Archive for May, 2008

Ku Li Kekal Tanding Presiden

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 31st, 2008 by yiemega

Malam tadi Penulis ada menonton Buletin Utama yang disiarkan sebuah stesen tv swasta yang bernama TV3 yang dimiliki oleh Media Prima. Penulis tertarik dengan penafian Tengku Razaleigh Hamzah mengenai desas-desus yang timbul mengenai beliau akan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO. Alhamdulillah desas-desus tersebut hanya tinggal desas-desus umpama pasir ditiup angin yang tidak memberikan apa-apa kesan padanya.

Penafian itu juga turut disiarkan oleh Sinar Harian hari ini Sabtu 31 Mei 2008.

Penulis tidak berminat untuk mencari siapa dan mengapa seseorang yang sanggup mengeluarkan desas-desus tersebut, kerana di dalam pertandingan mesti ada orang yang tak puas hati tambahan mula pertandingan jawatan tersebut melibatkan Melayu yang mempunyai PHD yang tinggi. PHD di sini bermaksud Perasaan Hasad Dengki yang tinggi. Jadi tak gunalah kita bercerita tentang siapa dan mengapa mereka membuat desas-desus tersebut.

Keberanian Tengku Razaleigh Hamzah

Penulis melihat tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO telah membuktikan beliau seorang Melayu yang beradi sesuai dengan kata pepatah Melayu yang berbunyi “Berpantang Ajal Sebelum Maut” yang membawa maksud “Pantang Melayu berundur sebelum berperang” dan menjadikan beliau sebagai seorang yang berani dan layak dijadikan pemimpin.

Pemimpin yang sering bercakap “Saya akan kaji” dan kemudianya pula akan bercakap “Saya tidak terlibat” dan juga “Keputusan itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan” tanpa memberi fakta bukanlah pemimpin yang patut kita cari kerana pemimpin jenis ini adalah pemimpin yang dayus dan mengharapkan orang lain untuk bekerja untuknya. Pemimpin jenis ini jika diberikan jawatan di dalam sesebuah organisasi nescaya hancurlah organisasi tersebut.

Tengku Razaleigh Tidak Takut Dilambung Ombak

Ada satu pepatah Melayu yang berbunyi “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai” yang bermaksud kalau takut sesuatu janganlah membuat sesuatu yang menakutkan anda. Apa yang penulis nampak dengan ketokohan Tengku Razaleigh ialah beliau seorang yang tidak takut dilambung ombak kerana dia terus membuat rumah di tepi pantai. Sebenarnya inilah salah satu lagi sifat yang perlu ada pada pemimpin bagi memimpin bukan sahaja sesebuah organisasi malahan sesebuah negara.

Akhir Kalam semoga ahli UMNO membuat pilihan yang bijak dengan memilih Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi kerana UMNO memang perlukan seorang pemimpin yang berani dan tahu perlembagaan.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kemasukkan Ezam bercanggah Dengan Perlembagaan UMNO?

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 30th, 2008 by yiemega

Mungkin Abdullah Haji Ahmad sudah mula tersenyum bila Ezam menghantar borang kemasukkan semula beliau di dalam UMNO. Maklumlah di saat sokongan yang tidak begitu hebat daripada ahli UMNO sendiri dan pengumuman keluar Parti yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad baru-baru ini, tiba-tiba datang sebatang tubuh manusia bernama Ezam Mohd Noor untuk menyertai UMNO.

Penulis ingin mendedahkan bahawa kemasukkan Ezam Mohd Noor adalah bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, di mana mengikut Fasal 20:

20.10

Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

Mengikut rekod bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu telah bertanding pada pilihan raya umum 1999 dan sekaligus membuktikan beliau tidak layak untuk menyertai UMNO kerana ianya telah melanggar perlembagaan UMNO yang dibuat pada tahun 2002 itu. Khas untuk ahli UMNO baru sahaja.

