidam nak jadi Menteri Besar, Kelantan itulah apa yang didengar penulis daripada mulut penyokong PAS sendiri.

Walaupun begitu penulis tidak perlu lah mendedahkan nama si baju petak-petak merah itu kerana penulis tidak mahu mengaibkan beliau. Kalau nak tahu juga bak kata Nabil Raja Lawak “Lu Fikir lah sendiri”.

Artikel MSO

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Bukan Kerana Keris Hishamuddin Tapi Kerana Khairy Jamaluddin!

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 20th, 2008 by yiemega

Beberapa hari yang lalu Naib Ketua Pemuda UMNO merangkap menantu Perdana Menteri telah menyalahkan kekalahan UMNO/BN adalah berpunca daripada isu keris Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Pada pendapat penulis bukan keris DS Hishamuddin yang menjadi isu, kerana keris telah digunakan di dalam UMNO sejak ‘berkurun lama’ sedikitpun tidak membuatkan kaum lain marah, memang di akui isu keris ini menjadi penyumbang juga, tetapi setelah diputar belitkan oleh golongan kafir harbi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP yang lain membuatkan mereka merasa tercabar! sedangkan sudah lama keris digunakan semasa Perhimpunan Agung UMNO memang DAP berniat jahat untuk menghuru-harakan perpaduan kaum di Malaysia dengan menggunakan isu keris bagi meneruskan agenda People Action Party (PAP) yang kini memerintah Singapura.

Khairy Jamaluddin sepatunya berfikiran lebih panjang sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh membuatkan rakyat fikir yang beliau seorang yang bodoh, bahalul, beruk itam dan sebagainya. Isu keris adalah serpihan isu yang menjadi punca kekalahan UMNO/BN tetapi isu utama ialah diri Khairy Jamaluddin sendiri yang terkenal dengan jolokkan Kutu Jamban itu maklum sahaja lah kalau dah spesies kutu yang berasal daripada jamban jadi perangai pun samalah macam jamban.

Beberap isu yang telah menimbulkan kontroversi adalah yang dibuat oleh KJ (Khairy Jamaluddin) antaranya melabelkan Blogger sebagai beruk, ECM Libra, Scomi dan beberapa isu lain yang lagi tetapi KJ tak pun cakap pasal isu ni, biasalah kalau orang dah berak kat tengah jalan siapa nak mengaku kan? Kalau mengaku pun kalau kita cakap macam ni “Orang berak tengah jalan tertinggal duit” kalau macam ni baru dia nak mengaku.

Inilah juga yang dikatakan sebagai dia yang berak tengah jalan, tetapi dituduhnya pula orang tersepak tahinya di tengah jalan sebagai bersalah. Ceh inilah orang belajar kat Oxford ni bukan boleh dipercayai sangat sama saja macam Sufiah Yusof tu.

Lain kali sebelum menyalahkan orang lain cermin lah diri dulu, janganlah pula nanti “Orang lain yang curi nangka, orang lain pula yang kena getahnya”. Penulis ingin membuat pesanan ikhlas buat Khairy Jamaluddin “Get out you from UMNO, we will never remember you again!”

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Antara Takbir, Hidup Melayu dan Reformasi!

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 19th, 2008 by yiemega

Pada artikel pada kali ini penulis ingin mengulas sedikit ‘lafaz’ atau laungan yang menjadi trade mark perjuangan parti-parti politik di Malaysia. Ungkapan yang biasa digunakan oleh parti-parti politik di Malaysia ini sudah menjadi trend di dalam perjuangan parti-parti politik di Malaysia. Misalnya PAS sinonim dengan laungan “Takbir Allahuakbar!” manakala UMNO pula popular dengan laungan “Hidup Melayu” di samping Parti Keadilan Rakyat popular dengan laungan ‘Reformasi!”.

Takbir (Allahhuakbar!)

Laungan ini popular di kalangan pejuang-pejuang ataupun penyokong-penyokong PAS.
Allahhuakbar bermaksud Allah Maha Besar ialah satu pujian kepada Allah yang merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia. Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk memperingati kekuasaan Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Besar. Jadi pada pandangan penulis tiada salahnya penggunaan takbir di dalam menaikkan semangat perjuangan yang berteraskan Islam. Jadi penggunaan takbir sedikitpun tidak bertentangan dengan Agama Islam.

Hidup Melayu

Laungan ini menjadi trade mark perjuangan UMNO yang juga seringkali digunakan semasa ucapan-ucapan atau ceramah-ceramah UMNO selari dengan tujuan penubuhan UMNO adalah untuk membela Melayu. Melayu dalam konteks Malaysia bermaksud seorang yang beragama Islam, secara tidak langsung perjuangan membela Melayu adalah suatu usaha untuk membela umat Islam. Jadi laungan Hidup Melayu tiada salahnya untuk digunakan oleh bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

Reformasi

Laungan ini popular di kalangan pejuang-pejuang Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Muda mudi yang mencari ‘landasan untuk berjuang’ bagi mereka PKR lah pilihan mereka. Jadi tanpa menyelidiki asal usul perkataan Reformasi mereka suka melaungkan perkataan itu. Reformasi di dalam Bahasa Malaysia bermaksud perubahan manakala Reformation di dalam Bahasa Inggeris pun bermaksud perubahan tetapi sebenarnya perkataan Reformasi atau Reformation ini berasal daripada gerakan pembaharuan Kristian yang diketuai oleh Martin Luther pada tahun 1517 yang bertujuan untuk melakukan pembaharuan ke atas Gereja Kristian katolik.