Mungkin ramai akan bertanya kenapa pula Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang pengikutnya boleh sertai UMNO kembali selepas membubarkan Parti Melayu Semangat 46? Sebenarnya Tengku Razaleigh tidak pernah lagi menganggotai atau menjadi ahli UMNO baru kerana perlembagaan tersebut digubal khas untuk ahli UMNO baru berbeza dengan Ezam yang merupakan bekas ahli UMNO baru jadi mengikut perlembagaan UMNO Fasal 20.10 kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO adalah wajar ditolak.

Download Dokumen Penuh Perlembagaan UMNO

Penulis mendedahkan perkara ini supaya ahli-ahli UMNO yang lain bertindak mempertahankan Perlembagaan UMNO ini kerana sekiranya Perlembagaan UMNO sendiri kita tidak hormat apatah lagi Perlembagaan Malaysia jadi fikir-fikirkanlah.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Sanusi: Umno ‘pupus’ jika Abdullah kekal, Elok Ku Li Ganti Abdullah

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 26th, 2008 by yiemega

Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid meramalkan Umno akan mengalami “kepupusan” pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu.

Sanusi, yang keluar Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden Umno itu meninggalkan parti.

“Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus.

“Kalau macam sekarang, habis pilihanraya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.

“Jika ia berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus,” katanya, seperti laporan Harakahdaily.net hari ini.

Mengulas sebab beliau mengisyhtiharkan keluar parti, Sanusi berkata, tiada faedahnya terus kekal dalam Umno jika tidak menampakkan sebarang perubahan memulihkan kemerosotan Umno sejak pilihanraya umum lalu.

“Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno,” Sanusi dipetik sebagai berkata.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tugas perdana menteri berbanding Abdullah kerana ahli parlimen Gua Musang masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

dipetik dari:
http://www.malaysiakini.com

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Keputusan ICJ Tuntutan Batu Puteh Petunjuk Dari Allah untuk singkirkan Pak Lah?

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 24th, 2008 by yiemega

Keputusan tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Puteh di antara Malaysia dan Singapura telah diumumkan hari ini, di mana keputusan lebih memihak kepada Singapura dengan menguasai Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia menguasai kawasan terumbu karangnya. Walaupun ini dikira lembu punya susu sapi dapat nama namun penulis melihat keputusan ini adalah satu hikmah ataupun pertunjuk daripa Allah tuhan seru sekian alam.

Petunjuk daripada Allah tuhan seru sekian Alam supaya semua ahli-ahli UMNO atau yang kini lebih dikenali dengan nama Parti Abdullah Haji Ahmad supaya bersama-sama bersatu menggugurkan rejim Abdullah Haji Ahmad@Ayah Lah ini. Keputusan ini telah membuktikan Ayah Lah tidak layan memimpin Malaysia dengan terus menyesatkan pengikut-pengikut setianya dengan not-not biru yang dilemparkan Ayah Lah di langit yang di mananya ada penyokong setia Ayah Lah yang terus menerus menjadi anjing peliharaan Ayah Lah.

Jadi anggaplah keputusan tuntutan Pulau Batu Puteh sebagai petunjuk daripada Allah untuk ahli-ahli Parti Abdullah Haji Ahmad mengugurkanya jadi jika tidak sekarang gugurkanya semasa Pemilihan Agung nanti dan pastikan kita kuburkan Rejim Abdullah Haji Ahmad dan terus lenyap daripada UMNO.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Ayah Pin dan Pak Lah Tiada Bezanya

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 23rd, 2008 by yiemega

Artikel penulis kali ini bertajuk “Ayah Pin dan Pak Lah tiada bezanya” penulis ingin membuat perbandingan Presiden Abdullah Haji Ahmad atau Pak Lah tetapi penulis lebih gemar menggunakan nama timang-timangan Ayah Lah pada Pak Lah ini.

Ayah Pin merupakan pemimpin ajaran sesat di Besut, Terengganu dan sampai kini tidak dapat dikesan ke mana hilangnya Ayah Pin. Cuma yang ada mendapat ‘habuan’ daripada tindakan pemimpin yang mereka setia adalah pengikutnya sebaliknya ia membiarkan pengikut-pengikutnya menerima akibat daripada perbuatan Ayah Pin namun beliau tidak sengsara sebaliknya pengikut-pengikutnya sengsara.

Penulis lebih suka bercakap tentang persamaan Ayah Lah dengan Ayah Pin, kalau Ayah Pin popular dengan Kerajaan Langitnya dengan duit daripada langitnya, Ayah lah pula popular dengan Kerajaan Tiga Beranaknya daripada duit dari dalam lautnya. Jika pada waktu Ayah Pin tengah hebat dia memang kaya. Samalah juga dengan Ayah Lah yang kaya masa tengah top sampai mampu beli jet peribadi.

Ayah Pin yang menjadi pemimpin semua agama dan berjaya menyesatkan semua agama semasa kegiatan beliau tidak dihidu oleh pihak berkuasa, Ayah Lah pula memperkenalkan Islam Hadhari yang juga menyesatkan semua agama dan tidak dihidu oleh pihak berkuasa kerana Ayah Lah memang berkuasa. Kadang-kadang tu terfikir juga kenapa Prof Dr. Abdullah Mat Zain tidak dipertanggungjawabkan lagi menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal agama? Adakah beliau menentang Islam Hadhari? Itu tak tahulah nak kata tetapi ada kemungkinan lah jugak.

Ayah Pin hari-hari keluar di dalam berita tv walaupun di Bali tetapi ia tetap keluar berita di TV, Ayah Lah pula hari-hari Keluar di TV publisiti mengalahkan artis. Jadi tiada bezanya Ayah Pin dan Ayah Lah.

Ayah Pin ada Ilmu untuk menundukkan pengikut-pengikutnya supaya terus setia berdiri teguh dibelakangnya, Ayah Lah juga Ada ilmu untuk menundukkan pengikutnya sehinggakan pengikutnya sudah jadi macam anjing kelaparan mempertahankan dia.

Kalau Ayah Pin ada ilmu untuk berkahwin ramai, Ayah Lah pun ada ilmu untuk berkahwin dengan Jin. Kalau Ayah Pin ada bela jin, Ayah Lah pun ada bela jin. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat Ayah Pin dan Ayah Lah sama sahaja. Cuma satu sahaja perbezaan Ayah Pin dan Ayah Lah ini iaitu Ayah Pin kita tahu dia menyesatkan orang. Ayah Lah pula menyesatkan orang dalam keadaan separa sedar.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kemasukkan Ezam ke Dalam UMNO satu strategi Khairy Jamaluddin?

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 23rd, 2008 by yiemega

Baru 72 Jam mantan Perdana Menteri membuat pengumuman yang mengejutkan negara, kita digemparkan pula dengan berita bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat atau Keadilan Nasional pada masa itu iaitu Ezam Mohd Noor yang ingin menyertai UMNO.

Memang benar tiada sekatan untuk sesiapa sahaja menyertai UMNO asalkan ia seorang berketurunan Melayu tetapi kenapa beliau ingin sertai UMNO selepas Tun Dr. Mahathir keluar UMNO? Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena denganya. Penulis ada beberapa teori kenapa Ezam memilih menyertai UMNO sedangkan PKR melalui Pakatan Rakyat sudah hampir menguasai Malaysia. Ini sudah tentu ada yang tidak kena.

Teori Pertama

Kemungkinan kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO dirancang oleh Khairy Jamaluddin untuk dijadikan ‘alat politik’ atau ‘political tools’ untuk menumbangkan sesiapa sahaja yang ingin melawan beliau sebagai calon Ketua Pemuda UMNO dan sekaligus beliau mungkin akan menggunakan ‘taktik kotor’ atau ‘Dirty Tactic’ untuk memastikan jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah miliknya dan bukan milik Mukhriz mahupun Dr. Khir Toyo. Sekaligus akan membuatkan beliau muncul Ketua Pemuda yang menang tanpa bertanding. Menurut skuad perisik penulis cubaan membawa masuk Ezam ini di dalangi Datuk Norza Zakaria yang merupakan orang kuat Khairy Jamaluddin. Norza juga orang yang sama mempertemukan Khairy Jamaluddin dengan Anwar Ibrahim di dalam usaha beliau memberikan passport kepada Anwar Ibrahim. Jadi penulis boleh katakan kemasukkan Ezam ini adalah salah satu strategi Khairy Jamaluddin untuk mempertahankan kedudukanya yang sedang ‘terancam’ pada masa ini.