Di samping itu selepas digunakan semasa Martin Luther Reformasi atau Reformation juga digunakan di England turut dikenali sebagai Political Reformation yang diketuai oleh John Wyclife pada 1535 hingga 1540. Jadi jelas sekali perkataan reformasi berasal daripada kristian dan laungan reformasi adalah sama seperti mengagung-agungkan kristian. Adalah lebih elok kita tidak menyebut laungan reformasi.

Itulah artikel penulis untuk kali ini, semoga menjadi rujukan belia-belia masa kini yang menjadi pewaris perjuangan Agama Islam dan Bangsa Melayu.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

MSO: Pas jangan pandang terlalu hina terhadap UMNO!

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 19th, 2008 by yiemega

Mohd Sayuti Omar yang merupakan penulis blog Merah Tinta MSO menasihati PAS agar tidak memandang terlalu hina kepada UMNO. Beliau juga yang turut dikenali dengan nama MSO di alam blogger juga sebelum ini terkenal bukan sahaja mengkritik UMNO tetapi juga pernah mengkritik beberapa pemimpin PAS di Kelantan tidak termasuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Artikel Terbaru nukilan beliau di blog Merah Tinta MSO yang bertajuk “Pas jangan pandang terlalu hina terhadap UMNO” dalam artikel tersebut beliau mempersoalkan ‘pandangan serong’ beberapa pemimpin-pemimpin PAS yang mengangap ‘ajakan UMNO’ tentang perpaduan melayu adalah gimik politik UMNO.

Beliau juga menasihati ahli PAS agar mereka membuang phobia dengan UMNO walaupun UMNO pernah mengkhiantinya kerana UMNO tetap ada kebaikanya walaupun banyak keburukkanya sepertimana perenggan kedua artikel tersebut yang berbunyi “Ahli Pas harus membuang phobia masa lampau kerana kepimpinan dalam Umno juga berubah dari masa ke semasa. Walaupun Umno pernah mengkhianati Pas namun parti itu juga tetap
memiliki kebaikan kalaupun keburukannya lebih banyak.”.

Disamping itu, MSO juga menasihati agar ahli-ahli PAS juga perlu berhati-hati dan memantau langkah pendekatan yang diambil oleh sesetengah pemimpinya seperti saranan beliau di perenggan ketiga berbunyi “Ahli Pas juga perlu berhati-hati dan memantau langkah atau pendekatan politik yang diambil sesetengah pemimpinnya. Benar perlu berwaspada kerana sudah ada pengalaman lalu namun yang penting Pas harus pandai menyelami mana gimik politik dan mana realiti yang perlu disokong”.

Beliau juga melahirkan rasa bimbang sekiranya idea Negara Islam yang dibawa oleh PAS tidak akan diterima oleh komponen-komponen Pakatan Rakyat sebagaimana nukilan beliau pada perenggan terakhir artikel tersebut yang berbunyi ” Tertakdir suatu hari Pas ingin membincangkan soal Islam dan memerlukan rakan untuk mengadukan fikiran, Pas tidak mungkin akan mempelawa DAP atau PKR saja tetapi tentulah turut sama mencari Umno kerana di dalam Umno ada Melayu dan Islam!”

Artikel Blog Merah Tinta MSO

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Sang Kelembai Mula Mengamuk Kembali!

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 19th, 2008 by yiemega

Beberapa hari yang lepas penulis ada menerbitkan artikel mengenai blogger Sang Kelembai yang berdamai dengan Pak Lah, Zaharin yang lebih popular dengan nama penanya Sang Kelembai merupakan Blogger pertama yang dibuang daripada UMNO. Beberapa hari yang lepas Sang Kelembai telah bersalam-salaman dengan Pak Lah dan juga mencium tangan Pak Lah.

Penulis juga banyak membuat penerokaan tentang isu Sang Kelembai bersalam dengan Pak Lah ini di blog-blog yang kini sudah mengambil alih peranan media arus perdana. Kebanyakkan daripada mereka mengatakan Sang Kelembai dibayar 1.5 juta untuk dibawa masuk ke dalam UMNO. Itulah dakwaan mereka bukan dakwaan penulis.

Apa yang menghairankan penulis ialah minggu lepas artikel Zaharin atau Sang Kelembai di blognya ‘ala-ala pro Pak Lah’ hari ini pula ala-ala Pro Pas. Adakah Sang Kelembai nak jadi Flip-Flop juga ke? Itu sang Kelembai sahaja yang ada jawapanya. Apa yang penulis ingin ketengahkan di sini blog-blog pro pembangkang yang menyatakan Sang Kelembai kembali kepada UMNO kerana RM 1.5 juta sudah tentu mula gelisah kerana ‘tak kan bila dah ludah kita nak jilat balik kan”

Mengikut artikel terbaru yang diterbitkan di blog Sang Kelembai, pada pandangan penulis Sang Kelembai masih di luar UMNO bukan di dalam UMNO, tetapi Allah itu maha adil dan maha mengetahui jadi penulis tidaklah berupaya ‘meramalkan’ perkara yang berlaku seterusnya kerana kuasa Allah mengatasi segala-gala, Kita hanya mampu merancang Allah sahaja yang menentukan.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,