Teori Kedua

Bagi menjaga kedudukan bapa mertua Khairy yakni Abdullah Haji Ahmad yang terkenal dengan nama Ayah Lah ini yang pada dasarnya akar umbi sudah tidak berminat dengan kepimpinan Ayah Lah terutamanya di negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang dan BN sudah menjadi pembangkang di sana. Sebenarnya pada masa ini kedudukan Abdullah Haji Ahmad atau Ayah Lah ini sudah ‘terancam’ jadi mungkin Khairy Jamaluddin sudah memikirkan strategi untuk mempertahankan kedudukan Bapa Mertuanya iaitu Ayah Lah sudah tentu ‘taktik kotor’ juga digunakan untuk menjatuhkan populariti sesiapa sahaja yang ingin melawan ayanda mertuanya itu. Jadi tidak mustahil dengan cara ini kepimpinan Abdullah Haji Ahmad akan diteruskan selepas Pemilihan Agung UMNO pada Disember ini.

Teori Ketiga

Satu Pilihan Raya Kecil mungkin akan berlaku di dalam jangkamasa terdekat ini memandangkan Parti Keadilan Rakyat akan membawa masuk Anwar Ibrahim ke Parlimen melalui satu pilihan raya kecil. Jadi siapa calon terbaik untuk menentang Anwar Ibrahim pada fikiran Parti Abdullah Haji Ahmad. Sudah tentu Ezam akan dipertanggungjawabkan untuk berperang dengan Anwar Ibrahim dan sekiranya ini terjadi penyokong-penyokong BN dan juga penyokong-penyokong PKR akan menjadi “Diluah mati mak, ditelan mati bapak” contohnya bagi penyokong BN mereka akan menjadi serba salah kalau tak undi Ezam nanti Anwar Ibrahim jadi Ahli Parlimen jadi nak atau tak nak kemungkinan besar mereka akan mengundi Ezam, bagi pihak Parti Keadilan Rakyat pula sudah tentu dia memikirkan ‘ada yang tidak kena’ dengan Anwar Ibrahim sehinggakan pejuang beliau sudah menderhakai beliau jadi ia juga meletakkan penyokong PKR didalam keadaan serba salah jadi ada kemungkinan penyokong PKR yang pro Ezam akan mengundi Ezam. Itulah antara strategi licik Khairy Jamaluddin untuk mengekalkan kekuasaan Kerajaan Tiga Beranak.

Teori Keempat - Pintu Kedua untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kemungkinan Khairy Jamaluddin akan mempergunakan Ezam untuk membawa masuk semula Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dan secara tidak langsung membuka pintu kedua untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO, pintu ini lebih mudah jika dibandingkan tawaran royalti minyak 20% untuk Kerajaan Negeri kerana cuba bayangkan kalau masing sekiranya Sabah mendapat royalti minyak 20% sudah tentu negeri-negeri lain yang mempunyai hasil minyak seperti Terengganu dan Sabah menuntut 20% royalti minyak juga jadi ia akan menjadikan jumlah semuanya 60% jadi adakah cukup baki 40% ini untuk menampung perbelanjaan Kerajaan Persekutuan? Jika Anwar Ibrahim memilih pintu melalui UMNO sudah tentu cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri yang terkubur seketika akan menjadi kenyataan sekiranya dan lebih mudah jika melalui Parti Abdullah Haji Ahmad. Jadi kemungkinan Parti Keadilan Rakyat akan dibubarkan dan perlu ingat Politik ini sejuta kemungkinan jadi tiada perkara yang mustahil di dalam politik.

Itulah diantara teori-teori yang penulis rasakan mungkin akan terjadi selepas kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam Parti Abdullah Haji Ahmad. Jadi ahli-ahli Parti Abdullah Haji Ahmad hendaklah bersedia daripada sekarang dan jangan mudah tertipu dengan tuduhan yang akan dicipta kepada sesiapa sahaja yang berniat untuk melawan Presiden Parti Abdullah Haji Ahmad ini. Fikir-Fikirkanlah kerana walaupun Esok masih ada kita belum tahu Esok milik siapa.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Peralihan Kuasa Perlulah Secara Demokrasi

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 21st, 2008 by yiemega

Selepas Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman keluar UMNO beberapa hari lalu diikuti dengan Tan Sri Sanusi Junid dan juga anak kepada Tun Dr. Mahathir iaitu Mokhzani Mahathir serta Mukhriz yang akan terus berada di dalam UMNO dengan syarat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dengan segera. Penulis meramalkan sekiranya desakkan dua beranak ini menjadi kenyataan sudah tentu akan ada peralihan kuasa daripada Abdullah Haji Ahmad kepada Najib Tun Razak.

Penulis merasakan peralihan kuasa secara ini tidak berapa sesuai memandangkan ia tidak akan wujud keadilan dan di mana mungkin akan mengecewakan orang yang berkempen kuat sebelum ini untuk mengambil alih jawatan Presiden UMNO itu. Cuba bayangkan jika seseorang itu sudah menghabiskan masa dan tenaga untuk menduduki jawatan tertinggi di dalam UMNO itu, tiba-tiba terpaksa mensia-siakan usahanya kerana sudah ada orang yang tidak pun berkempen menaiki takhta tertinggi UMNO itu. Di sini sudah tentu wujud ketidak-adilan dan bakal mengundang perpecahan.

Perlu ditegaskan di sini bahawa penulis bukanya tidak bersetuju dengan peralihan kuasa tetapi peralihan kuasa itu perlulah dibuat secara ‘demokrasi’ dan lebih demokratik. Apa yang penulis cuba sampaikan ialah peralihan kuasa boleh dibuat dengan mengawalkan tarikh Pemilihan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung disember ini kepada bulan-bulan yang terdekat, di samping itu Pemilihan Agung UMNO ini juga hendaklah tidak lagi menggunakan sistem kouta kerana sudah terang lagi bersuluh sistem kouta tidak akan memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja yang masuk bertanding dan juga akan melemahkan atau dengan kata lain demokrasi dalam UMNO akan terus hancur sekiranya sistem kouta ini diteruskan kerana mungkin akan disalahgunakan oleh Presiden yang berkuasa sekiranya pemilihan parti berlangsung sekaligus dapat melindungi jawatanya daripada ditandingi oleh orang lain.

Bagi menyuburkan kembali demokrasi di dalam UMNO penulis mencadangkan supaya peralihan kuasa hendaklah dibuat melalui Pemilihan Agung UMNO bukanya peralihan kuasa daripada satu pihak kepada satu pihak yang sudah ada jawatan di dalam jawatan tertinggi UMNO kerana sudah jelas ini akan menidakkan demokrasi di dalam UMNO dan besar kemungkinan akan berlaku perpecahan paling besar di dalam sejarah UMNO sekiranya ‘peralihan kuasa’ tidak dilakukan secara demokrasi. Sebagai parti yang berjuang atas nama demokrasi UMNO sepatunya juga mengamalkan demokrasi di dalam partinya kerana “Ketam tidak akan mengajar anaknya berjalan lurus”.

Akhir kalam, penulis doakan agar peralihan kuasa di dalam UMNO berlaku secara demokrasi bagi mengelakkan berlakunya perpecahan yang akan merosakkan lagi kekuatan parti yang begitu serius kerosakkanya pada hari ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Buku Tengku Razaleigh Hamzah, Negarawan Terbilang, Berdarah Raja, Berjiwa Rakyat bakal diterbitkan

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 19th, 2008 by yiemega

Penulis mungkin akan mengurangkan masa penulis untuk menulis di blog-blog milik penulis kerana penulis sedang berusaha untuk menyiapkan sebuah buku yang bertajuk “Tengku Razaleigh, Negarawan Terbilang, Berdarah Raja Berjiwa Rakyat untuk rujukan rakyat Malaysia dan ahli UMNO khasnya.

Penulis akan cuba siapkan buku ini secepat mungkin berkemungkinan besar dua bulan sebelum Perhimpunan Agung UMNO pada Disember ini. Mengenai harga jualan buku ini penulis masih belum buat keputusan dan apa yang penulis boleh janjikan harganya mungkin serendah yang mungkin bagi memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memiliki buku ini.

Kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat tempahan awal bolehlah menghantar email kepada penulis di yiemega@gmail.com

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tun Dr. Mahathir Keluar UMNO, Pak Lah terus jadi Tunggul Kayu

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 19th, 2008 by yiemega


Hari ini berita yang mungkin mengemparkan dan mengejutkan apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad istiharkan keluar daripada UMNO. Berita ini telah menjadi pilihan utama berita-berita stesen-stesen tv negara dan menjadi topik utama perbualan di kedai-kedai kopi di seluruh negara dan mungkin besok berita ini akan turut menghiasi dada-dada akhbar arus perdana dan dijadikan tajuk muka depan.

Tindakan Tun Dr. Mahathir mungkin juga boleh dilihat sebagai ‘tekanan’ yang diberikan ke atas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak memahami suara akar umbi yang rata-ratanya mahukan perubahan pucuk pimpinan di lakukan segera. Namun, tindakan Tun Dr. Mahathir itu tidak diendahkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malah dia terus mengekalkan status ‘tunggul kayu’ yang diberikan oleh akar umbi terhadapnya. Sememangnya akar umbi mahukan perubahan pucuk pimpinan tetapi suara akar umbi tidak sampai kerana suara akar umbi telah disekat oleh Presiden yang berkuasa.

Penulis meramalkan lebih ramai lagi ahli-ahli UMNO akan mengikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir yang merupakan orang yang besar pengaruhnya di dalam UMNO, ini terbukti apabila mantan Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid juga turut keluar daripada UMNO dan tidak mustahil selepas ini ramai lagi ahli-ahli UMNO akan keluar UMNO beramai-ramai selagi Pak Lah terus menjadi tunggul kayu dan mahu terus jadi Presiden dan juga Perdana Menteri.

Komen Tuan Guru Nik Aziz Tentang Tun Dr. Mahathir keluar UMNO

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul am PAS mengatakan bahawa beliau lah orang yang paling gembira apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad istiharkan keluar UMNO kerana Tun Dr. Mahathir orang yang berpengaruh dan dikenali dunia, pada masa ini orang yang ingin sertai UMNO tak payah sertai kerana Tun Dr. Mahathir pun dah keluar UMNO. Apabila ditanya adakah PAS berminat untuk menawarkan Tun Dr. Mahathir keahlian PAS, beliau berkata saya terima sesiapa sahaja nak menjadi ahli PAS.

Namun itu adalah pandangan Tuan Guru Nik Aziz sahaja, penulis berpendapat Tun Dr. Mahathir tidak akan menyertai mana-mana parti pembangkang tetapi sebaliknya hanya keluar UMNO untuk memberi desakkan kepada Pak Lah agar segera meninggalkan kerusi empuk Presiden tetapi sekiranya Pak Lah terus menjadi tunggul kayu tidak mustahil aktiviti keluar UMNO beramai-ramai akan dicatatkan di dalam buku sejarah UMNO.

Apa Tindakan Yang Mesti Pak Lah Lakukan?

Pada pandangan penulis untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera hendaklah diadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dengan segera kerana kehilangan Tun Dr. Mahathir umpama kehilangan emas yang bernilai berbillion ringgit di dalam simpanan. Kehilangan Tun Dr. Mahathir juga umpama meletakkan UMNO terus ke dalam lubang kubur yang sudah sedia digali oleh Pak Lah. Apa yang jelas di sini Pak Lah ada tiga Pilihan iaitu Pertama Mengadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa atau Mengawalkan Perhimpunan dan Pemilihan Agung UMNO yang dijadualkan pada bulan Disember ini dan juga pilihan terakhir ialah ‘menguburkan’ UMNO dengan terus menjadi ‘tunggul kayu’ dan memekakkan telingga daripada mendengar ‘teriakan’ akar umbi yang mahukan perubahan pucuk pimpinan.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 19th, 2008 by yiemega

Pada 18 Mei baru-baru ini Menteri Luar Negeri Dr. Rais Yatim menegaskan “Kuasa